Rabu, 19 Februari 2014

3479. Oh! Siapa Yang Aneh.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com   

Siapa Buat Fitnah Durjana Ini?

Laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna akaun Twitter yang menyebarkan maklumat palsu bahawa khutbah Jumaat mungkin akan diharamkan di masjid-masjid di Pulau Pinang.


Beliau membuat laporan polis di balai polis Timur Laut di Jalan Pattani hari ini.Akaun Twitter itu dikatakan milik Abdul Aziz Johari, yang didakwa bergiat dalam Pemuda Umno Kuala Nerus, Terengganu.

Tweet yang dirujuk itu berbunyi: “Bukan kuasa Penang pun, kalu buat juga, 'kompem' (sah) perang."

Melampau, dahlah guna blog yang ada kaitan nama dengan PakatanRakyat, fitnah pulak tu. Apa nak jadi dengan orang-orang kita sekarang ini, fitnah semakin menjadi-jadi.

Semenjak dua menjak ini memang banyak benda yang berlaku kat Pulau Pinang yang membabitkan isu perkauman. Aku harap sangat polis dapat ambil tindakan dengan segera.

Benda fitnah berkaitan Agama ini jangan dibawa main-main kerana boleh menyebabkan Islam sesama Islam bertelagah.
Posted by 


Perkara- Perkara Aneh Yang Berlaku Di Kajang Sekarang..

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang akan bertanding di atas tiket bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menimbulkan persoalan dan dilihat aneh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Khairy telah memberikan sokongan secara segera kepada Zaid tanpa memikirkan bahawa beliau pernah bersama Pakatan Rakyat dan pernah menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Hanya kerana Zaid buat pengumuman bertanding sebagai calon bebas, mahu menang di Kajang dengan 'tema' untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar...kan aneh tu?

"Ketua Pemuda Umno kemudian sokong bekas pemimpin Umno yang menyertai PKR, ternyata Khairy lupa terus sikap anti-Umno yang diambil oleh Zaid hanya kerana kempennya untuk menyerang Anwar," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, Isnin.

Saifuddin berkata persoalan juga timbul apakah Umno berada di belakang, di sebalik kesediaan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk turun bertanding di Kajang.

Menurut beliau, adalah lebih baik jika Umno sendiri yang menghantar calonnya di Kajang daripada menyatakan sokongan kepada calon lain atau kepada Zaid yang jelas bertanding dengan misi bukan untuk kepentingan rakyat.

"Saya suka mencabar Ketua Pemuda Umno ini supaya Umno sendiri turun bertanding seperti mana Umno mengambil kerusi MCA di Kuantan dan Wangsa Maju pada pilihan raya lepas, jangan sokong, jangan hantar Zaid," katanya.

Dalam pada itu, beliau menganggap isu berkempen awal tidak lagi timbul apabila Khairy sendiri telah turun ke Kajang dan berkempen dari rumah ke rumah pada Ahad.

"Khairy juga sudah turun ke 25 buah rumah, PC (sidang media) di kedai mee bandung, saya tak fikir beliau makan angin di 25 buah rumah.

"Tak salah bila sesebuah parti politik itu memulakan gerak kerja sesuai dengan persiapan apabila sesebuah kerusi itu kosong," katanya sambil mengalu-alukan kunjungan Khairy ke Kajang. ~mStar

Posted by 
Gempar!! Tentera Asing Berada Di Johor Lengkap Bersenjata 
Kehadiran 'tentera asing' di sebuah kebun kelapa sawit di Jementah dekat sini, petang kelmarin menggemparkan penduduk. Apa tidaknya, kejadian ini berlaku ketika negara mengingati peristiwa hitam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu tepat setahun lalu. 

Takut sesuatu yang buruk bakal berlaku, seorang penduduk yang ternampak kelibat tentera asing ini terus membuat laporan polis di Balai Polis Jementah. 

Bertindak atas aduan ini, kira-kira jam 2.15 petang kelmarin satu pasukan polis bertindak mengepung kawasan kebun terbabit. 

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, laporan dibuat oleh penduduk yang melalui kawasan tersebut dan menyangka tentera asing ini sedang menjalankan latihan. 

“Polis kemudian mendapati sekumpulan lelaki sedang berkumpul dengan berpakaian celoreng bersama beberapa laras senjata api,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, semalam. 

Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 17 lelaki tempatan dan seorang warga Singapura yang berumur di antara 20 hingga 40-an. 

“Pemeriksaan lanjut di kawasan berkenaan juga menemui 14 laras senjata api tiruan pelbagai jenis seperti Sniper, AK47, Steyr AUG, M4 A1, 20 kelopak peluru senjata api tiruan dan pelbagai aksesori tambahan seperti walkie-talkie, bom asap, teropong dan lain-lain lagi. 

“Senjata-senjata berkenaan menyerupai 95 peratus senjata sebenar didapati menggunakan bateri dan palet plastik sebagai peluru. Kebun sawit yang dijadikan tempat berkumpul tersebut adalah milik bapa kepada salah seorang suspek yang ditangkap,” katanya. 

Siasatan awal mendapati sebahagian daripada suspek yang ditangkap menganggotai sebuah persatuan sukan menembak yang baharu didaftarkan di Johor Bahru pada tahun lalu dan masih belum mendapat sebarang kelulusan. 

Bagaimanapun, semakan mendapati tiada sebarang lesen dan permit yang dikeluarkan bagi memiliki senjata api tiruan berkenaan. 

“Hasil siasatan awal juga mendapati senjata tiruan buatan China ini dibeli secara online iaitu melalui internet sebelum dihantar kepada mereka (pembeli). 

Daripada 18 orang yang ditangkap, empat daripada mereka telah dijamin kerana mereka tidak terlibat secara langsung dan hanya berada di lokasi kejadian apabila tangkapan dilakukan. 

“Jadi, saya nasihatkan mana-mana orang awam yang telah membeli dan memiliki senjata api tiruan ini, senjata tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak polis kerana permit senjata api hanya dikeluarkan untuk senjata jenis ‘pump gun’ dan pistol sahaja,” katanya. 

Menurutnya, kesemua suspek direman bermula semalam sehingga hari ini dan bagi kesalahan memiliki senjata api tiruan dan kes disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 dan jika disabitkan bersalah, penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Manakala, bagi kesalahan memakai dan memiliki pakaian seragam samaran (celoreng) tanpa kebenaran kes disiasat di bawah Seksyen 25A Akta Kesalahan Kecil 1955 dan jika sabit kesalahan membawa denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. 
Posted by 
Perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu ke atas Utusan berhubung berita yang disiarkan pada 27 dan 28 Ogos 2011 semakin panas apabila saksi Utusan, Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara disoal balas bertalu-talu oleh peguam Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin. 

Di dalam keterangannya semalam, Rahim Noor menyatakan secara panjang tentang sejarah ideologi komunis di mana Hanipa bangun membantah dengan menyatakan beliau bukan sebagai saksi pakar. Beliau menyatakan bahawa menurut pandangan beliau Mat Indera adalah seorang komunis.

Beliau bagaimanapun mengakui beliau tidak pernah menemui sebarang bukti bahawa Mat Indera ada memegang kad keahlian Parti Komunis Malaya (PKM). 

Beliau juga menyatakan bahawa komunis mempunyai perancangan besar untuk menegakkan negara komunis di seluruh dunia. 

Beliau juga mengakui negara ini dijajah oleh British meskipun Utusan cuba mengambil pendirian bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British.

Apabila tiba giliran beliau disoal balas oleh Hanipa, peguam Mat Sabu itu memulakan soalan beliau dengan bertanya kepada Rahim Noor adakah dia sedar  Mat Indera adalah seorang guru agama dan tahu berbahasa arab dan beliau mengakui perkara tersebut.

Baca selanjutnya di sini.
Posted by 

Patutlah Buku Anwar Dilarang Jual.. Ini Sebabnya

Patutlah Buku Anwar Dilarang Jual.. Ini Sebabnya

Naib Presiden KEADILAN, N Suerendran mengesyaki tindakan MPH memutuskan tidak menjual buku biografi Anwar Ibrahim  kerana rangkaian kedai buku itu dimiliki Syed Mokhtar Albukhary, kroni Umno-BN. 
“Ada kemungkinan tindakan ini disebabkan arahan daripada orang atasan. Syarikat MPH ini dimiliki oleh Syed Mukhtar Albukhary. “Jika disebabkan desakan politik orang atasan, itu tidak wajar. Sepatutnya semua buku dijual (tanpa ada sekatan politik), ” kata Surendran kepada Keadilandaily.

Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata tindakan tersebut tidak profesional dan MPH sepatutnya mengekalkan intergritinya yang bebas tanpa mengikut petunjuk golongan politik tertentu. 


“Buku-buku tentang tokoh politik, memoir seperti tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) oun ada dijual di MPH. “MPH kena pertahankan intergriti. 

Tindakan MPH ini merupakan tindakan yang tidak profesional,” kata Khairul MPH bookstore melalui rangakaian kedai buku syarikatnya mengesahkan tidak menjual Biografi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bertajuk ‘Evolution of Muslim Democrat’. 

Bagaimanapun buku-buku tersebut didapati telah terjual di kedai buku lain seperti Borders dan Kinokuniya. ~kd

(Gambar) JDT vs Selangor.. Stadium Larkin Di Kawal Askar Timbalan Setia Negeri 
Pertandingan Liga Super hanya akan berlangsung sekitar jam lapan malam nanti, tetapi askar Timbalan Setia Negeri (TSN) yang dikuasai oleh Sultan Johor telah pun mula memasuki kawasan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru, tempat di mana pertandingan tersebut akan diadakan.

Malam ini di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru, skuad Harimau Selatan - Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan dengan Selangor pada saingan Liga Super.

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez berkata, “Saya yakin semua pemain boleh melakukan yang terbaik setelah memperoleh momentum baharu selepas berjaya mengalahkan Kedah dalam saingan suku akhir pertama Piala FA, Selasa lalu.

“Saya akan pastikan semua pemain boleh mengawal perlawanan untuk menang lagi di gelanggang sendiri, walaupun tanpa Aidil dan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) yang mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, di sini, semalam.

Dalam empat perlawanan di saingan Liga Super, skuad Harimau Selatan menduduki tempat ke-10 dengan mengutip empat mata hasil daripada satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Manakala Selangor pula berjaya mengutip sembilan mata hasil daripada tiga kemenangan dan satu seri.Dijangkakan, perlawanan malam ini berlangsung sengit di mana JDT akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan momentum dan hanya kemenangan yang akan meningkatkan moral pemain.

Sementara itu, pemain pertahanan JDT, Baihakki Khaizan berkata, keserasian antara semua pemain sudah mula menampakkan hasil selepas memenangi perlawanan bertemu Kedah, Selasa lalu.

Menurutnya, ‘mood’ kegembiraan dan kebahagiaan serta keceriaan hasil kejayaan itu menjadi faktor penting yang perlu dibawa ke depan untuk bertemu pasukan Selangor yang dianggap perlawanan penting.

“Esok (malam ini) ‘game’ yang penting kerana kita baharu habis Piala FA dan bermula lagi Liga Super yang kita tahu kita berada dalam kedudukan agak tidak memuaskan. 

Kita kena baiki kedudukan ke tangga lebih selesa.“Saya harapkan rakan sepasukan bermain dengan sepenuh hati dan sepenuh jiwa."Insya-ALLAH dengan hasil kerja keras dan semangat berpasukan yang semakin baik, saya rasa kemenangan itu milik kita,” katanya. ~pahangdaily online
Posted by 
HTML Note for share. 
<div style="text-align: center;">
<b>s3v3n</b></div>
<div style="text-align: center;">
<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed><br /></div>
<div style="text-align: center;">
<b>s3v3n</b></div>

<div class="homeFlashClockItem" style="border: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; margin: 23px auto 0px; outline: 0px; padding: 0px; text-align: center; vertical-align: baseline; width: 400px;">
<iframe frameborder="0" scrolling="no" src="http://www.clocklink.com/html5embed.php?clock=012&amp;timezone=PST&amp;color=black&amp;size=170" style="border-width: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; height: 170px; margin: 0px; outline: 0px; overflow: hidden; padding: 0px; vertical-align: baseline; width: 170px;"></iframe></div> 

<div style="text-align: center;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">
s3v3n

Tiada ulasan: