Jumaat, 21 Februari 2014

3492. Buloh Kasap, Segamat, Johor. - Peristiwa.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
*Ralat:
Lokasi

Nama Sungai              - Sungai Muar.
Kampung Terdekat   - Kampung Kuing Patah, Buloh Kasap.
Pekan Berhampiran  - Buloh Kasap.
Bandar Berdekatan   - Segamat.
Waktu kejadian           - Jumaat pagi. 21 Rabiul'Akhir 1435.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

UPDATE:
SEGAMAT - Pasukan mencari dan menyelamat petang ini menemui mayat tiga remaja lelaki yang lemas di Sungai Buloh Kasap pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Segamat berkata mayat Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, ditemui anggota penyelamat pada 3.30 petang.

"Mayatnya ditemui di dasar sungai kira-kira 30 meter dari tempat kejadian," kata jurucakap itu kepada Bernama di tebing sungai itu di sini, hari ini.

Mayat Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15, masing-masing ditemui pada 3.41 petang dan 4.30 petang, tidak jauh dari lokasi penemuan mayat Mohd Hafizul.

Ketiga-tiga remaja itu tinggal di Taman Mewah di sini dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Buloh Kasap.

Mereka antara lapan remaja lelaki berusia antara 13 dan 16 tahun yang lemas ketika mandi di Sungai Buluh Kasap itu, yang terletak berhampiran sebuah kuari menyedut pasir, pada kira-kira 9.30 pagi tadi.

Sungai itu, yang terletak kira-kira 10 km dari bandar Segamat, merupakan kawasan rekreasi yang popular bagi penduduk sekitarnya.

Sebelum itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Mohd Aizat Mamat berkata kesemua remaja itu adalah sebahagian daripada sekumpulan 13 remaja yang berekreasi di sungai itu sempena cuti hujung minggu negeri ini.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila seorang daripada remaja itu menghadapi kesukaran ketika berada di dalam sungai menyebabkan tujuh rakannya cuba membantu.

"Namun, rakan-rakan lain itu turut berhadapan dengan kesukaran ketika berenang di dalam sungai itu menyebabkan kesemua mereka dipercayai lemas," katanya kepada Bernama.

Lima remaja lain selamat, katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Segamat Abdul Rahim Nin berkata, lima yang masih hilang dan dikhuatiri lemas dikenali sebagai Mohd Shafiq Mohd Syukur, 16, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izuan Hakimi, 16, dan Mohd Nazreen Zainal, 14.

Mohd Zaki merupakan abang kepada Mohd Zikri, yang mayatnya dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 3.41 petang tadi.

Abdul Rahim yang juga Pengerusi Keselamatan Daerah dan mengetuai operasi mencari dan menyelamat itu berkata  operasi mencari dan menyelamat tetap diteruskan walaupun pada waktu malam sehingga kelima-lima pelajar yang masih hilang itu berjaya ditemui.

Selain anggota bomba dan penyelamat daripada Segamat dan Muar, operasi turut dibantu Unit Selam Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur serta pasukan skuba Polis Muar dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), katanya.

Katanya operasi mencari dan menyelamat ditumpukan di kawasan sedalam lebih lima meter membabitkan keluasan 50 meter persegi.

"Oleh kerana keadaan dasar sungai yang berselut dan air keruh, operasi mengesan mangsa-mangsa sememangnya berhadapan dengan situasi yang sukar,' katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Mengulas tentang kejadian malang itu, beliau berkata kelapan-lapan remaja terbabit adalah antara sekumpulan remaja dari Taman Mewah, Buloh Kasap yang keluar berjoging di tepi sungai sebelum mandi manda di sungai itu.- Bernama

Sumber: Mayat 3 remaja lemas di Sg Buloh Kasap ditemui - Semasa - Sinar Harian

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas yang dijumpai di Sungai Muar berdekatan Kampung Buluh Kasap, Segamat, hari ini. Setakat petang ini, tiga mayat daripada lapan mangsa yang dikhuatiri lemas sudah ditemui. - Foto Mustapha Ismail
Feb 21, 2014 6:27 pm   http://www.bharian.com.my/

PASUKAN penyelamat menjalankan operasi mencari lapan remaja yang lemas ketika beriadah di tepi sebuah lombong di Sungai Buloh Kasap, Segamat sejak jam 10 pagi tadi. Setakat jam 4.40 petang tadi, tiga mangsa sudah ditemui.- Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Feb 21, 2014 4:38 pm http://www.bharian.com.my/

Lapan mangsa lemas saling cuba menyelamat
Foto
PASUKAN penyelamat menjalankan operasi mencari lapan remaja yang lemas ketika beriadah di tepi sebuah lombong di Sungai Buloh Kasap, Segamat sejak jam 10 pagi tadi. Setakat jam 3.40 petang tadi, dua mangsa sudah ditemui.- Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

SEGAMAT: Lapan remaja yang lemas di sebuah lombong di Sungai Buloh Kasap, dekat sini, dikatakan saling cuba menyelamatkan rakan mereka sehingga menyebabkan semua dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, 12 remaja berusia 13 tahun hingga 16 tahun termasuk seorang pelajar perempuan dikatakan beriadah di tepi sungai itu sebelum mereka bermain air di tepi sungai berkenaan.

Seorang daripada mereka dikatakan lemas menyebabkan dua lagi cuba membantu tetapi turut hilang sehingga lima lagi rakan mereka turun terjun ke sungai sebelum semuanya hilang.

Turut hilang ialah dua beradik berusia 14 dan 16 tahun.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu jam 9.49 pagi dan tiba di tempat kejadian jam 10 pagi.

Katanya, sehingga jam 2 petang ini semua mangsa masih belum ditemui dan lokasi kejadian di kawasan pasir jerlus dan menyelamat. Unit Scuba masih menjalankan operasi mencari. "Mangsa dipercayai tertimbus pasir dan setakat ini semua mangsa belum ditemui," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Mohd Aizat Mamat berkata remaja yang lemas itu adalah sebahagian daripada sekumpulan 13 remaja yang berekreasi di sungai itu sempena cuti hujung minggu negeri itu.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila seorang daripada remaja terbabit menghadapi kesukaran ketika berada di dalam sungai menyebabkan tujuh rakannya cuba membantu.

"Namun, rakan-rakan lain itu turut berhadapan dengan kesukaran ketika berenang di dalam sungai itu menyebabkan kesemua mereka dipercayai lemas," katanya.

Lima remaja lain selamat, katanya.

Mereka semuanya dilaporkan berasal dari Taman Mewah, di sini

Sungai itu, yang terletak berhampiran sebuah kuari menyedut pasir, adalah kira-kira 10km dari bandar Segamat dan juga kawasan rekreasi popular bagi penduduk sekitarnya.

Berikut senarai nama remaja yang dikhuatiri lemas:
1. MOHD ZATI ZAIDI, 16
2. MOHD ZAKRI ZAIDI, 14
3. MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16
4. MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16
5. NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14
6. MOHD NAZRUL BIN ZAINAL, 15
7. MOHD IZUAN HAKIMI AMIR, 13
8. MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16

Mayat 3 remaja lemas di Sg Buloh Kasap ditemui

SEGAMAT - Pasukan mencari dan menyelamat petang ini menemui mayat tiga remaja lelaki yang lemas di Sungai Buloh Kasap pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Segamat berkata mayat Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, ditemui anggota penyelamat pada 3.30 petang.

"Mayatnya ditemui di dasar sungai kira-kira 30 meter dari tempat kejadian," kata jurucakap itu kepada Bernama di tebing sungai itu di sini, hari ini.

Mayat Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15, masing-masing ditemui pada 3.41 petang dan 4.30 petang, tidak jauh dari lokasi penemuan mayat Mohd Hafizul.

Ketiga-tiga remaja itu tinggal di Taman Mewah di sini dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Buloh Kasap.

Mereka antara lapan remaja lelaki berusia antara 13 dan 16 tahun yang lemas ketika mandi di Sungai Buluh Kasap itu, yang terletak berhampiran sebuah kuari menyedut pasir, pada kira-kira 9.30 pagi tadi.

Sungai itu, yang terletak kira-kira 10 km dari bandar Segamat, merupakan kawasan rekreasi yang popular bagi penduduk sekitarnya.

Sebelum itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Mohd Aizat Mamat berkata kesemua remaja itu adalah sebahagian daripada sekumpulan 13 remaja yang berekreasi di sungai itu sempena cuti hujung minggu negeri ini.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila seorang daripada remaja itu menghadapi kesukaran ketika berada di dalam sungai menyebabkan tujuh rakannya cuba membantu.

"Namun, rakan-rakan lain itu turut berhadapan dengan kesukaran ketika berenang di dalam sungai itu menyebabkan kesemua mereka dipercayai lemas," katanya kepada Bernama.

Lima remaja lain selamat, katanya. - Bernama
Cari Mangsa Lemas
Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama anggota penyelam berusaha mencari remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Buluh Kasap di Segamat hari ini.
Mayat tiga daripada lapan mangsa yang hilang sudah dijumpai sehingga 6 petang tadi.- Foto Bernama
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/mayat-3-remaja-lemas-di-sg-buloh-kasap-ditemui-1.253330

*Ralat by p3c3q

Blogger Home.
HTML NOTE FOR SHARE:

s3v3n

<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed>

s3v3n

<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed>

s3v3n

s3v3n

Tiada ulasan: