Sabtu, 22 Februari 2014

3494. Macam-macam kuku.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Hukuman terhadap Karpal bersifat kuku besi

SHAH ALAM - Persatuan Peguam Lawyer for Liberty (LFL) mendakwa hukuman yang dikenakan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh di bawah Akta Hasutan merupakan kembalinya pendakwaan berunsur politik dan bersifat kuku besi.

Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen berkata, kesalahan yang dilakukan Karpal adalah kebebasan bersuara yang bukan berasaskan keganasan dan sebagainya.

Menurutnya, kesalahn yang disabitkan hasutan sudah tidak diguna pakai di negara moden lain yang dianggap kuno.

"Membuat komen atau kritikan politik bukan jenayah terutamanya dalam kes Karpal ini, dia hanya bagi pendapat undang-undang pada 2008 tentang krisis di Perak di mana ia tidak menggambarkan apa-apa keadaan seperti menghasut.

"Hasutan adalah kesalahan ketinggalan zaman dan tidak demokratik dan kebanyakan negara moden sudah membatalkannya dan tidak terpakai lagi.

"Ia sudah semestinya tidak ada tempat di negara kita yang moden dan demokratik ini, itu yang menjadi harapan kita," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terbaru, media melaporkan Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini terhadap pertuduhan  mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.

Karpal, 73, dituduh mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 7 Mac untuk menjatuhkan hukuman setelah peguam Karpal Singh, Gobind Singh Deo yang juga anaknya, memberitahu mahkamah bahawa tertuduh tidak berapa sihat dan memerlukan masa untuk menyediakan mitigasi.

Dalam pada itu, Paulsen berkata Pejabat Peguam Negara dan polis perlu mengendalikan kes tersebut dengan profesional.

"Kita harapkan pihak berwajib boleh jalankan tugasan dengan profesional, adil dan bebas serta tidak membezakan antara pemimpin pembangkang dan kerajaan," katanya.

Selain itu, beliau juga berkata Karpal berkemungkinan akan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan jawatannya sebagai ahli Parlimen dilucutkan.

Sumber:  http://www.sinarharian.com.my/semasa/hukuman-terhadap-karpal-bersifat-kuku-besi-1.253334
Blogger Home.
HTML NOTE FOR SHARE:

s3v3n

<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed>

s3v3n

<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed>

s3v3n

s3v3n

Tiada ulasan: