Rabu, 26 Februari 2014

3526. Dunia Penghakiman Manusia.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com   

AHLI SYURGA, NERAKA BOLEH DIKENALI SEJAK DIDUNIA.

AHLI SYURGA, NERAKA BOLEH DIKENALI SEJAK DIDUNIA.
Daripada Harithah bin Wahab RA katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): 
"Tidakkah aku akan memberitahu kamu mengenai ahli surga? Iaitu orang yang lemah dan dipandang hina (oleh manusia), kalau dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah mengabulkan sumpahnya.
" tidakkah aku akan memberitahu kamu mengenai ahli neraka? Iaitu setiap orang yang kasar perangai atau bersikap kasar, angkuh dan sombong."(Riwayat Bukhari dan muslim)
Huraian:
Gambaran sifat antara ahli surga dan neraka dapat dikenali sewaktu didunia lagi sebagaimana disebut dalam hadis berkenaan.
Umat Islam yang mendapat kemenangan pada hari akhirat kebanyakannya adalah golongan lemah dan dipandang hina oleh manusia sewaktu didunia. Amat sedikit mereka terdiri daripada golongan kaya dan hidup mewah.
Daripada Harithah bin Wahab RA katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):

"Tidakkah aku akan memberitahu kamu mengenai ahli surga? 
Iaitu orang yang lemah dan dipandang hina (oleh manusia), kalau dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah mengabulkan sumpahnya.

" tidakkah aku akan memberitahu kamu mengenai ahli neraka? Iaitu setiap orangyang kasar perangai atau bersikap kasar, angkuh dan sombong."(Riwayat Bukhari dan muslim)

Huraian:

Gambaran sifat antara ahli surga dan neraka dapat dikenali sewaktu didunia lagi sebagaimana disebut dalam hadis berkenaan.

Umat Islam yang mendapat kemenangan pada hari akhirat kebanyakannya adalah golongan lemah dan dipandang hina oleh manusia sewaktu didunia. Amat sedikit mereka terdiri daripada golongan kaya dan hidup mewah.

LAGI SEKALI MEDIA ARUS PERDANA MILIK UMNO KALAH SAMAN FITNAH .. BEKAS MB PERAK DS NIZAR MENANG SAMAN FITNAH TERHADAP TV3.

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari ini menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1. 

Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.


"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.


Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.


"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.

Mahkamah juga memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.

Pada 12 April, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Yeoh Wee Siam menolak dakwaan Nizar bahawa TV3 memfitnah beliau.


Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim memutuskan TV3 memperlihatkan justifikasi pembelaan terhadap semua fakta dan hujah yang dibangkitkan kedua-dua belah pihak.


"Saya berpendapat defendan berjaya dalam pembelaan mereka berdasarkan justifikasi. Pembelaan justifikasi adalah pembelaan yang lengkap. Oleh itu, berdasarkan faktor ini, tuntutan plaintif patut dibuang," katanya dalam kenyataan penghakiman bertulis sebanyak 30 muka surat.


Bagaimanapun, Yeoh turut meneliti hak keistimewaan pembelaan dan pembelaan Reynolds yang digunakan oleh stesen penyiaran itu.


Menggunakan ujian kemunasabahan yang digariskan dalam kes di United Kingdom, Reynolds melawan Times Akhbar Ltd, Yeoh berkata, TV3 tidak mengamalkan amalan kewartawanan yang dipertanggungjawabkan kerana ia tidak mengesahkan tweet berkenaan dengan Nizar atau meminta sebarang komen daripadanya.


Beliau sebelum itu berkata, adalah jelas bahawa laporan berita TV3 itu mempunyai kepentingan awam dan bertanggungjawab untuk menyiarkannya.


Pada Julai 2012, Nizar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan penerbit TV3 Rohani Ngah di atas berita laporan 30 Mei 2012 yang didakwa boleh ditafsirkan dalam beberapa maksud, termasuk beliau melakukan hasutan, pengkhianat kepada Sultan Johor dan mengbangkitkan kebencian orang ramai kepada pemerintah Johor.


Nizar juga memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap penerbit Utusan Melayu (M) Berhad ke atas laporan mengenai tweet, di mana saksi daripada kedua-dua pihak telah memberi keterangan minggu ini, penghujahan lisan akan didengar di mahkamah pada 7 Jun.


Ujian Allah Itu Bukan Satu Bebanan......

* Allah Merahsiakan Masa Depan Untuk...
* Menguji Kita Agar Berprasangka Baik,...
* Merencana Dengan Baik, Berusaha Yang Terbaik...
* Serta Bersyukur Dan Bersabar.
* Pertolongan Allah Itu Mungkin Tidak Terlalu Cepat Dan...
* Mungkin Juga Tidak Terlalu Lambat.
* Tetapi...
* Pertolongan Allah Itu Selalu Datang...
* Pada Saat Yang Tepat.
* InShaaAllah...
* Allah Merahsiakan Masa Depan Untuk...
* Menguji Kita Agar Berprasangka Baik,...
* Merencana Dengan Baik, Berusaha Yang Terbaik...
* Serta Bersyukur Dan Bersabar.
* Pertolongan Allah Itu Mungkin Tidak Terlalu Cepat Dan...
* Mungkin Juga Tidak Terlalu Lambat.
* Tetapi...
* Pertolongan Allah Itu Selalu Datang...
* Pada Saat Yang Tepat.
* InShaaAllah...
Shida Rafi 
Sumber: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/02/ujian-allah-itu-bukan-satu-bebanan.html

"Inilah keadilan 

yg dihasilkan oleh undang2 otak manusia..

Pasaran Terbuka Menindas Rakyat: 

Tan Sri Muhammad Ali Hashim

SHAH ALAM – Sistem ekonomi Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas tidak wajar ditolak namun umat Islam perlu lebih berhati-hati kerana ia berteraskan sistem kapitalis bersifat zalim serta tidak memperjuangkan keadilan kepada pengguna di negara ini.



Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mendakwa pasaran bebas hanya menguntungkan golongan kaya manakala golongan miskin pula akan jauh ketinggalan sekali gus melonjakkan kadar inflasi yang tinggi.


Katanya lebih membimbangkan apabila kerajaan sendiri mengamalkan sistem liberal yang cenderung kepada amalan rasuah dan kompromi dalam urus tadbir ekonomi negara ini sekali gus menggalakkan monopoli ekonomi oleh syarikat korporat dan multi nasional.


“Pasaran bebas penting, tapi ada bahayanya sebab perkara ini berlaku di negara kita, yang kaya bertambah kaya, yang miskin jauh tinggal ke belakang, bukan sahaja di negara Islam bahkan ia berlaku di seluruh dunia.


“Kerajaan pula tidak boleh campur tangan dalam pasaran ekonomi namun mereka tidak boleh melupakan peranannya untuk menyeimbangkan kedudukan ekonomi negara,” katanya pada Wacana Sinar ke-26 bertajuk ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata umat Islam perlu mencari sistem ekonomi alternatif termasuk wakaf korporat atau jihad bisnes yang menjaga kepentingan dan kebajikan umat Islam dalam keupayaan pemilikan harta.
Pj.Blogspot. 
Sumber: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/02/pasaran-terbuka-menindas-rakyat-tan-sri.html

SAMAN RM2 JUTA TGHA, PIMPINAN KEADILAN BERI JAMINAN AKAN DISELESAIKAN.

Selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) disaman RM2 juta oleh bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, PKR hari ini memberi jaminan kes saman tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik. 

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Shamsul berdegil meneruskan saman terhadap Hadi walaupun beliau dinasihati untuk tidak berbuat demikian.

"Pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman berkenaan tidak perlu diteruskan.


Abdul Hadi diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperoleh Shamsul.


Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.


Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.


Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.


Abdul Hadi disaman Shamsul ekoran dakwaannya  bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang PRU13 lalu.


Ekoran dakwaan itu, PAS meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi PKR.


Ia menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.


Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.


“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen PRU lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.


Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau memfailkan saman itu.



Pimpinan PKR berkata Fahmi bagaimanapun akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, demi kebaikan serta kesepakatan Pakatan Rakyat. 
BAGI PANDANGAN OMAK KAU INI TINDAKAN PERIBADI BUKANNYA TINDAKAN PARTI .. OLEH ITU PARTI KEADILAN TIDAK BOLEH DI HERET DENGAN KEMELUT PERIBADI YANG TIDAK BERPUAS HATI .. NAMUN BEGITU PIMPINAN KEADILAN TIDAK MENDIAMKAN DIRI. 
Sumber: http://omakkau.blogspot.com/2014/02/saman-rm2-juta-tgha-pimpinan-keadilan.html

Tapi Tuan Hakim, Mahathir lebih dahsyat lagi....

Aziz: K'jaan tiada pendirian moral tuduh Karpal hasut
Kerajaan perlu mempunyai pendirian moral yang tinggi terlebih dahulu sebelum menuduh Pengerusi DAP Karpal Singh kerana menghasut.

Memetik peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan sisi undang-undang, pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed telah membuat lebih provokatif dan kenyataan 'menghasut' semasa krisis perlembagaan pada 1983 dan 1993.

"(Oleh itu) kerajaan Umno-BN harus mempunyai alasan moral sebelum mereka memberi lampu hijau kepada Jabatan Peguam Negara meneruskan dengan pertuduhan terhadap Karpal.

"Adalah sukar untuk mengatakan bahawa (tuduhan hasutan terhadap) Karpal adalah semata-mata undang-undang dan tidak bersifat politik.

"Karpal mempunyai hak untuk diberi layanan yang sama seperti Mahathir dan rakan Umno beliau," kata Aziz Bari kepada Malaysiakini semalam, yang memetik Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan .

Karpal yang juga peguam dan MP Bukit Gelugor didapati bersalah bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin kerana membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran menteri besar Datuk seri Mohammad Nizar Jamaluddin lima tahun lalu. SUMBER 

Sumber: http://alhusseyn51.blogspot.com/2014/02/tapi-tuan-hakim-mahathir-lebih-dahsyat.html

Bloger pro BN kehabisan modal di PRK DUN Kajang........... ini bukti nya



Tuesday, February 25, 2014

PRK KAJANG : SARANAN GAP KEPADA PENYOKONG DAH AHLI PAS KAJANG...INI KALI LAH !

cuba tanya ahli dan penyokong pas ..
tahu kah mereka..

bahawasanya IMEJ PAS ITU HANCUR KERANA ZINA POLITIK MEREKA DENGAN ANWAR ?

imej dan kredibel takde.
pendirian politik pas tak menguntungkan islam dan melayu.

dek kerana 3 perkara ini punca besar pas ditolak melayu.

strategi politik pas sebenarnya tak sehebat mana.

pas bertanding di kawasan pengundi melayu.
pkr bertanding di kawasan campuran.

jadi pada anwar, tak merugikan untuk beliau melelong segala hak islam dan melayu depan public, kerana yang akan menyokong partinya nanti terdiri daripada bukan islam.

manakala pas yang terpasung, terpaksa bermati-matian menjawap soalan demi soalan orang melayu yang tak puas hati dengan mainan pakatan...

JADI...

saranan aku kepada penyokong dan ahli pas kajang..

tunjukkan kepada masyarakat kuasa undi anda.
tolak anwar di kajang.
hanya dengan signal ini, maka ANWAR AKAN BISA HORMAT SEMULA PADA PAS !

amacam..
INI KALI LAH....


Wak tak heran bile terjumpe posting seperti di atas ni dalam blog yang pro BN.  Sebenar nye mereke ni dah tak de modal untuk di menentang pengaruh kekuatan Pakatan Rakyat hari ini. Boleh di katekan hampir seluruh rakyat yang telah sedar tentang keburukan cara BN mentadbir negara telah bersatu dalam Pakatan Rakyat.

Kini misi penyokong2 PR ni tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional sahaja. Kekuatan sokongan PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak mudah perkotak-katik kan oleh mana2 pehak, terutame nye pencacai2 Barisan Nasional.

Sebenar nya PRK DUN Kajang ini sangat2 di geruni oleh pemimpin2 dan pencacai2 UMNO. Kekalahan BN yang di wakili oleh MCA pasti akan mendatang kan keaiban dan kemaluan yang teramat besar kepada UMNO Selangor walaupun calun nya itu dari MCA.

UMNO sudah awal2 lagi mengetahui bahawa BN pasti akan tewas, inilah sebabnya UMNO tidak yakin untuk tampil masuk ke gelanggang, sebalik nye MCA pule yang ditampilkan untuk berdepan dengan bala tentera Pakatan Rakyat yang begitu gagah perkasa.

Pemimpin2 UMNO tahu dan sedar bahawa MCA sebenarnye dah 'mati' pada PRU 13 yang lalu. Penyokong2 MCA dari kaum cina sudah hilang kepercayaan nya terhadap parti itu, kini mereke semuanya sudah berhijrah keluar dan masuk kedalam kem DAP.

Terkini!!! Perbicaraan Pasangan Malaysia Di Sweden: Ammar Percaya Ibu Bapa Akan Dipenjara.. Jom Ikuti!!!

Ammar (tengah) bersama adik-adiknya Adam (kiri) dan Arif (kanan).

STOCKHOLM: "Saya hanya merasakan mereka akan didapati bersalah dan dipenjarakan," kata anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka.
Ketika ditanya apa yang difikirkan Ammar, 12, mengenai masa hadapan, dia berkata ibu bapanya seperti akan dipenjarakan sebelum dia dapat bertemu mereka.
Namun, apabila anggota polis wanita Sweden bertanya apa yang difikirkan mengenai masa depannya, Ammar berkata, apa yang dia boleh fikir adalah memeluk kedua-dua ibu bapanya semula.
"Mereka akan masuk ke dalam penjara, saya tidak tahu untuk berapa hari atau bulan. Apabila mereka dibebaskan, saya boleh bertemu mereka semula," kata Ammar menerusi temuduga yang direkodkan lebih awal yang dipertontonkan di mahkamah daerah Solna di sini.
Azizul Raheem Awalluddin, seorang pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya, Shalwati Nurshal ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia dipukul, menyebabkan mereka membuat laporan mengenainya kepada pihak berkuasa.
Memasuki hari keempat perbicaraan, Azizul dilihat memakai jaket baharu berwarna hitam dan tali leher biru, manakala Shalwati memakai jaket berwarna kelabu bersama dengan baju kurung.
Walaupun Shalwati dilihat sentiasa menulis nota pada minggu lepas, ibu kepada anak orang anak itu kini memberi tumpuan kepada video yang dipertontonkan sejak Isnin lalu.
Dalam temubual yang direkodkan itu, Ammar mengakui dia jarang dipukul oleh ibunya dengan rotan, 'mungkin dua kali sebulan'.
Dia berkata, bapanya kadang kala menggunakan rotan ketika kelas al-Quran, tetapi tidak pernah benar-benar menggunakannya.
Ketika ditanya bila Ammar teringat saat dia pernah dirotan oleh bapanya, kanak-kanak berusia 12 tahun itu berkata, ketika dia mencuri kad kredit ibunya untuk membeli permainan video.
"Saya meminta ibu untuk membelikan alat permainan itu beberapa kali tetapi dia enggan. Jadi saya bertindak mengambil kad kreditnya dan membeli permainan itu sendiri," kata Ammar.
Namun, Shalwati mengetahui perkara itu, menyebabkan Azizul bertindak memukul anaknya sebagai hukuman.
Ammar berkata, hukuman itu kekal diingatannya kerana dia merasakan bapanya lebih mementingkan wang berbanding dirinya.
"Saya melihat bapa benar-benar marah pada ketika itu," kata Ammar.
Ini bukan kali pertama Ammar memberitahu bahawa adik-beradiknya yang lain turut dipukul kerana mencuri.
Ammar sebelum ini berkata, kakaknya Aishah turut dipukul beberapa kali kerana mencuri wang dan coklat.
Pada 10 Februari, Shalwati dan Azizul didakwa di atas tuduhan pencabulan integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera anak-anak mereka.
Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu dirumah mereka di Spanga, Stockholm antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.
Perbicaraan bersambung pada Selasa. 

Sumber: http://sedakasejahtera.blogspot.com/2014/02/terkini-perbicaraan-pasangan-malaysia.html

Luahan Rakyat - 

Kementerian Kesihatan Malaysia Sila Baca !!!!

Ini luahan dari Hafizi Agy yang admin terima di wall.

Saya mohon semua orang share hal ini supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKN Sarawak) membuka mata dengan sikap mereka.

Hari ini 24.2.2014 adik perempuan saya diminta mendaftar diri di Pejabat Kesihatan Negeri Sarawak selepas sebulan menamatkan pelajaran sebagai Jururawat Masyarakat.

Di awal proses lagi pegawai di bahagian penempatan jururawat KKM menunjukkan sikap acuh tidak acuh apabila saya bertanya tiket kapal terbang disana disediakan atau tidak, dia menjawab semua ditanggung sendiri dan boleh claim.

Apabila surat penempatan diterima ianya hanya menyatakan mendaftar di Pejabat Kesihatan Negeri Sarawak dan tidak memberi tahu kemudian perlu pergi sendiri ke lokasi penempatan.

Maka saya membeli tiket Adik saya dari KLIA ke Kuching untuk mendaftar pada 24.2.2014, apabila sampai mendaftar adk saya dan kawan2 nya ditempatkan di Hospital Miri Sarawak.

Apa yang tidak boleh diterima ialah sikap pegawai yang mengurus mereka di JKN Sarawak menyuruh mereka sendiri pergi ke Hospital Miri tanpa menghantar mereka dan menyatakan mereka tidak menyediakan apa2.

Hal itu sungguh mengejutkan dan mereka terpaksa membeli tiket penerbangan di saat akhir yang mana harganya sudah pasti mahal iaitu melebih RM200++ dan bukan jumlah yang sedikit bagi mereka yang baru ingin memulakan pekerjaan dan hidup ditempat orang.

Atau mereka boleh menaiki bas dari Kuching ke Miri yang mengambil masa 16 jam.

Mereka juga dimaklumkan bahawa asrama Jururawat di Hospital Miri sudah penuh dan perlu mencari rumah sendiri dan jika difikir secara logik bagaimana mereka ingin mencari rumah disaat akhir dinegeri yang tiada saudara mahupun kawan.


Alasan yang digunakan hanyalah kami tidak sediakan sendiri dan semua perlu diuruskan sendiri dan nanti boleh Claim.

Persoalannya claim tersebut boleh ke dapat dalam masa dua tiga hari.. mereka nak bekerja sebelum menunggu gaji pertama apa yang harus mereka makan, mana mereka akan mencari duit..

Lebih menyayat hati ada diantara mereka menangis kerana hampir kehabisan duit dan berfikir bagaimana akan mengharungi situasi tersebut.

Apakah KKM dan JKN Sarawak tidak berfikir perkara ini dan ianya seolah mereka mempergunakan mereka yang mana dilihat memerlukan tenaga Jururawat dari semenanjung untuk bekerja di Sarawak tetapi tidak menguruskan mereka.

Tidak terfikirkah bahawa mereka adalah anak gadis dan tidak terfikirkah keselamatan mereka, tidak terfikirkah bagaimana jika ada diantara mereka dari keluarga yg kurang berkemampuan.

Persoalannya dimana perancangan mereka, kredibiliti mereka, profesionalisma mereka dan mengapa tidak memberitahu semua prosedur awal2 ketika diberi surat penempatan supaya boleh bersedia di saat awal bukan kelam kabut di saat akhir.

Lebih menggeramkan saya apabila saya menelefon Pegawai yang menguruskan penempatan jururawat di KKM beliau boleh ketawa dan berkata semua itu adalah urusan JKN Sarawak.

Seolah-olah mereka melepaskan tangan dan bersikap sambil lewa tanpa ada profesionalisma dalam hal ini walhal JKN Sarawak adalah jabatan di bawah KKM.

Sehingga kini ibu dan ayah saya di kampung betul2 risau keselamatan dan apa akan terjadi kepada adik saya dan kami bukanlah orang kaya yang mampu terbang ke Sarawak dan menguruskan segalanya di sana dan kembali semula kesemenanjung.

Perbuatan KKM dan JKN Sarawak terlalu keterlaluan dengan melakukan perkara sebegini.. Saya harap semua orang share kisah ini supaya menjadi liputan meluas dan membuka mata mereka supaya tidak memandang enteng perkara tersebut.

KKM seharusnya mengikut langkah bagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia mampu menguruskan penempatan guru semenanjung ke Sabah Sarawak dengan segalanya diuruskan tanpa diperlakukan sedemikian.

Saya berharap perkara ini disebarkan supaya diberi perhatian supaya perkara ini tidak berlaku pada mana2 jururawat dari semenanjung yang akan dihantar ke Sarawak pada masa akan datang dan kerajaan terutamanya KKM memandang serius perkara ini.


Bila komen neh tersiar di wall, ada beberapa komen berikan komen sebagai balas. Rupa2nya ini bukan masalah terpencil beb. Ia berlaku dah lama dan secara berterusan.

Baca ;
Aku nak minta tolong. Aku harap orang dari mana2 negeri pun jangan sentap tak tentu hala. Ini bukan posting untuk kutuk mana2 negeri. Ini sekadar luahan untuk kerajaan faham bahawa ada beberapa perkara perlu dilakukan untuk penambahbaikan.

Ada betul juga apa yang mereka alami itu agak menyukarkan keadaan.

Tiba2 datang ke tempat baru. Takde rumah, takde kenalan. Sudah tentu ia menakutkan. Lebih2 lagi kalau ia melibatkan staff wanita.

Pada aku, masalah ini KKM dan JKN Sarawak ataupun mana2 negeri sekalipun, perlu take note aduan ini dan lakukan sesuatu.
Oke bai.

Sumber: http://amenoworld.blogspot.com/2014/02/luahan-rakyat-kementerian-kesihatan.html

Jika Anwar Menjijikkan Sebab Memasuki Gereja, Ini Apa Pula? - Jawapan Untuk Ustaz Ridhuan Tee

Amboii Ustaz Ridhuan Tee. Benci nya dia kat Anwar Ibrahim. Benci sangat sampai sanggikeup mengeluarkan kenyataan2 yang tersangatlah mengarut dan tak bersesuaian langsung dengan label Ustaz yang dia miliki.

Sejujurnya.

Aku suka Ustaz Ridhuan Tee.

Dia pada aku seseorang yang baik selain dari pandangan politik dia, dia memang orang yang baik. Kalau la.. kalau la dia dapat kurangkan sikit BIAS dia dalam mengulas isu2 politik itu adalah lebih baik.

Tak minta dan tak harap pun dia untuk jadi totok pakatan rakyat. Itupun aku tak suka juga. Tapi cukupla dia bersikap adil dengan mengulas apa2 isu secara ilmiah dan fakta. Jangan asyik kondem orang berdasarkan sentimen emosi dan diskriminasi bangsa semata2.

Adoi..

Mengulas rencana URT (Ustaz Ridhuan Tee) yang disiarkan di SH semalam,

Lihat ==>  http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/usah-berpolitik-di-rumah-ibadat-bukan-islam-1.253885

Ustaz tak sebut nama, tetapi semua orang tahu ia ditujukan untuk Anwar Ibrahim kerana baru2 ini Anwar la yang masuk ke gereja dan terlibat dalam PRK Kajang. Dah sah2 la Anwar yang dikecam Ustaz.

Takpela.

Sekarang aku nak tunjukkan beberapa gambar. Ini gambar pimpinan kita yang menganuti Islam dan berbangsa melayumemasuki pelbagai jenis rumah ibadat atas pelbagai tujuan dan program. Apa kata Ustaz kecam mereka juga? Bahkan, pernah, ya, pernah ye, Najib sanggup jumpa pastor di luar negara bagi menghilangkan rasa ketidakpuasan ahti masyarakat kristian kat negara neh isu kalimah Allah. Semua tahu ia dibuat bagi meraihkan sokongan dan bagi melancarkan kempen2 politik sempena pru ke 13 ketika itu. Ini pun atas nama tujuan politik juga. Kita minta Ustaz Ridhuan Tee bersikap adil dalam menilai sesuatu perkara.

Lihat ;





Nota.

Perkataan2 yang tertera di atas mana2 gambar tidak semestinya mewakili pendirian aku berhubung isu memasuki mana2 rumah ibadat bagi penganut muslim. Aku mempunyai pandangan ia dibolehkan atas nama meraikan kepelbagaian agama selagi mana ia bukan bertujuan untuk mengacau agama orang dan juga untuk melakukan perkara2 yang membatalkan akidah.

Pandangan aku.

Jika Anwar itu teruk sangat sebab memasuki gereja, bagaimana pula dengan Najib? Dan bagaimana pula dengan Rosmah?


Nak jumpa pope Vatican semata2 sanggup pakai selendang untuk tutup rambut tue. So Islam kita maksudnya ISLAM untuk tunjuk kat orang je ke? Lue fikirlah sendiri. 

Oke bai.


Sumber: http://amenoworld.blogspot.com/2014/02/jika-anwar-menjijikkan-sebab-memasuki.html


FITNAH UMNO Terhadap YAB KM Lim Guan Eng Tak Masuk Akal....



BAKAL CALON PRK N25 - "cakap tak serupa bikin"


Ini Ah Soh pun sudah jadi Mamak Pariah
INI ORANG BOLIH PERCAYA KE?......


MCA parti pengkhianat ....

Sumber: 
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/02/bakal-calon-prk-n25-cakap-tak-serupa.html

Budak Petaruhkan Nyawa Demi Seekor Haiwan



Seorang budak Bangladesh mempertaruhkan nyawanya demi seekor anak rusa. Ia bahkan mengangkat rusa itu di tangannya tinggi-tinggi, walaupun dirinya di tenggelami air. 
Dipetik dari Dailymail, budak ini bernama Belai dan dia masih sangat muda. Dengan tubuhnya yang kurus, ia meredah air sungai dan orang ramai takut ia tak akan kembali. Memandangkan sungai itu cukup deras dan dalam. 


Yang dilakukan oleh Belai hanyalah membawa anak rusa itu ke pinggir seberang sungai. Dia ingin menemukan anak rusa itu dengan keluarganya. Keluarga rusa ini terpisah akibat air yang meluap ke sungai akibat banjir dan hujan lebat.

Sumber: http://dairishare.blogspot.com/2014/02/budak-petaruhkan-nyawa-demi-seekor.html

Bapa Malu Dengan Sikap Prihatin Anaknya Terhadap Binatang



Dipetik dari Metro.co.uk, seorang ayah menceritakan pengalamannya saat ia merasa malu melihat apa yang telah dilakukan oleh sang anak. Mengapa demikian?


Lelaki dari Philipina ini menjelaskan bahawa sudah dua minggu, setiap hari anaknya membawa beg besar dan keluar dari rumah. Ia pergi ke luar bandar di sana entah untuk berbuat apa. Maka si ayah yang ingin tahu ini mengikuti anaknya.

Ternyata sampai di sana, ia terkejut melihat apa yang dilakukan oleh anaknya. Ternyata mereka disambut oleh beberapa ekor anjing yang kelihatan mempunyai penyakit kulit, kotor dan sakit. Dan  anaknya memberikannya makan. Jadi inilah yang dilakukan oleh anaknya beberapa hari terakhir.

Si ayah sedikit malu mengetahui kenyataan ini. "Aku malu mengatakan bahawa aku agak jijik. Namun anakku mengubah pandangan itu. Ia tak takut seperti aku. Padahal aku hampir ngeri melihat zombie kecil itu melakukan tos dengan anakku beberapa kali," ceritanya. 
Namun sang ayah kemudian merasa terharu dan bangga pada apa yang dilakukan anaknya. Sejak saat itu, dia bersedia membantu membelikan bekalan makanan yang diperlukan oleh anjing tersebut. Tindakan heroik anaknya menyelamatkan anjing itu, anak lelakinya berkata bahawa ia ingin membuka perlindungan haiwan sendiri. 

Sumber: http://dairishare.blogspot.com/2014/02/bapa-malu-dengan-sikap-prihatin-anaknya.html

Pejabat Malaysiakini Pula Disimbah Cat Merah [GAMBAR]



Ayam dah habis stok kot. Itu yang guna itik pula.

KAH KAH KAH

Dorang neh memang suka main baling2 cat dan letak2 bangkai binatang kat pejabat orang ke apa? Memang saja nak cari publisiti murahan ke?

KAH KAH KAH

SENGAL BETUL LAH 

Simbahan cat merah dan bungkusan bangkai itik ditemui di luar pejabat portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur pagi ini.

Cat merah itu disimbah pada dinding dan juga papan tanda Malaysiakini yang diletakkan di bangunan tingkat empat dan telah mengenai sebuah motosikal yang diparkir berdekatannya.

Sementara itu, seekor bangkai itik ditemui dalam sebuah kotak, yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama sampai ke pejabat itu pada jam 6.15 pagi, mendapati cat merah itu masih lagi basah.  

"Secara jelas menunjukkan cat itu dibaling dengan menggunakan lima plastik bag," katanya.

Serangan terhadap Malaysiakini dibuat selepas seminggu pejabat Teresa disimbah cat merah dan diletak
 kan bangkai ayam di tangga menuju ke pejabatnya lapor Malaysiakini



Sumber: http://amenoworld.blogspot.com/2014/02/pejabat-malaysiakini-pula-disimbah-cat.html
Blogger Home. 
HTML NOTE FOR SHARE: 
<div style="text-align: center;">
<b>s3v3n</b></div>
<div style="text-align: center;">
<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed><br /></div>
<div style="text-align: center;">
<b>s3v3n</b></div>

<div style="text-align: center;">
<div class="homeFlashClockItem" style="border: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; margin: 23px auto 0px; outline: 0px; padding: 0px; text-align: center; vertical-align: baseline; width: 400px;">
<iframe frameborder="0" scrolling="no" src="http://www.clocklink.com/html5embed.php?clock=012&amp;timezone=PST&amp;color=black&amp;size=170" style="border-width: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; height: 170px; margin: 0px; outline: 0px; overflow: hidden; padding: 0px; vertical-align: baseline; width: 170px;"></iframe></div> 

<div style="text-align: center;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: