Jumaat, 14 Mac 2014

3737. MH370 - Hujah IRAN tentangnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

[PANAS] Iran Dakwa Amerika Perancang Konspirasi Culik Pesawat MH370



Seorang anggota parlimen Iran yang berpengaruh, Hossein Naghavi Hosseini, menuding Amerika Syarikat sengaja “menculik” pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH370. Menurutnya, Amerika melakukan itu untuk “mensabotaj hubungan baik Iran dengan Cina dan Asia Tenggara.”

Hosseini, yang juga jurucakap Jawatankuasa Parlimen untuk Keselamatan & Polisi Luar Iran, memberi komennya terhadap berita mengenai dua warga negara Iran yang menaiki pesawat MH 370 itu dengan menggunakan paspot curi. Dalam kenyataannya kepada pejabat berita Tasnim, dia menyatakan tuduhan itu merupakan sebuah “plot”.

“Dokumen yang diterbitkan media Barat mengenai dua warga Iran yang naik pesawat tanpa pasport merupakan sebuah perang psikologis. Amerika mengupah beberapa orang untuk operasi semacam itu sehingga mereka dapat menyalahkan negara lain, terutama negara-negara Islam,” katanya.

Soal penumpang yang menggunakan paspot curi di dalam penerbangan MH370 telah disahkan oleh Interpol pada hari Ahad lalu. Mereka adalah Mohammed Reza Delavar, 29 tahun dan Pouria Nourmohammadi, 19 tahun. Kedua-duanya menggunakan pasport milik seorang warga Austria dan seorang Itali yang dilaporkan hilang beberapa waktu sebelumnya.

Polis Malaysia pun juga telah mengesahkan adanya kedua penumpang tersebut. Menurut Ketua Polis Negara Malaysia, Khalid Abu Bakar, salah seorang penumpang itu, seorang pemuda Iran berusia 19 tahun mencari suaka yang hendak berlindung di Jerman. "Kami yakin dia tidak mungkin menjadi anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid, seperti disiarkan oleh Associated Press.

ULASAN GB

Mungkin benar, dan GB tertanya-tanya, jika yang demikian itu satu kebenaran, apakah APCO ada terlibat sama di dalam menjayakan grand design ini? Dan berita ini tidak disiar di dalam mana-mana media arus perdana Malaysia!

Wallahu 'alam bissawab.
Sumber: (http://greenboc.blogspot.com/2014/03/panas-iran-dakwa-amerika-perancang.html
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: