Jumaat, 14 Mac 2014

3746. Allah SWT memerentahkan penangguhan terbenamnya matahari.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

MATAHARI DITAHAN TERBENAM UNTUK NABI YUSYA’ BIN NUN


Nabi Musa ‘alaihis salam ada seorang murid yang menemaninya mencari Ilmu. Dia adalah Yusya’ Bin Nun dan Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan hikmah kenabian dan mukjizat yang nyata kepadanya. Setelah Nabi Musa ‘alaihis salam wafat, Nabi Yusya’ bin Nun ‘alaihis salam membawa Bani Israil ke luar dari padang pasir. Mereka berjalan hingga menyeberangi sungai Yordania dan akhirnya sampai di kota Jerica.

Kota Jerica adalah sebuah kota yang mempunyai pagar dan pintu gerbang yang kuat. Bangunan-bangunan di dalamnya tinggi-tinggi serta berpenduduk padat. Nabi Yusya’ dan Bani Israil yang bersamanya, mengepung kota tersebut sampai enam bulan lamanya.

Suatu hari, mereka bersepakat untuk menyerbu ke dalam. Diiringi dengan bunyi terompet dan pekikan takbir dan dengan satu semangat yang kuat, mereka pun berhasil menghancurkan pagar pembatas kota, kemudian memasukinya. Di situ mereka mengambil harta rampasan dan membunuh dua belas ribu pria dan wanita. 

Mereka juga memerangi sejumlah raja yang berkuasa. Mereka berhasil mengalahkan sebelas raja dan raja-raja yang berkuasa di Syam. Hari itu hari Jum’at, peperangan belum juga usai, sementara matahari sudah hampir terbenam. Bererti hari Jumaat akan berlalu dan hari Sabtu akan tiba.

Padahal, menurut syari’at pada saat itu, pada Sabtu dilarang melakukan peperangan. Oleh kerana itu Nabi Yusya’ bin Nun berkata: “Wahai matahari, sesungguhnya engkau hanya mengikuti perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala, begitu pula aku. Aku bersujud mengikuti perintahNya. Ya Allah Subhanahu wa Ta’ala, tahanlah matahari itu untukku agar tidak terbenam dulu!”. Maka Allah S.W.T menahan matahari agar tidak terbenam sampai dia berhasil menaklukkan negeri ini dan memerintahkan bulan agar tidak menampakkan dirinya. 

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, dia berkata, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, yang ertinya: “Sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan tidak terbenam hanya kerana seorang manusia kecuali untuk Yusya’. Yakni pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis (untuk jihad).’” (HR: Ahmad dan sanad-nya sesuai dengan syarat Al-Bukhari).

Akhirnya Nabi Yusya’ dan kaumnya berhasil memerangi dan menguasai kota tersebut. Setelah itu Nabi Yusya’ bin Nun memerintahkan kaumnya untuk mengumpulkan harta rampasan perang untuk dibakar. Namun api tidak mau membakarnya. Lalu Beliau meminta sumpah kepada kaumnya. Dan akhirnya diketahui ternyata ada dari kaumnya yang berkhianat dengan menyembunyikan emas sebesar kepala sapi.

Akhirnya orang-orang yang berkhianat mengembalikan apa yang mereka curi dari harta rampasan perang itu. Kemudian dikumpulkan dengan harta rampasan perang lainnya. Barulah kemudian api mahu membakarnya.

Demikian syariat yang dibawa oleh Nabi sebelum Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi Wa Sallam. Iaitu tidak boleh mengambil harta rampasan perang. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menyempurnakan Syariat Nya dengan memperbolehkan bagi Rasulullah Shollallahu ‘alaihi Wa Sallam untuk mengambil rampasan perang agar dapat diambil manfaat yang banyak dari harta rampasan perang itu.

Setelah Baitul Maqdis dapat dikuasai oleh Bani Israil, maka mereka hidup di dalamnya dan di antara mereka ada Nabi Yusya’ yang memerintah mereka dengan Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala, Taurat, sampai akhir hayatnya. Dia kembali ke hadirat Allah Subhanahu wa Ta’ala saat berumur seratus dua puluh tujuh tahun dan masa hidupnya setelah wafatnya Nabi Musa ‘alaihis salam adalah dua puluh tujuh tahun.

(Sumber Rujukan: Al Qur’anul Karim; Riyadhus Shalihin; Syarah Lum’atil I’tiqod)

KERANA DESAK TINDAKAN DIAMBIL KEATAS RAJA BOMOH YANG MEMALUKAN NEGARA .. RAJA BOMOH NAK TAMPAR MUKA KJ MACAM DIA "TAMPAR" BUAYA DULU.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 3 hours ago
*KUALA LUMPUR– Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, merangkap Ketua Pemuida UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.“Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya... more »

Hangat!!! #MH370: (Video) Raja Bomoh Sedunia Sifatkan Menteri Nie Sebagai Gila, Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!

sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 3 hours ago
Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab. Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media. “Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya. “Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati... more »

Khianat! Nombor telefon YB Azmin Ali digodam

ReJaM© at MiLo SuaM - 3 hours ago
‎ADALAH dimaklumkan bahawa telefon bimbit dan nombor talian yang digunakan oleh YB Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perilaku khianat ini dipercayai bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Tindakan segera sedang diambil. Harap maklum PEJABAT TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT‎ ‎ Petaling Jaya

....dah pun jadi bahan lawak........???

cikgu pencen at cikgu pencen - 3 hours ago
....gara2 perilaku umno......akhirnya menjadi bahan lawak antarabangsa..... more »

MATAHARI DITAHAN TERBENAM UNTUK NABI YUSYA’ BIN NUN

Suatu Perjalanan Maya at SUATU PERJALANAN MAYA - 3 hours ago
Nabi Musa ‘alaihis salam memiliki seorang murid yang menemaninya mencari Ilmu. Dia adalah Yusya’ Bin Nun, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan hikmah kenabian dan mukjizat yang nyata kepadanya. Setelah Nabi Musa ‘alaihis salam wafat, Nabi Yusya’ bin Nun ‘alaihis salam membawa Bani Israil ke luar dari padang pasir. Mereka berjalan hingga menyeberangi sungai Yordania dan akhirnya sampai di kota Jerica. Kota Jerica adalah sebuah kota yang mempunyai pagar dan pintu gerbang yang kuat. Bangunan-bangunan di dalamnya tinggi-tinggi serta berpenduduk padat. Nabi Yusya’ dan Bani Israil y... more »
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: