Jumaat, 14 Mac 2014

3751. Gambar Suspek Pencuri.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 
Terkini!!! Inilah Gambar Suspek Yang Mencuri Beg Berisi Wang Tunai RM15,000 Milik Pengarang Berita Berita NOW TV Hong Kong.. Jom Terjah!!!

MH370
Suspek keluar dari lobi hotel bersama beg dipercayai berisi pasport dan wang tunai sebanyak RM15,000 milik Penolong Pengarang Berita NOW TV Hong Kong, Chan Wai Li ketika wartawan dan krew TV itu membuat liputan mengenai ahli keluarga penumpang Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lobi Hotel Everly, Putrajaya pada Khamis.
MH370
Penolong Pengarang Berita NOW TV Hong Kong, Chan Wai Li, 36, (kanan) memerhatikan anggota Forensik dari Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur memeriksa beg, jaket dan topi suspek yang mencuri begnya mengandungi pasport dan wang tunai sebanyak RM15,000 ketika beliau dan krew TV membuat liputan mengenai ahli keluarga penumpang Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lobi Hotel Everly, Putrajaya, Khamis.

Sumber: (http://sedakasejahtera.blogspot.com/2014/03/terkini-inilah-suspek-mencuri-beg.html

Radar Tentera: #MH370 Mungkin Terbang Ke Andaman.. Jom Terjah!!!

Bukti daripada radar Tentera membayangkan kemungkinan pesawat MH370 yang hampir seminggu hilang, telah sengaja diterbangkan melintas Semenanjung Tanah Melayu ke arah Kepulauan Andaman, lapor Reuters yang memetik sumber yang biasa dengan penyiasatan itu hari ini.

Dua sumber itu berkata sebuah pesawat yang tidak dikenali yang penyiasat percaya ialah MH370, telah mengikuti laluan di antara titik laluan penerbangan - yang menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan - ketika kali terakhir ia diplotkan pada radar tentera di luar pantai barat laut negara ini.

Plot terakhir pada radar tentera membayangkan kemungkinan pesawat itu terbang ke arah Kepulauan Andaman di India, yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Bengal, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, berdasarkan kiraan longitud dan latitud, yang membantu juruterbang sepanjang koridor udara.

Sumber ketiga yang biasa dengan penyiasatan itu berkata persoalannya semakin tertumpu kepada teori bahawa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat itu telah sengaja mengubah haluan penerbangan, yang membawa 239 orang, beratus-ratus kilometer melencong dari destinasi khusus asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Apa yang kita boleh katakan ialah kemungkinan perbuatan sabotaj dan begitu juga kemungkinan berlaku rampasan," kata sumber itu yang merupakan seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Ketiga-tiga sumber itu yang enggan dinamakan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media dan kerana sensitiviti siasatan.

Pegawai-pegawai di Kementerian Pengangkutan Malaysia, yang menjadi kontak rasmi maklumat mengenai penyiasatan itu, tidak membalas panggilan untuk mendapatkan komen.

Polis Malaysia sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat sama ada penumpang atau kru yang mempunyai masalah peribadi atau psikologi yang mungkin dapat memberi petunjuk terhadap misteri itu, bersama-sama dengan kemungkinan berlaku rampasan, sabotaj atau kegagalan mekanikal.

Komen oleh tiga sumber merupakan petunjuk jelas yang pertama bahawa perbuatan jenayah disyaki berlaku dan menjadi fokus siasatan berkaitan kehilangan Boeing 777 itu.

Hasil daripada bukti terbaru itu, sumber-sumber berkata, usaha mencari telah dipergiatkan lagi di Laut Andaman dan juga Lautan Hindi.

Dianggap misteri yang paling membingungkan dalam sejarah penerbangan moden, tidak ada kesan pesawat atau mana-mana tanda bangkai kapal terbang itu yang ditemui walaupun usaha mencarinya membabitkan pasukan tentera laut dan pesawat tentera pelbagai negara.

Kali terakhir pesawat itu dilihat skrin radar awam ialah sebelum jam 1.30 pagi Sabtu waktu Malaysia, kurang satu jam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur, ketika ia terbang ke arah timur laut melintas muara Teluk Siam. 


Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 2 minutes ago
. ------------------------------ Cuba hidu aroma dimulut Annuar bila dia sokong Hudud Posted: 13 Mar 2014 05:52 AM PDT PANDANGAN *Begitu* bersungguh nampaknya Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Annuar Musa menggesa kerajaan Kelantan agar melaksanakan hukum Hudud di negeri itu. Katanya dalam satu sidang akhbar di parlimen hari ini, inilah masanya untuk dilaksanakan hukum yang menjadi impian rakyat Kelantan itu. *Annuar boleh bantu percepat Hudud.*Tidak ada pihak yang menghalang p... more »

Terkini!!! Inilah Suspek Mencuri Beg Berisi Wang Tunai RM15,000 Milik Pengarang Berita Berita NOW TV Hong Kong.. Jom Terjah!!!

sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 4 minutes ago
[image: MH370] Suspek keluar dari lobi hotel bersama beg dipercayai berisi pasport dan wang tunai sebanyak RM15,000 milik Penolong Pengarang Berita NOW TV Hong Kong, Chan Wai Li ketika wartawan dan krew TV itu membuat liputan mengenai ahli keluarga penumpang Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lobi Hotel Everly, Putrajaya pada Khamis. [image: MH370] Penolong Pengarang Berita NOW TV Hong Kong, Chan Wai Li, 36, (kanan) memerhatikan anggota Forensik dari Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur memeriksa beg, jaket dan topi suspek yang mencuri begnya mengandungi pasport dan wang tunai seb... more »

Ohpolitik!™

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 10 minutes ago
Ohpolitik!™ ------------------------------ - PANAS!! #SpendaStopha Bakal Menantu #AnwarIbrahim ? #PRKKajang #KajangMove - #KajangMove : CALON INTEGRITI LAWAN RATU AIR MATA #PRKKajang - Game 'Raja Bomoh' KINI DI GOOGLE PLAY #MH370 #PrayforMH370 #Pray4MH370 - Cubaan Serangan Cyber Terhadap Web #MalaysiaAirlines #MH370 #PrayforMH370 #Pray4MH370 - KANTOI CACAI FITNAH LARANGAN SOLAT HAJAT PAS DI KLIA #MH370 #PrayforMH370 #Pray4MH370 - KEMPEN 3.0 HENTIKAN PENYEBARAN BERITA PALSU #MH370 #PRAYFORMH370 #PRAY4MH370 - KANTOI!! Media Pembangkang Dedahka... more »

Radar Tentera: #MH370 Mungkin Terbang Ke Andaman.. Jom Terjah!!!

sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 20 minutes ago
Bukti daripada radar Tentera membayangkan kemungkinan pesawat MH370 yang hampir seminggu hilang, telah sengaja diterbangkan melintas Semenanjung Tanah Melayu ke arah Kepulauan Andaman, lapor Reuters yang memetik sumber yang biasa dengan penyiasatan itu hari ini. Dua sumber itu berkata sebuah pesawat yang tidak dikenali yang penyiasat percaya ialah MH370, telah mengikuti laluan di antara titik laluan penerbangan - yang menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan - ketika kali terakhir ia diplotkan pada radar tentera di luar pantai barat l... more »

KJ Minta Bomoh Satu Malaysia Ditangkap ?

atsixty at ZAKRI ALI - 22 minutes ago
Friends of BN - Barisan Nasional [image: Friends of BN - Barisan Nasional's photo.]

edyesdotcom

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 34 minutes ago
edyesdotcom ------------------------------ Pemimpin Umno dan NGO Melayu Pro-Umno Serah Borang Sertai PR Malam Ini di Stadium Kajang Posted: 13 Mar 2014 10:43 PM PDT Kenyataan Media 14 Mac 2014 *Pemimpin Umno dan NGO Melayu Pro-Umno Serah Borang Sertai PR Malam Ini di Stadium Kajang* Stadium Kajang malam ini bakal menyaksikan pemimpin Umno setempat beserta ahli-ahlinya dan beberapa NGO melayu Pro-Umno, akan umum keluar Umno dan serah borang menyertai Pakatan Rakyat. Berikutan hilangnya kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin Barisan Nasional menerajui negara, dipercayai ... more »
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: