Sabtu, 15 Mac 2014

3759. Bagaimana Isteri Boleh Jadi Bidadari Syurga Untuk Suaminya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Wahai Wanita, Jadilah Bidadari Syurga Untuk Suamimu!

"Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau melihatnya, akan membahagiakan dirimu, jika engkau memerintahnya akan mentaatimu dan jika engkau tidak berada di sisinya dia akan menjaga hartamu dan dirinya sendiri."(HR. Ibnu jarir dan Nasa'i)

Dalam berumah tangga, seorang isteri menjadi bidadari untuk suaminya agar senantiasa dicintai dan disayangi suami. Bertanggungjawab menjadikan rumah tempat tinggal keluarga menjadi syurga bagi suami dan anak-anak.

Oleh kerana itu, untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku dalam berumah tangga, seorang isteri solehah haruslah boleh menjadi bidadari bagi suaminya dengan cara:

1. Melegakan hati bila melihat. Hal tersebut terdapat dalam hadits Ibnu Majah dari sahabat Abu Umamah Al-Bahily: "Bagi seorang mukmin lelaki, sesudah taqwa kepada Allah, maka tidak ada sesuatu yang paling berguna bagi dirinya, selain isteri yang solehah, iaitu taat bila diperintah, melegakan bila dilihat, menerima bila diberi janji dan menjaga kehormatan dirinya dan suaminya ketika suaminya pergi." (HR. Ibnu Majah)

2. Boleh diberi amanah. Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga macam keberuntungan, iaitu yang pertama isteri solehah, kalau kamu lihat melegakan dan kalau kamu keluar, dia amanah serta menjaga kehormatan dirinya dan hartamu..... " ( HR. Hakim )

3. Isteri solehah mampu memberikan suasana teduh dan ketenangan berfikir dan berperasaan bagi suaminya. Allah SWT berfirman,''Di antara tanda kekuasaan-Nya, iaitu Dia menciptakan pasangan untuk diri kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat memperoleh ketenangan bersamanya. Sungguh di dalam hati yang demikian itu merupakan tanda-tanda (kekuasaan) Allah bagi kaum yang berfikir.'' (QS Ar Rum: 21).

4. Membantu memelihara akidah dan ibadah. "Barang siapa diberi oleh Allah isteri yang solehah, maka sesunggunya dia telah diberi pertolongan oleh Allah meraih separuh agamanya. Kemudian hendaklah dia bertakwa kepada Allah di dalam memelihara separuh lainnya." (HR. Thabrani dan Hakim)

Itulah beberapa tugas isteri solehah agar menjadi bidadari untuk suaminya, tidak hanya bidadari untuk suami tapi juga bidadari di syurga.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com


Sumber: (http://detikislam.blogspot.com/2014/03/wahai-wanita-jadilah-bidadari-syurga.html)

Wahai Wanita, Jadilah Bidadari Syurga Untuk Suamimu!

Detik Islam at Detik Islam - 2 hours ago
"Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau melihatnya, akan membahagiakan dirimu, jika engkau memerintahnya akan mentaatimu dan jika engkau tidak berada di sisinya dia akan menjaga hartamu dan dirinya sendiri."(HR. Ibnu jarir dan Nasa'i) Dalam berumah tangga, seorang isteri menjadi bidadari untuk suaminya agar senantiasa dicintai dan disayangi suami. Bertanggungjawab menjadikan rumah tempat tinggal keluarga menjadi syurga bagi suami dan anak-anak. Oleh kerana itu, untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku dalam berumah tangga, seorang isteri solehah haruslah boleh menj... more »

Perghhh !!! Penangan BOMOH UMNU.. Jururawat . berlakun Aksi Bomoh Mungkin Di Tukarkan ?

Abu Luqman at Media Orang Kampung - 2 hours ago
Difahamkan 'Nurse' berkenaan mungkin Akan ditukarkan tempat kerja dalam sebuah Hospital Kerajaan di Kuala Lumpur. Niat asal mereka hanyalah simpanan peribadi tetapi disalah sebarkan kepada orang ramai/umum. Menatijahkan hukuman yang tidak matang dari 'bos' mereka. Diharap mereka tabah dan dapat meneruskan tugasan harian seperti sediakala walau dimana tempat ditugaskan. Tingkatkan kualiti dan

Boikot Giant Diseluruh Negara !!

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago

MH370: Sultan titah Raja Bomoh UMNO dilupuskan

Orang ni at Orang ni - 2 hours ago
https://www.facebook.com/sultanmelakaselamanya?fref=ts Sultan Melaka yang tak rasmi ni pun nak rasa penamparbuaya jugak ke..? Hahaha... Saksikan video terkini Raja Bomoh mengaku ahli UMNO: https://www.youtube.com/watch?v=64TCe2rbnV4

ISU TERPANAS MASA KINI ... RAJA BOMOH 1M'SIA LAWAN RAJA PEMUDA UMNO MALAYSIA.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 2 hours ago
*"KJ pun perangai bukan senonoh sangat .. budak hingusan lagi .. kurang asam kurang ajar kepada orang tua .. apa dia ingat saya budak-budak adek-adek dia ke nak suruh JAKIM tangkap saya ..Tok ada ratusan ribu pengikut Silat Gayung Ghaib ... Dia menang di Rembau pun sebab Tok suruh budak-budak Silat Gayung Ghaib pangkah BN ... Dia ingat Tok ni Bomoh sengkek ke? ... Di rRembau bolehlah dia buat gempak sebab sana bodoh-bodoh ..""Saya cabar KJ .. kalau dia berani .. letak jawatan sebagai menteri Tok letak jawatan sebagai Mahaguru .. meh kita lawan .. nanti saya tampar dia ma... more »
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: