Sabtu, 15 Mac 2014

3777. MH370 - Ada sesuatu yang disembunyikan. Waris MH370.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Keluarga mangsa MH370 rasa ada sesuatu yang disembunyikan Najib..

Pengumuman terbaru yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan kehilangan MH370 patut dibuat lebih awal bahkan keluarga mangsa terasa ada sesuatu yang disembunyikan.

Muhammad Razahan dan isterinya Norli Akmar Hamid dalam perjalanan untuk berbulan madu ke China apabila pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) hilang semasa perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.

Muhammad Razahan, bapa saudara Zulkifli Zakaria dari Perak berkata, selepas lapan hari menunggu, perdana menteri sepatutnya sudah memberi jawapan lebih pasti dan bukannya apa yang diumumkan sebelum ini.

"Saya tidak berasa itu adalah perkara sebenar. Mesti ada sesuatu yang lain. Mereka menyembunyikan sesuatu daripada kami," kata beliau kepada The Malaysian Insider semasa dihubungi melalui telefon tidak lama selepas pengumuman dibuat.

"Kami tidak berpuas hati bagaimana perkara ini dikendalikan," kata Zulkifli.

Beliau berkata, ahli keluarga yang berada di situ bersama dalam bilik di Hotel Everly mendengar pengumuman, kelihatan tidak gembira.

"Tiada yang menjerit tetapi saya dapat melihat raut wajah mereka. Malah saya dan anggota keluarga lain cuba yang terbaik untuk bersabar. Ibu meminta kami untuk tidak membuat hal. Jadi kita menghormati permintaannya itu," kata Zulkifli .

Beliau tiba di sini dengan nenek Muhammad Razahan dua malam lalu untuk memberi sokongan moral kepada abang dan kakak iparnya.

Turut bersetuju sentimen yang sama adalah waris warga Ukraine, Chustrak Oleg Ukraine, 45, dan Deineka Sergii Ukraine, 45.

Lelaki yang enggan namanya disiarkan berkata, apa sahaja maklumat yang diumumkan oleh Najib adalah tidak lengkap.

"Kami mahu lebih. Ia tidak lengkap," katanya.

Warga Ukraine, Muhammad Razahan dan isteri adalah antara 227 penumpang dan 12 anak kapal adalah antara penumpang yang ditakdirkan untuk berada dalam pesawat malang MH370 itu.

Lebih 100 ahli keluarga penumpang MH370 ditempatkan di Hotel Everly sementara menanti perkembangan terkini mengenai pesawat yang hilang.

Daripada 239 orang penumpang, 38 daripada mereka adalah warga Malaysia, 159 warga China dan selebihnya dari 12 negara lain termasuk Indonesia dan India.

Najib awal hari ini berkata pencarian pesawat MH370 akan diperluaskan ke kawasan-kawasan luar Thailand hingga Kazakhstan dan Turkmenistan di utara dan di luar Indonesia di selatan selepas bukti menunjukkan hubungan terakhir adalah pada jam 8:11 di utara Selat Melaka.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan pergerakan jet penumpang dan hubungan komunikasi dimatikan adalah disengajakan tetapi tidak mengatakan ia satu rampasan pesawat .

Penyiasat mengesahkan pesawat dikesan radar tentera adalah pesawat milik MAS MH370, selepas komunikasi mungkin dimatikan sebelum ia sampai di pantai timur Malaysia seminggu lalu, Reuters memetik Najib sebagai berkata.

"Walaupun laporan media mengatakan pesawat itu dirampas, saya ingin menegaskan, kami masih menyiasat semua kemungkinan tentang apa yang menyebabkan MH370 tersasar daripada laluan asal," kata Najib, membaca kenyataan bertulisnya di sidang akhbar yang dipenuhi pengamal media.

Beliau berkata, satelit mengatakan pesawat Boeing 777- 200ER (9M- MRO) berada di salah satu daripada dua koridor: di bahagian utara Thailand hingga ke Kazakhstan, atau di bahagian selatan, dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Beberapa laporan sebelum ini memetik kenyataan seorang pegawai Malaysia yang tidak dinamakan sebagai mengesahkan spekulasi bahawa pesawat tersebut dirampas. ~ The Malaysian Insider




Polis Geledah Rumah PILOT MH 370..Selepas Pesawat Dikenal pasti Bertukar Arah.

Polis mula mengeledah rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lau, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters. Malaysiakini
Anggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang ini, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana menteri.

Penyiasat mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah pesawat MH370 selepas komunikasinya mungkin dimatikan sebelum sampai ke pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.

China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Penyiasat percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya, membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang, kata perdana menteri hari ini. Reuters


Sumber: (http://kachipemas.blogspot.com/2014/03/polis-geledah-rumah-kaptenselepas.html)

Sumber: ()


5 MATI DAN 4 KRITIKAL KERANA AMBIL DADAH BERLEBIHAN SEMASA TONTON KONSERT DI STADIUM BUKIT JALIL!!!!

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 10 minutes ago
*Lagi sekali nama Malaysia menjadi tajuk berita diseluruh dunia .. kali ini kisah 5 mati 4 kritikal kerana mengambil dadah berlebihan semasa menonton konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi .... Hebat negara ku Malaysia .. tidak kering dengan berita sesasi dan kontroversi.Lima individu meninggal dunia manakala empat lagi dalam keadaan kritikal kerana didakwa mengambil dadah berlebihan semasa menghadiri satu konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi, lapor Star Online.Sembilan orang dilaporkan didakwa mengambil methamphetamine dan pengsan di tempat konsert Future Mu... more »

5 mati ketika 'berseronok' dalam Future Music Festival di Bukit Jalil

PBO™ at pen buruk online ™ - 15 minutes ago
MasyaAllah, ketika Negara dilanda dukacita kehilangan pesawat MH370, ketika Negara dalam kesusahan cuaca kering dan kemarau, ketika Negara diuji dengan kebakaran demi kebakaran, ketika Negara ditimpa jerebu dan ketika Negara dimalukan oleh aksi sesat 'raja bomoh', ketika itulah berita yang sangat mengejutkan kita. - Berita lima orang maut kerana mengambil dadah berlebihan ketika Future Music Festival ASIA (FMFA) dianjurkan di Negara kita. Tak jauh, di Bukit Jalil sahaja. Apa nak jadi dengan kerajaan sedia ada. Kenapa tak halang benda-benda maksiat macam ni. Bersoal jawabl... more »

Anwar Ibrahim: Isu MH370, Satu Dunia Kutuk Kita

AMIR Wartawan Rasmi LR at WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 22 minutes ago
https://www.youtube.com/user/mediarakyat?annotation_id=annotation_1818544473&feature=iv&src_vid=KpIW29igEbE&sub_confirmation=1

Keluarga mangsa MH370 rasa ada sesuatu yang disembunyikan Najib..

atsixty at ZAKRI ALI - 26 minutes ago
*Pengumuman terbaru yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan kehilangan MH370 patut dibuat lebih awal bahkan keluarga mangsa terasa ada sesuatu yang disembunyikan.Muhammad Razahan dan isterinya Norli Akmar Hamid dalam perjalanan untuk berbulan madu ke China apabila pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) hilang semasa perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.Muhammad Razahan, bapa saudara Zulkifli Zakaria dari Perak berkata, selepas lapan hari menunggu, perdana menteri sepatutnya sudah memberi jawapan le... more »

MH370:Undang padah,di Kuala Lumpur 5 maut tengok konsert.

mantaro at SISI BUKIT - 41 minutes ago
Masyarakat antarabangsa sibuk dengan urusan mencari dan menyelamat (SAR) penumpang pesawat MH370.Penganjur konsert sibuk anjur konsert(klik) . Hasilnya lima maut dalam konsert tersebut,didakwa sesak nafas(klik berita) dan empat orang penonton kritikal.

MH370: Zambry kena buat kenduri kesyukuran sebab tak jadi ke Beijing..?

Orang ni at Orang ni - 46 minutes ago
*Kalau ikut cerita Y **** dan Y *****i... Umno pangkor kena buat kenduri kesyukuran...sebab 5 individu yg tak jadi naik mh370 adalah zambry kadir...dia batal beberapa hari sebelum kejadian*.- whatsapp Dikatakan Zambry Kadir akan berlepas ke pada tarikh kejadian tersebut atas urusan pelabur...Mmm..kalau tidak kemungkinana akan kosonglah pula kerusi DUN Pangkor. Nota tumit kaki : Zambry sekarang keseorangan... kawan-kawan dalam UMNO semakin menjauhkan diri...jika benar Zambry salah seorang yang batalkan hasrat naik MH370,rasanya beliau perlu bersyukur.

BEBERAPA PERKARA BENGGONG YANG MEMALUKAN NEGARA

AMIR Wartawan Rasmi LR at WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 51 minutes ago
1. Sidang media pertama dari seorang Perdana Menteri memalukan negara.Inilah petama kali aku mendengar dan menerima arahan dari perdama Menteri yang engan menjawab soalan wartawan. Bukan sahaja beliau tidak mengesahkan apa-apa, tetapi hanya menjelaskan bahawa usaha Malaysia dengan dibantu oleh negara luar. Namun tidak mengesahkan apa-apa maklumat yang bukan sahaja rakyat perlu tahu, malahan waris mangsa. 2. Isu bomoh yang dianggap syirik, bukan sahaja memalukan agama bangsa dan negara, tetapi memalukan Malaysia di mata dunia.Di ketika negara lain menggunakan peralatan c... more »

Apabila kita jujur dalam memberikan maklumat, rakyat tidak marah. Rakyat mendokong.... Mohammad Agus Yusoff.

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
[image: Photo: Saturday, March 15, 2014. Apabila kita jujur dalam memberikan maklumat, rakyat tidak marah. Rakyat mendokong.... Mohammad Agus Yusoff. BETAPA MUSTAHAKNYA KEJUJURAN Saya semakin tertarik kepada tiga pemimpin kita yang sejak seminggu lepas seiring bersama memberikan sidang media. Mereka ialah Dato Seri Hishamuddin Hussein, Dato Ahmad Jauhari Yahya dan Dato Azharuddin Abdul Rahman. Pada hari pertama, saya nampak mereka kaku dan seperti menyembunyikan sesuatu. Selepas itu, saya lihat beberapa kenyataan yang bercanggah. Sedih dan kecewa saya kerana ini melibatkan soal neg... more »

Pesawat berpatah balik disahkan MH370 !!

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
[image: Photo: Pesawat berpatah balik disahkan MH370 !! Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat pada pagi Sabtu lalu adalah pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar awam sejurus sebelum itu. Bagaimanapun, lokasi sebenar pesawat tersebut masih belum dapat disahkan, kata Najib yang menjelaskan pasukan penyiasat kini sedang meneruskan usaha menentukannya. “Pasukan penyiasat sedang membuat pengiraan yang akan menentukan sejauh mana pesawat itu mungkin terbang selepas lokasi terakhi... more »

tunku

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 1 hour ago
tunku ------------------------------ Missing MH370: Najib's full statement Posted: 15 Mar 2014 02:39 AM PDT Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's statement which was read out at a press conference on Mar 15, 2014. "Seven days ago Malaysia Airlines flight MH370 disappeared. We realise this is an excruciating time for the families of those on board. No words can describe the pain they must be going through. Our thoughts and our prayers are with them. I have been appraised of the on-going search operation round the clock. At the beginning of the operation, I ordered th... more »

.

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 1 hour ago
. ------------------------------ Ulang tahun kekalahan Pas 36 tahun lalu penting diingat Posted: 14 Mar 2014 06:28 AM PDT ULASAN LEWAT *Malam* 11 Mac lalu telah berlangsung mini pengisahkan kecil untuk mengingati satu peristiwa yang penting bagi Pas Kelantan khasnya, rakyat Kelantan amnya iaitu tarikh kejatuhan kerajaan Pas tahun 1978 pada tarikh tersebut. Ia diadakan di rumah transit Pas Kota Bharu yang dibuka sempena pilihan raya kecil Kajang. *Wan Rahim dan Mohd Noor selaku pengkisah.*Mulanya ... more »

PENGHUNI GUA

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 1 hour ago
PENGHUNI GUA ------------------------------ LEGA RASANYA!!!!!!!!!! Posted: 15 Mar 2014 01:25 AM PDT MALAYSIAKINI Bekas CJ ketuai gabungan NGO Melayu Islam Ahmad Fadli KC | 8:25AM Mac 15 2014 Gabungan 55 NGO Melayu Islam yang dikenali sebagai Barisan Perpaduan Nasional (BPN) memperkenalkan bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad sebagai 'tokoh berwibawa' yang sebelum ini disebut-sebut akan memimpin gabungan itu. Dalam ucapannya selepas hadir pada mesyuarat pertama BPN di ibunegara semalam, Abdul Hamid selaku pengerusinya berkata masanya sudah tiba untuk beliau b... more »

[TERKINI] Lima Maut Di Pesta FMFA Bukit Jalil Di saat Negara Sedang Murung Dengan MH370

greenboc at KELAB GREENBOC - 1 hour ago
Lima dilaporkan meninggal dunia ketika menghadiri Festival Future Music Asia (FMFA) 2014 yang berlangsung di Stadium tertutup Bukit Jalil malam tadi. "Lima yang meninggal dunia termasuk tiga berbangsa Melayu, seorang Cina dan seorang India. Seorang meninggal dunia di tapak konsert, manakala seorang lagi dalam perjalanan ke hosiptal, manakala tiga yang lain meninggal dunia di hospital. Mereka berusia sekitar 21 sehingga 28 tahun," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh. Manakala empat yang lain dilaporkan dalam keadaan kritikal dipercayai turut mengambil dadah berleb... more »

Ohpolitik!™

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 2 hours ago
Ohpolitik!™ ------------------------------ - PM @NajibRazak Press Statement on #MH370 #PRAYFORMH370 #Pray4MH370 - LAGI PENDEDAHAN PAKAR MEDIA SOSIAL MEMPERSOALKAN KESAHIHAN LAPORAN BERITA #MH370 #PrayforMH370 #Pray4MH370 - #PRKKajang | Pedulikan Bini #AnwarIbrahim Jom BACA Ikrar dan Janji MeiFun PM @NajibRazak Press Statement on #MH370 #PRAYFORMH370 #Pray4MH370 Posted: 14 Mar 2014 11:59 PM PDT [image: Embedded image permalink] *15 March 2014* *PM Najib Razak's Press Statement on MH370* Seven days ago Malaysia Airlines flight MH370 disappeared. We realise th... more »

MH370 - Harapan Bersinar Kembali.. Penumpang Pesawat Masih Hidup ?

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
[image: Photo: Saturday, 15 March 2014. MH370 - Harapan Bersinar Kembali.. Penumpang Pesawat Masih Hidup ? MH370 boleh sampai Kazakhstan atau selatan Lautan Hindi SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengesahkan sama ada benar pesawat MH370 dirampas seprti dilapor media antarabangsa. Bercakap pada sidang media khas tengah hari tadi, Najib bagaimanapun berkta siasatan mengambil kira semua kemungkinan. "Namun kita masih menyiasat semua kemungkinan mengenai apa yang menyebabkan MH370 melencong dari laluan penerbangan asalnya," kata Najib. Najib turut mengesahkan bahawa ... more »

PATUT LA BERMACAM MACAM MUSIBAH YG MELANDA MALAYSIA NI PEMIMPIN UMNOLAH PUNCANYA.......

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
Azman Daud Azmandaud's photo. [image: Photo: PATUT LA BERMACAM MACAM MUSIBAH YG MELANDA MALAYSIA NI PEMIMPIN UMNOLAH PUNCANYA.......]


Siapa haijek Penerbangan MH370 : ???

alhusseyn at al-Husseyn - 2 hours ago
Walaupun PM Najib mengesahkan bahawa Penerbangan MH370 telah mengubah arah berpatah balik dengan sengaja dan dilakukan oleh seseorang di atas kapal terbang, dia tidak dapat jelaskan siapakah seseorang itu. PM Najib tidak sebut pilot atau ko-pilot pesawat tersebut yang sebagaimana sepatutnya kerana itulah tugas mereka. Maknanya orang lainlah selain mereka itu. Siapa dia seseorang itu? Apa yang jelas kepada kita semua ialah bahawa 'seseorang' itu merujuk kepada ‘Perampas Kapal Terbang’. Dan tidak mungkin hanya seorang ....ini kerja lebih dari seorang. Entri saya sebelum ... more »

Ini Lah Wajah Mamak Dari Kerala Yang Dibanggakan Oleh Melayu UMNO !

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
Zanirun Baba [image: KHUTTY BANGSA nie dok PERBODOHKAN MELAYU begitu lama membuatkan ramai MELAYU JADI BUTA dan tak BEROTAK!!! yang jadi BILLIONaire ialah 2 ekor anak MADEY!!! si MELAYU maseh lagi TEPOK TANGAN!!!makna nya TAHAP pemikiran MELAYU yang sokong PARTI TAIK nie dibawah PARAS BANGANG!!!tu aja aku boloeh cakap yang tepuk tangan dapat lah BRIM Rm 650/-..Hahahahahahahahahahaah!!MELAYU!MELAYU!..entah bila nak PANDAI pun aku tak tau lah!!..] *KHUTTY BANGSA nie dok PERBODOHKAN MELAYU begitu lama membuatkan ramai MELAYU JADI BUTA dan tak BEROTAK!!! yang jadi BILLIONaire ialah 2 e... more »

Empat Bekas Pemimpin UMNO Kajang Keluar Dan Masuk PKR !

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
Zain Sulaiman *[image: Empat bekas pemimpin Umno peringkat cawangan dalam DUN Kajang turut menyerahkan borang permohonan menyertai PKR kepada Anwar dan Dr Wan Azizah dan menerima selendang PKR sebagai tanda kemasukan mereka, yang disambut sorakan hadirin.]* *Empat bekas pemimpin Umno peringkat cawangan dalam DUN Kajang turut menyerahkan borang permohonan menyertai PKR kepada Anwar dan Dr Wan Azizah dan menerima selendang PKR sebagai tanda kemasukan mereka, yang disambut sorakan hadirin.*

Polis Geledah Rumah PILOT MH 370..Selepas Pesawat Dikenal pasti Bertukar Arah.

Abu Luqman at Media Orang Kampung - 2 hours ago
Polis mula mengeledah rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lau, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters. MalaysiakiniAnggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang ini, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana

Keluarga mangsa MH370 rasa ada sesuatu yang disembunyikan Najib..

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 2 hours ago
Pengumuman terbaru yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan kehilangan MH370 patut dibuat lebih awal bahkan keluarga mangsa terasa ada sesuatu yang disembunyikan. Muhammad Razahan dan isterinya Norli Akmar Hamid dalam perjalanan untuk berbulan madu ke China apabila pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) hilang semasa perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur awal pagi Sabtu. Muhammad Razahan, bapa saudara Zulkifli Zakaria dari Perak berkata, selepas lapan hari menunggu, perdana menteri sepatutnya sudah memberi jawapan lebih pasti dan bukannya apa yang diumum... more »
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: