Isnin, 17 Mac 2014

3810. Udah-udah ler bila orang dah x suka kite. Kite pun bukannya bagus sangat pun di sisi Allah SWT.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  .  Teringat aku ada negara yang berundang-undangkan iaitu mewajibkan setiap warganya yang layak mengundi agar melaksanakan tanggung-jawab tersebut bila adanya piliharaya. Tidak mengundi boleh didenda atau dipenjara atau dijatuhi hukuman kedua-duanya sekali. Sini boleh kah war-warkan jangan keluar mengundi atau dengan lain perkataan "boikot" 

GARA-GARA IBRAHIM ALI DIHINA OLEH CALON MCA/BN MAKA PERKASA MAU AJAR CHEW MEI FUN DENGAN MENGGESA PENGUNDI DUN N25 KAJANG AGAR JANGAN KELUAR MENGUNDI. 

Belum apa-apa antara pendokong dan pendokong BN bergaduh sesama mereka ... Satu hina Presiden Perkasa .. satu lagi ajak boikot pilihanraya jangan keluar mengundi calon MCA/BN.

Sepatutnya Perkasa kena sedar dan terima realiti betapa hampir semua parti politik dinegara ini tidak mau dibabitkan dan dikaitkan dengan Perkasa .. Perkasa dalam bahasa tepatnya ialah .. NGO suwey habis!!!!

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi (Perkasa), Datuk Abdul Rahman Bakar menyelar calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datin Paduka Chow Mei Fun di atas kenyataannya yang menghina Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali .
Beliau mengulas mengenai laporan berita televisyen TV3 semalam apabila Chow membuat dakwaan imejnya terjejas gara-gara penyiaran gambarnya bersama presiden Perkasa itu.

Katanya, kenyataan calon BN bagi PRK Kajang yang dianggap melampau itu menyebabkan kumpulan pendesak Melayu menggesa pengundi tidak keluar mengundi di PRK pada 23 Mac ini.

"Kebiadapan yang ditunjukan calon MCA terhadap presiden kita dan Perkasa amnya yang disiarkan dalam berita perdana di TV3 semalam adalah sangat tidak wajar‎," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan presiden itu juga berkata, kenyataan Chow itu seolah-olah menyamakan presiden Perkasa sebagai seorang penjenayah.

Perkasa turut mempertikaikan kenyataan itu apabila berkata calon MCA boleh menafikan gambar itu tanpa mendakwa ia menjatuhkan imejnya.

"Apakah presiden Perkasa seorang peliwat, perompak, perasuah, pembunuh atau najis yang betul boleh menjatuhkan imej calon MCA itu?

"Bukankah calon MCA boleh setakat menafikan beliau tidak pernah berjumpa presiden perkasa dan bergambar dengannya serta beliau tiada kena mengena dengan Perkasa sahaja? Mengapa perlu sebut sesuatu yang boleh menjatuhkan imejnya?‎" katanya.
Sumber: (http://omakkau.blogspot.com/2014/03/gara-gara-ibrahim-ali-dihina-oleh-calon.html
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: