Isnin, 17 Mac 2014

3816. Sebelum menghukum seseorang, dengarlah daripadanya dahulu, jangan dengar tentangnya daripada orang lain.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 


Jangan Tergesa-gesa!!
Ramai orang, apabila mendengar sesuatu berita, maka mereka akan menyebarkan tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Allah ta'ala berfirman:
وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا
"Dan apabila datang kepada mereka sesuatu BERITA mengenai KEAMANAN atau KECEMASAN, mereka terus MENGHEBAHKANNYA; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada RASULULLAH (shallallahu alaihi wa sallam) dan kepada ULIL AMRI di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh ORANG-ORANG YANG LAYAK MENGAMBIL KEPUTUSAN mengenainya di antara mereka;
Dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). [An-Nisa':83]

Syaikh Abdul Rahman bin Nasir As- Si'di rahimahullah berkata:
وفيه النهي عن العجلة والتسرع لنشر الأمور من حين سماعها، والأمر بالتأمل قبل الكلام والنظر فيه، هل هو مصلحة فيقدم عليه الإنسان أم لا فيحجم عنه
"Antara pengajaran daripada ayat ini adalah LARANGAN daripada TERGESA-GESA DAN TERBURU-BURU dalam MENYEBARKAN sesuatu perkara ketika MENDENGARNYA, dan PERINTAH untuk MENELITI sebelum BERKATA-KATA, dan memerhatikannya sama ada padanya ADA MASLAHAT, maka dia MELAKUKANNYA , atau TIADA MASLAHAT, maka dia MENINGGALKANNYA". [Tafsir As- Si'di ms190]

Renungilah ayat dan pengajaran ayat tersebut. Semoga ia menjadi panduan kepada orang-orang yang beriman.
Wallahu alam. 

‪#‎Arar‬, 16032014. AAM. 
Suka ·  ·  · 1,17711486
Sumber: (www.facebook.com/
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: