بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Satu Lagi Konsert Maksiat, Tak Serik-Serik Lagi Dengan 6 Kematian!
Konsert: Selepas 6 remaja mati nak anjur lagi
KUALA LUMPUR: PAS mengecam penganjuran satu lagi konsert di saat negara baru dikejutkan dengan insiden kematian enam remaja di konsert Future Music Festival Asia yang diadakan di Bukit Jalil, 13 dan 14 Mac lalu.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut mempersoalkan siapa di sebalik penganjuran konsert tersebut, yang dikatakan berkait dengan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Ketika perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, petang ini, Siti Zailah berkata antara sebab doa itu terhijab adalah kerana maksiat yang berleluasa.
"Di saat seluruh negara bersedih dengan misteri kehilangan pesawat MH370, kita dikejutkan dengan kematian remaja di konsert tersebut kerana pengambilan dadah berlebihan.
"Perlu diingatkan, antara sebab doa ditolak adalah kerana berlakunya banyak maksiat yang menyebabkan doa tidak diterima Allah SWT, lebih-lebih lagi di saat kita memohon petunjuk bagi kehilangan MH370, " kata beliau.
Justeru, beliau mengharapkan kerajaan menyatakan siapakah di belakang penganjuran konsert tersebut, selain sejauhmana pemantauan dilakukan kerajaan ke atas konsert tersebut.
Beliau turut mendesak kerajaan untuk membatalkan konsert Life in Color Malaysia yang dijadualkan pada 19 April ini di Sepang.
Konsert anjuran Future Sound Asia dan Zouk itu dikatakan turut disokong Malaysia Major Events Division of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan.
Malah, ia dikatakan turut melibatkan sebuah syarikat arak, Heineken.
Dalam pada itu, Siti Zailah turut menyatakan hikmah di sebalik kehilangan pesawat MH370 apabila Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APPM) menyatakan keluasan perairan kelantan meliputi 20, 000 batu nautika.
Sekaligus, ke
nyataan APMM itu membuktikan keluasan tersebut berada dalam perairan kelantan sepertimana yang ditegaskan kerajaan negeri kelantan berhubung isu tuntutan royalti dari kerajaan pusat.
Ekoran itu, Siti Zailah sekali lagi mendesak kerajaan pusat untuk segera melunaskan tanggungjawab membayar royalti minyak keoada kerajaan negeri kelantan yang dinafikan sekian lama. -HD
Sumber: (http://greenboc.blogspot.com/2014/03/satu-lagi-konsert-maksiat-tak-serik.html)
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan