Khamis, 20 Mac 2014

3891. Hard battle.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ. 

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

PRK Dun Kajang: Hard battle, fokus hingga saat penghujung. 



Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berbaki empat hari lagi. Bagi Pakatan Rakyat, fokus PRK kali ini sudah tentu tertumpu kepada 48 peratus pengundi Melayu tanpa mengambil mudah sokongan dari pengundi Cina, India dan lain-lain.
Wartawan Harakahdaily Nazri Abdullah dan Muhammad Faizal mendapatkan pandangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berkampung lebih tiga minggu di Kajang mendekati pengundi Melayu.

Harakahdaily: Pada PRU13 lalu, kita lihat Pakatan Rakyat masih lagi bergelut untuk mendapat undi Melayu. Jadi bagaimana Tan Sri melihat mood pengundi Melayu untuk PRK Kajang kali ini.

Tan Sri Muhammad: Sebelum ini semasa PRU13, kita tidak fokus sangat di sini sebab dia terlalu umum. Kali ini kita dekati mereka dialog dengan dia dan dia tersedar lebih.

Di sini kumpulan cerdik pandai. Banyak benda kita cakap yang dia tahu. Isu keselamatan dia nampak kelemahan di peringkat kerajaan pusat. Dia nampak kerajaan gagal guna duit ikut prioriti.

Dia bukan baca akhbar harian sahaja, mereka banyak terdedah dengan maklumat, baca internet, dan mereka ni balance.

Mereka tahu apa berlaku. Cuma tak mahu nak expose. Tapi kalau kita datang rumah dia, dia akan luah yang dia tak puas hati. Maklumlah mereka ini bekas pegawai kerajaan.

Pada pandangan Tan Sri, apakah kelebihan Pakatan Rakyat berdepan PRK Kajang ini.

Tentunya rakyat sudah nampak pengalaman Pakatan Rakyat Selangor memerintah masuk dua penggal. Komitmen bagus, ketelusan bagus, nampak mereka betul-betul kerja.

Mereka boleh banding dengan kerajaan BN dahulu. Ini jadi bualan di kalangan pengundi. Nampaknya mereka berpuas hati dengan Pakatan Rakyat.

Cuma ada lah propaganda dari tv dan media cetak yang dikontrol cuba mengelirukan pengundi. Tinggal lagi orang Kajang ni cerdik dan boleh menilai.

Dia orang tak nampak apa Umno punya perancangan. Dia nampak BN naik harga barang, mereka yakin kalau BN menang mereka lagi teruk. Saya fikir mereka akan bagi puluang kepada Pakatan supaya signal ini dirasai oleh kerajaan pusat.

Apa pandangan Tan Sri terhadap kredibiliti calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Calonnya terbaik, bukan sebab dia isteri Anwar tapi dia sendiri itu adalah seorang leader, presiden PKR, cuma sebab dia terlindung oleh aura Anwar. Dia ini seorang doktor pakar mata yang terbaik ketika belajar di Ireland. Dia pernah jadi Ketua Pembangkang. Dia calon yang paling sesuai. Walaupun pemimpin hebat tapi dia very simple, dekat dengan rakyat.

Bagi pengundi sini, saya rasa mereka nak calon yang mereka boleh harap. Mereka tak fikir soal MB ke apa sebab itu di luar ruang lingkup pemikiran mereka.
Apa pesanan Tan Sri kepada petugas dan jentera parti.

Jangan complacent (berpuas hati), walaupun kita menang dulu. Jangan over confident (terlebih yakin). Jentera perlu terus buat kerja. Kita jumpa seramai mungkin pengundi.

Alhamdulillah saya tengok jentera PKR teratur buat kerja. Dan jentera PAS membantu dengan cukup kuat. Setiap tempat saya pergi, jentera PAS semua ada membantu. Dari pemimpin tinggi sampai kepada petugas-petugas parti.

Apapun kita kena anggap semua pertarungan adalah hard battle (pertarungan sengit). Fokus sehingga saat penghujung.

Kita kena damping pengundi, kalau tak damping itu bahaya. Kita kena dengar, jawab apa sahaja yang ditanya. Jelaskan apa yang keliru.

Seperkara lagi, kita dalam Pakatan jangan termakan propaganda Umno. Mereka sebenarnya dah letih. Mereka sekarang ini guna taktik kotor. Guna agensi kerajaan seperti Felda, Kemas Risda.

Mereka bukan jenis komited lagi nak buat kerja-kerja parti ni. Kalau parti itu dah swastakan kerja-kerja parti, maknanya parti itu sudah dipenghujung hayat. Sudah kurang upaya. Posted & copy by 

Jawapan Kepada Kenyataan Bodoh Nazri Aziz




kedahlanie  -  

DAP cadang bantuan tahunan kepada pesara askar tanpa pencen. 



KUALA LUMPUR, 19 MAC: Ahli Parlimen DAP Kampar, Ko Chung Sen menggesa kerajaan memberi bantuan kewangan tahunan kepada pesara askar tidak berpencen yang banyak berkorban demi keselamatan negara.

Pada sidang media di Parlimen, beliau berkata, banyak permintaan daripada pesara askar agar kerajaan memberi bantuan kewangan, terutama berikutan kenaikan kos sara hidup yang mendadak.
“Kira-kira 234,000 bekas askar yang tidak berpencen, kerana tidak berkhidmat melebihi 21 tahun. 

Ramai antara mereka sukar mendapat pekerjaan, apatah lagi mendapatkan gaji yang baik. Mereka akhirnya terpaksa kerja sebagai pemandu van dan pengawal keselamatan,” katanya.
ko chung sen
Dalam soalan kepada Kementerian Pertahanan, beliau meminta kerajaan meneruskan bantuan kewangan kepada bekas askar tidak berpencen yang terbeban dengan kenaikan harga barang.
Malangnya, Kementerian dalam jawapannya berkata, bantuan itu tidak akan diteruskan.

“Kerajaan kata pesara boleh minta bantuan daripada Skim Sara Hidup JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran). Namun, hanya mereka yang berusia lebih 65 tahun atau kurang upaya layak memohon,” katanya.

Dalam Bajet 2013, kerajaan memperuntukkan RM224 juta kepada Kementerian Kewangan bagi Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M).
“Pada Februari 2013, bantuan ‘one-off’ SVTB1M diberikan. Setakat Ogos 2013, hanya 90,000 pesara memohon dan terima sumbangan sebanyak RM1,000 itu.


“Maka ada baki RM134 juta yang boleh dibawa ke tahun ini. Janganlah beri bantuan ketika pilihan raya sahaja,” katanya lagi. - Roketkini.com


Kajang - Undi Awal Untuk BN Sudah Bermula? PRK KAJANG: 1,197 LAYAK UNDI AWAL HARI INI


Photo: Wednesday, 19 March 2014.

Kajang - Undi Awal Untuk BN Sudah Bermula?

PRK KAJANG: 1,197 LAYAK UNDI AWAL HARI INI

Kajang, 19 Mac - Sebanyak 1,197 anggota polis dan pasangan mereka hari ini menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berlangsung di sini.

Proses pengundian bermula 8 pagi hingga 5 petang menerusi tiga saluran iaitu di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep, ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal terus diguna pakai pada PRK DUN Kajang, seperti mana yang dilaksanakan pada dua PRK sebelum ini iaitu PRK Kuala Besut di Terengganu dan Sungai Limau di Kedah.

PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.

Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Fun yang mewakili Barisan Nasional (BN) bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa.

BERNAMA.

 
Posted by Jeebond BLM.
Kajang, 19 Mac - Sebanyak 1,197 anggota polis dan pasangan mereka hari ini menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berlangsung di sini.

Proses pengundian bermula 8 pagi hingga 5 petang menerusi tiga saluran iaitu di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep, ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal terus diguna pakai pada PRK DUN Kajang, seperti mana yang dilaksanakan pada dua PRK sebelum ini iaitu PRK Kuala Besut di Terengganu dan Sungai Limau di Kedah.

PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.

Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Fun yang mewakili Barisan Nasional (BN) bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa. BERNAMA.


VIDEO - Peristiwa 13 Mei - Siapa Dalangnya ?



Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: