بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Pakar Keselamatan Penerbangan dakwa bateri lithium-ion mungkin sebabkan MH370 terbakar dan terhempas..
Pendedahan oleh Malaysia Airlines terhadap pesawat MH370 yang hilang itu membawa bateri lithium-ion yang sangat mudah terbakar di dalam kargonya telah menyalakan semula spekulasi bahawa kebakaran mungkin menjadi penyebab kehilangan pesawat tersebut.
Seorang pakar keselamatan penerbangan, Billie Vincent hari ini mengesahkan kepercayaannya bahawa api bermula pada kargo MH370, memusnahkan sistem komunikasi pesawat, kemudiannya mengisi kabin dengan asap toksik.
Bekas ketua keselamatan Syarikat Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat itu berkata ia akan menenggelami penumpang tetapi mungkin juruterbang berpeluang untuk mengalihkan pesawat untuk pendaratan kecemasan.
"Data yang dikeluarkan setakat ini menunjukkan perkara paling mungkin ialah masalah dengan bahan-bahan yang berbahaya.
"Senario ini bermula dengan letusan bahan-bahan berbahaya di dalam kargo, sama ada dibungkus secara tidak wajar atau dibawa secara tidak sah atau kedua-duanya sekali," beliau dipetik sebagai berkata di dalam "Pengurusan Trafik Udara" (PTU), sebuah majalah dan laman web yang berdedikasi yang membuat liputan terhadap PTU dan industri komunikasi, navigasi dan pengawasan yang berkaitan.
Vincent telah menegaskan dari awal lagi bahawa daripada menuding juruterbang pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang itu sebagai pengkhianat, juruterbang mungkin adalah wira yang telah berjuang untuk menyelamatkan pesawat sehingga ditewaskan dengan asap dengan bencana yang disebabkan oleh kebakaran di kargo atau diburukkan lagi oleh kargo yang membawa bateri litium yang sangat mudah terbakar.
Vincent menolak kemungkinan bom diletupkan di atas kapal yang menyebabkan badan pesawat ranap, memetik fakta bahawa siri 'ping' menunjukkan bahawa Penerbangan 370 itu telah terbang sehingga tujuh jam lagi.
Vincent berkata kebakaran yang boleh bermula pada kargo yang secara progresif dan sakli gus, telah memusnahkan sistem komunikasi pesawat.
Asap toksik boleh cepat memenuhi kabin penumpang dan kokpit di mana sekurang-kurangnya salah seorang daripada anak-anak kapal penerbangan itu berjaya memakai topeng topeng oksigen yang membolehkan ia untuk menukar haluan pesawat kembali ke Kuala Lumpur atau Langkawi.
Penerbangan 370 dilaporkan telah terbang ke paras 45,000 kaki yang mana Vincent percaya ia boleh disebabkan akibat dari ketidakupayaan anak kapal untuk melihat dengan jelas dan membuat kawalan selanjut untuk kembali.
Rampasan, sabotaj mustahil
Vincent berkata bahawa adalah mungkin pesawat telah dapat dikawal semula dan ia dibawa ke tempat yang lebih rendah kira-kira 23,000 kaki - yang merupakan satu lencongan ketinggian yang ditetapkan oleh pengeluar pesawat bagi mengelakkan api terus marak dan kedua-dua keadaan itu memberikan peluang survival yang lebih baik sementara memperolehi peluang untuk melakukan pendaratan.
"Pesawat itu kemudian terus terbang sehingga tiada lagi bahan bakar dan kemudiannya terhempas - kemungkinan besar ke dalam laut kerana setakat ini tiada sebarang laporan diterima dari mana-mana Pusat Kecemasan Pemancar yang memberi isyarat jika kemalangan itu berlaku di darat ," kata Vincent.
Vincent juga berkata senario lain yang melibatkan rampasan dan sabotaj adalah tidak mungkin.
"Tidak ada sebarang petunjuk yang sama ada juruterbang terlibat dengan jenayah menghilangkan pesawat ini. Malah Malaysia sendiri tidak mengeluarkan apa-apa data mengenai apa-apa yang tidak kena di dalam tapisan keselamatan ke atas penumpang untuk penerbangan ini.
"Persoalan yang dibangkitkan mengenai dua orang penumpang yang menggunakan paspot curi telah dibersihkan yang menunjukkan bahawa mereka telah merancang dengan mendakwa mencari suaka di negara lain, mungkin Jerman," katanya.
Vincent juga merupakan penulis 'Pengebom, Perampas, Pengimbas Badan, dan Golongan Jihad' .
Mengapa radio senyap?
Namun teori Vincent mengenai kebakaran di kapal terbang itu tidak dapat meyakinkan semua orang.
Pengurusan Trafik Udara dipetik oleh beberapa penyiasat kemalangan udara sebagai berkata bahawa masih terdapat beberapa anomali dalam senario seperti radio pesawat yang senyap sepi .
"Dalam setiap kebakaran dalam penerbangan di mana pesawat itu terhempas, keadaan akan merosot dengan pantas, akhirnya menghalang keupayaan pesawat untuk terbang seperti kebakaran bateri lithium ion UPS 747-400 di Dubai, kimia oksigen dalam kargo hadapan Valujet 594, kebakaran sistem elektrik dalam ruang kosong Swissair 111 dan kebakaran kargo Penerbangan Boeing 747 South African Airways pada tahun 1987, " kata seorang pakar.
Dalam setiap kes di atas, beliau berkata anak-anak kapal mempunyai masa yang cukup untuk berkomunikasi dengan kawalan trafik udara sebelum pesawat itu terhempas walaupun api marak dengan pantas dan menyebabkan kebakaran bahan-bahan berdekatan.
Dalam setiap kes kebakaran itu juga menyebabkan pesawat tidak mampu terbang, kecuali Swissair yang tinggal di udara lebih lama apabila anak-anak kapal telah cuba membakar bahan api.
Sebab kedua yang menyebabkan keraguan pada senario kebakaran kargo MH370 ialah, jika juruterbang pesawat berkenaan mengikuti prosedur kecemasan yang betul, kedua-duanya telah menggunakan topeng oksigen kecemasan, yang melindungi mereka daripada gas toksik.
"Ada mikrofon dalam topeng, jadi mereka telah memaklumkan ke pusat kawalan trafik udara terhadap tujuan mereka untuk membuat pusingan kecemasan," katanya.
Akhir sekali, terdapat juga keraguan tentang sama ada walaupun autopilot masih ada pesawat itu mampu untuk terbang selama tujuh jam .
"Akhir sekali bencana itu sepatutnya berlaku lebih awal, sekalipun mereka cuba untuk mengurangkan tekanan kabin bagi tujuan mengurangkan kebakaran."
Kenyataan Flip-flop CEO MAS CEO Jauhari
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya mendedahkan bahawa pesawat itu membawa beberapa bateri ion litium , yang dianggap "merbahaya" untuk kargo dan boleh menjadi terlalu panas dan mengakibatkan kebakaran.
Bateri jenis ini telah bertanggungjawab untuk 140 insiden pesawat sejak 23 tahun yang lalu, mengikut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, termasuk satu apabila pesawat kargo UPS yang terhempas semasa pendaratan kecemasan pada tahun 2010.
Tetapi Ahmad Jauhari Yahya berkata, bateri yang biasa digunakan di dalam komputer riba dan telefon bimbit, telah dibungkus dan dibawa mengikut peraturan dan tidak mungkin menimbulkan ancaman.
Menjawab satu soalan pada sidang akhbar semalam, Jauhari berkata: "Kami bawa beberapa bateri litium -ion kecil, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO ( Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ) di bawah barang-barang berbahaya.
"Ia bukan barang berbahaya, tetapi dari segi ia (menjadi) barangan yang diisytihar dikelaskan sebagai berbahaya di bawah ICAO."
Beliau menegaskan ia telah diperiksa beberapa kali untuk memastikan ia mematuhi garis panduan.
"Syarikat penerbangan lain melakukannya sepanjang masa, bukan sahaja Malaysia Airlines. Ia barang-barang yang diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, (yang mana) adalah mematuhi ketetapan ICAO , "tambah beliau.
Pendedahan Jauhari mengenai bateri litium muncul empat hari selepas beliau telah menafikan pesawat itu membawa apa-apa barang-barang berbahaya dan hampir dua minggu selepas pesawat hilang.
Apabila ditanya awal minggu ini jika terdapat kargo berbahaya di atas kapal, Jauhari berkata tidak ada, sambil menambah bahawa ia hanya membawa "tiga ke empat ton manggis".
Pendedahan ini telah menghidupkan semula teori bahawa Boeing 777 mungkin telah terlibat dengan kebakara, menyebabkan anak-anak kapal dan penumpang tidak sedarkan diri selepas terhidu asap toksik. -FMT/Terjemahan bebas oleh GreenBoc
Pakar Keselamatan Penerbangan dakwa bateri lithium-ion mungkin sebabkan MH370 terbakar dan terhempas..
Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 6 hours ago
Pendedahan oleh Malaysia Airlines terhadap pesawat MH370 yang hilang itu membawa bateri lithium-ion yang sangat mudah terbakar di dalam kargonya telah menyalakan semula spekulasi bahawa kebakaran mungkin menjadi penyebab kehilangan pesawat tersebut. Seorang pakar keselamatan penerbangan, Billie Vincent hari ini mengesahkan kepercayaannya bahawa api bermula pada kargo MH370, memusnahkan sistem komunikasi pesawat, kemudiannya mengisi kabin dengan asap toksik. Bekas ketua keselamatan Syarikat Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat itu berkata ia akan menenggelami penump... more »
Satelit China kesan objek terapung dipercayai serpihan MH370
Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 9 hours ago
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat makluman daripada kedutaan China bahawa negara itu menerima imej satelit yang berkemungkinan sepihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pemangku menteri pengangkutan itu berkata China akan membuat pengumuman dalam beberapa jam lagi berhubung serpihan yang ditemui di koridor selatan itu. “Berita yang baru saya terima, Kedutaan China menerima imej satelit objek terapung di koridor selatan dan mereka menghantar kapal untuk mengesahkannya. “Beijing akan mengumumkannya dalam beberapa jam lagi. Objek terapung ini 22 meter panjang dan 30 met... more »
Gara-gara enggan bersoal jawab selepas sidang akhbar MH370, Najib dilabel sebagai PM Cap Ayam..
Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 1 day ago
Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya kerana beliau telah memalukan negara apabila enggan bersoal jawab selepas sidang akhbar baru-baru ini. Katanya, Najib hanya membaca teks ucapan sahaja dan selepas membacanya terus meninggalkan dewan yang menyebabkan semua wartawan tempatan dan antarabangsa kecewa dengan tindakannya itu. Minggu lepas Najib bukannya membuat sidang akhbar sebaliknya memberi taklimat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370. Sejumlah 227 penumpang dan 12 anak ... more »
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan