بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Adakah Sebenarnya Malaysia Tidak Punya Undang-Undang Jalan Raya?
Sila baca dengan tenang. Siapa terasa dialah terasa...
Aku drive setiap hari ke ofis, pergi balik ada la dalam 60 km lebih.
Bila petang, nak balik, jalan memang macam haram sesaknya. Especially kalau kau nak lari tol. Kau tak nak lari tol pun sesak tapi aku tengok ramai jugak yang menggunakan "jalan alternatif " yang disarankan kerajaan.
Oleh kerana traffic jam ni sesak dan kadang2 aku balik ke rumah aje memerlukan hampir sejam setengah untuk perjalanan 30km lebih, aku perasan ramai jugak la yang menggunakan taktik yang cukup anak haram dalam mendapatkan laluan. Kau pernah perasan ada orang letakkan macam lampu siren kecik yang menyala biru merah atas dashboard dia dan dia buat2 kononnya dia ni "pegawai berkuasa" ?
Aku perasan banyak kali kereta menggunakan siren tidak rasmi tu untuk membuatkan orang ramai ke tepi. Aku sure benda tu tak legal tapi masalahnya mana pegi pemantauan pihak berkuasa dalam penjualan benda2 camni?
Ada beberapa benda lagi yang aku perasan orang gunakan atas jalan raya untuk "kesenangan" dia.
1. Sticker kod daerah Polis dekat belakang kereta.
Kalau kau tengok kereta polis, belakang kereta diorang ada sticker biru bertulisan putih menyatakan kod daerah kereta peronda tu bertugas. Sekarang ni aku nampak ramai benar tampal benda tu belakang kereta diorang. Sejak bila pulak Kancil buruk kaler merah jadi kenderaan polis ni? Tak ada apa tindakan ke diambil kepada orang2 yang tampal sticker camni? Aku tak sure sama ada boleh atau tidak tapi pada aku, benda ni dah menyerupai polis dan mampu mengelirukan orang ramai.
2. Sticker windshield PDRM
Yang ni aku selalu nampak sehinggakan aku pelik, ramai betul polis dalam masyarakat kita ni. Aku tak tau la betul atau tidak tapi itulah masalahnya...kita dah tak tau sama ada betul atau tidak kereta itu dipunyai oleh seorang polis atau tidak. Betul atau tidak sticker ni?
3. Siren palsu
Aku rasa benda ni dijual dekat grey market. Aku pernah nampak orang pakai lampu yang kaler merah biru dan ada jugak yang style satu lampu merah pusing-pusing.
4. Penggunaan Jacket Fluorescent Palsu
Mat motor ramai yang terkena ni dulu. Waktu aku bawak motor dulu, ada kes 3 orang lelaki menyamar polis trafik tahan orang dekat jalan menyusur tol motorsikal untuk melakukan rompakan. Kalau "polis" dah suruh kau jalan masa road block, apa yang penunggang selalu fikirkan adalah ciow dari situ cepat2 padahal sebenarnya masa tu sedang berlaku kes rompakan.
5. Penggunaan logo negeri atas nombor plate
Kau pernah nampak kereta-kereta yang menyamar nak cuba jadi wannabe kereta kerajaan? Makin lama makin ramai yang letak.
6. Kereta Kerajaan Bawak Macam Jalan Raya Ni Abah Dia Punya
Ni trend yang aku nampak dari dulu. Kereta ada logo Kementerian, jata Malaysia atau apa saja label kementerian ditampal atas badan kereta, akan bawak kereta macam jalan ni abah dia punya. Kau bukannya polis, bomba atau apa saja yang memerlukan kau bergegas ke mana2. Aku selalu jalan Putrajaya, antara kereta2 kerajaan yang bawak macam ni yang laju adalah Kementerian Asas Tani, Kementerian Kewangan dan pelbagai lagilah kementerian yang kadang2 bawak kereta seolah2 kita tak ada undang2 trafik. Mungkin diorang nak cepat sebab ada pokok nak mati gamaknya? Tapi pikirlah kenapa maintenance kenderaan kerajaan ni tinggi belaka? Kereta Kerajaan..kasi lenjan la!
7. Geng Motor Besar Bajet Dunia Ni Dia Punya
Aku seorang mat motor satu masa dulu tapi aku cukup anti perangai geng2 motor besar ni yang bajet dia ramai, dia boleh parking mana2 dia suka. Kau nak tau kenapa diorang buat camtu? Geng motor besar ni kalau boleh dia nak parking setempat. Barulah nampak best, nampak exhibitionist. Motor kecik bolehla parking jauh2 tapi motor besar, kenala parking satu tempat sekali.
Jadi diorang ni parkinglah mana2 yang diorang suka....dekat parking kereta ke, parking lori ke, tempat yang no parking la..tempat parking orang cacat la. Pada diorang, apa2 hal pun, diorang kena parking setempat, beramai2 dan boleh dijadikan parking cum superbike exhibition. Come on la bro. Motor kau besar tak semestinya kau boleh parking suka hati kau.
Ikut peraturan la...motor EX5 boleh parking dekat tempat sepatutnya kenapa kau punya 15 bijik Hayabusa takleh bang?
8. Tinted Cermin Gelap
Ni antara benda yang aku paling marah dengan penguatkuasa. Mereka wujudkan akta cermin kereta tak boleh tinted lebih dari sekian2 kegelapan dia tapi dia hanya laksanakan undang2 tu untuk orang biasa. Orang biasa ni lah yang kalau kena inspection JPJ habis ditorehnya tinted punya layer tapi cuba anak menteri, cicit Sultan atau apa saja yang berkaitan dengan VIP semuanya dipejamkan sebelah mata. Pada ku, kalau nak buat law, laksanakan betul2. Nak bagi pengecualian, bagi dekat kereta rasmi kerajaan, kereta rasmi "kerabat" dan kereta rasmi Menteri.
Selain daripada tu, macam anak menteri, kawan baik menteri, business partner menteri, semuanya tak boleh lari dari undang2 ni.
Kau nak tengok betapa prejudisnya penguatkuasa dalam benda ni? Usha2 la sendiri time ada inspection. Kereta mahal harga Rm150 ribu tinted gelap susah gila nak kena tahan..tapi Kancil tinted gelap? KOYAK!
9. Geng Motor Besar Bajet Dia Boleh Bawak Laju
Bercakap pasal undang2 perlu dikenakan kepada semua tak kira peringkat, sampai sekarang ni penunggang motor besar masih lagi merasakan "jika saya memandu motor berkuasa tinggi, saya ada hak untuk memandu melebihi had laju yang dibenarkan." Kau boleh tengok la merata2. Cuma masyarakat kita pandang diorang ni lain sikit berbanding mat rempit sebab diorang bawak motor besar, padahal sama aje. Dua2 bawak melebihi had laju dan dua2 langgar peraturan...
Siapa yang terasa, silalah terasa...
Adakah ini berlaku kerana kita adalah negara dunia ke tiga? Jika di negara maju, majoriti penunggang motorsikal biasa (biasa di negara maju tapi di Malaysia berkuasa besar) boleh memandu mengikut had laju tapi kenapa di Malaysia tidak boleh? Aku pernah nampak dekat England seorang lelaki bawak Kawa Mickey Mouse 70km/j mengikut aliran trafik....boleh aje bawak, tak semput pun enjin.
Kau takyah la nak bagi alasan kata motor besar kena bawak laju baru la enjin running sedap la apa lah..yang penting, kenapa penunggang motorsikal besar tak nak ikut had laju? Macam mana sebenarnya aplikasi undang2 trafik ni? Lagi laju enjin lagi dibenarkan bawak laju ke?
10. Penambah Bilangan Lorong Atas Jalan
Kau tengah sesak atas jalan, kemudian ada seorang start tambah lane atas jalan, dari 2 jadi 3, dari 3 jadi 4. Daripada jam yang sepatutnya tak sarat terus jadi jam tahap keparat. Lepas tu nak himpit2 orang lain suruh ke tepi bagi kau masuk.
Kalau kau adalah golongan yang menambahkan bilangan lane atas jalan semata2 sebab kau bajet kau adalah orang paling penting dalam Malaysia membuatkan kau perlu ke depan lebih awal berbanding orang lain, aku syorkan, tolong tolong tolong faham kenapa orang marah dengan kau dan jangan kau nak ajak bertumbuk kalau ada orang bagi jari hantu dekat kau.
Kau salah! Kau dah la salah dan kau juga bodoh, tak sedar diri dan bangang tahap kangkung.
11. Geng Wartawan Kemalangan
90% jam teruk berlaku akibat kemalangan berpunca daripada pemandu yang slow down nak tangkap gambar eksiden tu untuk dipaparkan di Facebook dan Instagram, bukannya akibat daripada kenderaan yang kemalangan itu sendiri. PLEASE....kalau ada eksiden yang dah selamat dialihkan, tolong lah teruskan perjalanan macam biasa...

Sumber: (http://cursingmalay.blogspot.com/2014/01/adakah-sebenarnya-malaysia-tidak-punya.html)
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan