Selasa, 25 Mac 2014

4060. Costa Rica dengan bentuk Batu menyerupai seperti sebiji Bola Besar.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 
Misteri Batu Bulat Seperti Bola Di Costa Rica 
Pada 1930, semasa membersihkan hutan Costa Rica untuk membuka ladang pisang, pekerja United Fruit Company menemui bola batu besar yang tertanam di hutan. Bola-bola misteri itu kemudian menjadi perhiasan berharga yang dipamerkan di depan bangunan kerajaan, rumah orang kaya dan beberapa syarikat lain di Costa Rica.

Banyak bola batu yang rosak, dan lain-lain sengaja diletupkan oleh pemburu harta karun untuk mencari emas yang tersembunyi di dalam bola batu. Selama beberapa dekad berikutnya, kira-kira 300 batu digali terutama di wilayah Delta Diquis. Bola batu dengan pelbagai saiz, bermula dari yang berdiameter beberapa sentimeter hingga lebih dari 2 meter, ditemui di dalam hutan.

Rata-rata mempunyai berat sehingga 15 tan. Beberapa dari mereka, seperti yang dilaporkan, tetap berada di tempat asal di mana mereka dijumpai, tetapi ramai orang yang kemudian memindahkan bola batu itu. Beberapa dari bola ini juga rosak akibat hakisan, kebakaran dan juga vandalisme.

Walaupun sangat sukar untuk menganggarkan umur dari batu tersebut, batu-batu ini dipercayai telah diukir sekitar 600 SM. Ada kemungkinan bola ini berkaitan dengan budaya Diquis yang berkembang antara 700 SM dan 1530 SM di tempat yang kini dikenali sebagai Costa Rica.

Batu-batu itu kini dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa, UNESCO, yang menyatakan bahawa ia adalah warisan kemanusiaan.



Sumber: (http://dairishare.blogspot.com/2014/03/misteri-batu-bulat-seperti-bola-di.html)

Tempat Penginapan Paling Sempoi Tapi Menarik

Nas Rul at dairishare - 1 minute ago
Hotel Kolarbyn Eco yang terletak di Sweden Berlagen Forest menawarkan keseronokan yang berbeza kepada para pengunjungnya. Tempat penginapan ini menawarkan kemudahan berupa tempat tidur yang selesa dan air panas, pengunjung tempat ini diberi tempat tinggal di pondok-pondok kayu yang bersalut dengan rumput dan dedaunan kering. Setiap pondok seediakan dua katil dengan kulit kambing sebagai alas dan perapian di dalam bilik. Sementara kemudahan lain yang diberikan hanyalah lilin, pemetik api, dan kayu bakar.

MH370: Anak Perempuan Ketua Pramugara Luah Rasa Sedih Di Twitter

atsixty at ZAKRI ALI - 16 minutes ago
Info Terkini Kehilangan Pesawat MAS MH370 [image: Photo: MH370: Anak Perempuan Ketua Pramugara Luah Rasa Sedih Di Twitter Maira Elizabeth Nari, anak perempuan kepada Andrew Nari, Ketua Pramugara bagi pesawat MH370 yang hilang, meluahkan kesedihannya di Twitter selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan yang menggunakan pesawat Boeing 777 itu berakhir di selatan Lautan Hindi. Maira, yang menulis di twitter @Gorxous_ berkata: "Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan mengenainya. Tuhan lebih sayangkan ayah, Tuhan lebih sayangkan mereka". Akaun... more »

Hukuman Mati terhadap 529 Anggota Ikhwan Dikecam dan Dikutuk

Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 25 minutes ago
*PAS Kecam Keras Hukuman Mati 529 Ahli Ikhwanul Muslimin* [HD] KUALA LUMPUR: PAS mengecam keras hukuman mati yang dijatuhkan mahkamah Mesir terhadap 529 ahli Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyid Amnya, Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta dan menggesa demokrasi dan keamanan dipulihkan di negara tersebut dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. *Yang berikut adalah kenyataan rasmi Presiden PAS yang dikeluarkan hari ini:* Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam dengan sekeras-kerasnya keputusan s... more »

PRK BALINGIAN ... SETIAUSAHA AGUNG KEADILAN DISEKAT DARI MEMASUKI NEGERI SARAWAK.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 48 minutes ago
*Negara digemparkan apabila mendapat berita betapa Kerajaan Negeri Sarawak melalui Ketua Menterinya begitu angkuh dan sombong telah mengarahkan Jabatan Imigresen menyekat Setiausaha Agung KEADILAN Dato' Saifuddin Nasution dari memasuki negeri Sarawak.Beliau telah tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11.00 pagi tadi 25hb Mac 2014 bagi membantu calon KEADILAN dalam kempen PRK DUN Balingian, Sarawak.Sejurus saja tiba di Lapangan Terbang Sibu pagi ini, beliau telah di maklumkan oleh seorang pegawai Imigresen yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh ... more »

Blogger Home. 

s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: