Selasa, 25 Mac 2014

4067. MH370 - Lima orang penting Malaysia beroleh saranan sesuatu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Infografik Kehilangan #MH370 - 5 Individu Perlu Letak Jawatan- Kemaskini Terbaru 

Setelah melalui dua sidang media. Tolong fahamkan.

1. Kerajaan hanya menyebut ia berakhir di Lautan Hindi Selatan.

2. Bagaimana ia berakhir disitu?

3. Lihat info grafik ini ;


Infografik Kehilangan #MH370 - 5 Individu Perlu Letak Jawatan- Kemaskini Terbaru
Ini anggaran. Bukan fakta. Tolong faham. Kalau ikut info grafik kat atas, ia menepati dengan keterangan saksi yang melihat ada pesawat di atas laut Andaman pada 8 March 2014. Pada hari terakhir pesawat tersebut di kesan. Kita masih ingat lagi. Ramai yang mempertikaikan kenyataan wanita yang pulang dari umrah tersebut adalah disebabkan ;

- Jarak.

- Penglihatan manusia terhad. 

Ia bukan sahaja jauh bahkan penglihatan manusia sangat terhad. Tetapi bagi orang Islam kami memegang bahawa ia mungkin petunjuk dari Allah. Tak siapa tahu.

Katakanlah pesawat tersebut jatuh di atas laut Andaman, ia bermakna arus yang membawa ia terus ke dalam dan ke dalam lautan hindi selatan.

Untuk rekod, kita melakukan pencarian di laut china selatan selama 7 hari. Dalam masa 7 hari macam2 boleh berlaku di atas laut andaman. Dari awal lagi, kita mencari di kawasan yang salah.

4. Satu lagi info grafik yang diperolehi ;

Ini juga anggaran. Bukan fakta. Kalau ikut info grafik di atas mereka bayangkan ia terhempas di perairan Indonesia sehingga di bawa oleh arus ke lautan hindi selatan.

Macam2 andaian ada. Macam2 kemungkinan ada. Sehingga kini SAR masih gagal mengenalpasti di manakah tempat pertama pesawat MH370 jatuh dan terhempas.

Namun, Najib tidak menyebut pesawat MH370 sebagai terhempas ye. Dia hanya sebut sebagai kali terakhir di kesan ialah di lautan hindi selatan. Harap maklum.

5. Baikla, bagaimana Najib mendapatkan maklumat ini dari IMMARSAT? IMMARSAT memaklumkan mereka mengenalpasti pesawat MH370 berdasarkan kepada 7 isyarat ping yang diterima dari pesawat tersebut. Pesawat tersebut sepatutnya menghantar ping setiap satu jam sekali. Yang 7 isyarat ping neh aku tak sure merujuk kepada 7 jam yang terakhir ataupun 7 isyarat ping yang terakhir.  Dan ping terakhir itu menunjukkan bahawa kali terakhir ia menghantar isyarat ia berada di atas lokasi seperti dalam gambarajah di atas.

Menurut pakar penganalisa maklumat satelit, ia memang memerlukan ;

- Masa untuk mengkaji maklumat2 yang diperolehi dari satelit.

- Data2 yang diterima bersifat RAW (mentah) belum diproses.

- Setelah diproses ia perlu disahkan.

- Setelah disahkan ia perlu disemak kembali oleh penganalisa yang lain pula.

Setelah diyakini analisis mereka selari dan berpadanan antara satu sama lain (dua agensi pakar penganalisa) maka baru la ia boleh diproses sebagai fakta dan diberikan kepada pihak berkaitan untuk diserap sebagai maklumat tambahan.

Dan, hasilnya mereka memutuskan bahawa pesawat MH370 kini berada di dalam laut hindi selatan.

Maka koridor utara akan diabaikan serta merta. Tumpuan kini hanya merujuk kepada laut hindi Selatan. Itu sebab Najib umumkan kali terakhir ia dikesan ialah di laut hindi selatan. Tetapi ramai yang tafsirkan ia sebagai terhempas disitu. Itu hanyalah andaian awal memandangkan tiada apa2 pulau yang berdekatan disitu yang memungkinkan mana2 pihak yang terperangkap dalam pesawat tersebut selamat.

Kekeliruan wujud dalam maklumat yang disebutkan oleh Najib.

Aku rasa ramai yang keliru kat sini termasukla aku. Namun aku rasa ia boleh dimaafkan. Bila Najib tak sebut perkataan terhempas ia sebenarnya betul juga. Ia merujuk kepada kali terakhir isyarat dikesan. Bukan merujuk kepada lokasi ia terhempas. Sebab itu Najib sebut ia telah berakhir disini. 

Bila MAS sebut dukacita dimaklumkan semua nyawa tidak dapat diselamatkan ia betul juga. Ia merujuk kepada keadaan lautan hindi selatan yang menyukarkan mana2 manusia yang terperangkap untuk terus kekal hidup selama 17 hari lamanya.

6. Adakah kesemua penumpang2 MH370 disahkan mati? Atau hilang? Menurut Najib perkara ini akan diserahkan kepada majlis fatwa negara. Merujuk kepada orang2 Islam. Menurut Haji Hadi ia memerlukan masa 4 tahun lamanya untuk mengesahkan seseorang yang hilang itu disahkan mati dalam Islam. Oleh kerana apa yang berlaku di MH370 tidak boleh disahkan sebagai mati akibat tiada bukti (jasad) bahkan tiada saksi (tiada objek2 yang boleh mengaitkan pesawat MH370 masuk ke dalam lautan hindi) maka ia hanya boleh diklasifikasikan sebagai hilang.

Lihat ;
Dan satu pendapat yang menarik juga ;
 
For me this issue is open for discussion. And hak masing masing utk masih berharap penumpang dan krew masih selamat; atau percaya kapal itu sudah tidak akan dijumpai lagi. 

Tak perlu utk paksa semua org percaya kapal itu dah terhempas dan semua sudah meninggal. Dalam ucapan PM kita semalam, he did mentioned that, "assumption is made based on data and analysis.."

So far, there are no conclusive evidence seperti bangkai kapal atau serpihan atau black box. 

And as for me, i chose to believe on this; that there is still hope in the end of the tunnel. Even the weather is dark and stormy, there is still light, at the end of the tunnel. Selagi mana bangkai kapal atau serpihan belum dijumpai, i chose to believe that masih ada harapan utk mrk selamat. 

Boleh utk anda yakin dgn data dan analisis semua itu, but just for you to know, kdg kdg ada benda, di luar jangkauan kita. Even the greatest technology and science could not explained it, only beliefs and hope can help you to explain it.

Hope is something that makes human being so strong. Stronger than human normally can be. 

At this time, respect kebebasan utk percaya pd pandangan sendiri. Tak perlu memaksa. Setiap manusia ada harapannya dan ada cerita disebalik harapan mrk.

Utk yg percaya kapal sudah tiada dan mrk sudah tiada, maka berdoalah utk kesejahteraan mrk di sana. Dan utk yg masih berharap, berdoalah supaya mrk dalam keadaan terbaik dan selamat.

Bukan nak menyanggah teknologi dan sains, tapi kadang kala, walau sehebat mana teknologi dan sains; ia belum mampu utk menandingi kekuatan doa, harapan dan keimanan.

Tabahkan wahai hati anda keluarga penumpang dan krew MH370. Satu dunia berdoa bersama anda.


7. Negara kita akan melakukan upacara berkabung bagi memperingati kesemua mangsa2 dalam insiden MH370.

8. Pemimpin2 negara juga telah bersetuju akan menubuhkan siasatan diraja bagi mengenalpasti kenapa MH370 ;

- Tukar laluan
- Berakhir di lautan hindi selatan
- Punca kesalahan meknikal yang menyebabkan mereka hilang

9. Operasi SAR akan diteruskan oleh Malaysia bagi mengesan apa2 petunjuk samada dalam bentuk jasad ataupun objek yang boleh mengaitkan ia dengan pesawat MH370.

10. MAS akan bertanggungjawab sepenuhnya dari segi kebajikan dan kewangan ke atas kesemua ahli keluarga penumpang yang terlibat. 

11. Untuk rekod, negeri Johor sudah mula berkabung bermula hari ini sejurus Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di lautan hindi selatan.

12. Siang tadi pun di China, ahli2 keluarga mangsa melakukan protes aman di hadapan kedutaan Malaysia di China. Mereka berang sebab pada mereka kerajaan Malaysia lambat bertindak dan juga kerana hanya mendapat sedikit maklumat.

13. Tumpuan kerajaan dan pasukan SAR ialah kotak hitam dan bangkai pesawat.

14. Apa yang amat dikesali ialah MALAYSIA pasti akan menjadi tumpuan dunia kerana dunia akan mempersoalkan apa yang kita buat 7 hari di LCS? Kat media2 antarabangsa dah mula mempersoalkan perkara ini.

15. Walaupun operasi SAR udara ditangguhkan sehari dan hanya akan bersambung pada petang esok disebabkan cuaca buruk namun operasi SAR laut tetap diteruskan macam biasa. 

16. China meminta kesemua butiran satelit yang dimiliki oleh Malaysia yang menyebabkan Malaysia mengumumkan pengakhiran pesawat MH370 di selatan lautan hindi.

17. Bagi menzahirkan rasa simpati Australia telah mengumumkan bahawa mereka akan mengecualikan bayaran visa terhadap kesemua ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang akan masuk ke Australia bagi mengikuti perkembangan terkini operasi SAR. 

18. Dan seperti biasa, Malaysia sentiasa dikritik oleh pihak2 antarabangsa mengenai cara mereka mengendalikan insiden kehilangan MH370. Yang terbaru dari bekas ketua keselamatan udara AS. 

Rujuk ==> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-tidak-cekap-kendalikan-penyiasatan-mh370-kata-bekas-ketua-keselama 

Yang neh pula dari Washington post ==>http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/washington-paper-says-mh370-saga-shows-malaysia-must-be-more-open 

Antara isi kritikan penulis ialah ;

- Ia mendedahkan pemimpin negara gagal menanggani krisis MH370.

- Ia juga menunjukkan cara orang melayu mentadbir negara

- Ia juga menulis mengenai kelamahan2 pemimpin negara yang seringkali keluarkan kenyataan2 yang bercanggah di antara satu sama lain.

- Pemimpin2 negara perlu belajar dari insiden ini.

- Pemimpin juga diseru untuk bersikap lebih terbuka dengan perkongsian maklumat dan data.

Aku tak semestinya bersetuju sepenuhnya dengan apa yang mereka laporkan ye. Harap maklum.  

18. Yang terakhir, mengenai pengumuman Hishammudin ;

(1) MAS akan mengetuai urusan komunikasi dengan anggota keluarga penumpang.

(2) Inmarsat menyemak maklumat terhadap enam lagi pesawat Boeing 777 yang terbang pada hari yang sama dengan MH370.

(3) Usaha mencari dan menyelamat di Koridor Utara dan kawasan Utara Koridor Selatan, berdekatan Indonesia dihentikan.

Carian kini difokuskan di Selatan Lautan Hindi.

(4) Alat pengesan kotak hitam dikenali towed pinger locater dari Amerika Syarikat kini dalam perjalanan ke Perth dan dijangka tiba esok.

(5) Ia akan dipasang pada kapal Ocean Shield milik Australia, yang secara gilirannya akan tiba ke kawasan carian pada 5 April.

(6) Siasatan pada simulator kapten pesawat Zaharie Ahmad Shah masih berhalan dan polis masih menunggu maklumat terkini daripada agensi luar negara yang membantu.

(7) Malaysia akan terus mencari pesawat itu walaupun negara lain menarik diri. 


Sebenarnya. Masih ingat lagi tak krisis tsunami yang pernah berlaku di Jepun? Menteri2 mereka letak jawatan. Di Malaysia untuk meredakan kemarahan ahli keluarga mangsa 5 nama ini perlu meletakkan jawatan.

1. CEO MAS

2. Najib Razak

3. Hishammudin Hussien

4. Zahid Hamidi

5. Pengarah DCA.

Mahu tahu kenapa?

CEO MAS kerana pesawat yang hilang itu adalah MAS. Ini adalah tragedi. Aku faham. Tetapi atas nama tanggungjawab dan juga untuk meredakan kemarahan ahli2 keluarga mangsa, CEO MAS Ahmad Jauhari perlu berundur.

Najib Razak, Hishammudin bertanggungjawab sepenuhnya atas 7 hari operasi di LCS. Maaf, aku taknak tuduh2 dorang salah ke apa kat sini. Cuma seperti yang pakar sebut. Kita lambat bertindak, sepatutnya operasi ini boleh disingkatkan. Merujuk kepada 7 hari yang terbuang di LCS. Maka, atas nama tanggungjawab, mereka juga perlu meletak jawatan. Itu tak masuk lagi bab radar tentera, kawalan keselamatan udara, protokol station radar, dan maklumat2 yang bercelaru yer.  Aku bukan nak tuduh2. Sebenarnya macam pakar sebut, mereka tiada pengalaman untuk menanggani krisis berat kerana di Malaysia kita memang tak banyak pun krisis2 berat. Paling berat pada BN pun ialah macam mana nak menghilangkan pengaruh Anwar. Jadi kedua2 adik beradik sepupu ini perlu sangat2 meletak jawatan bagi menjaga kredibliti negara di mata dunia. 

Zahid Hamidi pula mewakili pihak IMIGRESEN yang gagal mengenalpasti passport tiruan. Aku pun taknak tuduh2 dia bersalah tetapi sekali lagi atas nama tanggungjawab dia kena letak jawatan. Lagipun hari tue Mahathir dah sindir dia sebab keluarkan kenyataan bodoh dan memalukan negara, dia patut amek tanggungjawab tersebut dan meletak jawatan.

Pengarah DCA, Azharuddin Abdul Rahman. Kenapa ek? Dia banyak bagi maklumat salah. Yang paling kontroversi bab gambaran pemegang passport palsu. Kena letak jawatan atas nama tanggungjawab.

Jangan salah faham ye. Aku tak kata mereka berperanan kepada kehilangan pesawat MH370. Cuma nak bagitau apa yang berlaku perlu ada orang yang tertentu untuk memikul tanggungjawab bagi mengekang kemarahan umum terhadap insiden MH370.

Harap Najib, Ahmad Jauhari, Hishammudin, Zahid dan Azharuddin, letak la jawatan kamu sebelum masyarakat antarabangsa benar2 menuntut kamu untuk berbuat demikian. Kita tengah cakap pasal nyawa orang. Bukan cakap pasal propaganda politik dan sebagainya. Harap maklum. 



VIDEO - IMBASAN SEMULA MISTERI MH370-KUN FAYA KUN,JGN LUPA ALLAH

atsixty at ZAKRI ALI - 5 minutes ago
Post by 化葵剩.

Minum air cuci kaki akibat terlalu taksub kepada pemimpin

alhusseyn at al-Husseyn - 18 minutes ago
Dunia maya Indonesia sedang heboh memperkatakan fenomena minum air bekas cuci kaki Megawati Soekarnoputri, Ketua Umum Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P). Ramai yang tidak dapat memahami, mengapa masih ada orang yang percaya dengan khasiat berkah meminum air bekas cuci kaki seseorang pemimpin? Dalam foto tampak kader partai PDI-P bernama Cecep Ondon Iskandar (68), meminum air bekas basuhan kaki Megawati. Lelaki itu, sebagaimana diberitakan, mengatakan tidak jijik melakukan perkara itu. Cecep telah bertekad, sebelum meninggal dunia, dirinya ingin membasuh kaki Megaw... more »

Wahai Najib!! Islam beri tempoh 4 tahun sabitkan kematian penumpang MH370 tu...

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 29 minutes ago
Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, selagi tidak ditemui jasad atau bukti mensabitkan kematiannya secara fizikal, maka tempoh empat tahun perlu diambil kira. "Dari segi Islam, pernah disabitkan kematian setelah berlalu selama empat tahun. "Selagi tak jumpa, selagi tak sampai empat tahun, itu terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan hal itu," kata beliau pada sidang media pimpinan Pakatan Rakyat... more »

Insiden #MH370: Menteri Jawab Persoalan Wartawan China, "Kenapa Kesimpulan Selepas 12 Hari Data Satelit Diperolehi? Jom Terjah!!!

sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 31 minutes ago
Pemasaan perdana menteri mengumumkan lokasi terakhir MH370 di Lautan Hindi malam tadi menjadi persoalan dalam sidang media oleh pihak berkuasa Malaysia hari ini. Wartawan China mempersoalkan kenapa Malaysia membuat kesimpulan itu hanya dibuat malam tadi walaupun data satelit dikatakan diperoleh sejak 12 Mac. Pasukan siasatan berkata, mereka tiada niat menangguhkan dan masa itu diperlukan untuk membuat analisis dan mengukuhkan bukti. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, data satelit sahaja tidak konklusif seperti ditunjukan ketika kajian ditumpukan ... more »

INILAH ANTARA WAJAH2 PEJUANG ISLAM YANG AKAN DIHUKUM MATI DI MESIR.

Na'im Nikmat at Na'im Nikmat @blog - 36 minutes ago
ANTARA WAJAH-WAJAH WIRA-WIRA 529 YANG DIHUKUM MATI Antaranya adalah Dr. Sofwat Hijazi (paling kiri dalam gambar). Adakah mereka menangis menerima hukuman? TIDAK SAMA SEKALI! Dr Sofwat Hijazi dalam satu ucapannya yang penuh bersemangat untuk membebaskan Palestin dari Zionis. Ucapan beliau: "Insya Allah bumi Palestin akan merdeka di bawah kepimpinan Dr Mursi, kita akan bersolat di Masjidil Aqsa. Insya Allah"

[VIDEO] Pesawat Mungkin Ditembak Oleh Jet Yang Menyebabkan Ia Terbakar & Terhempas!

greenboc at KELAB GREENBOC - 50 minutes ago
Tersebar di alam siber sejak beberapa hari lalu sebuah video radar yang dimuatnaik ke youtube memaparkan pergerakan MH370 dari KLIA ke titik ia hilang dan di dalam video itu juga didapati terdapatnya pesawat jet yang bergerak hampir selari dengan MH370. Di dalam video berkenaan juga didapati di satu ketika, jet yang bergerak di sebelah timur pesawat MH370 itu telah bergerak dengan lebih laju dan tiba-tiba jet itu "hilang" dari peta sebelum terputus hubungan pesawat MH370 dengan radar. *Satu hal yang serius ditimbulkan oleh video berkenaan apakah jet itu digunakan untuk menembak ... more »

Kenyataan Kurang Ajar Media Barat

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
*Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri, lapor akhbar Britian Daily Telegraph, memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini.Akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.“Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu,” kata akhbar harian itu.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib... more »
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: