Rabu, 26 Mac 2014

4074. MH370 - Media Barat turut bermain propaganda jahat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . 

Berita Ringkas: 

Seorang ibu kepada seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 warganegara China tidak putus harapan untuk melihat anaknya kembali ke rumah dengan selamat. Liu Guiqui - menaruh harapan anak masih hidup..Dalam temubual khas bersama China Central Television (CCTV), Liu Guiqui – ibu kepada penumpang MH370, Li Le – berkata hatinya hancur apabila menerima berita pesawat berkenaan hilang pada 8 Mac lalu. "Pemandu kami ke lapangan terbang untuk menjemput anak saya tetapi dia kata anak saya tidak sampai-sampai. Saya tanya MAS dan mereka kata pesawat tidak berlepas. - CCTV

Sudahlah dikritik dengan pengendalian pencarian pesawat MH370, kini Malaysia dituduh pula sebagai "tidak cekap" menjalankan siasatan terhadap kehilangan misteri pesawat di Lautan Hindi, lapor Wall Street Journal (WSJ) hari ini. Bekas Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Amerika Syarikat (NTSB), Jim Hall bersikap kritis dalam satu temubual dengan CNN pada Isnin petang - WSJ

Kenyataan Kurang Ajar Media Barat


Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri, lapor akhbar Britian Daily Telegraph, memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini.

Akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.

“Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu,” kata akhbar harian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan lauan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, mengikut data satelit terbaharu diperolehi.

Seorang sumber rasmi memberitahu The Telegraph penyiasat percaya “ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku. Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif.”

Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu The Telegraph:”Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional.”

Walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, Najib berkata malam tadi, data terbaharu menunjukkan MH370 mengakhiri penerbangan lapan jamnya pada 8 Mac dalam lautan, di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

Data itu diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

“Ia adalah kawasan terpencil, jauh daripada daratan yang membolehkan pendaratan,” kata Najib.

Di hotel di Beijing, ada ahli keluarga yang pengsan kerana terlalu marah dan sedih mendengar berita yang paling menakutkan mereka dan nasib buruk menimpa pesawat itu.

Ada yang menerima pesanan teks daripada Malaysia Airlines.

Mereka kemudian mengecam dan mengkritik Malaysia Airlines dan Putrajaya, melabelkan kedua-duanya sebagai “pembunuh sebenar” penumpang MH370.

Tetapi sebahagiannya masih menaruh harapan, bergantung kepada kegagalan berterusan dalam mencari pesawat itu.

“Tiada bangkai yang disahkan, maka tiada penutup yang sebenar,” kata Sarah Bajc, iaitu pasangan kepada Philip Wood, warga Amerika yang berada dalam pesawat itu.

Laporan Telegraph berkata, pesawat itu masih diselubungi misteri dan salah maklumat.

MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian. - 
Dicatat oleh 



Sumber: (ZAKRI ALI: Kenyataan Kurang Ajar Media Barat

N.51 Balingian - BN kamu sekat pemimpin kami. Kami tetap bangkit dan lawan...

atsixty at ZAKRI ALI - 30 minutes ago
Zulhaidah Suboh [image: Negara demokrasi? Takkan kubu kuat pun takut. X gentelmen betul la... Ennie Hesni Rashid MA Qiraf FoxTrot Leslley Kalom Fendi Hj Kamel Ahmad Nazib Lee Man Hu Sen Anita Jaman Radikal Bebas Zulhaidah Suboh]\ *Negara demokrasi? * *Takkan kubu kuat pun takut. X gentelmen betul la... *

MH370: Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder?

mantaro at SISI BUKIT - 37 minutes ago
*Tuan2 boleh baca,nak percaya timbang2 sendiri.Kenapa MH370 membawa diri jauh ke lautan yang sangat dalam dan sunyi.* Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakita... more »

Kenapa Kes Ini Tidak Pernah Dirayu Oleh Peguam Negara ??

atsixty at ZAKRI ALI - 46 minutes ago
*Michael Chiang*



DOA SETIAP WAKTU

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..
Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. danKau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 isteriku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak, yang disengajakan dan tidak, yang disedari dan tidak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

PAKATAN RAKYAT

PAKATAN RAKYAT 

KASIH SEORANG ANAK !

KASIH SEORANG ANAK ! 

CATATAN PALING POPULAR

TUNTUTAN BERSIH 2:0

TUNTUTAN BERSIH 2:0 

PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT !!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

HUKUMAN MENUDUH TANPA EMPAT ORANG SAKSI

AL QURAN-SURAH AL-NUR AYAT 4

"Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ."

SENARAI BLOG


KATA KATA HIQMAH 2010

1. Perkataan yang cantik - ALLAH

2. Lagu yang merdu - AZAN

3. Novel yang menarik - AL QURAN

4. Senaman Yang Baik - SOLAT

5. Diet yang mujarab - PUASA

KATA KATA HIKMAH :

Jika HATI sejernih Air - Jangan dibiar ia KERUH

Jika HATI seputih AWAN - Jangan dibiar ia MENDUNG

Jika HATI seindah BULAN - HIASI ia dengan IMAN

TAKUTI LAH ALLAH - Subahannallah


I N G A T ! !


"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya","Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu", 

HARAPANKU

Harapanku 



PERHAMBAKAN LAH DIRIMU KEPADA ALLAH SWT


Perhambakan lah Dirimu Kepada Allah SWT 

PETA NEGERI PERAK

PETA NEGERI PERAK 

ARKIB



We haven't recover any Debris.. ????? And Whyyyyyy Confirm the Death By Our PM ?

atsixty at ZAKRI ALI - 12 minutes ago
Marlboro Softpack's photo. [image: Dia jugak kata segala kenyataan yg dikeluarkan berhubung isu ini adalah spekulasi... tiada serpihan ditemui dan masih belum buleh disahkan yg mh370 ended di indian ocean... Sekian, terima kasih. #justice4mh370] *Dia jugak kata segala kenyataan yg dikeluarkan berhubung isu ini adalah spekulasi... tiada serpihan ditemui dan masih belum buleh disahkan yg mh370 ended di indian ocean...* *Sekian, terima kasih.*


Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: