Rabu, 26 Mac 2014

4097. MH370 - Segeralah mohon maaf kalau sudah buat salah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Najib, kerajaan wajib mohon maaf pada keluarga Kapten Zaharie. - 
Posted by Jeebond BLM. 

Zar Ali III's photo.KUALA LUMPUR, 25 MAC: DAP mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan memohon maaf terhadap tindakan keterlaluan menyalahkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah berhubung insiden pesawat MH370.

Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, untuk memulihkan maruah dan menghormati dedikasi tinggi mereka, Najib tidak boleh mendiamkan diri terhadap pelbagai serangan negatif yang dibuat sepanjang kehilangan pesawat itu, sejak 8 Mac lalu.

“Setiap inci kehidupan Kapten Zaharie kini disiasat. Polis juga mengambil simulator beliau, membuka dan meletaknya di Bukit Aman. Ahli keluarganya juga disoal siasat termasuk oleh FBI.

“Adakah kerajaan sudah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa dengan membuang serangan ke atas reputasi atau integriti beliau?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan yang menjadikan Kapten Zaharie sebagai kambing hitam dalam tragedi MH370 apabila mengaitkan beliau dengan pelbagai andaian tidak masuk akal.

“Pesawat itu sememangnya terhempas ke dalam laut tetapi apa yang menyedihkan adalah cubaan menghubungkan peristiwa itu dengan cerita rekaan mengenai kecenderungan membunuh diri, fanatik dan lainnya.
Zar Ali III's photo.

“Ini jelas menunjukkan kerajaan mahu mewujudkan satu kambing hitam dan percubaan jahat untuk menutup kelemahan sendiri.

Beliau juga bimbang dengan keluasan Lautan Hindi yang tentunya  memakan masa lama untuk mencari pesawat MH370, ia sekaligus memberi ruang luas untuk lebih menaratifkan cerita rekaan mengenai Kapten Zaharie jika tidak segera ditangani.

“Sekarang, naratif rekaan ini berfungsi untuk meningkatkan syak wasangka bahawa MAS dan kerajaan cuba menyalahkan Kapten Zaharie serta juruterbang bersamanya.

“Tindakan meletakkan kesalahan ketika beliau tidak mampu mempertahankan diri adalah amat tidak berhati perut. Kerajaan dan Najib wajib menyatakan permohonan maaf segera,” tegasnya. -Roketkini.com

Sumber: (ZAKRI ALI: Najib, kerajaan wajib mohon maaf pada keluarga Kapten Zaharie.)

Panas - Artis Terkenal Jual Anak Melalui Facebook

atsixty at ZAKRI ALI - 2 minutes ago
*Pelakon drama Sharisa Haris Chong meminta bekas pembantu jurusolek dan penjaga pakaian sebuah syarikat produksi yang telah menyalahgunakan gambar dan maklumat peribadinya melalui laman sosial Facebook palsu agar berhenti daripada menjalankan kegiatan bagi tujuan menipu pengikut laman sosial itu.Sharisa, 25, berkata, kegiatan jual beli dalam talian yang dilakukan oleh wanita itu bukan sahaja membabitkan penjualan barangan tertentu malah dia turut menawarkan perkhidmatan menjual bayi."Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membu... more »

Juruterbang AirAsia X Digantung Tugas Kerana Komen Fasal MH370

Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 25 minutes ago
[MK] Syarikat penerbangan AirAsia bertindak menggantung tugas seorang juruterbangnya ekoran kritikannya di laman sosial berhubung operasi mencari pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines. Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan menyebut, tindakan itu bagi menyiasat sama ada juruterbang yang bertugas di anak syarikatnya, AirAsia X itu melanggar polis syarikat. "Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di Twitter. ... more »


Butiran Pasir Pantai Di Jepun Berbentuk Bintang

Nas Rul at dairishare - 54 minutes ago
Hoshizuna no Hama adalah sebuah pantai kecil yang terletak di hujung utara dari Pulau Iriomote di Wilayah Okinawa, di Jepun. Hoshizuna no Hama yang bermaksud "pantai pasir bintang". Nama itu diambil kerana butiran pasir di pantai ini berbentuk seperti bintang kecil. Butiran pasir yang berbentuk bintang itu sebenarnya bukanlah pasir, ianya merupakan exoskeleton (kerangka luaran :sepeti kulit siput) dari organisma kecil bersel satu yang berukuran hanya kira-kira satu milimeter. Organisma itu juga disebut Baclogypsina sphaerulata yang biasa hidup di antara rumput laut. Baclogypsina ... more »

Selepas Ditegur Australia, Najib Terus Buat U-Turn Macam MH370 Jugak...

greenboc at KELAB GREENBOC - 55 minutes ago
M*enteri Pertahanan Australia Sindir Najib Razak Sebar Spekulasi Isu #MH370.* Tue dia. Aku pun dah pening. Padahal tiada mana2 ahli keluarga aku dalam tue. Kalau ada? Usah kata pening aku rasa. Marah, sakit hati, geram semua cukup kot. Apa sudah berlaku neh Najib oi. Lihat ; Kata menteri pertahanan Australia ; 1. SEMUA ADALAH SPEKULASI sehinggalah serpihan pesawat ditemui. 2. Kenyataan dibuat sejurus Najib umumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. 3. Katanya semua info2 berkaitan MH370 adalah berbaur spekulasi semata2. 4. Sehingga kita menemukan apa2 bukti, objek,... more »


Blogger Home. 

s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: