Khamis, 27 Mac 2014

4119. Kehebatan Pertahanan Ruang Udara Malaysia tiada tandingan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . Satu waktu dulu. Pencerobohan dan terbang rendah pesawat pejuang negara jiran saban hari telah mengganggu ketenteraman dan mengurangkan tuaian hasil perikanan di Selatan Semenanjung. 

Mentaliti dan kecekapan serta usaha daya saing. Hal ketidakpuashatian ini telah disuarakan oleh penduduk sekitar dan nelayan setempat. Baiknya pihak berwajib Malaysia bertindak segera selepas menerima aduan rakyat banyak. Sejak itu sudah tiada lagi gejala pencerobohan dan sesi terbang rendah jet pejuang negara tersebut di ruang udara negara Malaysia.  

2 Jet Belanda memintas kapal kargo tatkala ruang udaranya diceroboh siang tadi


Cuba kita perhatikan bagaimana tentera udara Belanda hari ini bertindak pantas, tatkala rada mereka mengesan kapal terbang misteri memasuki ruang angkasanya siang hari tadi. Terus sahaja dikerahkan2 jet pejuang mereka memintas kapal kargo tersebut. Inilah baru betul "keselamatan nasional" wahai menteri mangkuk! TUDM tak rasa malukah? 
Dari pangkalan udara Brabant Volkel, dua F-16 berlepas untuk memintas kapal terbang pengangkut .

Ternyata ini adalah pesawat kargo, Boeing 777F LAN Cargo,yang sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang. Unit ini terbang dari Miami di ruang udara Belanda dan mereka tidak dapat menyambung ke peranti.
 Jurucakap Penyelaras Counterterrorism dan Keselamatan unit sebelum ini telah meminta kebenaran untuk penerbangan. Ini kerana sidang kemuncak keselamatan nuklear di The Hague adalah wajib.

Jet mempunyai pesawat kargo disertai ini telah meninggalkan ruang udara Belanda. Unit ini terbang bebas ke lapangan terbang ke Frankfurt, Jerman
Ada pihak yang mengatakan pesawat kargo itu adalah MH370 yang hilang itu .... Apahalnya gi ke Belanda sewaktu Nuclear Summit sedang berlangsung di situ? Bertambah menarik bukan? Aku cerita besok sajalah...Malam ini aku hanya nak lanyak menteri mangkuk tu saja.Kah! Kah! Kah!
Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.


Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri (kiri) berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.  

 Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini. "(Pergerakan patah balik) itu dikesan di dalam radar kita.


 "Cuma kita menganggap bahawa pergerakan patah balik itu dilakukan oleh pesawat Malaysia Airlines dan dilakukan pesawat yang tidak memberi ancaman dan pesawat pihak kita. 

"Jadi kita menganggapnya satu arahan daripada menara kawalan, mungkin ia boleh membuat lencongan," katanya sewaktu ucapan penggulungan titah diraja bagi Kementerian Pertahanan di Parlimen, petang ini. Bagaimanapun, tegas Abdul Rahim, jawapan muktamad hanya akan diketahui apabila serpihan pesawat itu ditemui kelak.


"Kami rasakan ia akan berakhir dan menuju ke Selat Melaka atau Laut Andaman."Jadi apabila kita perasaan ada patah balik, hari berikutnya kita maklumkan pasukan yang bertanggungjawab dalam SAR (mencari dan menyelamat) kerana kalau kita tak maklumkan, sebagai pemilik radar utama kita tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurutnya lagi, mendedahkan maklumat sedemikian kepada orang awam juga melibatkan "keselamatan nasional".Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut). Klik  Malaysiakini  

Cuba kita perhatikan alasan-alasan yang diberikan sebagaimana berikut: 


1) Pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

2) Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.3)TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370 

Meneliti perkara (1), (2) dan (3) diatas itu, tentu kita berasa pelik bila mana TUDM membuat rumusan  dengan berkata :

Kita menganggap bahawa pergerakan patah balik itu dilakukan oleh pesawat Malaysia Airlines dan dilakukan pesawat yang tidak memberi ancaman dan pesawat pihak kita.


Lihat Perkara (1) : TUDM membuat andaian ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan padahalnya ketika itu pesawat itu dianggap sebagaipesawat misteri

Lihat Perkara (2) : pesawat itu tidak memberi ancaman. Bagaimana TUDM begitu pasti mengenainya? 

Lihat Perkara (3) :  Pengakuan TUDM bahawa pesawat yang dikesan itu adalah pesawat misteri.

Selepas mendedahkan perkara tersebut, Menteri tu cakap  "keselamatan nasional". Kepala bapak hang!

Kalau benar mahu memastikan  mengenai "keselamatan nasional", kenapa TUDM tidak serta merta itu bertindak memintas pesawat yang dikatakan misteri itu?

Sumber: (http://alhusseyn51.blogspot.com/2014/03/2-jet-belanda-memintas-kapal-kargo.html

MH370: VIDEO DAN PENDEDAHAN INI AMAT MEMERANJATKAN!

Tersebar di alam siber sejak beberapa hari lalu sebuah video radar yang dimuatnaik ke youtube memaparkan pergerakan MH370 dari KLIA ke titik ia hilang dan di dalam video itu juga didapati terdapatnya pesawat jet yang bergerak hampir selari dengan MH370.

Di dalam video berkenaan juga didapati di satu ketika, jet yang bergerak di sebelah timur pesawat MH370 itu telah bergerak dengan lebih laju dan tiba-tiba jet itu "hilang" dari peta sebelum terputus hubungan pesawat MH370 dengan radar.

Satu hal yang serius ditimbulkan oleh video berkenaan apakah jet itu digunakan untuk menembak pesawat MH370? Dan jika ditembak kargonya, oleh kerana disitu terdapatnya bateri lithium ion, sudah pastinya ia meletup dan terbakar yang menyebabkan pesawat itu tidak lagi terkawal apabila gas beracun telah memenuhinya. Tembakan itu juga adalah dikatakan untuk menghuru-harakan radar.

Seorang pakar keselamatan penerbangan, Billie Vincent sebelum ini pernah mengesahkan kepercayaannya bahawa kebakaran bermula pada kargo MH370, memusnahkan sistem komunikasi pesawat, kemudiannya mengisi kabin dengan asap toksik.

wallahualam. aku harap cerita ini tidak betul. 

Sumber: (http://penburukonline.blogspot.com/2014/03/mh370-video-dan-pendedahan-ini-amat.html

CATATAN POPULAR

2 Jet Belanda memintas kapal kargo tatkala ruang udaranya diceroboh siang tadi

alhusseyn at al-Husseyn - 5 hours ago
Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan. Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri (kiri) berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi. Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini. "(Pergerakan patah balik)... more »

TRAGEDI MH370 .. PELANCONG DARI NEGARA CHINA MERUNDUM DAN ADA AGENSI TERUS BATAL KERJASAMA DENGAN MAS.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 5 hours ago
*Ekoran insiden MH370, jumlah warganegara China yang ingin melancong ke negara ini telah menurun mendadak.Harga untuk rombongan melancong ke Malaysia turut menurun kepada kira-kira RM1,595 hingga RM2,126.Terdapat juga agensi pelancongan Beijing yang memutuskan hubungan dengan Malaysia Airlines (MAS) dan bersedia memulangkan bayaran yang diterima.Fazhi Wanbao melaporkan Agensi Pelancongan ZhongQing umpamanya telah menghentikan kerjasama dengan MAS dan bersedia memulangkan bayaran kepada pelanggan atau membantu mereka menempah tiket syarikat penerbangan lain.Menurut ak... more »

US hantar Poseidon, China hantar Satelit.. Malaysia hantar 'Raja Bomoh' untuk mencari di Lautan Hindi?

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 5 hours ago
Walaupun dikecam dan dihina oleh sebilangan besar masyarakat Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin tetap meneruskan ‘ritual’ dengan caranya yang tersendiri bagi membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang secara misteri. Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara ‘khas’ bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing. Ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’ itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang di... more »

Anak Sungai Derhaka

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 5 hours ago
Anak Sungai Derhaka ------------------------------ - MH370 diterbangkan keparas 45,000 kaki hingga sebabkan semua orang diatasnya pengsan? - TUDM jelaskan kenapa MH370 tidak dipintas.. - Enjin pesawat Malindo Air terbakar di udara.. - Gurauan terakhir Kapten Zaharie kini menjadi nyata.. - MH370: Hishammuddin buat lawak ke ni? MH370 diterbangkan keparas 45,000 kaki hingga sebabkan semua orang diatasnya pengsan? Posted: 26 Mar 2014 07:50 AM PDT Ketinggian pesawat maksima adalah 43,100 kaki tetapi radar tentera mengesan pesawat itu terbang antara 43,000 k... more »

PELIK!!! Tun M Masih Berminat Menjadi Perdana Menteri, Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!

sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 6 hours ago
[image: Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Mac, 2014.]Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia. Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu. "Kal... more »

Tapis Internet - Meroyan mahathir makin menjadi-jadi......

atsixty at ZAKRI ALI - 6 hours ago
[image: Photo: Wednesday, 26 March 2014. Tapis Internet - Meroyan mahathir makin menjadi-jadi...... Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia. Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu. "Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet. "Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ch... more »

Blogger Home. 

s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: