Khamis, 27 Mac 2014

4121. Kerana sering cakap besar dan sering meletakkan diri di kalangan orang-orang yang berdusta. Makanya aibnya menyerlah sedikit demi sedikit sebelum pergi buat selama-lamanya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  .  

PELIK!!! Tun M Masih Berminat Menjadi Perdana Menteri, Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!

Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Mac, 2014.
Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup 
Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia.
Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.
"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.

"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.
Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan pembangkang di dalam internet.
Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.
Dr Mahathir mengakui menyesal kerana membuat perjanjian sebelum ini supaya internet tidak akan ditapis.
Menurutnya internet menyumbangkan kepada masalah sosial dan kadar jenayah yang meningkat kebelakangan ini.
"Walaupun saya bagi pengakuan kepada penasihat Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa saya masih jadi perdana menteri, di mana saya bagi pengakuan kita tidak akan tapis internet.
"Pada masa itu saya tidak tahu apa yang boleh datang daripada internet," kata beliau.
Dr Mahathir berkata, kerajaan mampu dan mempunyai kepakaran untuk menapis internet, menyifatkan ia penting supaya rakyat tidak terdedah dengan pengaruh buruk yang boleh didapati dalam internet.
"Kita boleh tapis. Sebenarnya di Jerman mereka awal-awal lagi menapis internet. Kita boleh lakukannya, kita ada teknologi itu.
"Belanjalah sikit tapi hasilnya lebih baik kerana orang kita tidak akan terdedah dengan pengaruh yang buruk seperti ini termasuklah keganasan dalam wayang dan televisyen," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir tidak menolak penapisan internet akan mengundang kritikan pelbagai pihak, malah Malaysia akan dikecam sebagai sebuah negara tidak demokratik tetapi langkah itu perlu demi memastikan keselamatan negara terpelihara.
"Kalau dunia kata kita tidak moden, tidak demokratik, itu mereka nak kata, mereka katalah.
"Ini bukan negara mereka.  Ini negara kita dan kita berhak untuk menjaga keselamatan dalam negara," kata beliau.
Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun hingga 2003, pernah berjanji Malaysia tidak akan menapis Internet untuk menarik pelabur membangunkan MSC. – 26 Mac, 2014.
Dalam majlis sama, Dr Mahathir juga menegaskan kebebasan perlu dikawal kerana rakyat masih tidak berdisiplin dan masih terlalu muda dalam mengamalkan demokrasi.
"Kita sudah lima demokrasi dan demokrasi kita masih muda, rakyat belum tahu bagaimana mengawal diri, tak tahu mendisiplinkan diri.
"Mereka hanya ingin menggunakan kebebasan demokrasi tanpa perasaan bertanggungjawab," kata Dr Mahathir. – 26 Mac, 2014.

Sumber: (http://sedakasejahtera.blogspot.com/2014/03/pelik-tun-m-masih-berminat-menjadi.html

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Bagaimana PM Najib boleh begitu pasti sisa rumput kering itu telah ditemui?

Ekoran pengumuman PM Najib bahawa pesawat MH370 itu telah mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi tanpa mengemukakan sebarang tanda-tanda penemuan bangkai kapal itu, telah menyebabkan kalangan sanak keluarga penumpang pesawat MH370 naik marah dan kecewa.

Sebilangan antara 20-30 kalangan keluarga terlibat telah berarak dan berkumpul sebagai memprotes meluahkan rasa tidak puas hati mereka di hadapan Kedutaan Malaysia di Beijing dengan menangis sambil menjerit slogan " Kerajaan Malaysia Pembunuh!" 

Berlaku pergelutan antara mereka dengan pihak keselamatan yang cuba mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk lagi. 


Bercakap kepada pemberita, salah seorang dari mereka berkata: "Saya sangat marah" sebelum menambah "tiada bukti" bahawa pesawat itu terhempas. 

Pihak berkuasa Malaysia sangat pasti bahawa pesawat itu terhempas di Lautan Hindi dan carian akan diteruskan sehingga bangkai pesawat itu ditemui. 


Bagaimanapun pencarian ini amat sukar sekali akan berakhir dengan sebarang penemuan sebagaimana yang telah disifatkan sendiri oleh Marsyal Udara Mark Binskin, timbalan ketua pertahanan Australia,bahawa tugas yang mereka hadapi ini adalah sangat menakutkan.


Beliau berkata: "Kami tidak mencari jarum dalam sisa rumput kering - kami masih cuba untuk menentukan di mana sisa rumput kering itu."  

Bagaimana PM Najib boleh begitu pasti sisa rumput kering itu telah ditemui?SUMBER 


Bila nak hantar Tun Mahathir & DS Najib ke wad psikiatri??
Rabu, 26 Mac 2014
Lelaki yang diberkas selepas disyaki membaling al-Quran di dua masjid di daerah ini pada 4 Mac lalu kini ditahan di wad pesakit psikiatri, Hospital Besar Kota Bharu Kelantan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia 27 tahun dari Kampung Keluang, di sini itu ditahan di hospital tersebut selama sebulan untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, keputusan untuk mendakwa suspek yang dipercayai membaling  naskhah al-Quran di Masjid Limbongan dan Masjid Nasaruddin Shah, Kampung Raja itu bergantung kepada pemeriksaan pakar perubatan psikiatri nanti.
Kalau baling al Quran disyaki gila??

Bagaimana pula dengan pimimpin negara yang membuang al Quran dalam perlembangaan negara dan kehidupan?

Perlukan membuat pemeriksaan juga?
Saya rasa masej yang saya tulis ini cukup jelas.

Sumber: (http://tempayanretak.blogspot.com/2014/03/bila-nak-hantar-tun-mahathir-ds-ke-wad.html


Najib Berbohong Pasal MH370 Mengakhiri Penerbangannya di Lautan Hindi??


Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. 

Sepatutnya tidak ada bukti bahawa MH370 mengakhiri penerbangannya ke Lautan Hindi sebagaimana yang disebut oleh DS Najib dalam sidang media bagi mengakhir pencarian MH370. 

Malaysia mengambil kesimpulan daripada laporan satelit British Inmarsat menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir. 

Isyarat Ping, secara automatiknya dihantar setiap jam daripada pesawat selepas seluruh sistem komunikasi berhenti, menunjukkan ia terus terbang selama beberapa jam selepas ia hilang dari laluan penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing.
Dari masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut dongakan, Inmarsat dapat menyediakan dua lengkok, satu di utara dan satu di selatan mengenai kemungkinan arah pesawat itu terbang.

Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati dalam kes satelit ini, kata jurucakap. 


Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain turut terlibat dalam analisis ini bersetuju.

Penemuan terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat kesimpulan pada Isnin malam bahawa pesawat berusia 11 tahun itu terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan Hindi dan menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Tetapi itu bukan hujah yang kuat kerana banyak persoalan-persoalan dan teka teki tidak boleh dijawab secara tepat dan saitifik. Kenapa DS Najib membuat rumusan itu kita tak tak tahu, mungkin hendak mengakhir drama pencarian ini.

Kerana itu pihak China minta Malaysia memberika laporan yang terperinci dan hari ini pihak China ingin data satelit British berkenaan.

Seperti yang saya kata banyak teka-teki dalam hal ini.

1. Sukar untuk difahami mengapa MH370 melencong ketika hubungan dari menara kawalan Kuala Lumpur sepatutnya diserahkan kepada menara di Vietnam dimana lecongan ini betul-betul garis persempadan yang boleh dilakuakan hanya orang yang benar-benar profesional dalam pernebangan?

2. Sukar untuk difahami juga mengapa MH370 diterbangkan di bawah radar. Penerbangan di bawah radar adalah untuk mengelak dikesan? Mengapa harus mengelak? Malah seorang prof. daripada China menyebut MH370 bergerak pada titik buta radar. Ini bermaksud MH370 bergerak dengan kendalian yang cukup arif tentang kelemahan radar.

3. Mengapa Tidak ada panggilan kecemasan dibuat jika MH370 mengalami kerosakkan?

4. Mengapa pula semua alat komunikasi dimatikan secara berperingkat-peringkat. Maksud sengaja dimatikan dan cuba mengelak radar seperti saya sebut pada persoalan 2 di atas.

5. 4 perkara yang saya sebut diatas adalah fenomena rampasan, tetapi kenapa pula tidak ada tuntutan??

6. Akhbar Britian Daily Telegraph mengatakan Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri. Kalaulah nak bunuh diri, kenapa perlu lari daripada radar dan bergerak sehingga 7 jam ke lautan Hindi... tak logik kan?? Kenapa pula tak pilih Lautan Pasifik tak perlu melalu Malaysia atau Indonasia dan mengelak radar?

7. Chris Goodfellow yang ada pengalaman 20 tahun sebagai juruterbang memberi pendapat iaitu mungkin berlaku kebakaran di kokpit. Betul ke berlaku kebakaran selama 7 jam? Iaitu antara pukul 1 hingga 8.10 pagi iaitu ping terakhir dikesan?

Lagi pun satelit dan radar milik Amerika Syarikat tidak mengesan sebarang letupan pada 8 Mac. Makna tidak ada letupan... 7 jam terbakar tak meletup dan terhempas dengan kadar yang "slow" seperti kata kapten Nik Huzlan? Pasal itu tak banyak serpihan.

Boleh percaya ke, lautan Hindi yang bergelora macam itu tak ada serpihan?

Banyak sangat penyataan-penyataan yang tidak boleh dijawab secara logik dan saitifik. Penemuan kotak hitam pun tidak mungkin memberikan jawapan yang benar untuk menjawab semua teka-teki mengapa dan bagaimana kapal itu dilencongkan ribuan batu jauh dari laluan sebenar.

Apakah kata-kata DS Najib sekadar untuk menamatkan drama MH370 walaupun tidak ada bukti kukuh MH370 mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi....!

TEMPAYAN RETAK Posted by  
Sumber: (http://tempayanretak.blogspot.com/2014/03/bila-nak-hantar-tun-mahathir-ds-ke-wad.html)

(MH370) Anwar Ibrahim: Media Kata Saya Kutuk Malaysia Di Peringkat Antarabangsa?


Sumber: (http://btmmari.blogspot.com/2014/03/mh370-anwar-ibrahim-media-kata-saya.html
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: