Isnin, 31 Mac 2014

4184. Iblis dengan bantuan 70,000 anak-anaknya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

70,000 Anak Bantu Iblis

Iblis yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.

Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.

Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:
Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”

Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.”

“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.”

“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?”

“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.”

“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.”

“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.”

“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.”

“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.”

“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.”

“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.

*Sumber dari thaqofahdaie.blogspot.com 
Anda mungkin juga meminati:









Sumber: (http://detikislam.blogspot.com/2014/03/70000-anak-bantu-iblis.html)

Negara perlu aset teknologi tinggi.. Ada peluang UMNO kebas duit rakyat lagi!

Abdullah Othman at Tempayan Retak - 4 hours ago
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad, berkata sejak kejadian kehilangan MH370 negara menjadi bertambah matang dalam menghadapi situasi ini dan keperluan terhadap aset berteknologi tinggi adalah penting. “Pelancaran satelit penderiaan jauh RazakSAT-2 pada 2016 dilihat dapat membantu negara merakam imej khususnya untuk tujuan perancangan pembangunan tetapi dapat juga digunakan bagi menghadapi insiden seperti kehilangan pesawat dan bencana. Manakala Datu Hishammuddin pula berkata "Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenai ... more »

Ikan Pelik Mempunyai Struktur Gigi Seperti Manusia

Nas Rul at dairishare - 4 hours ago
Ikan Pacu, adalah sejenis ikan air tawar yang berasal dari Amerika Selatan. Ikan ini ditemui di sebahagian besar sungai Amazon dan Orinoco Amazonia di dataran rendah. Ikan Pacu juga telah berenang hingga Papua New Guinea. Ikan Pacu merupakan spesies keluarga ikan Piranha. Bezanya adalah, piranha adalah spesies karnivor atau pemakan daging, ikan pacu adalah spesies pemakan tumbuhan. Namun walaupun vegetarian, rahang ikan ini juga sangat berbahaya. Seorang kanak-kanak kecil terpaksa menjalani operasi setelah ikan pacu menggigit jarinya. Selain itu, ikan pacu juga kerap 'mangsa' ter... more »

Keluarga, Sahabat Kapten Zaharie Kecam Fitnah Melampau Daily Mail

greenboc at KELAB GREENBOC - 4 hours ago
K*eluarga, sahabat juruterbang MH370 nafi laporan Daily Mail* Keluarga juruterbang MAS, Kapten Zaharie Ahmad Shah menafikan ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370. Shah menafikan ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370. Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad Shah malam tadi berhubung laporan akhbar tabloid Britain itu juruterbang MH370 mengalami gangguan f... more »

PARTI AKP PIMPINAN PERDANA MENTERI ERDOGAN MENANG BESAR PILIHANRAYA TEMPATAN TURKI.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 4 hours ago
*TURKI:* *Parti Pembangunan dan Keadilan Turki (AKP) pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menang besar pada pilihan raya tempatan yang diadakan pada Ahad.Dalam keputusan itu, AKP memperoleh 47 peratus undi berbanding pembangkang, Parti Rakyat Republikan (CHP) yang memenangi 28 peratus.Selain itu, dua lagi parti yang turut bertanding Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) dan Parti Demokrasi dan Keamanan Kurdis (BDP) masing-masing memperoleh 13.28 peratus dan 2.79 peratus.Erdogan ketika berucap dihadapan penyokongnya di Ankara berkata, keputusan itu mer... more »
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: