Selasa, 1 April 2014

4211. Innalillahiwainna ilaihirojiun.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  .  
Wahai aku, beringatlah dengan fitnah dunia. 
Al Fatihah. 

Semuga semua sudah membaca entry sebelum ini iaitu 

4204. Cantik tarikh Masihi hari ini 1-4-14. Part 1. 


4205. Cantik tarikh Masihi hari ini 1-4-14. Part 2. 

4206. Cantik tarikh Masihi hari ini 1-4-14. Part 3. 

4207. Cantik tarikh Masihi hari ini 1-4-14. Part 4. 


4208. Cantik tarikh Masihi hari ini 1-4-14. Part 5. 



4209. Cantik tarikh Masihi hari ini 1-4-14. Part 6. 


4210. Cantik tarikh Masihi hari ini 1-4-14. Part 7. 

Carian Google Image - Sekadar Hiasan. 
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berusaha menghapuskan Islam dari Sepanyol, namun acapkali gagal. Maka mereka menhantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam Sepanyol. Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan cara melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka menghantar arak dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari dari pada membaca Al-Quran. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan api perpecahan pada umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan taktik ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dapat dikuasai oleh pasukan tentera Salib yang mempunyai hubungan dengan gerakkan Zionis. Serangan oleh pasukan tentera Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan tentera Islam yang disiksa, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua turut di bunuh dengan kejam. Satu-persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Salib terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi, ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granadayang masih bersembunyi di rumah-rumah.Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa orang Islam Granada dibolehkan keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk belayar meninggalkan Granada dan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, sambil beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan tentera Salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjulang ke angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya. Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya terpana ketika tentara Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dengan anak-anak yang masih kecil. Sedang para tentara Salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib segara membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangisan dan takbir memenuhi suasana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tarikh 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai The April’s Fool Day. Pada tarikh 1 April, orang-orang dibenarkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Bagi orang Kristiani, The April’s Fool Day merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera Salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan The April’s Fool Day dengan cara membenarkan penipuan dan kebohongan dalam masa yang sama disulami dengan dalih iaitu sekzdar hiburan atau gurauan belaka.

Bagi umat Islam, The April’s Fool Day tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudara seIslam disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak bermoral juga dengan adanya orang Islam pada masa kini yang masih terikut-ikut merayakan tradisi ini. Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai ribuan umat Islam di Granada, Sepanyol, pada 5 abad silam…. 

Power Plant - Sekadar hiasan. 

[LIVE][010414][BM16]-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

AMIR Wartawan Rasmi LR at WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 10 minutes ago

Transkrip perbualan antara MH370 dan Menara Kawalan didedah!!

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 21 minutes ago
Transkrip perbualan antara pesawat Malaysia Airlines MH370 dan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang tidak menunjukkan perbualan luar biasa, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Transkrip perbualan yang didedahkan hari ini menunjukkan perbualan terakhir pesawat MAS yang hilang pada 8 Mac bersama 239 penumpang dan kru adalah "Selamat malam Malaysia tiga tujuh kosong" (Good night Malaysia three seven zero) pada jam 1.19 pagi. Dalam kenyataan awal berkenaan kehilangan pesawat pada 8 Mac, Malaysia Airlines berkata mereka "mengesahkan pesawat MH370 te... more »

Jika Aku Mati, Tolong Buang Gambar Aku dan Awekku Berpeluk Pada Malam Tahun Baru Lepas Bab 02

Mantot at Cursing Malay : Terus Terang - 27 minutes ago
Kau takut mati? Rasanya kalau tanya sapa2 pun, dia akan mengaku dia takut mati. Tapi kalau kau fikirkan balik, mati tu pasti. Jadi kenapa nak takut? Aku rasa kita selalu tanya soalan yang salah pasal mati. Sepatutnya soalan dia berbunyi, "kau ready ke nak mati?" Semua orang akan kata tak ready. Nak kena ada insurans dulu, nak kena buat itu, nak buat ini, risaukan keluarga yang bakal ditinggalkan.....Tapi kalau dah nak meninggal, bukan boleh buat apa pun kan? Sebenarnya, mati tu sangatlah dekat tapi kita selalu fikir masa kita masih panjang lagi. "Ah, aku muda lagi...ah, aku baru aj... more »

Hishammudin cabut ke Hawaii ,kerana takut bagi taklimat kepada YB Pakatan Rakyat.

atsixty at ZAKRI ALI - 39 minutes ago
*Hishamuddin didakwa sengaja bagi tarikh taklimat MH370 kepada wakil rakyat PR pada malam ini.Semuanya untuk mengelak beliau hadir memberi taklimat.Hishamuddin dijangka berada di Hawaii pada malam ini untuk mesyuarat pertahanan ASEAN bersama Amerika Syarikat*. *Pakatan Rakyat hari ini menegaskan yang mereka cuma mahu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk memberi taklimat mengenai kehilangan MH370 seperti dijadualkan pada malam ini.* *Kenyataan itu dibuat anggota parlimen Gombak, Azmin Ali pada sidang media bersama beberapa lagi MP Pakatan yang... more »

Ciri-ciri Lelaki Dayus yang Tidak Dapat Menghidu Bau Syurga

Detik Islam at Detik Islam - 45 minutes ago
SOALAN: Ramai lelaki kurang faham erti dayus dengan jelas. Apakah makna perkataan dan perbuatan yang menjuruskan perlakuan tersebut? Jawapan: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang ALLAH tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie) Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada Rasulullah SAW berkata: “Tiga golongan y... more »

Berita Mengejutkan Semasa Sidang Media Kehilangan MH370.

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
[image: Photo: Tuesday, 1 April 2014. Berita Mengejutkan Semasa Sidang Media Kehilangan MH370. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, mengejutkan para peserta Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Kuala Lumpur hari ini apabila beliau menghentikan ucapannya separuh jalan dan meminta media untuk meninggalkan dewan persidangan itu. Azharuddin, yang memberi penjelasan mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan usaha pihak berkuasa dalam mengesan pesawat itu, secara tiba-tiba berhenti berucap kira-kira se... more »

Syarat Untuk menjadi macai : Anda perlu "BODOH" . . . .

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
[image: Photo: Hukum menjadi macai : Anda perlu "BODOH" . . . . Pemimpin Yang Bodoh Lahir Dari Tangan Pengundi Yang Bodoh . . .] Macai Tetap Macai

Perjanjian Sulit Ketenteraan Malaysia Dengan Amerika??

Abdullah Othman at Tempayan Retak - 1 hour ago
Sinar Harian melaporkan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Chuck Hagel tiba di Malaysia hari ini, bagi memulakan lawatan tiga harinya yang disifatkan oleh pemerhati sebagai usaha untuk terus memperkukuh hubungan pertahanan dengan Malaysia. Pesawat yang membawa pemimpin AS itu mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang di sini pada 3.40 petang. Ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. Laporan juga menyatakan lawatan itu adalah atas *undangan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein *ketika pertemuan mereka... more »

Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: