بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Tanah Perkuburan dan Larangannya
Menurut Mazhab Syafi'e, mendirikan sebarang binaan sama ada berupa atap, kubah, rumah, masjid, tambak dan apa jua binaan lainnya di dalam atau di atas kubur di tanah perkuburan awam adalah haram dan binaan itu hendaklah dirobohkan kecuali kubur orangorang tertentu seperti kubur-kubur para nabi, para syuhada, orang-orang salih dan seumpamanya. Imam at-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu 'anhu yang bermaksud :"Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegah dari menembok (memplaster) kubur, menulisnya dan mendirikan binaan di atasnya."Hal ini diperkuatkan lagi dengan perbuatan Sayidina Umar Radhiallahu 'anhu yang merobohkan satu kubah yang dibina di atas kubur dan berkata :"Biar mayat ini dilindungi oleh amal ibadatnya sendiri."Pengharaman ini adalah kerana dengan adanya binaan tersebut maka akan menyempitkan kawasan tanah perkuburan dan akan menimbulkan kesusahan kepada orang ramai untuk menanam mayat di kawasan itu sedangkan tempat itu adalah hak orang ramai dan bukan hak persendirian, sesiapa sahaja boleh menanam mayat di kawasan itu.Tetapi jika tanah perkuburan itu adalah hak milik persendirian ahli kubur, maka mendirikan binaan di dalam dan di atas tanah perkuburan adalah makruh dan tidak perlu dirobohkan. Begitu juga jika tanah perkuburan itu berada di kaki bukit atau di tanah curam yang ditakuti tanah-tanahnya runtuh, maka boleh didirikan binaan seperti tembok bagi menghalang dari terjadinya tanah susur atau runtuh. Perbuatan seumpamanya ini adalah dibolehkan bagi menjaga maslahat kubur dan tanah perkuburan tersebut.Terdapat beberapa perkara yang dilarang mengenai kubur ialah:i. Memakmurkan kubur yang sudah lama dan menjadikannya seolah-olah kubur baru kerana yang demikian boleh mengelirukan orang ramai dan menganggap bahawa kubur itu adalah kubur baru dan dengan demikian menghalangnya untuk menanam mayat di situ.ii. Menyapu kapur atau plaster (campuran kapur, pasir dan air yang menjadi keras apabila kering untuk melapis dinding) pada kubur kerana perbuatan itu bermaksud hiasan dan kubur bukanlah tempat untuk berhias-hias dan berbangga-bangga.iii. Menulis, mengukir dan menghias kubur sama ada di bahagian atas kepalanya atau bahagian lain seperti menulis kubur dengan ayat-ayat Al-Qur'an, syair-syair dan kata-kata pujian, meletakkan hiasan jambangan bunga manis, menyimpan rumput-rumput hiasan, meletakkan batu-batu marmar, mengukir dengan ukiran bunga dan sebagainya. Semua perbuatan tersebut tidak memberi manfaat kepada ahli kubur dan merupakan suatu pembaziran. Bagi larangan menulis ayat-ayat Al-Qur'an pula, adalah kerana ayat-ayat Al-Qur'an tersebut akan terdedah kepada pencemaran kehormatan ayat-ayat suci dan tiada jaminan dalam pemiliharaannya. Walau bagaimanapun menulis nama ahli kubur bagi tujuan pengenalan semata-mata adalah dibolehkan bagi pendapat setengah ulama.iv. Mengucup kubur, mengelilinginya (tawaf), memasang setanggi padanya dan mengambil tanahnya untuk mengubat penyakit.v. Tidak harus memasang pelita di atas kubur kerana kubur-kubur tidaklah dikehendaki terang dan diterangi dan disuluh dengan lampu sebagaimana masjid-masjid.vi. Sembahyang di kubur dan menghadap kubur. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Abi Marsad Al-Ghanawi bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud: "Janganlah duduk di atas kubur dan jangan sembahyang menghadap ke arahnya.vii. Makan dan minum.viii. Berkata-kata yang tidak baik.*Sumber dari pelitabrunei.gov.bn
My Dashboard.
s3v3n
s3v3n.
Akhir Zaman: Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah
*Golongan Mengerjakan Ibadat Haji* Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda Kelak apabila akhir zaman terdapat empat golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’, 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, 4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.” *(Hadis Riwayat Ahmad)* *Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah* Dari Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda Kel... more »
Ciri-ciri Lelaki Dayus yang Tidak Dapat Menghidu Bau Syurga
SOALAN: Ramai lelaki kurang faham erti dayus dengan jelas. Apakah makna perkataan dan perbuatan yang menjuruskan perlakuan tersebut? Jawapan: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang ALLAH tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie) Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada Rasulullah SAW berkata: “Tiga golongan y... more »
Cerita Sedih di Sebalik April Fool’s Day
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’. Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk... more »
70,000 Anak Bantu Iblis
Iblis yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain. Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda. Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis: Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.” Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bag... more »
Iblis Gentar Dengan Soalan Nabi Muhammad
Iblis gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian daripada soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu: Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu. “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?” Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa. Iblis menjawab, “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.” Baginda bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia b... more »
Pengakuan Syaitan Yang Terakhir
Firman ALLAH Ta`ala: *وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الأمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِي عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِي مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ* Maksudnya: “Dan berkatalah Syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan ... more »
Sejarah Kemasukan Kristian di Kepulauan Melayu
Agama Kristian berasal dari Palestine, di Timur Tengah. Agama Kristian mula tersebar luas di tiga buah benua iaitu Afrika, Eropah dan Asia. Di Afrika, Kristian menjadi agama rasmi negara Habsyah dalam abad ke 4. Daerah Asia terutamanya Asia selatan dan Asia Timur menerima Kristian agak terlewat sedikit. Perluasan besar Kristian berlaku di Eropah, kemudian ia menular ke bahagian-bahagian lain dunia. Kedatangan Kristian ke daerah nusantara Melayu (Malaysia, Filipina dan Indonesia) sangat rapat hubungannya dengan gerakan perluasan daerah Portugal, Sepanyol dan Belanda. Pada tahun 151... more »
Hukum Islam Telah Dijalankan Pada Zaman Dahulu di Tanah Melayu
Tahukah anda bahawa Hukum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu? Saya pasti masih ramai yang tak tahu dan tak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa inilah kebenaran dan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang ada dan logik akal. Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini. Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jed... more »
Rahsia Mekah dan Nombor 1.618
Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap... more »
Rahsia Yang Manusia Tidak Tahu
Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah… 1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya. 2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka. 3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin bole... more »
Didikan Cara Islam Setelah Anak Dilahirkan
Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya. Hadits Riwayat Imam Abu Daud daripada Ubaidillah bin Abu Rafi' dari bapanya katanya: *"Aku melihat sendiri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengumandangkan azan seperti azan sembahyang pada telinga Hasan bin Ali ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah Radhiallahuanha."* Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Musa Radhiallahuanhu katanya: *"(Isteriku) telah ... more »
11 Jenis Manusia Didoa Malaikat
Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: *1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabd... more »
Cara Hidup Ibu-Bapa Ketika Anak Dalam Kandungan
Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu: 1. Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Qur'an terutama Surah Yusuf, Maryam, Luqman dan At Taubah. 2. Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia. 3. Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang dari... more »
Jambatan Paling Panjang dan Paling Lama Dilalui
[image: https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/t1/1069817_10152247864356168_943406808_n.jpg] Jambatan titian sirat yang lebarnya hanya sehelai rambut yang dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang. Dibawahnya terbentang NERAKA dan disebelahnya terbentang SYURGA yang luas. Diceritakan bahawa, untuk merentasi titian mengambil masa 15000 tahun. 5 ribu tahun menaik, 5 ribu tahun mendatar dan 5 ribu tahun menurun. Al-Siraṭ al-Mustaqim (Bahasa Arab: الصراط المستقيم), atau Al-Sirath (Bahasa Arab: الصراط) sahaja, ialah satu istilah dalam agama Islam yang beras... more »
Aurat: Jangan Pula Kerana Ingin Sihat, Laknat Pula Kita Dapat!
*ISLAM* menganjurkan umatnya supaya sentiasa memelihara kesihatan dan meningkatkan kekuatan tubuh badan sertaketajaman akal. Kerana itu Islam menggalakkanaktiviti-aktiviti riadah yang mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan mental. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallammerupakan qudwah (ikutan) yang terbaik dalamhal ini. Dalam kitab-kitab hadits dan sirah, banyak riwayat yang menyatakan bahawa Baginda menggemari dan menganjurkan sukan-sukan yang berbentuk olahraga, pertahanan diri dan ketenteraan seperti berlumba lari, berenang, memanah, menunggang kuda, beradu senjata, dan sebagai... more »
Matahari Ditahan Terbenam Untuk Nabi Yusya’ Bin Nun
Nabi Musa ‘alaihis salam memiliki seorang murid yang menemaninya mencari Ilmu. Dia adalah Yusya’ Bin Nun, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan hikmah kenabian dan mukjizat yang nyata kepadanya. Setelah Nabi Musa ‘alaihis salam wafat, Nabi Yusya’ bin Nun ‘alaihis salam membawa Bani Israil ke luar dari padang pasir. Mereka berjalan hingga menyeberangi sungai Yordania dan akhirnya sampai di kota Jerica. Kota Jerica adalah sebuah kota yang mempunyai pagar dan pintu gerbang yang kuat. Bangunan-bangunan di dalamnya tinggi-tinggi serta berpenduduk padat. Nabi Yusya’ dan Bani Israil ya... more »
Subhanallah, Manfaat Solat Asar
" Peliharalah segala solat (mu) dan (peliharalah) solat wustha (asar)," (al-Baqarah [2]: 238). Rasulullah SAW bersabda: "Para malaikat mengawasi kalian dengan bergantian antara malam dan siang. Mereka kemudian berkumpul pada waktu solat subuh dan solat Asar. Lalu malaikat yang mengawasi di malam hari naik ke atas. Maka Tuhan bertanya walau Dia lebih tahu dari mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-hamba Ku? 'Para malaikat menjawab, "Ketika kami pergi, mereka sedang melaksanakan solat. Dan ketika kami datang, mereka juga sedang melaksanakan solat," (HR Bukhari). "Siapa saja ... more »
Manusia Mempunyai 360 Sendi Sudah Disabdakan 1400 Tahun Lalu
‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim] Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setia... more »
Tanah Perkuburan dan Larangannya
Menurut Mazhab Syafi'e, mendirikan sebarang binaan sama ada berupa atap, kubah, rumah, masjid, tambak dan apa jua binaan lainnya di dalam atau di atas kubur di tanah perkuburan awam adalah haram dan binaan itu hendaklah dirobohkan kecuali kubur orangorang tertentu seperti kubur-kubur para nabi, para syuhada, orang-orang salih dan seumpamanya. Imam at-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu 'anhu yang bermaksud : "Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegah dari menembok (memplaster) kubur, menulisnya dan mendirikan binaan di atasnya." Hal ini diperkuatkan lagi dengan per... more »
30 Orang Pertama Dalam Islam
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS. 4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS. 5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS. 6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS) 7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW. 8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA. 9. Orang yang pertam... more »
Pahlawan Neraka
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur denga... more »
Orang-Orang Ganjil Yang Beruntung Di Akhir Zaman
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]. Orang-Orang Ganjil Yang Beruntung Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam. Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati jenih fikrahnya menjadi ghuraba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini serin... more »
Kenapa Orang Tidak Solat Boleh Berjaya ?
Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan... more »
Peliharalah Dua Kalimah Syahadah Anda
Syahadah atau penyaksian Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah adalah 2 kalimah cukup penting dan asas dalam kehidupan seseorang Islam. Ia menjadi landasan penerimaan amal atau penolakannya. Ia juga menjadi asas- kekal atau tidak seseorang dalam neraka. Jika kalimah syahadahnya ada, lambat-laun ia akan keluar dari Neraka jika memasukinya terlebih dahulu. Jika tiada kalimah syahadah, ia kekal selama-lamanya dalam Neraka. Justru, 2 kalimah syahadah ini cukup penting untuk dipelihara supaya selamat dunia Akhirat. Tidak mungkin ia dijual-beli dengan harga yang murah sep... more »
Wahai Wanita, Jadilah Bidadari Syurga Untuk Suamimu!
"Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau melihatnya, akan membahagiakan dirimu, jika engkau memerintahnya akan mentaatimu dan jika engkau tidak berada di sisinya dia akan menjaga hartamu dan dirinya sendiri."(HR. Ibnu jarir dan Nasa'i) Dalam berumah tangga, seorang isteri menjadi bidadari untuk suaminya agar senantiasa dicintai dan disayangi suami. Bertanggungjawab menjadikan rumah tempat tinggal keluarga menjadi syurga bagi suami dan anak-anak. Oleh kerana itu, untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku dalam berumah tangga, seorang isteri solehah haruslah boleh menj... more »
Berhati-hatilah Dengan Tentera Allah
Aisyah ra pernah kagum melihat seorang ibu yang baru saja diberinya tiga potong roti dan dengan penuh kasih sayang oleh ibu tesebut, dua potong roti yang tadi diberikan kepada kedua-dua anaknya yang sedang kelaparan. Sekejap saja roti itu habis dilahap. Mereka masih lapar lalu mereka minta bahagian ibunya yang sekeping itu. Apa yang dilakukan oleh si ibu sangat mengagumkan. Dia memotong roti itu menjadi dua bahagian dan memberikannya kepada kedua anaknya. Si ibu rela melepaskan bahagiannya demi anak kesayangannya. Peristiwa ini diceritakannya kepada Rasulullah Saw, suaminya. Maka s...more »
Seorang Lelaki gagal Masuk Tanah Suci Makkah Akibat Gemar Tonton Video Lucah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah yang boleh dijadikan renungan dan pengajaran kepada kita semua. Kisah di mana seorang lelaki gagal untuk masuk ke Masjidil Haram. Beberapa kali mencuba untuk memasuki Masjidil Haram tapi tetap sahaja tidak boleh. Kisah ini diceritakan oleh Dato Dr Harun Din.. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya, jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semu... more »
Pengantin Mati Ketika Sujud
Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “ Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.” Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekara... more »
Sejarah Yahudi di Madinah
Sejarah memberikan kita fakta bahawa Nabi Muhammad SAW, satu-satunya pemimpin yang berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk antara kaum Arab dan Yahudi di Madinah. Namun tugas itu sebenarnya bukan satu kisah kejayaan yang dicipta dalam masa sehari atau sebulan tetapi sepanjang masa. Baginda sentiasa berusaha untuk menyatupadukan kedua-dua kaum itu supaya dapat hidup bersama dalam sebuah negara dan ia sangat sukar untuk dilakukan kerana setiap kaum itu mempunyai pelbagai kerenah dan tabiat-tabiat yang sukar untuk dikikis demi untuk hidup bersatu. Tetapi dalam ruangan kali ini, mung... more »
Mengapa Disebut “Laut Merah”?
Laut Merah merupakan nama sebuah teluk yang berada di Semenanjung Arab yang memisahkan benua Asia dengan benua Afrika. Laluan ke arah selatan dari laut ini melintasi Babul Mandib dan Teluk Aden sedangkan di utara terdapat semenanjung Sinai dan Terusan Suez. Laut Merah mempunyai lebar 300 km dan panjang 1900 km dengan kedalaman 2500m. Laut yang muncul kerana perpisahan Semenanjung Arab dan Benua Afrika yang bermula kira-kira 30 juta tahun yang lalu ini menjadi habitat bagi pelbagai makhluk dan batu karang. Laut ini mempunyai suhu permukaan yang berterusan atau sekitar 21-25 'C dengan...more »
Otak Bertambah Aktif Semasa Berzikir
Firman Allah yang bermaksud: "( Iaitu ) orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah hanya dengan mengingati Allah itu, hati menjadi tenteram." (Ar-Rad, ayat 28) Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang ditugaskan untuk melakukan tugas-tugas tertentu untuk membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran intera... more »
Cara Jaguh Tinju Muhammad Ali Menasihati Anak Perempuannya Agar Berhijab
Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan. Berikut adalah cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya: Apabila kita tiba dirumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah. Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah. Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu. "Hana, segal... more »
Contoh Bagaimana Rasulullah Melayani Isterinya
1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga atau pun untuk dijual. 2. Setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan‘ Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat kembali sesudah selesai sembahyang.’ 4... more »
Kisah Seorang Ustaz dan Seorang Isteri Derhaka
Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Nahrawi (bukan nama sebenar) tentang kisah isteri derhaka seorang rakannya yang bernama Arifin (bukan nama sebenar) yang Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani. Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan. Benar atau tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini.. Benar atau tidak, penulis serahkan pada Allah.. apa yg lebih penting, iktibar dan pengajaran daripada kisah ini.. Kisah Ustaz Dan Isteri Derhaka Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih ... more »
Ainul Mardhiah, Ketua Bidadari Syurga
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari). Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan. Rasulullah saw bersabda; “Tidak akan ...more »
Enam Perkara Allah SWT Sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT be... more »
11 Perkara Yang Mendekatkan Isteri Dengan Syurga Allah SWT
[image: https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/t1/s403x403/1235246_590727540990169_1268331145_n.jpg] 1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita. 2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri. 3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH). 4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah denga... more »
Tiga Perkara Yang Berat Tentang Solat
Adakah kita mempunyai halangan untuk mengerjakan solat? Artikel ini adalah menyentuh tentag halangan mahupun kekangan dalam kita mengerjakan solat dari sudut secara zahir mahupun batin. Kita diwajibkan untuk memenunaikan solat lima waktu sehari semalam seperti mana yang terkandung dalam rukun Islam, bahawa orang Islam itu wajib mengikuti lima rukun Islam. Apa yang dimaksudkan dengan berat di sini? Apa yang cuba disampaikan adalah mengenai kekangan mahupun halangan dalam mengerjakan solat. Dalam usaha untuk mendirikan solat, sudah pasti akan terdapat halangan dan ini akan menyebabk... more »
Subhanallah 30 Keajaiban Ciptaan Allah pada Badan Kita
1. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu. 2. Kecepatan batuk adalah 96.5 kilometer sejam… 3. Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah sperma manakala sel yang paling besar adalah ovum. 4. 3 perkara yang sering keluar dalam mimpi seorang wanita yang sedang mengandung 3 bulan pertama : katak, cacing dan tumbuhan dalam pasu 5. Secara purata, jangka hayat rambut adalah sekitar 3 ke 7 tahun. Setiap hari, kita kehilangan 60 hingga 100 helai rambut… Tapi jangan risau, tak menyebabkan nampak kulit kepala pun…huhu 6. Gigi manusia tumbuh ... more »
Keajaiban Penuh Hikmah, Salinan Al-Quran Tetap Utuh Dalam Kereta Hangus Terbakar
Subhanallah, Salinan Al-Quran tetap dalam keadaan utuh dalam kereta yang hangus terbakar di wilayah Jazan selatan Arab Saudi. "Pemandu itu berkata kepada saya, kereta itu adalah milik ayahnya yang selalu menyimpan salinan Al-Quran di dalamnya, "kata seorang saksi, harian Emirates melaporkan pada 2 Mac lalu. Pengakuan dari pemiliknya menurut harian Saudi, dia sedang memandu keretanya di wilayah selatan Jazan Saudi dan secara tiba-tiba kereta terbakar, sehingga memaksa dia menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari keretanya. Beberapa saksi memeriksa pemandu tersebut dan keadaa... more »























Tiada ulasan:
Catat Ulasan