Khamis, 3 April 2014

4285. Sidang Media Yang Terpencil.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Terkini MH 370 Perghh..PM Najib Lari Lagi selepas sidang Media Di Australia 

MH370 .. DI PERTH AUSTRALIA NAJIB BERLAGAK UNTUK KALI KETIGA SEBAGAI PEMBACA BERITA ... ENGGAN MENJAWAB SOALAN DARI WARTAWAN. 

Amat memalukan sama sekali ... jelas yang Najib Razak langsung tidak ada keberanian dan kemampuan untuk berdepan dengan media antarabangsa apabila negara menghadapi krisis. 

Sampai bilakah negara harus menanggung malu dengan gelagat seperti ini?????

Apa yang wartawan maunkan ialah maklumat yang datang dari mulut seorang Perdana Menteri mengenai tragedi MH370.

Apakah suatu precedent sudah tercipta bahawa pemimpin negara tidak akan melayan sebarang soalan dari wartawan asing?????

Tidak hairan kalau kajian terkini mendapati keyakinan rakyat kepada kepimpinan Najib Razak semakin merudum dan mengecil menguncup.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Australia berhubung peranannya mencari pesawat MH370 dalam lawatannya ke Perth hari ini.

Beliau bagaimanapun sekali lagi mengelak menjawab soalan.

Dalam sidang media yang disiarkan langsung oleh CNN menunjukkan Najib membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.

Kecuali sidang media pertamanya selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang pada 8 Mac, beliau tidak pernah terlibat dalam sesi soal jawab bersama media berhubung isu itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott turut membuat kenyataan dalam acara bersama Najib.

Beliau juga meninggalkan sidang media selepas Najib berbuat demikian.

“Di saat-saat sukar ini, Australia membuktikan dirinya sebagai rakan yang tidak ternilai.

“Pihak berkuasa Australia, seperti banyak lagi, menawarkan bantuan tanpa teragak-agak atau bertangguh lagi.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Australia atas apa yang telah dilakukan dan akan dilakukan, untuk mencari pesawat itu,” kata Najib membaca kenyataannya dalam sidang media itu.Najib.

Beliau juga meninggalkan sidang media selepas Najib berbuat demikian.

“Di saat-saat sukar ini, Australia membuktikan dirinya sebagai rakan yang tidak ternilai.

“Pihak berkuasa Australia, seperti banyak lagi, menawarkan bantuan tanpa teragak-agak atau bertangguh lagi.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Australia atas apa yang telah dilakukan dan akan dilakukan, untuk mencari pesawat itu,” kata Najib membaca kenyataannya dalam sidang media itu.








Sumber: (http://kachipemas.blogspot.com/2014/04/terkini-mh-370-perghhpm-najib-lari-lagi.html

Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: