Khamis, 3 April 2014

4288. Politik Kebinatangan - matlamat menghalalkan cara.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . Allah Maha Mengetahui. In Syaa Allah Allah SWT akan membuka pintu hatinya untuk berkata benar sebagaimana perintah dan larangan Allah SWT. Selagi pintu taubat masih terbuka dengan nyawa masih lagi dikandung badan. 

Dr Mahathir Contoh 'political animal' -Dr Kamarul Zaman 


KOTA BHARU: Seorang sarjana Sains Politik menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai contoh "political animal" yang menepati banyak ciri pemerintah seperti disarankan Machiavelli. 

Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, berdasar penelitian kerjaya bekas Perdana Menteri itu, ternyata beliau mampu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan segala matlamatnya tercapai. Katanya, sebagai pengamal prinsip "matlamat menghalalkan cara", tiada perkara yang mustahil dalam kamus politik beliau. 

“Contoh paling klasik kesanggupannya membunuh hayat Umno sebagai parti politik di mahkamah serta kesanggupannya mencipta pelbagai alasan untuk menamatkan kerjaya bekas Ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas.


“Beliau mungkin merasakan matlamat untuk mengharamkan Umno boleh tergugat sekiranya Saleh Abas masih kekal sebagai Ketua Hakim Negara,” katanya di sini.
 

Baru-baru ini pada program Diskusi anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendakwa beliau juga pernah cuba dipalitkan isu seks. Menurutnya pihak yang lantang mengkritiknya ketika itu menuduh beliau melakukan seks dengan budak.
 

“Dakwaan Musa terlibat seks dengan budak. Itu gila... tidak betul. Kalau engkau tidak berhenti dikatakan ada orang mahu mengancam.


“Kalau saya lawan, maka saya akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan jenis dengan binatang. Orang lain yang kata itu, bukan Dr Mahathir,” kata Musa.
 

Dr Kamarul Zaman berkata, dakwaan sebagaimana disebut Musa tiada yang pelik kerana tragedy itu benar-benar berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 

“Jadi dalam kes ugutan menuduh rakan politik dengan tuduhan salah laku seks pada saya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.


“Malah ia sesuatu yang normal untuk dilakukan seorang ahli politik yang tidak mempedulikan aspek moraliti dalam perjuangan,” ujarnya.
 

Menurutnya juga Dr Mahathir diketahui umum menyimpan banyak rahsia musuh-musuh politiknya untuk digunakan sebagai senjata bagi memastikan mereka tidak menentangnya. (HD) 

Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/04/dr-mahathir-contoh-political-animal-dr.html

DOA SETIAP WAKTU

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..
Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. danKau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 isteriku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak, yang disengajakan dan tidak, yang disedari dan tidak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

Dr Mahathir Contoh 'political animal' -Dr Kamarul Zaman

atsixty at ZAKRI ALI - 14 minutes ago
*KOTA BHARU: Seorang sarjana Sains Politik menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai contoh "political animal" yang menepati banyak ciri pemerintah seperti disarankan Machiavelli.* *Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, berdasar penelitian kerjaya bekas Perdana Menteri itu, ternyata beliau mampu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan segala matlamatnya tercapai. Katanya, sebagai pengamal prinsip "matlamat menghalalkan cara", tiada perkara yang mustahil dalam kamus politik beliau.* *“Contoh paling klasik kesanggupannya membunuh hayat Umno sebagai parti politik di mahkamah... more »








Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: