Khamis, 10 April 2014

4544. Suka Keistimewaan dengan Tiada hal dengan keistimewaan - satu pendekatan yang jauh berbeza dalam melayari bahtera kehidupan kerana Allah SWT sebelum pergi selama-lamanya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

  • ARTIKAL 1/2

    NAH MACAI-MACAI UMNO .. APA KAMU DAPAT BERMATI-MATIAN MENYOKONG UMNO SELAMA INI??????


    Omak Kau tidak mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan keistimewaan kepada para anggota keselamatan termasuk anggota Bomba dan Penyelamat serta bekas polis dan veteran tentera dapat Kad Diskaun 1M'sia Privilege Card (1MPC) kerana jasa mereka yang besar kepada negara untuk meringankan beban hidup mereka yang terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meninggi memuncak kini.

    Sekurang-kurangnya kerajaan UMNO/BN sedar yang rakyat bawahan ini hidup semakin susah walaupun menerima gaji tetap setiap bulan.

    Masalahnya .. kepada para penyokong, pendokong, pejuang dan ahli UMNO terutamanya di FELDA, pedalaman dan luar bandar yang bermati-matian memberikan sokongan padu kepada UMNO/BN pada PRU 13 lalu ..

    Kalau bukan undi dan sokongan mereka sudah pasti UMNO/BN kini menjadi pembangkang di peringkat pusat.

    Selain undi awal yang terdiri dari anggota beruniform menyokong padu UMNO/BN kelompok warga FELDA, Kampong tradisional dan pendalaman yang  kukuh menyokong UMNO pada PRU 13.

    Mengapa mereka ini tidak diberikan keistimewaan yang serupa .. Kalau ikut logik akal .. mereka ini yang lebih layak kerana kehidupan mereka jauh lebih susah dan menderita dari kakitangan awam beruniform (pengundi awal) .

    Para penyokong PR tidak diberikan kad diskaun tidak mengapa sebab tidak menyokong UMNO/BN tetapi penyokong-penyokong tegar UMNO ini dibiarkan begitu sahaja menerima nasib serupa dengan penyokong PR.

    Inilah nasib yang di tanggung oleh para pendokong totok UMNO .. senasib dengan penyokong Pakatan Rakyat .. langsung tiada keistimewaan pun .. bazir air liur, nafas, stamina, tenaga dan masa menyokong UMNO.

    Kalau masih tidak sedar .. Tiada apa lagi mau di katakan .. hanya sekadar mengelengkan kepala sebab masih tidak sedar bagaimana layanan diterima mereka dari kerajaan yang dipujanya UMNO/BN.

    Sumber: (http://omakkau.blogspot.com/2014/04/nah-macai-macai-umno-apa-kamu-dapat.html


    ARTIKAL 2/2: 


    LAGI SATU BERITA YANG TIDAK AKAN DI SIARKAN OLEH TV3, RTM, UTUSAN DAN BERITA HARIAN ... SEJAK MENJADI MB SELANGOR TAHUN 2008, TAN SRI KHALID TIDAK AMBIL SATU SEN PUN ELAUN/GAJI DI SEMUA GLC BELIAU MENJADI LEMBAGA PENGARAH!!!

    Semua pendapatan yang diperoleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor dipulangkan kembali kepada Kerajaan Negeri.

    Abdul Khalid berkata pendekatan terbabit dilakukan sejak beliau menjadi Menteri Besar pada 2008 sehingga kini.

    "Sejak menjadi Menteri Besar, saya membuat keputusan, semua pendapatan saya dalam GLC saya pulangkan kembali kepada Kerajaan Negeri.

    “Saya boleh terima gaji, tetapi saya serahkan semula kepada syarikat-syarikat GLC. Kebiasaannya hasil pendapatan syarikat itu jika untung banyak, saya akan dapat.

    “Namun, di Selangor kita tidak amalkan kerana ia dijadikan sebagai disiplin. Jika kita masukkan orang menjadi Ahli Lembaga Pengarah, tentu akan memilih syarikat yang baik dan mendapat keuntungan yang banyak.

    “Tetapi apa yang penting, sebagai Ketua Eksekutif, kita perlu mencari syarikat yang boleh dipulihkan, oleh itu kita tidak boleh memilih syarikat yang tidak untung dan tidak boleh membayar dividen kerana ia sudah menjadi tanggungjawab kita memulihkan syarikat terbabit,” katanya yang menjawab soalan tambahan dari R.Rajiv (DAP-Bukit Gasing).

    Abdul Khalid berkata demikian merujuk kepada soalan dari Amiruddin Shari (PKR-Batu Caves) yang bertanyakan soalan berhubung sumbangan tanggungjawab korporat sosial (CSR) oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

    Beliau berkata setakat ini, peruntukan CSR adalah berjumlah RM45 juta dan 85 peratus daripada peruntukan itu dibelanjakan untuk pengurusan bola sepak.

    “Manakala RM5 juta kepada Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) dan RM1 juta untuk program Mikrokredit Miskin Bnadar (Mimbar) dan selebihnya untuk projek pembangunan Kampung Baru termasuk geran Selangorku,” katanya.

    Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n™
copyright©

Tiada ulasan: