Khamis, 10 April 2014

4549. Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada 1985 penuh dengan pembohongan?. Siapa yang berbohong. Allah Maha Mengetahui.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 
  • Siapa yang berbohong. Allah Maha Mengetahui. 

    Memali: Najib tidak perlu takut betulkan kesilapan Dr Mahathir, kata PAS

     Memali: Najib tidak perlu takut betulkan kesilapan Dr Mahathir, kata PAS
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk mendedahkan kebenaran peristiwa Memali pada November 1985 semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata dengan pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam yang mendakwa Dr Mahathir berada di Malaysia semasa insiden itu membuktikan Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada 1985 penuh dengan pembohongan.

    “Najib tidak perlu takut membetulkan kesilapan yang berlaku pada zaman Dr Mahathir dan kesilapan itu tidak perlu pada zaman pemerintahannya. 

    “Dewan dibohongi dan boleh jadi Musa dipaksa untuk membentangkan Kertas Putih pada 1986. 



    Nama Dewan perlu dibersihkan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. 


    Musa dalam satu forum di Kota Baru mendedahkan Dr Mahathir berada di Malaysia dan bukannya di China sebagaimana yang pernah dimaklumkan sebelum ini. –TMI malaysia-chronicle.com

    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
testing

Tiada ulasan: