بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Artikal 1/2:
KES TRAGEDI MEMALI .. AKHIRNYA TUN MAHATHIR AKUI PENDEDAHAN TUN MUSA HITAM ADALAH BENAR BAHAWA KETIKA KEJADIAN BELIAU MASIH BERADA DALAM NEGARA!!!!
Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamed mengaku beliau berada di tanah air ketika kejadian Memali yang mengorban 18 rakyat pada 19 November 1985.
Namun, beliau berkata dia tidak ingat Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, datang memujuknya agar tidak pergi ke Beijing.
"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China.
“Waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negara," kata Dr Mahathir dalam blognya hari ini.
Dr Mahathir juga cuba meletakkan kesalahan ini kepada Musa dengan berkata, "Tun Musa akui beliau bertanggungjawab”.
"Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab," kata Dr Mahathir dalam blognya.
Baru-baru ini, Musa mendedahkan di Kota Baru, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika peristiwa Memali berlaku.
Selepas itu, Musa juga membuat kenyataan bertulis mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, dia bersama Pemangku Ketua Polis Negara ketika itu memberi taklimat kepada Dr Mahathir pada hari kejadian.
Musa menegaskan dalam kenyataan itu, dia bukan pemangku perdana menteri ketika itu kerana Dr Mahathir masih berada dalam negara.
Ia bertentangan sekali dengan catatan sejarah yang dibuat pelbagai pihak termasuk ensiklopedia bebas, Wikipedia, yang merekodkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
Dalam hal ini, Dr Mahathir dalam tulisannya hari ini berkata, beliau tidak pernah menyatakan beliau tidak berada di Kuala Lumpur ketika itu.
"Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini," kata Dr Mahathir.
Pakar propaganda Umno dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang juga bekas Menteri Penerangan Datuk Zainudin Maidin bertegas bahawa Dr Mahathir berada di China selepas kenyataan Musa bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika itu.
Namun Zainudin menegaskan, ia berdasarkan ingatan beliau.
Dr Mahathir mengaku, pada 20 November 1985, sehari selepas kejadian Memali, beliau mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar ke China dan Musa antara yang berada di lapangan terbang.
Dr Mahathir berkata, beliau begitu yakin yang Musa dapat menangani keadaan "sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri", iaitu selepas kejadian itu.
Yang diketahui umum, kata Dr Mahathir, Datuk Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, di samping memikul jawatan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.
"Sebagai Menteri Dalam Negeri, rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjawab dibuat, tentulah ini kurang manis," tulis Dr Mahathir.
Dr Mahathir juga berkata, harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas.
"Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan," tulis beliau.
"Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan.
“Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan," tulis Dr Mahathir.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.
Musa dipersalahkan atas peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di China.
Pendedahan Musa memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.
Ekoran pendedahan Musa, PAS dan DAP mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat semula kejadian ini.
Comments:
-
Anonymous10 April 2014 21:00Biarlah Allah yg mengadilinya...mungkin undang2 rimba tajaan umno boleh lepas...Reply
-
Anonymous10 April 2014 21:09Lsnjutkan lah usia TMM semoga dia kembali melihat apa yg diwarisinyaReply
Artikal 2/2:
KESELAMATAN NEGARA - Written by chedet
1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.
2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).
7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi………..”11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.13. Ya. Sepatutunya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.
-
Salam … Allah Maha Mengetahui. Siapa pendusta dalam hal ini. In Syaa Allah lambat laun semua orang akan tahu jawapannya.
-
Saya percaya insiden Memali ‘sengaja’ dicetuskan untuk meneutralkan ketegangan kaum, ketika itu.Realitynya, Polis tidak perlu menyerang. Mengapa tidak dikepong pengikut Ibrahim Libya, sehingga lemah tak makan? Polis boleh tukar-tukar orang berkawal 24 jam. Bila dah lembik tak larat, pergi tangkap saja. Jika di serang, undur dan kalau boleh cekop, cekop. Ibrahim Libya belum mengancam nyawa sesiapa, menahan tebusan atau pun, menyerang Balai Polis. Mengapa Polis terburu-buru, menyerang orang kampung yang naik minyak atau naik sheikh?Satu hakikat lain yang Musa Hitam tidak beritahu ialah, pada ketika insiden Memali, ketegangan kaum amat meruncing. Di Sg.Way, ramai operator kilang sudah mula takut datang kerja, menyebabkan production terhenti. Ada yang talipon beritahu, ibu-bapa tidak benarkan datang kerja. KL mulai lenggang kerana orang tak berani keluar rumah. Akhbar Cina /Melayu asyik kutuk-mengutuk dan mencemuh/menyokong cadangan kerajaan untuk menempatkan guru-guru Melayu di SRJK.Akibat serangan Polis di Kg. Memali, keesokan hari, semua akhbar menukar tajuk utama mereka. Radio dan TV memainkan lagu-lagu patriotik dan mesej: ‘Jangan Dengar Khabar-khabar Angin’, sama seperti suasana selepas 13Mei,1969. Secara otomatik rakyat terlupa dan keteganggan kaum terus reda dengan sendirinya. (Pada 1987, terjadi lagi ketegangan kaum atas sebab yang sama, nasib baik diredakan oleh amukan Prebet Adam).Harus diingat, pada 1970~80an, Polis dan tentera bermusuhan dan asyik bergaduh. Ramai yang mati, terutama di bazaar bulat Ipoh, berebut betina cabaret. Selalunya berlaku akhir/awal bulan. Pasal itu gaji Tentera dibayar awal (25hb.) untuk elak bertembungan.Pasukan polis yang mengempur Kg.Memali bukan datang dari Balai Polis Baling, tetapi Sg.Petani. Tentera marah kerana ada yang mempunyai saudara-mara di Memali. Mereka juga marah kerana tidak diberitahu terlebih dahulu. Bila menentang komunis, mereka di minta untuk tolong, tapi dengan orang kampung yang bersenjata senapang tembak tupai dan parang, mereka tidak diberitahu.Sehari selepas kejadian Memali, Balai Polis Baling telah di kepong oleh tentera-darat yang berkereta perisai V150, lengkap bersenjata dari Kroh (Pengkalan Hulu). Beratus orang askar telah menggoncang pagar dan mengancam untuk serang Balai. Ahli-ahli keluarga, terutama kaum perempuan di dua block penghuni, berpelukan, menangis ketakutan.Musa Hitam bergegas datang dengan helicopter, mendarat di padang Jam (ketika itu Padang masih besar), sebelah Masjid yang dipisahkan Balai Polis oleh jalan kecil ke Kg. Lubok Pedati/Kg. Bawah Gunung, untuk mententeramkan keadaan.Kalau tak percaya, tolong tanya Musa Hitam, benarkah beliau telah turun dengan helicopter dan berjaya menyuraikan pertempuran antara polis dengan tentera di Baling, sehari selepas kejadian Memali?
Yang jelas Kerajaan yang ketuai Musa Hitam sebagai KDN, telah mengambil tindakan kejam terhadap orang Melayu untuk meredakan ketegangan kaum, ketika itu. Berani dengan bangsa sendiri saja. -
Tun,Mohon izin memberi komen terhadap tulisan Tun,“Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.”Tun, memang betul kerajaan tidak seharusnya membiarkan sehingga sesuatu itu sudah melarat baru mahu mengambil tindakan.Bagaimanapun Tun, perkara (insiden) itu yang mengorbankan banyak nyawa termasuk pihak keselamatan sebenarnya boleh dielakkan jika ditangani dengan lebih berhemah.Pada ketika itu, kerajaan ada ISA bukan macam sekarang, saya tidak tahu bagaimana kerajaan sekarang dengan akta baharu boleh mengambil tindakan preemptive bagi mencegah sesuatu kejadian sebelum melarat daripada berlaku.Saya bukan mahu menunjuk pandai mahupun untuk mengajar pihak keselamatan bagaimana untuk mengatasi perkara itu ketika itu tetapi seperti saya katakan ISA ketika itu ada dan terpulang bagaimana akta itu harus digunakan terhadap Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya.Adakah ISA boleh digunakan dengan secara berhemah atau dengan cara serbuan melulu ke atas rumah Ibrahim LIbya dan pengikut-pengikutnya?Kalau tidak silap saya, pihak polis ada menemui senjata berbahaya dalam kereta pengikut-pengikut Ibrahim Libya dalam sekatan jalan raya sebelum itu, jadi adakah pihak keselamatan sudah bersedia menghadapi orang yang bersenjata apabila membuat serbuan ke atas rumah Ibrahim Libya?Alangkah lebih baik jika kerajaan menghantar orang tengah seperti Haji Hadi untuk memujuk Ibrahim LIbya dan pengikut-pengikutnya supaya menyerah diri?Itulah Tun, kita tidak bersedia dan kita tidak berhemah dalam menjalankan tugas kita dan akibatnya terpaksa menanggung jumlah korban yang besar yang juga melibatkan anggota-anggota pasukan keselamatan. Salah siapa? Salah polis? Salah Menteri Dalam Negeri? Salah PM?Salah Kabinet atau kerajaan?Seperti yang saya katakan sebelum ini, insiden menyayat hati ini sudah lama berlalu, jadi biarlah ia berlalu tanpa perlu diungkit kembali kerana ia akan hanya menyebabkan rasa kurang senang dan keluh resah dalam kalangan rakyat.Selain Musa Hitam, pihak-pihak pembangkang di negara ini harus diingatkan supaya jangan mengambil kesempatan membangkitkan isu yang menyayat hati yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa untuk kepentingan politik mereka sendiri.Ini terutama Lim Kit Siang dan anaknya termasuk sesumpah bernama brother Anwar bin Ibrahim (B.b.) dan geng-gengnya.Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya serta anggota-anggota keselamatan yang terkorban, nasib mereka sudah diketahui di dunia ini, tetapi di akhirat, tiada siapa yang tahu termasuk nasib kita sendiri suatu hari nanti.Salam Tun.P.s Kepada aso HockBengTeoh half pastsic, apa yang NGO Melayu kata supaya aso balik China memang betul, kerana aso dan majoriti kaum cina tiada langsung semangat kebangsaan mahupun cintakan negara ini.Kalau bukan sebab NGO-NGO Melayu ini seperti Perkasa, tiada siapa yang boleh mempertahankan orang Melayu di negara ini.UMNO baharu seperti kata aso pun tidak boleh menolong orang Melayu, jauh sekali aso sendiri dan majoriti kaum cina di negara ini.Aso, orang putih ada kata, ‘sometimes the truth hurts’ tetapi itulah hakikatnya terhadap kebanyakan orang cina di negara ini yang busuk hati, tamak dalam segala-galanya dan kini mahu kuasa politik untuk memerintah negara ini dan tidak tahu mengenang budi.Saya tidak peduli apa orang lain kata atau menuduh saya rasis kerana hanya orang rasis boleh melawan orang rasis seperti aso dan majoriti kaum cina di negara ini.Dan saya tidak perlu berasa bersalah menjadi rasis mempertahankan bangsa Melayu di negara ini kerana orang Melayu memang perlu dipertahankan kerana mereka lemah dalam segala-galanya sama ada lemah semangat, lemah berfikir, lemah dalam pengetahuan dan pelajaran dan lemah jati diri serta mudah lupa diri.Akhir kata aso, aso sendiri dan kebanyakan orang cina di negara ini tiada tuhan dan tiada agama, jadi janganlah berpura-pura berlagak pandai dalam agama dan mahu berkongsi pula dengan orang Melayu Islam mengagung-agungkan nama Allah SWT di negara ini.Terima kasih Tun.
-
Salam YAB & Yg diKasihi Tun,1. Jawapan yang jelas dan mantap dari Tun kepada Tun Musa Hitam. Tun Musa sepatutnya tidak membangkitkan kes Memali dengan cuba mengelirukan orang ramai kerana TANGGUNGJAWAB adalah ke atas Menteri Dalam Negeri pada masa tersebut. Beliau bertanggungjawab atas apa2 arahan yang membawa kepada berlakunya pertumpahan darah; beliau cuma memalukan diri sendiri dengan mengungkit hal ini.2. Kes di Lahat Datu juga sama. KDN (Menteri pada masa tersebut) bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang agak lambat sehingga ada kematian yang ramai di pihak Polis. Sepatutnya KDN belajar dari kes Memali. Jangan ambil ringan hal2 berkaitan keselamatan negara.3. Baru2 ini saya baca di akhbar bahawa KDN akan menolong mereka (bekas warganegara Malaysia) yang berada di UK yang sekarang ini sudah tidak bernegara (’stateless’), dan hidup merempat . Ini lagi satu perkara yang KDN mesti halusi sebelum setuju untuk menolong PENGKHIANAT negara. Mereka pilih untuk bubarkan kewarganegaraan mereka kerana berasa angkuh dengan ’brain’ mereka yang kononnya amat laku di luar negara (yang nampak nya menolak mereka). Kejadian memburukkan negara banyak dilakukan oleh puak2 yang angkuh ini. Jadi Malaysia tidak perlu berlembut dengan mereka kerana mereka bukan lagi warganegara Malaysia, dan KDN jangan layan mereka ini. Mereka akan terus menjadi ”duri dalam daging” dan ”musuh dalam selimut’ kepada Malaysia. Bertambah ramai lah PENGHASUT yang akan terus-menerus memburuk dan memfitnah Kerajaan BN jika mereka dibenarkan untuk kembali menjadi warganegara Malaysia. Ini juga amat berkait rapat dengan KESELAMATAN NEGARA. Kita mahukan warganegara yang setia kepada Raja dan Negara, dan bukan mereka yang membelot.Terima kasih Tun.*** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***
-
Assalamualaikum…
bukan ccina jer bayar tax..melayu india dan lain2 bangsa pon bayar tax….awat yg dok berlagak sgt dgn tax yg dibayar dibandingkan cina boleh duduk aman tanpa diganggu dim’sia…kenapa beria ia nak gunakan terjemahan Allah untu God…ada dalam mana2 kamus God diterjemahkan sebagai Allah ada ada ada…selama ini dlm kamus God = Tuhan…adakah semua cina dan india kristian mmg dilahirkan tuk membuli bangsa dan agama lain waima walo sebangsa tp berlainan agama pon cina dan india akan buli teruk2…siapa terkaya di m’sia yg duk kata melayu neh jahat…mmglah kalo dah tak berhati perot kalo tak suka duk m’sia pindah jew mcm kawan2 hangpa kat uk ke kat mana tu yg dah koyakkan pasport m’sia..dato’zahid wajib takyah tolong cina yg tak kenang budi…binatang pon tau balas budi…maaf semua hangen jiwa raga ngan kaum cina yg buta perot ni…salah sendiri tamau amik tau duk nak nyalak salahkan org melayu gak… -
Salam Tun,Ada saya letak link untuk mereka yang mahu baca Kertas Putih Memali.
-
ALHAMDULILLAH JAWAPAN YANG TERBAIK, SENANG DIFAHAM DAN TIDAK RAGU-RAGU. SAYA BERHARAP TIDAK ADA KOMEN-KOMEN YANG MEMAKI HAMUN KEPADA CHE DET.
-
Apa pun jua, TUN bukanlah Superman
Manusia Biasa macam kita kita saja
Same U & IYg Nak Bongkar perihal lama ni ,APA SAL , APA TUJUANNYA ?
Bolih kembalikan si mati ?Mas Selamat pun Dah Selamat di Tangkap Balik
Dengan bantuan Polis Malaysia
Menteri Dalaman Singapura TAK juga di Tegur
Apabila Mas Selamat , selamat lepaskan diri dari Kawalan Ketat SingapuraSekian Ucapan Saya .Tak perlulah kita soal perkara yg TIDAK relevant
Hanya Bertujuan menjatuhkan Air Muka Sesaorang
Dengan ini Saya ucapkanSELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI YG MULIA
MAAF ZAHIR BATIN -
Hari ini, polis kita boleh singgah mana2 tempat yang mereka bertugas untuk makan, thanks to kementerian perumahan kita yang telah bekerja keras untuk meluluskan kos keselamatan perumahan dibiayai oleh pembeli seperti pn hajar dan aku ini. Malangnya, apa yang kita lihat pro umno baru sini ala pengacau2 ngo melayu yang lupa diri suruh kita balik china, balik india, tak boleh pakai allah padahal allowance mereka dibiayai oleh taxpayers malaysia. Empty vessels made more noises.Life must go on, eventhough we are afraid of nightmares, we still have to sleep. Bubur ke, nasi ke, biar kita menentukan pada pilihan umun yang akan datang. Good luck to all politicians, our malaysians of all races in upgrading and transforming our economy to be at par with international standards of human rights to rectify what went wrong in the past that made malaysians no longer favor mahatirism of ketuanan melayu. Pm najib can do it if tun dr mm tepuk shouldernya dan memberi isyarat hijau kepadanya to do what is right to make malaysia a developed nation in 2020.Salam 1 malaysia kepada kita tanpa kira kita ni kaum apa pun, kepercayaan tuhan is here to stay forever dengan membayarkan cukai pendapatan kita to run the federal government effectively without burdening the rakyat further.
-
Salam Tun,nampaknya ada pihak yang tidak malu untuk cuba memburukkan Tun Mahathir, walaupun dengan satu percubaan yang memalukan dirinya sendiri. Tun Musa(ang) bolehlah di”martabat”kan sebagai “Dayus Politik” yang tersohor dalam sejarah politik Malaysia. Musa(ng) mudah lupa!Kami ♥ Tun Mahathir
-
Salam YAB & Yg diKasihi Tun,1. Jawapan yang jelas dan mantap dari Tun kepada Tun Musa Hitam. Tun Musa sepatutnya tidak membangkitkan kes Memali dengan cuba mengelirukan orang ramai kerana TANGGUNGJAWAB adalah ke atas Menteri Dalam Negeri pada masa tersebut. Beliau bertanggungjawab atas apa2 arahan yang membawa kepada berlakunya pertumpahan darah; beliau cuma memalukan diri sendiri dengan mengungkit hal ini.2. Kes di Lahat Datu juga sama. KDN (Menteri pada masa tersebut) bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang agak lambat sehingga ada kematian yang ramai di pihak Polis. Sepatutnya KDN belajar dari kes Memali. Jangan ambil ringan hal2 berkaitan keselamatan negara.3. Baru2 ini saya baca di akhbar bahawa KDN akan menolong mereka (bekas warganegara Malaysia) yang berada di UK yang sekarang ini sudah tidak bernegara (’stateless’), dan hidup merempat . Ini lagi satu perkara yang KDN mesti halusi sebelum setuju untuk menolong PENGKHIANAT negara. Mereka pilih untuk bubarkan kewarganegaraan mereka kerana berasa angkuh dengan ’brain’ mereka yang kononnya amat laku di luar negara (yang nampak nya menolak mereka). Kejadian memburukkan negara banyak dilakukan oleh puak2 yang angkuh ini. Jadi Malaysia tidak perlu berlembut dengan mereka kerana mereka bukan lagi warganegara Malaysia, dan KDN jangan layan mereka ini. Mereka akan terus menjadi ”duri dalam daging” dan ”musuh dalam selimut’ kepada Malaysia. Bertambah ramai lah PENGHASUT yang akan terus-menerus memburuk dan memfitnah Kerajaan BN jika mereka dibenarkan untuk kembali menjadi warganegara Malaysia. Ini juga amat berkait rapat dengan KESELAMATAN NEGARA. Kita mahukan warganegara yang setia kepada Raja dan Negara, dan bukan mereka yang membelot.Terima kasih Tun.*** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***
-
Assalamualaikum…
bukan ccina jer bayar tax..melayu india dan lain2 bangsa pon bayar tax….awat yg dok berlagak sgt dgn tax yg dibayar dibandingkan cina boleh duduk aman tanpa diganggu dim’sia…kenapa beria ia nak gunakan terjemahan Allah untu God…ada dalam mana2 kamus God diterjemahkan sebagai Allah ada ada ada…selama ini dlm kamus God = Tuhan…adakah semua cina dan india kristian mmg dilahirkan tuk membuli bangsa dan agama lain waima walo sebangsa tp berlainan agama pon cina dan india akan buli teruk2…siapa terkaya di m’sia yg duk kata melayu neh jahat…mmglah kalo dah tak berhati perot kalo tak suka duk m’sia pindah jew mcm kawan2 hangpa kat uk ke kat mana tu yg dah koyakkan pasport m’sia..dato’zahid wajib takyah tolong cina yg tak kenang budi…binatang pon tau balas budi…maaf semua hangen jiwa raga ngan kaum cina yg buta perot ni…salah sendiri tamau amik tau duk nak nyalak salahkan org melayu gak… -
Salam Tun,Ada saya letak link untuk mereka yang mahu baca Kertas Putih Memali.
-
ALHAMDULILLAH JAWAPAN YANG TERBAIK, SENANG DIFAHAM DAN TIDAK RAGU-RAGU. SAYA BERHARAP TIDAK ADA KOMEN-KOMEN YANG MEMAKI HAMUN KEPADA CHE DET.
-
Apa pun jua, TUN bukanlah Superman
Manusia Biasa macam kita kita saja
Same U & IYg Nak Bongkar perihal lama ni ,APA SAL , APA TUJUANNYA ?
Bolih kembalikan si mati ?Mas Selamat pun Dah Selamat di Tangkap Balik
Dengan bantuan Polis Malaysia
Menteri Dalaman Singapura TAK juga di Tegur
Apabila Mas Selamat , selamat lepaskan diri dari Kawalan Ketat SingapuraSekian Ucapan Saya .Tak perlulah kita soal perkara yg TIDAK relevant
Hanya Bertujuan menjatuhkan Air Muka Sesaorang
Dengan ini Saya ucapkanSELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI YG MULIA
MAAF ZAHIR BATIN -
Hari ini, polis kita boleh singgah mana2 tempat yang mereka bertugas untuk makan, thanks to kementerian perumahan kita yang telah bekerja keras untuk meluluskan kos keselamatan perumahan dibiayai oleh pembeli seperti pn hajar dan aku ini. Malangnya, apa yang kita lihat pro umno baru sini ala pengacau2 ngo melayu yang lupa diri suruh kita balik china, balik india, tak boleh pakai allah padahal allowance mereka dibiayai oleh taxpayers malaysia. Empty vessels made more noises.Life must go on, eventhough we are afraid of nightmares, we still have to sleep. Bubur ke, nasi ke, biar kita menentukan pada pilihan umun yang akan datang. Good luck to all politicians, our malaysians of all races in upgrading and transforming our economy to be at par with international standards of human rights to rectify what went wrong in the past that made malaysians no longer favor mahatirism of ketuanan melayu. Pm najib can do it if tun dr mm tepuk shouldernya dan memberi isyarat hijau kepadanya to do what is right to make malaysia a developed nation in 2020.Salam 1 malaysia kepada kita tanpa kira kita ni kaum apa pun, kepercayaan tuhan is here to stay forever dengan membayarkan cukai pendapatan kita to run the federal government effectively without burdening the rakyat further.
-
Salam Tun,nampaknya ada pihak yang tidak malu untuk cuba memburukkan Tun Mahathir, walaupun dengan satu percubaan yang memalukan dirinya sendiri. Tun Musa(ang) bolehlah di”martabat”kan sebagai “Dayus Politik” yang tersohor dalam sejarah politik Malaysia. Musa(ng) mudah lupa!Kami ♥ Tun Mahathir
-
s3v3n
s3v3n
copyright©
DI SUMPAH RAKYAT
Kamal Hisham at .PEGUAM KAMAL HISHAM MENULIS - 1 minute ago
Sebentar tadi tadi saya telah berjumpa seorang rakan dari Malaysia, beliau mengatakan bahawa beberapa hari lepas dia telah berjumpa dengan 2 kerabat diraja dari sebuah negeri, nama kerabat itu Hasen dan Samed. Kerabat itu dengan angkuh dan bongkaknya berkata kepada kawan saya bahawa saya sekarang sedang lumpuh dan terbaring di rumah di Dubai hasil dan akibat " Daulat" dan kesan "sumpahan" seorang Sultan (dari sebuah Negeri yang tidak jauh dari Neraka). Ini adalah kerana saya amat lantang mengkritik beberapa salah lakunya di dalam blog dan facebook saya . Kerabat itu berkata bahawa... more »
KALAU MACAM NI JAWAPAN AHLI PARLIMEN UMNO, BAIK LANTIK BUDAK TADIKA JADI AHLI PARLIMEN (GAMBAR)
Na'im Nikmat at Na'im Nikmat @blog - 7 minutes ago
MH370 : Sampai bila kita nak kena putar belit pingping?
Alhusseyn Alhusseyn at al-Husseyn - 13 minutes ago
Jimstone, seorang wartawan bebas dan pernah bekerja dengan NASA mendedahkan mengenai komplot rampasan MH370 : * Jangan percaya cerita ping kotak hitam* Awal dalam semua ini, msm itu berbicara tentang bagaimana jauhnya Lautan Hindi, dan berapa lama masa yang akan diambil untuk mendapat apa-apa di luar sana untuk mencari kotak hitam daripada penerbangan 370. Kebanyakan media berkata, ia akan mengambil masa dua minggu. BAHAWA itu adalah satu pembohongan. Masa sebenar untuk mendapatkan peralatan carian yang sebenar ke kawasan tersebut adalah 4 jam atau kurang. Itulah jangka masa... more »
Mahathir: Semakin senja semakin resah gelisah .. ini buktinya
PBO™ at pen buruk online ™ - 34 minutes ago
Ketika senja semakin berlabuh .. Ketika itu dia semakin dihimpit dengan dosa-dosa silam Ketika penghujung hari Sgala kezalimannya terburai satu persatu .. Malang .. Kasihan pada si dia .. Dia sepatutnya ‘perrgi’ dengan tenang .. Tetapi kini Dia dirantai dengan kesilapan sendiri . Alangkah mengecewakan ketika Mahathir sudah mengaku dia sebenarnya berada di Malaysia ketika berlakunya tragedi
Video Lelaki Mati Dengan Hanya Sekali Tumbuk
Nas Rul at dairishare - 46 minutes ago
Seorang lelaki telah dipenjara kerana membunuh orang asing dengan tumbukan di kepala selepas berdebat tentang berbasikal di laluan pejalan kaki. Lewis Gill, 20, dipenjara selama empat tahun oleh Salisbury Crown Court kerana pukulan maut keatas Andrew Young, 40. Mangsa, yang menderita sindrom Asperger, jatuh ke tanah dan selepas mengalami pukulan maut di kepala. Rakaman CCTV menunjukkan serangan itu, yang terjadi di luar kedai Tesco Metro di Charminster Road, Bournemouth, di 04:25 pada tarikh 6 November tahun lalu. Video menunjukkan Mr Young bercakap dengan seorang kenalan Gill... more »
Hina Polis Trafik Di FB Pembantu AADK Ditangkap Polis
atsixty at ZAKRI ALI - 46 minutes ago
*Alasan yang diberikan ketika ditangkap ialah dia geram kerana diberi saman oleh anggota polis trafik yang menjalankan tugas. * *Dia disaman kerana memandu laju pada 17 Mac lalu dan baginya laluan tiga lorong di Jalan Bongawan-Papar, Sabah merupakan tempat yang tidak perlu dikenakan sebarang sekatan had laju.Tiga lorong baginya bermakna, berada di lorong memotong, bolehlah dia pandu selaju-lajunya. Alasannya ialah memotong!* *Namun wanita beranak satu berusia 28 tahun dan bertugas sebagai Pembantu Anti Dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Beaufort, Sabah akh... more »
MH370:. Semua Penumpang Masih Hidup Dan Hidup Dalam Pondok Tanah - Perisikan Rusia
atsixty at ZAKRI ALI - 46 minutes ago
*Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.* *Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu; “Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,”.* *Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya. Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.* *Kapal berkenaan hilang kira-kira ... more »
KES TRAGEDI MEMALI .. AKHIRNYA TUN MAHATHIR AKUI PENDEDAHAN TUN MUSA HITAM ADALAH BENAR BAHAWA KETIKA KEJADIAN BELIAU MASIH BERADA DALAM NEGARA!!!!
OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 58 minutes ago
*Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamed mengaku beliau berada di tanah air ketika kejadian Memali yang mengorban 18 rakyat pada 19 November 1985.* *Namun, beliau berkata dia tidak ingat Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, datang memujuknya agar tidak pergi ke Beijing.* *"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China.* *“Waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya s... more »
SATU PERTAHAN DAN SATU LAGI "GADAI"
Kamal Hisham at .PEGUAM KAMAL HISHAM MENULIS - 1 hour ago
TERLALU BERBEZA WALAUPUN ANAK BERANAK ....rasanya agak "KURANG AJAR" jika saya katakan bahawa SATU MENANGISI kehilangan Wilayah Johor dan satu LAGI MERAIKAN Gembira KEHILANGAN WILAYAH JOHOR... Nilaikan sendiri ...WAHAI RAKYAT MALAYSIA YANG MANA SATU INTAN DAN YANG MANA SATU KACA?? INI adalah komen dari rakan FB ini telah menarik perhatian saya, mempunyai penuh makna tersirat di hati rakyat. Ali Karim-".... teringat ketika Pulau Batu Putih terlepas...betapa tegasnya Almarhum Sultan Iskandar tentang perkara ini sampai tidak diakuinya pulau itu milik negara seberang sampai bila2...b... more »
MENAKUTKAN DAN MENGERIKAN
Kamal Hisham at .PEGUAM KAMAL HISHAM MENULIS - 1 hour ago
MISTERI Kolam Buaya di ISTANA BUKIT PELANGI Johor....Kenapa KOLAM BUAYA ini menjadi kawasan LARANGAN awam dan dikawal rapi oleh JOHOR MILITARY FORCES(JMF) ??? Apakah perlu Kolam PENUH Buaya ini dijaga oleh JMF ? atau adakah ini salah satu TUGAS RASMI JMF ? DUIT GAJI DIBAYAR oleh RAKYAT TETAPI Patutkah bertugas untuk MENJAGA BUAYA? JMF sepatutnya jaga RAKYAT JOHOR ,itu PERMINTAAN RAKYAT bukannya JAGA KOLAM BUAYA, tiada siapa BERANI HENDAK MENCURI BUAYA-BUAYA TERSEBUT. (gambar hanya hiasan sahaja) Apa yang hendak disembunyikan atau dirahsiakan di KOLAM BUAYA itu sehingga TENTERA B... more »
Gempar KEJADIAN SERANGAN TEMBAK-MENEMBAK ( PENAFIAN PDRM )
Abu Luqman at Media Orang Kampung - 1 hour ago
PENAFIAN KEJADIAN SERANGAN TEMBAK-MENEMBAK Penyebaran beberapa keping gambar individu yang berpakaian seragam polis di laman sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan berlakunya insiden tembak menembak yang berlaku di sekitar Serdang adalah TIDAK BENAR. Gambar tersebut adalah sebahagian daripada latihan tebusan di KL Sentral dan Polis Selangor sekeras-kerasnya menafikan dakwaan
Memang Benar Anwar Perlu Satu Saat Untuk Selesaikan Kes MH370
canang at Cananglahnie - 1 hour ago
Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada majalah Southern People Weekly yang dimiliki Southern Weekly China kelmarin, bahawa beliau *mampu menyelesaikan krisis kehilangan MH370 dalam masa 1 Saat*, sememangnya benar. Bukan nak membodek atau nak mengagungkan beliau berlebihan, tapi semua orang tahu Anwar memang ada kebolehan itu, tapi kerana beliau sudah tidak lagi berada dalam kerajaan, maka keupayaan itu tidak boleh dibuktikan. Hari ni pun sepatutnya Anwar sudah boleh menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut dengan membuat pendedahan di Parlimen, tapi sekali lagi UMNO mengg...more »
‘Hitch’? Nama Perampas #MH370. Penumpang Selamat. -Media Rusia.
atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
[image: RussiaPerampas] *Media Russia Lapor Nama Perampas #MH370, ‘Hitch’? SUSULAN dakwaan sumber yang rapat dengan agensi risikan Russia FSB, sebuah akhbar negara berkenaan menurut satu laporan hari ini mendakwa sumber yang sama juga mengetahui nama perampas itu.Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’.Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Air... more »
"APA NAMA APA NAMA; SAYA TAK INGAT !!"
atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
Isu Memali: Dr. Mahathir Jawab Musa Hitam *[AA] KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak ingat apakah bekas timbalannya, Tun Musa Hitam ada menasihati beliau supaya menangguhkan lawatan kerja ke China susulan insiden berdarah di Memali pada 19 November 1985.* *"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina.* *"Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak... more »
BERITA YANG PASTI MEMBUAT PARA PENYOKONG TEGAR UMNO BERASA GEMBIRA DAN MEGAH!!!! ... PENGERUSI GERAKAN PULAU PINANG, TENG CHANG YEOW DI LANTIK SEMULA OLEH NAJIB RAZAK SEBAGAI PENGERUSI BN PULAU PINANG!!!!!
OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 2 hours ago
*Dato Seri Najib Razak hari ini telah melantik semula Pengerusi Gerakan Pulau Pinang , Teng Chang Cheow sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.Sudah pasti ianya membawa gambar gembira kepada para pejuang Ketuanan Melayu sebab melantik Pengerusi parti komponen BN yang kalah kesemua 13 kerusi DUN yang ditandingi di Pulau Pinang semasa PRU 13 lalu berbanding dengan calon UMNO menang 11 dari 15 kerusi DUN.Ini baru betul cara slogan "Ketuanan Melayu" beb!!!!!!! ....Yang kerusi kosong jadi bos kepada yang mendapat kerusi 11 .... mana nak cari macam ini punya kental... more »
Memali: Najib tidak perlu takut betulkan kesilapan Dr Mahathir, kata PAS
atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
* [image: Memali: Najib tidak perlu takut betulkan kesilapan Dr Mahathir, kata PAS] * *Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk mendedahkan kebenaran peristiwa Memali pada November 1985 semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.* *Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata dengan pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam yang mendakwa Dr Mahathir berada di Malaysia semasa insiden itu membuktikan Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada 1985 penuh dengan pembohongan.* *“Najib tidak perlu takut membetulka...more »
BUNG MOKHTAR TEGUR CARA PEMAKAIAN YB TERESA KOK PAKAI SKIRT NAMPAK LUTUT ... LAIN KALI IKUTLAH GAYA PEMAKAIAN ISTERINYA YANG TUTUP AURAT??????
OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 2 hours ago
*Inilah dinamakan ikan paus bergayut kat tepi mata tidak nampak langsung ... tetapi kuman kat antartika nampak cukup jelas dan nyata.Wahai macai-macai UMNO ... lihat dan nilai .. siapa yang lebih sopan dalam berpakaian .. YB Teresa Kok atau bini muda Bung Mokhtar pemimpin UMNO yang dipuja oleh para ahlinya.Pakaian digayakan seorang MP DAP Teresa Kok hari ini menjadi sasaran bantahan MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendakwa ia tidak sesuai untuk dipakai oleh ahli Dewan semasa persidangan.Bung yang mencelah semasa ucapan Datuk Ismail Mohamed Sa... more »











