Khamis, 10 April 2014

4553. Yang tersirat dengan yang tersurat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

  • Artikal 1/3

    MENAKUTKAN DAN MENGERIKAN


    MISTERI Kolam Buaya di ISTANA BUKIT PELANGI Johor....Kenapa KOLAM BUAYA ini menjadi kawasan LARANGAN awam dan dikawal rapi oleh JOHOR MILITARY FORCES(JMF) ???

    Apakah perlu Kolam PENUH Buaya ini dijaga oleh JMF ?
    atau adakah ini salah satu TUGAS RASMI JMF ? 

    DUIT GAJI DIBAYAR oleh RAKYAT TETAPI Patutkah bertugas untuk MENJAGA BUAYA?

    JMF sepatutnya jaga RAKYAT JOHOR ,itu PERMINTAAN RAKYAT bukannya JAGA KOLAM BUAYA, tiada siapa BERANI HENDAK MENCURI BUAYA-BUAYA TERSEBUT.

    (gambar hanya hiasan sahaja)

    Apa yang hendak disembunyikan atau dirahsiakan di KOLAM BUAYA itu sehingga TENTERA BERSENJATA LENGKAP PERLU MENGAWAL SETIAP MASA.

    Banyak cerita sama ada betul atau tidak, tentang MISTERI KOLAM BUAYA INI.

    Apakah BENAR KOLAM INI BERPUAKA? JIKA BENAR,
    APAKAH yang menjadi PUNCA IANYA MENJADI BERPUAKA?


    Siasatlah sendiri sebelum mempercayainya.

    Beranikan Pegawai Forensic masuk ke Kolam Buaya ini membuat siasatan bagi menentukan kebenaran. Nak kata Sultan menjual daging atau kulit buaya...saya tidak pernah dengar pun. Hmmmmm misteri .......

    Ramai Rakyat berminat hendak mengetahuinya termasuk saya. 


    Artikal 2/3



    SATU PERTAHAN DAN SATU LAGI "GADAI"


    TERLALU BERBEZA WALAUPUN ANAK BERANAK ....rasanya agak"KURANG AJAR" jika saya katakan bahawa SATU MENANGISI kehilangan Wilayah Johor dan satu LAGI MERAIKAN Gembira KEHILANGAN WILAYAH JOHOR...

    Nilaikan sendiri ...WAHAI RAKYAT MALAYSIA YANG MANA SATU INTAN DAN YANG MANA SATU KACA??

    INI adalah komen dari rakan FB ini telah menarik perhatian saya, mempunyai penuh makna tersirat di hati rakyat.

    Ali Karim-".... teringat ketika Pulau Batu Putih terlepas...betapa tegasnya Almarhum Sultan Iskandar tentang perkara ini sampai tidak diakuinya pulau itu milik negara seberang sampai bila2...bila anaknya jadi penganti, jangankan tanah KTMB terlepas, siap boleh lagi memandu keretapi ke negara seberang seperti merelakan segalanya...yang lebih malang, ada rakyat negerinya yang berbangga dgn perlakuan pemanduan tersebut...kasihan...."
    JOHOR BARU: The Sultan of Johor Sultan Iskandar Ismail has vowed to find a way to reclaim Batu Puteh or Pedra Branca.
    Akhbar
    The Star Friday June 20, 2008
    Sultan vows to reclaim Batu Puteh island Sultan Iskandar said he wanted to remind all that he had not forgotten his island and it was rightfully under the state’s sovereignty and not Singapore’s.

    “It doesn’t matter how long it takes, but I will find ways until the island is returned to Johor,” he said in the closing of his speech before the state assembly here yesterday"

    Artikal 3/3: 

    DI SUMPAH RAKYAT

    Sebentar tadi tadi saya telah berjumpa seorang rakan dari Malaysia, beliau mengatakan bahawa beberapa hari lepas dia telah berjumpa dengan 2 kerabat diraja dari sebuah negeri, nama kerabat itu Hasen dan Samed.

    Kerabat itu dengan angkuh dan bongkaknya berkata kepada kawan saya bahawa saya sekarang sedang lumpuh dan terbaring di rumah di Dubai hasil dan akibat " Daulat" dan kesan "sumpahan" seorang Sultan (dari sebuah Negeri yang tidak jauh dari Neraka). Ini adalah kerana saya amat lantang mengkritik beberapa salah lakunya di dalam blog dan facebook saya . Kerabat itu berkata bahawa sekarang saya sudah "silent" kerana sakit teruk.

    Saya tersenyum sinis dan berkata "Setahu saya, saya pernah terbaca satu keratan akhbar tentang "Daulat Sultan yang telah tiada", dan saya hanya terangkan dengan jelas bahawa saya HANYA percaya kepada Allah dan saya tidak percaya kepada TEMBERANG dan penipuan seorang Sultan. 

    Namun, bagi menceriakan suasana yang serius pada ketika itu, saya pun cuba buat "jokes" dan berkata 

    " Sebelum Daulat Sultan dan Sumpahan Sultan , saya telah TERLEBIH DAHULU beri dia "Daulat Rakyat" dan TELAH menyumpahnya hingga menjadi IKAN di Dubai untuk dimakan dan hidangkan kepada rakyat."


    Nama IKAN itui telah ditukar ke nama sultan itu atas permintaan saya kepada sesorang yang "hebat" di UAE. Itulah "jokes" saya kepada kawan saya.

    Kelakar juga macam macam cerita bohong dan dongeng dari Istana sejak dari zaman dahulu lagi. Apakah mereka lupa mereka itu hanya mahluk Allah sahaja, cerita tentang Daulat Sultan HANYALAH cerita bohong yang tidak pernah wujud dan hanya disebarkan oleh manusia sakit dan gila kuasa di Istana.

    Kekuasaan SEBENAR adalah dari Allah swt bukan dari Sultan, Syaitan atau Setan


    Sumber: (http://peguamkamalmenulis.blogspot.com/2014/04/di-sumpah-rakyat.html
    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©

Tiada ulasan: