Jumaat, 11 April 2014

4575. Jangan jadi buaya darat sudah. AhaQ. Geram? Atau langsung tidak berOtak.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . Geram jangan engkau geram - lebih baik diam. 
 photo good_zps9ceffaa5.gif

BLACK DOG BONE - Geram 

Dimuat naik pada 22 Okt 2007

www.rockapak.org
  • Kategori

  • Lesen

    Lesen YouTube Standard

Black Dog Bone - Geram

Diterbitkan pada 25 Okt 2013
"The music posted here is for listening entertainment only. Please support the artists by purchasing their music"...Zackmetal®
  • Kategori

  • Lesen

    Lesen YouTube Standard


  • Artikal 1/4 Macai Sudah Mula.. Membuat Seranggan Pada Rafizi..
    KUALA LUMPUR 9 April - Pengarah Strategi Keadilan Rafizi Ramli perlu ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa berikutan kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian dan penghinaan terhadap badan kehakiman negara.

    Pengerusi Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM) Norafiq Md Noor berkata, Rafizi yang juga penulis buku bertajuk 'Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim : Dimana Intergriti Mahkamah' dilihat menyalahi kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964.

    "Melalui tajuk buku berkenaan jelas sekali ia bertujuan untuk mempersoalkan intergriti sistem kehakiman dalam negara. Buku itu merujuk kepada fakta kes Anwar Ibrahim sekaligus menghina keputusan mahkamah terhadap penghakiman kes beliau.

    "Saya percaya ini adalah suatu kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964 dan merupakan suatu kecenderungan menghasut dibawah Seksyen 3 subseksyen (1) perenggan (c). Bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana negeri. Saya meminta agar YB Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan ditahan dan disiasat dengan segera berkaitan buku berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Setapak hari ini.

    Dalam masa sama, Norafiq turut mendesak pihak yang berkaitan supaya menghentikan pengedaran buku Reformasi 2.0 bagi mengelak persepsi buruk yang dilemparkan terhadap sistem perundangan negara yang sengaja dipolitikkan demi meraih simpati.

    "Buku berkenaan boleh memberi kesan negatif kepada pembaca dengan intergriti serta kepercayaan mereka terhadap sistem keadilan mahkamah dan menimbulkan kebencian dan membangkitkan kemarahan terhadap hakim di Malaysia. Sekiranya buku yang berbaur hasutan ini tidak disekat edarannya ia akan menyebabkan terhakisnya keyakinan rakyat dengan sistem kehakiman di negara ini," tegas beliau.
    Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti pembangkang mengagung-agungkan dan memuji badan kehakiman apabila dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii, liwat terhadap bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

    Saiful bagaimanapun mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan mahkamah menerusi panel 3 hakim kemudiannya mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan sama seterusnya dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.

    Lantaran itu pimpinan parti pembangkang menerusi parti milik Anwar Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka mengajak rakyat turun ke jalanraya dalam himpunan Reformasi 2.0 kerana beranggapan keputusan mahkamah sebagai tidak adil dan menzalimi Anwar. Malah parti pemerintah Barisan Nasional (BN) turut dituduh sebagai dalang dalam membuat keputusan yang tidak menyebelahi mereka.
    GERAM ...sumber



    Artikal 2/4 MARI KITA LIHAT KERIS-KERIS MELAYU YANG TUMPUL BILA DUTA AS 'WARNING' NAJIB DAN UTUSAN!!
    Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi
    bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370.

    “Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman,”
    katanya dalam satu kenyataan.

    Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno perlu menjelaskan sekiranya akhbar milik parti tersebut akan dibiarkan begitu
    sahaja susulan penyiaran tulisan “tidak masuk akal” itu.

    Katanya lagi, Washington tentunya akan menunggu tindakan Najib dalam isu ini memandangkan presidennya Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke wilayah ini.

    “Utusan bukan calang-calang akhbar. Ia dimiliki oleh Umno, parti pemerintah Malaysia, yang mana presidennya adalah Najib Razak.

    “Umno dan presidennya secara turun temurun memberi bimbingan redaksi dan seliaan ke atas Utusan.

    “Jadi, apa kata anda, Najib? Anda akan mengalu-alukan kedatangan Presiden Obama ke Malaysia. Anda akan biarkan kenyataan tidak masuk akal ini dipertahan dalam akhbar anda?

    “Adakah anda akan membuat kenyataan – dan mengutuk karut marut ini – sebelum Obama tiba?,” soalnya.

    Tulisan bertajuk ‘CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370′ oleh pembantu pengarangnya Ku Seman Ku Hussein itu disiarkan semalam dalam edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia. 

    Mana pergi keris-keris melayu .. kena gertak sikit terus menikus... 
    Sumber: (http://penburukonline.blogspot.com/2014/04/mari-kita-lihat-keris-keris-melayu-yang.html


    Artikal 3/4 BAGAIMANA RAKYAT MAHU BAYAR GST JIKA MENTERI TERUS MEMBAZIR?
    Kenyataan Terbuka
    11 April 2014
    BAGAIMANA RAKYAT MAHU BAYAR GST JIKA MENTERI TERUS MEMBAZIR?

    Sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan khususnya setahun kebelakangan ini, rakyat telah digesa untuk akur menerima cukai baru ini yang dikhabarkan efisyen demi kelangsungan ekonomi negara.

    Pelbagai usaha berbentuk promosi yang menelan belanja ratusan juta telah diperhabis demi memberi kefahaman kepada semua betapa GST itu kononnya tidak membebankan rakyat. Lagu GST dicipta dimainkan di televisyen dan corong radio, papan billboard diwarnai dengan kebaikan GST, pelbagai poster dilekat di bermacam tempat awam termasuk dalam LRT dan Tren, dan pelbagai lagi kaedah promosi dengan tujuan untuk menghasut rakyat menerima GST.

    Namun rakyat pula saban hari didedahkan dengan pelbagai ketirisan, pembaziran, rasuah dan perilaku tidak amanah dalam pentadbiran kerajaan. Malah kerajaan sering menanggung kerugian dari setiap keputusan kurang bijak dalam memberi tender, akhirnya kos tambahan bernilai ratusan juta ringgit terpaksa dikeluarkan. Antaranya adalah akibat dari kelewatan kontraktor menyiapkan projek, bangunan tidak siap dan bangunan rosak atau runtuh, yang menyebabkan wang rakyat terus mengalir di saluran yang tidak sepatutnya. 

    Justeru, promosi GST besar-besaran itu tidak mampu mengambus rencana pentadbiran sebuah kerajaan yang sangat lemah dan menghabiskan wang rakyat.

    Laporan audit setiap tahun juga tidak menampakkan perubahan positif. Dilaporkan lima kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri akan dipanggil dengan 121 kes pula berkemungkinan berdepan tindakan.

    Persoalannya, siapa yang berdepan tindakkan itu? Rakyat biasa atau menteri?

    Perkembangan terbaru yang menggemparkan parlimen baru-baru ini menjelaskan konsep wasattiyyah yang dilaung oleh Perdana Menteri adalah songsang. Kita sering dengar pembaziran isteri PM, kali ini hasil pendedahan seorang cikgu, dapat diketahui bagaimana Timbalan Perdana Menteri dan keluarganya pula beraksi melampias wang rakyat di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.

    Merujuk kepada jadual perjalanan TPM merangkap Menteri Pendidikan di Dubai dari 8-13 April 2014, urusan rasmi hanya sekitar 3-4 jam sahaja iaitu pada 9 April 2014. Apakah baki empat hari lagi dihabiskan di atas padang golf di Dubai? 

    Dalam jadual yang sama, tertera perkataan 'private program' dan 'free program' pada tarikh 10, 11 dan 12 April sebelum kepulangan Muhyiddin ke Malaysia pada 13 April.

    Apakah segala perbelanjaan, penginapan, tiket-tiket penerbangan delegasi TPM dan keluarganya selama 6 hari dan 5 malam di bumi bertuah UAE terpaksa ditanggung oleh duit rakyat?

    Ini suatu pembaziran yang telah disusun dan dihalalkan. Modus operandi pergi ke luar negara untuk urusan rasmi, sambil bercuti sakan. Ini bukan hanya berlaku di kalangan PM dan TPM, tetapi ia berlaku di kalangan semua menteri, menjadi satu kemestian, menjadi satu acara wajib tahunan.

    Di atas pembaziran yang melampau, di atas ketirisan yang tidak berkesudahan, bagaimana rakyat mahu menyerahkan wang baki poketnya untuk membayar cukai GST?

    Ya benar, sememangnya GST adalah cukai yang telus dan efisyen, tetapi apa yang rakyat Malaysia perlukan hari ini ialah kerajaan yang telus dan efisyen. 

    Jika kerajaan tetap bertegas melaksanakan GST, maka rakyat juga perlu bertegas untuk menyambutnya di jalanraya, pada tanggal Hari Buruh 1 Mei 2014.

    Sekian

    EDY NOOR REDUAN
    Aktivis Blogger
    Pengarah Propaganda SAMM



    Artikal 4/4 Seronok Jumpa Buaya ?
    Buaya yang ditemui di kawasan lumpur berhampiran Kampung Lubuk Jaya dan Kampung Nyiur, Bukit Belimbing di sini.

    TANJONG KARANG - Tak ubah seperti pesta! Begitulah gelagat orang kampung yang berpusu-pusu datang untuk melihat buaya yang berjemur di kawasan lumpur berhampiran Kampung Lubuk Jaya dan Kampung Nyiur, Bukit Belimbing di sini.

    Meskipun saiz buaya  air tawar itu yang cukup besar jika dibandingkan dengan penemuan bangkai jenis yang sama pada 25 Julai tahun lalu, namun penduduk masih tidak berganjak untuk terus melihat fenomena yang jarang sekali dapat dilihat sepanjang hidup mereka.

    Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris berkata, penduduk kecoh apabila menerima panggilan kaki pancing yang terserempak dengan buaya itu dan terus mengerumuni kawasan lumpur yang dimaksudkan.

    “Bukan selalu boleh nampak buaya yang saiz lebih besar berbanding yang jumpa tahun lepas...Jadi mereka pun ramai-ramai datang  tengok kira-kira jam 4 petang semalam bersama ahli keluarga.

    “Boleh dianggarkan lebih 50 penduduk datang melihat buaya yang statik..tak gerak-gerak dengan mulut ternganga. Mungkin buaya itu tengah berjemur sebab waktu itu cuaca cerah,” katanya.

    Menolak buaya itu mengganas dan boleh membahayakan, Samsudin menjelaskan, penduduk masing-masing percaya buaya itu tidak akan mengganggu nelayan sungai yang ada di kampung itu.

    “Bukan sekali tapi penduduk pernah terserempak dengan buaya jenis itu tapi tak pernah nak ganggu atau mengganas ketika nelayan nak cari makan di sepanjang sungai yang kaya dengan hasil udang.

    “Penduduk tak kira usia yang tengok buaya itu tak menunjukkan riak takut atau cemas..masing-masing macam seronok.

    “Mungkin ini salah satu keunikan yang ada di kampung ini selain kelip-kelip,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

    Sebelum ini, penduduk turut digemparkan penemuan bangkai buaya oleh dua sahabat yang mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing pada Julai tahun lalu.

    Penemuan buaya dianggarkan berukuran enam meter itu kejadian pertama kali berlaku di kampung itu sekali gus menyebabkan kawasan jeti menjad
    i tumpuan. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©

Tiada ulasan: