Sabtu, 12 April 2014

4592. Kisahnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . Ada 4 Artikal tentang kisahnya. 
  • Artikal 1

    Kenyataan Penuh Pejabat TPM Berhubung Isu ‘Main Golf’ Di Dubai - Akhirnya. Dua benda yang pasti. 


    1. Yang tersebar tue betul tetapi ia sekadar draf. Maksudnya, pernah ada niat nak buat lawatan macam tue la kan sebelum ia dipinda dan dipinda mengikut persetujuan TPM.
    2. Memang la TPM ke luar negara guna duit pembayar cukai.

    Hehe.

    Walaupun orang pejabat TPM menafikan bahawa jadual TPM ke luar negara yang tersebar tue adalah benar (sekadar draf awal) namun ia telah membuktikan satu perkara kepada kita. Niat jalan2 makan angin guna wang pembayar cukai pernah ada. 

    Kita sangka baik aje la kan yang TPM dah batalkan hasrat main golf tue. Tapi kan, jangan sampai ada yang kantoi main golf kat luar negara sudah ada.

    Pandai2 la lue nak hidup.

    KAH KAH KAH 

    Berikut kat bawah penjelasan dari mereka. Pandai2 lue baca dan fikir sendiri.

    Baca. 

    Tuduhan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong bahawa YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia menghabiskan masa lima hari di Dubai untuk percutian golf berdasarkan satu dokumen yang didakwa jadual lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke Dubai adalah tidak benar dan berniat jahat. YAB Timbalan Perdana Menteri sebenarnya berada di Dubai dari 7-12 April 2014 dalam satu acara lawatan kerja rasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
    Dokumen yang didedahkan oleh kedua-dua Ahli Parlimen tersebut bukan jadual sebenar lawatan kerja YAB Timbalan Perdana Menteri ke Dubai, sebaliknya deraf awal program yang masih dalam perbincangan. Adalah menjadi kelaziman dalam mana-mana program lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke luar negara, akan terdapat beberapa perubahan pada deraf jadual lawatan sebelum ia dimuktamadkan. Ini kerana jadual yang diatur adalah tertakluk kepada pengesahan pihak-pihak yang terlibat di negara yang hendak dilawati. Contohnya, deraf jadual lawatan yang didedahkan oleh kedua-dua Ahli Parlimen tersebut tidak mengandungi acara rasmi YAB Timbalan Perdana Menteri di Dubai pada 8 April 2014.
    Di dalam jadual akhir yang dimuktamadkan, YAB Timbalan Perdana Menteri mempunyai aktiviti rasmi yang ketat sepanjang berada di Dubai. Beliau telah diberikan penghormatan oleh kerajaan UAE untuk menyampaikan ucaptama di Annual Investment Meeting (AIM) pada 8 April 2014 di Dubai. Dalam pertemuan dengan Shaikh Mohammad Rashid Al-Maktoum Naib Presiden merangkap Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai beserta beberapa Ketua Kerajaan yang menghadiri AIM, YAB Timbalan Perdana Menteri telah berkongsi pengalaman Malaysia dalam menghadapi persekitaran perniagaan antarabangsa dan menarik pelaburan asing. AIM dihadiri oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab mengenai pelaburan luar negara, pakar ekonomi, kewangan dan pembangunan, para pemimpin perniagaan dan ketua-ketua institusi antarabangsa.
    Dalam pertemuan yang sama, YAB Timbalan Perdana Menteri telah berkesempatan menyampaikan ucapan terima kasih kerajaan Malaysia kepada Shaikh Mohammad bin Rashid Al-Maktoum atas bantuan kerajaan UAE dalam operasi pencarian pesawat MH 370 yang hilang di Lautan Hindi.
    YAB Timbalan Perdana Menteri juga menghadiri Gulf Education and Training Exhibition 2014 dan melancarkan Malaysia Pavillion di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Dubai pada 9 April 2014. Sebelum acara ini, beliau telah menerima kunjungan hormat Shaikh Nahyan Mubarak Al-Nahyan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Pembangunan Sosial UAE dan Humaid Mohammed Al Qatami, Menteri Pendidikan UAE.
    Shaikh Nahyan telah merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas hubungan dua hala dalam bidang pendidikan. Lebih-lebih lagi penyertaan 27 institusi pengajian tinggi Malaysia adalah yang paling banyak dalam GETEX 2014. GETEX yang dianjurkan sejak 1983 merupakan forum pendidikan, latihan korporat dan pembangunan kerjaya terbesar di rantau Asia Barat. Malaysia menyertainya sejak 2004. Sehingga kini, lebih 25,000 pelajar dari rantau ini melanjutkan pengajian di Malaysia.
    Dalam lawatan ini juga, YAB Timbalan Perdana Menteri telah meluangkan masa lebih satu jam dalam pertemuan sarapan pagi bersama Sunny Varkey, Pengerusi GEMS Education yang berpangkalan di Dubai. GEMS Education yang berpengalaman lebih 50 tahun dalam bidang pendidikan mempunyai rangkaian sekolah swasta di 151 buah negara termasuk UAE, Amerika Syarikat dan Singapura. Syarikat ini sedang dalam proses untuk membuka sebuah sekolah swasta dengan kadar yuran yang berpatutan di Malaysia. GEMS Education melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berpotensi di Asia Tenggara untuk syarikat itu membuat pelaburan yang besar dalam bidang pendidikan.
    Di samping itu, YAB Timbalan Perdana Menteri juga dijadualkan menyertai dua majlis makan malam rangkaian perniagaan bersama ahli-ahli perniagaan ternama dari Malaysia dan UAE. Majlis makan malam ini dibiayai oleh Syarikat Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) yang mempunyai operasi perniagaan di Dubai. Satu lagi majlis makan malam bersama ahli-ahli perniagaan Malaysia dan UAE dibiayai oleh Essa Al-Ghurair, Ahli Dewan Perniagaan Dubai dan Penasihat Panel Antarabangsa World Islamic Economic Forum (WIEF). Segala perbelanjaan bagi kedua-dua majlis makan malam ini tidak ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
    Semasa lawatan ini juga, YAB Timbalan Perdana Menteri mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat Malaysia yang mempunyai kepentingan perniagaan di UAE dan Timur Tengah. Antaranya Petronas dan Eversendai Coproration Berhad. Eversendai ialah sebuah syarikat pembinaan terkemuka Malaysia yang terlibat dalam beberapa projek pembinaan mega di UAE. Antaranya bangunan tertinggi di dunia Burj Al-Khalifa, Emirates Towers, Ski Dubai, Rose Rayhaan Rotana Tower, Dubai Mall dan Dubai Festival City.
    YAB Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan EMKE Lulu Group of Companies atas undangan pemiliknya Yusof Ali MA. Syarikat ini yang mempunyai lebih 100 hypermarket Lulu di negara-negara teluk merupakan pemilik rangkaian hypermarket terbesar di rantau ini. Syarikat ini sedang dalam proses untuk membuka pasar raya besar halal di Malaysia dengan usahasama bersama Felda. Perbincangan ini diadakan susulan daripada perjumpaan YAB Timbalan Perdana Menteri bersama Yusof Ali MA pada hujung tahun lalu.
    Dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan perniagaan dan perdagangan antara Malaysia dan UAE, YAB Timbalan Perdana Menteri telah dijemput untuk menyertai acara golf bersama ahli-ahli perniagaan dari kedua-dua negara. Segala perbelanjaan untuk acara golf rangkaian perniagaan ini dibiayai sepenuhnya oleh syarikat-syarikat persendirian dan sama sekali tidak menggunakan peruntukan kerajaan. YAB Timbalan Perdana Menteri juga menyertai satu acara golf rasmi yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia pada 12 April 2014 bagi tujuan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Makan tengah hari bagi acara golf ini ditaja oleh Khalfan Saeed Al-Kaabi, Pengerusi ASCORP Holdings dan Naib Presiden I Dewan Perniagaan dan Industri Abu Dhabi.
    Sempena lawatan ke Dubai, YAB Timbalan Perdana Menteri dijemput menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Diaspora Malaysia di UAE yang dianjurkan oleh Talent Corporation Berhad. Majlis makan malam ini adalah salah satu usaha Talent Corporation menarik profesional Malaysia di luar negara untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia.
    Lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke Dubai merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi pemimpin kerajaan ke luar negara seperti lawatan-lawatan lain yang bertujuan memperkukuhkan kedudukan Malaysia di dalam persekitaran ekonomi dan politik antarabangsa yang semakin dinamik. Keseluruhan aktiviti YAB Timbalan Perdana Menteri sepanjang lawatan beliau ke Dubai menjurus ke arah meningkatkan hubungan perdagangan dan perniagaan antara Malaysia dan UAE serta menarik pelaburan asing ke Malaysia demi kepentingan negara.
    Kedua-dua Ahli Parlimen DAP tersebut telah melemparkan tuduhan melulu yang tidak berasas dan berniat jahat terhadap YAB Timbalan Perdana Menteri. Tindakan mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa dengan hanya berasaskan satu dokumen yang tidak disahkan adalah satu perbuatan yang tidak profesional. Pejabat ini amat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab kedua-dua Ahli Parlimen DAP tersebut yang seolah-olah menggambarkan lawatan kerja YAB Timbalan Perdana Menteri ke Dubai bagi memperkukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan menarik pelaburan asing ke Malaysia sebagai satu percutian yang membazir wang rakyat.Rujukan : sini

    Artikal 2

    Panas!!! Acara Yong Teck Lee menampar Zahid Hamidi 

    akan disiarkan secara langsung? SHAHBUDIN HUSIN


    Ahmad Zahid Hamidi agar bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee menamparnya sendiri serta diberi habuan wang tunai ssbanyak RM501 dan tidak perlu bersusah payah mencari orang lain untuk melakukannya, akhirnya disambut dengan tangan terbuka oleh pemimpin dari Sabah itu. 

    Untuk menjadikan acara menampar itu menjadi realiti, beliau mempelawa Zahid agar datang ke Lahad Datu atau Semporna secara sendirian tanpa diiringi oleh polis atau dikawal oleh pengawal peribadinya.

    Seterusnya, kata Yong, wang RM501 yang diterimanya daripada Zahid itu akan didermakan kepada Tabung Wira Lahad Datu.

    Ini bermakna sekarang ini terpulang kepada Zahid pula sama ada bersedia membenarkan pipinya ditampar atau sebaliknya. Jika bersedia, beliau perlulah memenuhi syarat dan permintaan Yong itu iaitu datang Lahad Datu atau Semporna secara peribadi tanpa diiringi oleh polis atau pengawal peribadinya.

    Rasanya tiada alasan lagi untuk Zahid berdalih dalam perkara ini, kecualilah jika beliau tidak sedia pipinya ditampar oleh Yong Teck Lee.

    Berikutan kejadian penculikan dua warga China dan Filipina di Semporna minggu lalu serta beberapa penculikan sebelum ini serta insiden pencerobohan di Lahad Datu, Yong yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah menyalahkan Menteri Dalam Negeri dalam mengawal keselamatan atas kejadian yang sering berulang di negeri Sabah.

    Lantaran itu, beliau menawarkan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar muka Zahid atas anggapannya menteri itu telah gagal dalam menjalankan tugasnya.

    Zahid kemudiannya meminta Yong Teck Lee agar tidak perlu bersusah payah mencari orang lain untuk menamparnya, sebaliknya mencabar pemimpin Sabah itu agar menamparnya sendiri dan beliau akan memberikannya ganjaran sebanyak RM501.

    Sebelum itu, susulan penerbitan klip video oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang dianggap menghina Perdana Menteri, Najib Razak, telah menyebabkan sebuah NGO iaitu Isma menawarkan ganjaran RM500 kepada sesiapa yang berani menampar muka pemimpin DAP itu. Nilai tawaran yang diberikan kemudian ditingkatkan sehingga RM1200 tetapi tiada sesiapa yang menyahut, kecuali ada seorang pemuda bersalam berlapikkan telur busuk ditangannya.

    Sejak itu kewajaran menampar seseorang mula menjadi polemik dan laporan polis juga telah dibuat terhadapnya. Bagaimanapun Zahid yang ditekan untuk bertindak terhadap Isma, telah menolak untuk berbuat demikian dengan alasan tawaran menampar bukanlah suatu bentuk ugutan jenayah sepertimana mengeluarkan ugutan mahu membunuh.

    Zahid kemudian terus dikecam atas pendiriannya itu dan disifatkan sebagai menteri yang tidak begitu memahami undang-undang dan seolah-olah hanya mahu menyiasat setelah kejadian menampar itu benar-benar berlaku.

    Tetapi kini, berikutan pendirian Zahid itu, kejadian menampar ini seperti terkena batang hidungnya sendiri. Beliau kini bukan saja tidak dapat lagi mengawal berlakunya tawaran menampar kepada sesiapa saja, bahkan juga terpaksa reda jika tawaran yang sama melibatkan dirinya.

    Dengan kesediaan Yong untuk menampar sendiri Zahid dan mendermakan RM501 yang dijanjikan kepada Tabung Wira Lahad Datu, maka Zahid secara prinsipnya perlulah menyahutnya dan datang ke Lahad Datu atau Semporna tanpa diiringi polis atau pengawal keselamatannya. Beliau hanya perlu datang dengan penyokong-penyokong saja.

    Sebagai menteri dalam negeri, ada baiknya juga jika Zahid dapat mengarahkan pihak polis supaya mengawal keadaan dan menyediakan pentas yang sesuai untuk acara menampar itu dilangsungkan sambil disaksikan oleh rakyat Sabah. Maklumlah ini merupakan acara yang julung-julung kali diadakan di negara ini dan melibatkan dua pemimpin yang "terlebih cerdik" dalam berpolitik.

    Cabar-mencabar untuk menampar ini tidak sepatutnya berlaku jika kedua mereka sedikit matang dalam politik dan tidak membiarkannya berlarutan. Tetapi oleh kerana mereka nampaknya suka cara politik begitu, maka teruskan saja sehingga ada titik penyudahnya.

    Lebih elok lagi jika dapat dibuat siaran langsung melalui televisyen ke seluruh negara supaya rakyat dapat melihat sendiri majlis menampar yang melibatkan dua pemimpin "paling cerdik" itu dilakukan. Mungkin juga dapat menjadi acara sempena Tahun Melawat Malaysia yang kini sudah kekurangan pengunjung berikutan insiden hilangnya pesawat MH370. Manalah tahu jika Zahid terasa pipinya sakit kena penampar Yong itu, beliau akan membalas balik dan berlakulah pula saling tampar-menampar antara kedua pemimpin tersebut.


    Tentulah gempak dan gamat jadinya majlis itu. Lebih gempak dan gamat lagi jika selepas berbalas penampar itu, mereka bergusti pula. Barulah dunia politik kita betul-betul meriah dan menjadi bahan ketawa rakyat di mana jika sebelum ini ada yang menjerit, mengejek-ngejek dan melakukan aksi kurang sopan di Parlimen atau Dewan Negeri, rupa-rupanya ahli politik juga boleh beraksi lebih dahsyat daripada itu. 

    Moga antara Zahid atau Yong Teck Lee, tidak ada yang berdalih lagi selepas ini kerana rakyat sebenarnya sudah tidak sabar untuk menyaksikan majlis tampar-menampar ini. (SH 10/04/2014)

    http://shahbudindotcom.blogspot.com



    Artikal 3

    Hari ke-34 MH370: Siapa benar, Hishammuddin atau CNN?
    Keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang sedang berduka, rakyat Malaysia, dan warga dunia menerima satu lagi kejutan pada hari ke-34 kehilangan pesawat itu apabila CNN melaporkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar pesawat pencari pada pagi pesawat MAS MH370 hilang, iaitu pada sekitar jam 8 pagi, tetapi tidak m...emaklumkan langkah tersebut kepada pihak berkuasa sehingga tiga hari kemudian dan kemudian dikejutkan pula oleh penafian Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

    CNN kelmarin melaporkan bahawa menurut seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan satu lagi sumber yang terlibat dalam siasatan, “pesawat pencari pasukan tentera udara Malaysia telah dikejarkan pada sekitar jam 8 pagi, sejurus selepas Malaysia Airlines (MAS) melaporkan pesawatnya hilang pada awal 8 Mac.”

    Menurut laporan itu, pesawat telah dikejarkan sebelum pihak berkuasa mengesahkan data yang menunjukkan bahawa Boeing 777 terbabit telah berpatah balik dari laluan asalnya.

    Sumber yang tidak dinyatakan namanya itu menyebut bahawa TUDM “tidak memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Sivil atau operasi mencari dan menyelamat sehingga tiga hari kemudian, iaitu pada 11 Mac.”

    Ia seterusnya melaporkan bahawa pesawat MH370 telah hilang dari radar tentera 120 batu nautika setelah ia kembali melintasi Semenanjung Malaysia.

    “Berdasarkan data yang ada, bererti pesawat itu telah menjunam ke altitud 4,000 hingga 5,000 kaki,” dakwa pegawai kanan kerajaan terbabit.

    Hishammuddin menafikan laporan CNN itu dan menyifatkannya sebagai “dakwaan palsu.”

    Siapa yang berkata benar, Hishammuddin atau CNN?

    Sukar untuk mempercayai laporan CNN, melainkan jika ia sanggup mendedahkan nama “pegawai kanan kerajaan Malaysia dan sumber lain” yang dapat mengesahkan laporannya.

    Namun, melihat pada penyaluran maklumat yang tidak sekata selama ini, selain bermacam kekeliruan dan percanggahan yang telah ditimbulkan, juga pelbagai tindakan tidak sekata, serta mengambil kira jurang maklumat yang begitu besar sejak 35 hari lalu, penafian Hishammuddin itu tidak memadai, tidak memuaskan dan sukar untuk diterima begitu saja.

    Jika Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) berkenaan MH370 telah ditubuhkan sebelum Dewan Rakyat ditangguhkan kelmarin, tentu ia boleh berperanan sebagai badan yang sesuai untuk menyiasat kesahihan laporan CNN tentang tindakan TUDM menghantar pesawat pencari pada pagi MH370 hilang tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa hingga tiga hari selepas itu dan tentunya PSC boleh mengeluarkan laporan yang berwibawa untuk membuktikan kebenaran penafian Hishammuddin serta melenyapkan segala keraguan tentang perkara itu.

    Malah, PSC bukan saja mampu untuk mempastikan sama ada TUDM telah menghantar pesawat pencari pada pagi 8 Mac itu, malah juga mempastikan:

    - sama ada benar pesawat pencari TUDM dikejarkan untuk mencari setelah radar tentera mendapati MH370 telah melencong dari laluan asal dari Kuala Lumpur ke Beijing, atau mengapa pesawat itu tidak dikejarkan sejurus saja ia melencong, antara jam 1.40 dan 1.45 pagi, kerana sekurang-kurangnya dua pesawat Sukhoi-30 milik TUDM boleh dikejarkan dari Gong Kedak untuk memintas MH370 di ruang udara Kelantan; dan

    - mengapa sekali lagi MH370 tidak dipintas sewaktu ia menghampiri Pulau Pinang dan dikesan oleh radar tentera di Butterworth, walaupun skuadron jet F/A TUDM berada dalam keadaan bersedia 24-jam di pangkalan udara Butterworth.

    Persoalan di atas dan banyak lagi persoalan lain berkaitan MH370 menanti untuk dijawab sejak 35 hari lalu, tetapi seperti yang saya sebut dalam dewan Parlimen di depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin sendiri pada 25 Mac (hari ke-18 kehilangan MH370) saya bersetuju bahawa keutamaan kita ialah untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR), manakala persoalan lain yang berbangkit tentang tragedi ini, termasuk persoalan tentang pengurusan krisis, boleh ditangani setelah pesawat serta penumpang dan anak kapal ditemui.

    Hari ini masuk hari ke-35 MH370 hilang. Saya baru saja menerima laporan bahawa stesen radio Perth telah mengumumkan “laporan belum disahkan menyebut bahawa kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 telah ditemui.”

    Laporan itu memetik pandangan seorang pakar penerbangan bahawa jika “laporan belum disahkan ini cukup kukuh untuk kita mengatakan bahawa kotak hitam telah ditemui, itu cukup untuk kita meluncurkan Bluefin 21 ke dasar laut dan mengambil gambar atau memindai dasar laut dengan pemindai sonar.”

    Saya harap laporan itu benar kerana keluarga 239 penumpang dan anak kapal telah lama menanti penyudah kepada tragedi ini.

    Bagaimanapun, selepas 35 hari bencana MH370, saya percaya bahawa kita telah sampai ke tahap di mana keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 mahukan jawapan kepada seribu-satu persoalan yang timbul berkaitan tragedi ini, maka proses untuk mencari jawapan perlu dimulakan dengan segera tanpa lengah.

    Dalam keadaan ini, laporan CNN dan penafian Hishammuddin tentang tindakan TUDM menghantar pesawat pencari pada pagi 8 Mac itu memarakkan lagi keraguan tentang kesanggupan kerajaan untuk bersikap telus sepenuhnya, apatahlagi kerana sebelum ini ia mengingkari janji untuk memberi maklumat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan enggan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen MH370.

    Atas alasan ini, saya meminta Perdana Menteri mengotakan kata-katanya bahawa Malaysia tidak cuba menyembunyikan sesuatu dengan sekurang-kurangnya memenuhi dua janj yang setakat ini telah dimungkiri – memberikan taklimat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tentang tragedi MH370 dan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan tragedi MH370. -Harakahdaily

    Artikal 4 


    Najib: Jangan sewenang-wenang tukar kerajaan

    Najib: Jangan sewenang-wenang tukar kerajaan
    KUANTAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya bertindak menukar kerajaan\ yang ada pada hari ini.


    Ini kerana, katanya, kerajaan hari ini terbukti mampu melaksanakan perubahan dan pembangunan yang dikehendaki rakyat.

    "Kita jangan nak tukar kerajaan (hari ini), kita nak perubahan, yang penting kita nak perubahan dan kemajuan...buat apa nak tukar sekiranya parti (Barisan Nasional) boleh menunaikan dan melaksanakan perubahan dan kemajuan, jadi buat apa nak tukar.

    "Sebab kalau kita nak tukar, boleh jadi apa yang kita harapkan itu tidak boleh tunaikan apa yang kita tunaikan untuk rakyat, bukan nak tukar kerana nak tukar tapi kena tahu kesudahannya ," kata Najib.

    Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan Geran Hak Milik Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Seri Damai, dekat sini hari ini.

    Najib yang juga anggota Parlimen Pekan berkata banyak negara yang menukar kerajaan selepas digulingkan rakyat seperti Thailand dan Mesir tidak memiliki penyudahan seperti yang yang diharapkan.

    Beliau berkata rakyat sepatutnya yakin dengan kerajaan hari ini dan ia perlu dikekalkan bagi memastikan misi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai.

    Pada majlis itu, Najib menyampaikan geran tanah RTK kepada 167 peserta dengan setiap seorang peserta diberikan satu lot tanah berkeluasan 0.4 hektar.

    Kampung Seri Damai diisytiharkan sebagai RTK pada 18 November 1985 bersama 36 RTK lain di daerah ini. - Bernama Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/

    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©


Panas!!! Acara Yong Teck Lee menampar Zahid Hamidi akan disiarkan secara langsung? SHAHBUDIN HUSIN

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
*Ahmad Zahid Hamidi agar bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee menamparnya sendiri serta diberi habuan wang tunai ssbanyak RM501 dan tidak perlu bersusah payah mencari orang lain untuk melakukannya, akhirnya disambut dengan tangan terbuka oleh pemimpin dari Sabah itu.* *Untuk menjadikan acara menampar itu menjadi realiti, beliau mempelawa Zahid agar datang ke Lahad Datu atau Semporna secara sendirian tanpa diiringi oleh polis atau dikawal oleh pengawal peribadinya.* *Seterusnya, kata Yong, wang RM501 yang diterimanya daripada Zahid itu akan didermakan kepada Tabung Wira Lahad ... more »

Kenyataan Penuh Pejabat TPM Berhubung Isu ‘Main Golf’ Di Dubai

Soz Cyili at Ameno World - 1 hour ago
Akhirnya. Dua benda yang pasti. 1. Yang tersebar tue betul tetapi ia sekadar draf. Maksudnya, pernah ada niat nak buat lawatan macam tue la kan sebelum ia dipinda dan dipinda mengikut persetujuan TPM. 2. Memang la TPM ke luar negara guna duit pembayar cukai. Hehe. Walaupun orang pejabat TPM menafikan bahawa jadual TPM ke luar negara yang tersebar tue adalah benar (sekadar draf awal) namun

Bekas Ketua UMNO Bahagian minat dengan Keadilan.

mantaro at SISI BUKIT - 1 hour ago
Blog Sisi Bukit mengelua-elukan kehadiran calon -calon atau wakil ke Hari Penamaan Pencalonan Cabang Zon Utara Perak.Pertandingan untuk pimpinan Keadilan dikhabarkan diikuti dengan penuh minat oleh bekas Ketua UMNO Bahagian,terutama Bukit Gantang.

Hari ke-34 MH370: Siapa benar, Hishammuddin atau CNN?

canang at Cananglahnie - 1 hour ago
Hari ke-34 MH370: Siapa benar, Hishammuddin atau CNN? Keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang sedang berduka, rakyat Malaysia, dan warga dunia menerima satu lagi kejutan pada hari ke-34 kehilangan pesawat itu apabila CNN melaporkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar pesawat pencari pada pagi pesawat MAS MH370 hilang, iaitu pada sekitar jam 8 pagi, tetapi tidak m...emaklumkan langkah tersebut kepada pihak berkuasa sehingga tiga hari kemudian dan kemudian dikejutkan pula oleh penafian Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. CNN kelmarin... more »

Hari ke-34 MH370: Siapa benar, Hishammuddin atau CNN?

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
[image: Hari ke-34 MH370: Siapa benar, Hishammuddin atau CNN?] *Keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang sedang berduka, rakyat Malaysia, dan warga dunia menerima satu lagi kejutan pada hari ke-34 kehilangan pesawat itu apabila CNN melaporkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar pesawat pencari pada pagi pesawat MAS MH370 hilang, iaitu pada sekitar jam 8 pagi, tetapi tidak memaklumkan langkah tersebut kepada pihak berkuasa sehingga tiga hari kemudian dan kemudian dikejutkan pula oleh penafian Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.* *C...more »

Perisikan Rusia Dedah Indentiti Individu Rampas MH370

canang at Cananglahnie - 2 hours ago
Perisikan FSB Russia - Perampas MH370 Dikenali Sebagai "Hitch". Siapa "Hitch"? | SUSULAN dakwaan sumber yang rapat dengan agensi risikan Russia FSB(HASIL RISIKAN RUSSIA - MH370 DIRAMPAS BUKAN TERHEMPAS - LINK), sebuah akhbar negara berkenaan menurut satu laporan hari ini mendakwa sumber yang sama juga mengetahui nama perampas itu. Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’. Menurut akhbar The Moskovsky Kosomolets yang memetik sumber enggan dikenali me... more »

Najib: Jangan sewenang-wenang tukar kerajaan

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
[image: Najib: Jangan sewenang-wenang tukar kerajaan] *KUANTAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya bertindak menukar kerajaan\ yang ada pada hari ini.* *Ini kerana, katanya, kerajaan hari ini terbukti mampu melaksanakan perubahan dan pembangunan yang dikehendaki rakyat.* *"Kita jangan nak tukar kerajaan (hari ini), kita nak perubahan, yang penting kita nak perubahan dan kemajuan...buat apa nak tukar sekiranya parti (Barisan Nasional) boleh menunaikan dan melaksanakan perubahan dan kemajuan, jadi buat apa nak tukar.* *... more »

Tiada ulasan: