Rabu, 16 April 2014

4675. Sebelumnya perlulah mereka berpura-pura berhelah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  

  • Di dalam keghairahan berposting dalam FB untuk menunjukkan beliau kerap turun kawasan seorang YB dari Pendang telah melakukan satu kesilapan yang amat besar apabila memaparkan visual seorang warga emas sedang uzur tanpa menutup aurat.


    Posting YB tersebut yang berbunyi “Melawat orang sakit di Kg Baru” ternyata tidak prihatin dan tidak bijak kerana ini boleh mengundang aib kepada keluarga warga emas tersebut yang sedang sakit.

    Penggunaan media sosial untuk mencari pengaruh haruslah bijak dan berhati-hati. Jangan dijadikan visual orang sakit dan tua sebagai alat mencari pengaruh pengundi konon perihatin dan mesra rakyat.

    Adalah tidak wajar warga emas yang hampir nyanyuk dan tidak sedar ada orang yang merakam wajah mereka untuk dipaparkan satu dunia melihatnya.

    Mereka sudah daif, dengan hanya dihulur bantuan beberapa ringgit ada pula golongan yang mengambil kesempatan mencari populariti politik di atas keuzuran mereka.

    Kita harus sedar wajah di dalam gambar itu juga mempunyai hak samaada mahu atau tidak memberi kebenaran menyiarkan gambar mereka di dalam FB.

    Jika mereka tidak rela mereka boleh mengambil tindakan undang-undang kerana mencuri rakam gambar mereka ketika mereka sedang sakit.

    Bayangkan bagaimana perasaan kita jika gambar ibu atau saudara kita yang sedang tergedang sakit tanpa tutup aurat didedahkan sebegitu?
    mummyrokiah.blogspot.com-selatanonline-

    Ulasan TikaqBuloh :

    15,000 peniaga lembu bakal terjejas akibat kekurangan bekalan. Hebat betul wartawan Berita Harian nih, angka 15,000 boleh tepat-tepat oooo tidak ada lebih walaupun puluh-puluh atau ratus-ratus, lain kali tulislah hampir atau lebih kurang. Mana dapat nilai peniaga lembu sampai 15,000 pengusaha nih.

    Akal nak naikkan harga daging mestilah kena buat dengan cerdik. Mula-mula buat cerita macam nih, lepas itu bila peniaga naikkan harga daging maka rakyat akan ingat ini disebabkan kurang bekalan, bukannya sebab kerajaan kah kah kah. 

    Dah tahu musim perayaan akan datang sudah tidak lama lagi time ini lah Kementerian terbabit kena take action. Nanti bila dah naik harga daging masa itulah baru nak salahkan balik peniaga kerana suka-suka naikkan harga barang.

    Tidak pun lepas nih mungkin akan ada Menteri berkata kalau daging mahal jangan beli di market kita ternaklah sendiri. Suka hati korang ja letak angka 15,000 peniaga bakal gulung tikar. Terus terang kan senang memang nak naikkan harga daging habis cerita.

    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: