Rabu, 16 April 2014

4689. Dunia Melayu Hari Ini Semakin Ketinggalan?. Part 10.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  Moral Melayu Semakin Tercemar, Setelah Semakin Lama Semakin Terang-Terangan Golongan Lalai Islam Beramai-ramai Menampilkan Wajah Kesyaitanan Laknatullahnya. 

Riak dan sombong makin menjadi-jadi, bila jarang atau langsung tidak mencermin diri. Kegiatan yang mejadikan syaitan laknatullah semakin seronok dan tidak banyak kerja untuk menyesatkan manusia. Kalau sering bermuhasabah diri kerana Allah SWT. tentu hasilnya lebih indah keranaNya juga. Maka tidaklah sekadar seadanya. 

  • Daging lembu tak cukup,mana Ketua Wanita UMNO menghilang..???

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bawamasuklembudarinegaraluar/Article
    Hmmmm... Otak kiri aku imbau kegagalan gomen dalam mengurus tadbir isu bekalan daging negara bilamana Kak Jatt masih belum bayar balik RM250 juta....

    Gambar: Imbauan isu Lembu dan Pemimpin UMNO...

    Sumber: (http://orangni.blogspot.com/2014/04/daging-lembu-tak-cukupmana-ketua-wanita.html)




    KERAJAAN UMNO SAHAJA YANG CERDIK, KERAJAAN NEGARA LAIN SEMUA BODOH

    Usaha menaik taraf sistem pertahanan negara mesti dimulakan dengan siasatan terhadap laporan penyelewengan dalam pembelian peralatan pertahanan, kata Ketua Penerangan PAS Puat, Datuk Mahfuz Omar.

    Sambil menyokong kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menaik taraf sistem pertahanan negara, beliau berkata, jika usaha menaik taraf sistem pertahanan itu tidak dimulakan dengan siasatan terhadap laporan penyelewengan tersebut, usaha itu tidak akan berjaya.

    "Mesti disiasat mengapa negara lain beli peralatan pertahanan yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

    "Kenapa Malaysia beli dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal, sedangkan yang dibeli adalah benda yang sama," katanya.


    Hishammuddin sebelum itu menyatakan, wujud keperluan untuk menaik taraf sistem pertahanan negara bagi memperkukuh kawalan keselamatannya pada masa depan susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.

    Katanya, langkah itu perlu selepas ada keperluan mendedahkan maklumat sulit radar ketenteraan dalam pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac lepas.

    Menekankan perlunya siasatan tersebut dilakukan, Mahfuz juga membangkitkan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus menikus apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Najib menyamannya berikutan tuduhannya tentang komisen pembelian Sukhoi dan Scorpene.

    "Bukan setakat itu sahaja, percubaan Najib untuk menjelaskan perkara itu dalam Parlimen menimbulkan lebih banyak keraguan kerana caranya lebih kurang sama dengan sidang akhbar beliau tentang pesawat MH370," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

    Memburukkan lagi keadaan, katanya, ialah kita tidak tahu atau tidak boleh guna sepenuhnya peralatan pertahanan yang kita beli.

    Mahfuz berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendedahkan perkara itu.

    "Pesawat Amerika kononnya tahan lebih lama. Tetapi kita perlu ingat apabila duit untuk beli MiG-29 diguna untuk beli pesawat F/A-18, akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

    "Mereka tidak beri "source code" yang mana ini menghadkan kegunaan F/A-18 untuk pameran sahaja," kata Dr Mahathir.

    Mahfuz juga mempertikaikan tindakan membuat kesimpulan "tidak mengancam" yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan negara.

    Sebelum ini dilaporkan bahawa radar tentera telah mengesan pesawat itu sehingga ia hilang hubungan pada jam 2.15 pagi semasa ia sampai ke Laut Andaman, tetapi identitinya tidak diketahui pada masa itu dan dianggap tidak mengancam.

    "Ini menunjukan kelemahan "standard operating procedure" (SOP). Adakah tidak wujud langsung penyelerasan dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) atau lain-lain pihak untuk mengetahui status pesawat yang identitinya tidak diketahui itu?" katanya.

    Lebih menunjukkan kelemahan ialah apabila Hishammuddin menafikan laporan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar pesawat mencari ke Laut China Selatan dan Selat Melaka sejurus selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang.

    "Sudah tahu hilang, kenapa tidak segera mencari?" Mahfuz mempersoalkan.

    Beliau juga membangkitkan laporan bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Kementerian Pertahanan bagi memberi penjelasan berhubung Laporan Ketua Audit Negara Siri Satu 2013. 



    FIZO OMAR BERITAHU ORANG NAK BELI TUDUNG KELUARAN BINI DIA KENA BERATUR SEAWAL JAM 4.00 PAGI SEMATA-MATA NAK DAPATKAN NOMBOR GILIRAN .... PERGH!!!! ... DAHSYAT!!!!!



    Hebat sangat ke tudung jenama Fareeda ni???  .. Walaupun mahal nak beli kena beratur seawal jam 4.00 pagi .. ertinya rakyat yang kelas berada dan berduit pun kena beratur seawal jam 4.00 pagi untuk mendapatkan baru nombor giliran .. dahlah kena beratur seawal jam 4.00 pagi nak beli tudung dalam lingkungan harga RM200 sehelai tapi hanya boleh beli 2 tudung sahaja.

    Berduit .. kena beratur seawal jam 4.00 pagi dipintu kedai hanya untuk dapatkan nombor giliran .. dah dapat nombor kena tunggu baru boleh masuk .. dah boleh masuk hanya dibenarkan boleh beli 2 tudung sahaja ... Ada banyak mana duit pun bolayan.

    Fuyooooo!!!!! ... dahsyatnyaaaaaaa!!!!! .... Ingatkan bini dia Mawar Karim yang cakap besar berdegar, angkuh dan sombong ... suami dia pun sama jugak kerana nak pertahankan kesombongan bini dia.

    Ditegur katanya dengki khianat iri hati ... untuk makluman Fizo suami isteri  .. tiada siapa nak iri hati dan dengki pun tapi geram kerana rasa dihina dengan kata-kata sombong angkuh.

    Nak serbu pasar malam ajak KPDNKK kerana isu paten rakyat tidak bising tapi hina rakyat yang tak mampu beli kalau berhajat nak miliki tudung jenama Fareeda kena menabung itu buat rakyat terguris hati.

    Mula-mula bini dia hina rakyat yang tidak mampu beli walaupun berhajat kini giliran suami dia pula hina rakyat yang berduit pula??????

    Inilah dinamakan bercakap sombong untuk tutup kesombongan yang lain!!!!!
    Pelakon, Fizo Omar akhirnya mendedahkan empat sebab utama kenapa tudung jenama Fareeda dijual mahal berbanding jenama-jenama tudung lain di Malaysia.

    Pendedahan ini dibuat selepas terlalu ramai individu mengecam dan mengkritik harga mahal yang dikenakan ke atas tudung jenama Fareeda di laman sosial tanpa mengetahui lebih terperinci kelebihannya.

    1. Stok terhad – Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200

    “Tudung-tudung yang kami jual adalah tidak melebihi RM 200, setiap pelanggan pula hanya dibenarkan untuk membeli dua tudung sahaja. Bagi membeli tudung, pelanggan perlu beratur seawal 4.00 pagi bagi memndapatkan nombor giliran.”

    2. Kewujudan orang tengah dipanggil Reseller yang cenderung menjual semula tudung jenama Fareda pada harga tinggi mencecah RM300.

    “Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi.”

    3. Tudung Fareeda adalah amat berkualiti tinggi dan ekslusif

    “Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong.”

    4. Tudung jenama Fareeda lebih kepada wanita yang ingin berfesyen....

    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: