Khamis, 17 April 2014

4693. Pahala dan Dosa iaitu Hal Benar dan Hal Dusta.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
  • Ramai penderma pahala di internet: Adakah kita salah seorang daripadanya
    SHAH ALAM: "Ramai yang saban hari menderma pahalanya di internet," demikian tulis Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul mengenai fenomena masyarakat kita kini yang menggunakan alam siber untuk mencerca orang lain.
    Menurut Dr Asri, 'derma' yang dimaksudkan sama ada dengan cara menuduh orang atau pun memaki dan mencerca orang lain.

    "Sebahagian mereka merasa selamat di sebalik 'keyboard' mereka.

    Namun ALLAH tidak lupa," tulisnya di laman sosial Facebooknya, hari ini.

    Tambah Dr Asri, golongan tersebut mungkin berasa puas hati dengan memaki ataupun mencerca orang yang tidak disukai, namun hakikatnya mereka sedang menderma pahala mereka untuk 'si mangsa'.

    "Jika mereka tiada pahala, mereka sebenarnya sedang menolong si mangsa mengambil dosa-dosanya untuk dipikul di akhirat kelak.

    "Kadang-kala, beruntung juga mereka yang menjadi mangsa," katanya lagi.

    Dr Asri turut berharap pengguna media sosial agar segera sedar atas perbuatan yang dilakukan.

    Katanya, "Nabi Muhammad SAW pernah bertanya para sahabat baginda : 'Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?

    "Jawab mereka: 'Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta'," katanya.

    Tambahnya lagi, "...sabda Baginda: 'Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya.

    Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka" (Riwayat Muslim)," tulis Dr Asri lagi. -sinarharian-


    TV AL-HIJRAH SIASAT USTAZ DON,CERAMAH GUNA HADIS PALSU.
    PETALING JAYA: Stesen televisyen TV AlHijrah sedang meneliti isi kandungan beberapa video yang disebarkan di laman sosial termasuklah tuduhan kononnya ustaz selebriti Don Daniyal yang dikatakan telah menyampaikan ceramah bersama hadis-hadis palsu. 
    Pegawai Perhubungan Korporat TV AlHijrah, Irwan Abdul Rahman berkata, pihaknya juga akan mengambil kira beberapa pandangan pihak-pihak yang berpengetahuan soal Agama Islam sebelum memutuskan bentuk tindakan yang sepatutnya. 

    "Kami sedang kumpulkan beberapa perkara dan mengkaji semula semua video dan komen yang disebarkan itu sama ada daripada program televisyen terbitan TV Al Hijrah ataupun video lain. 

    "Kami akan rujuk kepada ustaz dan alim ulama yang lebih pakar untuk menilai video tersebut serta menunggu penjelasan daripada Ustaz Don sendiri sebelum memutuskan apa-apa tindakan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini pada Rabu. 

    Irwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penyebaran video ceramah Ustaz Don di Internet ketika ini. Ustaz selebriti itu dikatakan telah menyampaikan ceramah dengan mengemukakan hadis-hadis palsu dan tidak sahih sehingga menimbulkan kekeliruan dan perdebatan banyak pihak. 

    Malah, pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah melalui laman sosial Facebook miliknya turut meminta mufti dan para ulama menilai ceramah yang disampaikan oleh ustaz tersebut untuk kepentingan semua umat Islam. 

    Koleksi rakaman video ceramah berkenaan tersebar di Facebook dengan tajuk: Kompilasi hadis palsu dan pendustaan Don Daniyal. Selain mengadakan ceramah-ceramah peribadi, Ustaz Don juga mengendalikan rancangan agama berjudul 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah pada setiap Isnin Hingga Khamis, pukul 9.30 malam. 

    Sementara itu, Irwan menjelaskan, segala program yang diterbitkan oleh stesen televisyen itu terutamanya rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don akan dinilai kandungannya sebelum dilepaskan untuk disiarkan kepada umum. 

    "Pihak kami ada unit bagi mengkaji topik yang ingin dibincangkan oleh Ustaz Don. Kandungan yang diberikan biasanya disemak dahulu oleh pakar-pakar agama sebelum ia diluluskan untuk siaran," ujarnya. 

    Sementara itu, Ustaz Don tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan reaksinya kerana ketika ini beliau berada di United Kingdom untuk menjalani penggambaran sebuah program berbentuk keislaman.(SUMBER) 


    " Respon Daripada Ustaz Mustaffa Kamal Ekoran Kritikan Wardina Kepada Ustaz Don " 
    Aku bukan berniat nak menghentam Wardina Safiyyah. Dan tidak juga menyokong penuh apa yang Ustaz Don telah nyatakan. Perkara ini agak mengelirukan dan memerlukan jawapan daripada alim ulama.

    Kita bukanlah orang yang berhak untuk bercakap soal isu ini. Ada baiknya kita serahkan kepada alim ulama membuat penilaian. Apapun sedikit pencerahan daripada Ustaz Mustaffa Kamal.


    Mahkamah Putuskan Wan Muhammad Azri Bukan Papagomo ????????????????

    KOTA BHARU 16 April - Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini bukan pengendali laman blog Papa Gomo sepertimana yang didakwa sebelum ini.

    Keputusan tersebut berikutan Peguam kepada Datuk Shukri Mohamed, Hisham Fauzi, gagal membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo dalam tuntutan saman RM10 juta terhadap defendan.

    Ketika membacakan keputusan, mahkamah mendapati tiada sebarang dokumen yang boleh membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo malah keterangan saksi plaintif bukan satu bukti sahih yang boleh disahkan oleh mana-mana dokumen rasmi.

    Mahkamah kemudiannya memutuskan Shukri membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada defendan.

    Sebelum ini Shukri memfailkan saman terhadap Wan Azri yang dikatakan sebagai Papa Gomo berikutan terbitan artikel dalam blog bertajuk 'Ratusan Ribu Wang Lesap Disamun Penasihat Sultan Kelantan' beralamat di www.papagomo.com pada 4 Mei 2011.

    Tuntutan Shukri juga meliputi arahan Wan Azri mengemukakan permohonan maaf secara terbuka termasuk mengiklankannya di akhbar berbahasa Melayu tempatan. Posted by Jeebond BLM.


    Blogger Home. My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Tiada ulasan: