Jumaat, 18 April 2014

4712. Bantahan mereka terhadap rancangan Pas melaksanakan Hukum Hudud.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . Kisah parti kaum bukan Muslim tolak Hudud. Apa ada hal. Jadi pelik parti ramai ahli Muslim pun tolak Hudud. 

  • Gambar Hiasan
    KUALA LUMPUR - Empat parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) hari ini sebulat suara menegaskan bantahan mereka terhadap rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

    Dalam sidang media bersama di Wisma MCA di sini, pemimpin keempat-empat parti itu berkata langkah tersebut tidak mengikut perlembagaan dan akan menjejaskan masa depan negara.

    Mereka mengingatkan langkah itu jika diluluskan, akan mendorong Pas menuntut pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi melaksanakan hudud di peringkat negara.   

    "Jika sistem kehakiman mempunyai dua set undang-undang jenayah, ia akan mencetuskan kekalutan (imbroglio) perlembagaan. Ringkasnya, tidak boleh berpatah balik lagi," kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika membaca kenyataan bersama mengenai isu itu.

    Turut hadir ialah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Naib Presiden LDP, Chin Shu Ying.

    Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini mengumumkan Pas Kelantan akan membawa usul di Parlimen, seawal-awalnya Jun ini, bagi memohon kebenaran melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.

    Walaupun hanya mempunyai sembilan wakil di Parlimen (MCA tujuh dan masing-masing seorang daripada Gerakan dan SUPP), pemimpin keempat-empat parti itu berkata mereka akan melakukan segala yang terdaya bagi menghalang perkara berkenaan.  

    Tiong Lai berkata, DAP yang mempunyai bilangan kerusi Parlimen terbanyak dalam kalangan pembangkang sepatutnya memainkan peranan menghentikan Pas daripada meneruskan rancangannya.

    "Jika mereka tidak boleh berbuat demikian, saya fikir mereka wajar meninggalkan pakatan pembangkang," katanya.- Bernama


    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP
Pulau Pinang adakan upacara pengkebumian dengan penghormatan negeri...

ali allah ditta at tumpang sekole...? - 24 minutes ago
*Karpal akan dikebumi dengan penghormatan negeri Pulau Pinang...* *Selepas seumur hidup berkhidmat kepada negara, kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengiktiraf sumbangan Karpal Singh dengan mengadakan upacara pengebumian penghormatan negeri.* *Bendera Pulau Pinang akan dikibarkan separuh tiang sehingga selesai majlis pengebumiannya pada Ahad ini.* *Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, bendera juga akan menutupi keranda Karpal.* * "Kita tidak boleh mengadakan pengebumian negeri kerana itu di bawah bidang kuasa persekutuan jadi kami hanya boleh memberi mendiang upacara pengkebumia... more »


Zul Kulim Tak Layak Jadi Calon BN - Khairy Jamaluddin

Addin Deen at Addin - 1 hour ago
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh. Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata kenyataan Zulkifli menerusi Twitter itu tidak menggambarkan sikap sebenar seorang Islam atau rakyat Malaysia dan beliau malu dengan perbuatan tersebut. "Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia da... more »


2014,Dajal Diambang Pintu,Adakah Umat Islam Masih Leka

ijoks2009 at Kami SokongTokguru - 2 hours ago
Rasanya semua menyedari tentang fenomena alam yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Mungkin bagi kalangan orang bukan Islam ianya hanya sekadar fenomena alam yang biasa tetapi bagi umat Islam yang beriman ianya merupakan petanda demi petanda tentang hari akhirat yang ditunjukkan Allah SWT agar umat Islam tidak lalai dengan melakukan maksiat dan kemungkaran di muka bumi ini. [image: Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir] Masihkan anda ingat pada penghujung tahun 2013 iaitu bulan Disember 2013, di mana Allah telah turunkan musibah merupakan banjir besar di seluruh Pantai Timur termasuk Johor ... more »


" 4 Parti Komponen BN Sah Tolak Hudud. Apa Keputusan UMNO? "

tikaq buloh at tikaqbuloh.blogspot.com - 2 hours ago
Gambar Hiasan KUALA LUMPUR - Empat parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) hari ini sebulat suara menegaskan bantahan mereka terhadap rancangan Pas melaksanakan hukum hudud. Dalam sidang media bersama di Wisma MCA di sini, pemimpin keempat-empat parti itu berkata langkah tersebut tidak mengikut perlembagaan dan akan menjejaskan masa depan negara. Mereka mengingatkan langkah itu jika diluluskan, akan mendorong Pas menuntut pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi melaksanakan hudud di peringkat negara. ... more 


ADA RAKYAT MALAYSIA MERASAKAN KETIADAAN YB KARPAL SINGH AKAN MERINDUI PANTUN DAN PERIBAHASA SERTA GERAK GAYA TANGANNYA KETIKA MEMBUAT LAPORAN UNTUK TV3?????

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 2 hours ago
*" Perginya Karpal Singh ini bagi aku kehilangan negara . Kita pasti merindui pantun dan peribahasa diucapkan dan gaya tangannya tiap kali beliau melaporkan berita di TV3".Omak Kau malas nak ulas panjang lebar ...* *Sekurang-kurang beliau tidaklah biadap macam Zulkifli Noordin, dan Ahli Parlimen Langkawi Dato' Ir Nawawi Ahmad.* *TERBAKAR HUTAN NAMPAK ASAPNYA .. TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU.*


Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

AMIR Wartawan Rasmi LR at WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 2 hours ago
Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan. [image: Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Da... more »


Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia!

AMIR Wartawan Rasmi LR at WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 2 hours ago
Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia! by Staff Berita Semasa on April 17, 2014 [image: harga minyak ron95] Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia: Kali terakhir kerajaan Malaysia bertindak berani dan drastik mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik (iaitu minyak untuk kelompok marhaen) adalah pada 3 September 2013 (KLIK SINI). Selepas 7 bulan berlalu, alhamdulillah harga minyak RON95 terus kekal walaupun dalam keadaan ringgit Malaysia te... more »


MH370: Pelancong China batal tempahan bernilai RM100 JUTA

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
[image: MH370: Pelancong China batal tempahan bernilai RM100 JUTA] *PUTRAJAYA - Insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu memberi impak terhadap ketibaan pelancong dari China apabila 30 peratus tempahan telah dibatalkan melibatkan kos RM100 juta.* *Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, kesan tersebut direkodkan dalam tempoh enam minggu, iaitu sejak peristiwa kehilangan pesawat tersebut berlaku. - UTUSAN ONLINE* *Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com *

Tiada ulasan: