Jumaat, 18 April 2014

4742. Kerana memakai purdah. Wanita-wanita Islam telah dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan. Negara mana?.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
Zaman siapa PM?. 

  • Kuala Lumpur : Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalil Yaakob, pernah mengeluarkan arahan supaya semua wanita yang bekerja dengan kerajaan tidak memakai purdah. Sila rujuk artikel The Star bertarikh 12 Mac 1985.

    Walaupun purdah ini hukumnya tidak wajib dalam Islam, namun ia tetap sebahagian dari syariat Islam.

    Terdapat wanita-wanita Islam yang telah dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan termasuk pelajar-pelajar universiti yang dibuang universiti kerana memakai purdah.

    Kes yang paling popular adalah kes Halimatusaadiah Kamaruddin. Beliau bertugas sebagai kerani umum di Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak.

    Pada 6 Ogos 1986, Halimatusaadiah dibuang dari jawatan kerani umum kerana beliau memakai purdah.

    Halimatusaadiah kemudiannya menyaman Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau diwakili oleh peguam Karpal Singh. Ya benar, Karpal Singh pernah membela seorang mangsa kezaliman Umno kerana memakai purdah.

    Yang hairannya, Umno tidak pernah mengambil tindakan terhadap pekerja-pekerja Islam yang memakai pakaian seksi dan terdedah aurat. Hanya mereka yang memakai purdah sahaja yang dizalimi oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

    Tapi, bekas diktator Tunisia juga pernah mengharamkan purdah. Akhir sekali, beliau terpaksa mencari perlindungan di negara yang mewajibkan purdah pada semua perempuan. Mungkin Umno juga bakal mengikut jejak langkah bekas diktator Tunisia itu.

    Juga, ia menunjukkan sikap anti Islam Umno ini sejak zaman berzaman. Bermula dengan loteri Umno 1951, lepas tu pembukaan kilang-kilang arak dan pada tahun 80an pengharaman purdah.

    Ini adalah identiti sebenar Umno. Mereka adalah puak-puak yang anti kepada Islam dan benci kepada Islam. Mereka lebih suka menyembah seorang pelakon porno dari melaksanakan hukum hudud.
    Menghentan Kerajaan Singapore satu masa dahulu apabila pihak Singapore tidak membenarkan 4 pelajar Islam Malaysia disana memakai tudung. Karpal Singh mempertikaikan kenapa kaum Sikh boleh memakai serban sedangkan perempuan Islam Malaysia tidak dibenarkan memakai tudung.

    Dalam Tweetnya sejurus selang beberapa jam kematian mendiang Karpal Singh, dia menyatakan Karpal Sing adalah orang yang terawal memberi penghargaan khas kepada IM Asyraf sebulan selepas IM Asyraf  menjuarai program Imam Muda Astro pada tahun 2010. Majlis khas telah diadakan bagi menghargai IM Asyraf yang mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang.

    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: