Jumaat, 18 April 2014

4745. Kerajaan Negeri Manakah Yang Menyediakan Dana Kerajaan Negeri Untuk Rakyatnya Membina Rumah Di atas Tanah Kediaman Milik Keluarga?.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
Allah Maha Pencipta dan Maha Pemilik. 
  • APA LAGI KERAJAAN PR SELANGOR NI ... TAK JEMU-JEMU NAK BANTU RAKYAT ... LEPAS INI NAK SEDIAKAN DANA KHAS UNTUK RAKYAT BINA RUMAH DI ATAS TANAH MILIK KELUARGA.
    Dengan harga rumah yang kini melambung naik, rakyat Selangor berpeluang memohon dana Kerajaan Negeri bagi membina rumah di atas tanah kediaman keluarga.

    Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bagaimanapun dana itu hanya akan dibuka dalam masa tiga tahun akan datang sementara tumpuan sekarang diberi kepada pembinaan rumah mampu milik.

    Katanya, Kerajaan Negeri perlu menggunakan peruntukan RM100 juta daripada rizab terlebih dahulu bagi menjayakan pembinaan rumah mampu milik yang sudah dirangka.

    “Kini kita hendak menumpukan kepada rumah mampu milik sebab peruntukan dijangkakan lebih RM300 juta.

    “Sebab itu kita gunakan dahulu RM100 juta, jadi bila pembayaran balik pembelian rumah mampu milik dilakukan, kita boleh jadikan sebagai pusingan modal untuk program seterusnya,” kata Abdul Khalid di sidang Dewan Negeri.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan (BN) berhubung cadangan penubuhan dana khas membiayai golongan yang ingin membina rumah.

    Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi membiayai program Perumahan Mampu Milik atau Rumah Selangorku bagi memberi peluang rakyat negeri ini khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah kediaman.

    Projek perintis Rumah Selangorku dibangunkan di sebahagian tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berkeluasan 28 hektar di Sungai Sering, Hulu Klang memandangkan permintaan untuk rumah mampu milik amat tinggi di kawasan berkenaan.

    Lebih 2,000 unit rumah akan dibina menerusi projek perintis ini yang terdiri daripada tiga jenis keluasan iaitu 800 kaki persegi, 900 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi.

    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: