Jumaat, 18 April 2014

4752. Freemason lebih suka Anwar terpenjara?.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
Firman ALLAH yang bermaksud: 
Kami telah masukkan kebanyakan jin dan manusia ke dalam Neraka Jahanam itu, yang mana mereka itu ada hati tetapi tidak mahu memahami, ada mata tetapi tidak mahu melihat dan ada telinga tetapi tidak mahu mendengar. Maka mereka itu sama seperti binatang-binatang ternakan, bahkan lebih sesat daripada itu. (Al A’rti 179)

  • Terkini!!! Liwat II: Panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan Keluarkan Penghakiman Bertulis 85 Muka Surat.. Jom Terjah!!!

    Anwar Ibrahim
    Anwar Ibrahim

    PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memutuskan adalah selamat untuk mahkamah sebelum ini mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya.

    Mahkamah berkata malah sekiranya diandaikan tiada bukti untuk menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan responden (Anwar).
    Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, berkata terdapat cukup keterangan lain yang membolehkan elemen pertuduhan dapat disahkan dan dibuktikan.
    Dalam penghakiman yang diedarkan kepada media hari ini, mahkamah memutuskan isu kemungkinan sampel DNA diambil daripada Mohd Saiful telah diusik oleh pegawai penyiasat kes Superitenden Jude Blacious Pereira dan telah tercemar juga tidak dapat dibuktikan.
    “Kami berpendapat andaian bahawa pegawai penyiasat telah mengusik barang bukti (sampel) tidak mempunyai merit. Kami tidak tahu bagaimana hakim perbicaraan yang bijaksana boleh terkhilaf dalam pendapatnya,” kata hakim berkenaan.
    Berhubung andaian pihak pembelaan bahawa Jude telah mengusik eksibit itu, mahkamah mendapati tindakan pegawai penyiasat berkenaan membuka eksibit itu tidak menyebabkan eksibit itu tercemar.
    Ketiga-tiga hakim itu berkata mereka mengambil kira penjelasan diberikan Jude berhubung tindakannya itu iaitu beliau hanya mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis Negara.
    Dua lagi hakim yang mendengar rayuan itu ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
    Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
    Panel itu juga berkata mereka mendapati tiada alasan untuk mereka menganggu penemuan hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tentang isu kredibiliti Mohd Saiful dan bahawa tiada yang tidak munasabah dengan keterangannya.
    “Mengikut undang-undang, kredibiliti saksi-saksi adalah paling penting bagi hakim perbicaraan. Kami berpuas hati bahawa hakim perbicaraan yang bijaksana telah menimbangkan sewajarnya keterangan saksi pertama pihak pendakwa (Mohd Saiful Bukhari),” menurut panel itu.
    Mereka berkata mahkamah telah meneliti keterangan Mohd Saiful Bukhari dan bersetuju penuh dengan hakim mahkamah tinggi apabila beliau mendapati bahawa tidak sukar untuk memahami kenapa Mohd Saiful berbuat begitu disebalik menegaskan beliau tidak merelakan perbuatan Anwar itu.
    Panel berkenaan berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan hakim mahkamah tinggi berhubung kredibiliti Mohd Saiful dan tiada yang tidak munasabah dalam keterangannya.
    Mereka juga menyatakan kelewatan membuat laporan polis berhubung dakwaan liwat tidak memudaratkan kes pihak pendakwaan selagi terdapat penjelasan yang kukuh dan boleh diterima berhubung kelewatan itu.
    Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas kejadian liwat itu.
    Mengenai isu pengesahan identiti “Lelaki Y”, mahkamah memutuskan keterangan ahli kimia Nor Aidora Saedon dari Jabatan Kimia Malaysia adalah amat penting.
    Ketiga-tiga hakim berkata Nor Aidora membangunkan profil DNA “Lelaki Y” daripada eksibit iaitu sebatang berus gigi berwarna putih, sehelai tuala kecil  ”Good Morning” dan satu botol plastik air mineral yang telah kosong yang diperolehi dari sel lokap yang Anwar merupakan satu-satunya penghuni di situ.
    Selepas menjalankan analisisnya, Nor Aidora mendapati “Lelaki Y” adalah penyumbang yang sama dengan DNA diambil daripada eksibit ditemui di lokap itu dan beliau merumuskan penyumbang DNA dan “Lelaki Y” adalah daripada sumber sama.
    Panel itu menegaskan undang-undang akan gagal melindungi masyarakat sekiranya mahkamah menerima kemungkinan-kemungkinan andaian yang akan merencatkan pelaksanaan undang-undang dengan adil.
    Anwar dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan itu.
    Beliau diwakili barisan peguam iaitu mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur manakala pihak pendakwa raya diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. – Bernama


    Ini alasan lu org !!!

    PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata. 
       
    Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh. 
       
    "Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis setebal 85 muka surat yang dikeluarkan hariini.Dua lagi hakim ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
       
    Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium DesaDamansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

    Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.
       
    Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya.
       
    Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.
       
    "Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan diatelah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.
       
    Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah.-
    Bernama



    Saifuddin: Umno-BN berniat jelas ingin penjara Anwar

    Saifuddin-Nasution_small
    SHAH ALAM : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Safuddin Nasution Ismail menyifatkan Umno-BN kini tidak mampu lagi memikirkan hal negara, melainkan kepentingan diri mereka sahaja.

    Katanya, tidak menghairankan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat ancaman utama dan Umno-BN berniat jelas untuk memasukkan Ketua Umum PKR itu ke dalam penjara.
    “Umno ingin lawan Anwar tak larat. Dia reka fitnah, lepas itu kurung. Cara itu diharap rakyat akan tolak PKR.

    “Itulah sifir daripada Umno. Formula yang mereka buat dari zaman Tun Mahathir lagi,” kata yang dipetik daripada Keadilan Daily ketika berucap di hadapan 3,000 hadirin dalam Program Reformasi 2.0 di Padang Besar, semalam.

    Katanya, Umno-BN hanya akan menggunakan satu cara sahaja iaitu memasukan Anwar Ibrahim ke dalam penjara dan mahu rakyat Malaysia menolak PKR dan terus menyokong Umno BN.

    “Bukan sahaja Anwar yang dimsukkan penjara, berbaris pimpinan Pakatan Rakyat akan dimasuukan penjara. Rafizi kena ,Anthony loke kena, habis semua orang dia nak masukkan dalam penjara,” katanya sambil laungan takbir dan Reformasi.
    anwar1
    “Mereka tak ada fikir lain. Penjara Anwar, penjara Anwar. Hukuman lima tahun kena tambah 20 tahun. Mereka tak nak Anwar cakap dengan rakyat. Mereka nak perintah sampai khiamat,” katanya.

    Pada masa sama, Saifuddin berkata, harapan kini terletak di tangan anak muda yang nenjadi kelompok penentu hala tuju sosio, ekonomi dan politik di negara ini.

    “Perubahan yang sangat ketara adalah sokongan daripada anak muda,” katanya.


    Bila Pulak Giliran Saiful Akan Menerima Bala Dari Allah SWT? - Antara Karpal Singh,Saiful Bukhari Dan Hari Jumaat

    Disini aku nukilkan kembali sebahagian dari transkrip ketika Saiful disoal balas oleh mendiang Karpal dalam perbicaraan kes liwat II DS Anwar Ibrahim.Ketika itu Karpal merupakan peguambela DS Anwar.Jom baca :

    Karpal: Kenapa anda tidak sembahyang hari itu (26 Jun 2008)?  


    Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah diliwat.
    Karpal: Ada sembahyang pada 27 Jun? 
    Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat.
    Karpal: Ada mandi sebelum sembahyang? 
    Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis.
    Karpal: Bila sembahyang, mesti cuci betul-betul? Betul mandi junub diwajibkan? Mohd Saiful :Ya.
    Karpal: Jadi sembahyang anda pada 27 Jun 2008, adalah tidak sah? 
    Mohd Saiful: Ya.

    Karpal: Jadi anda bukan seorang Islam yang baik. 

    Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu,Hakim Mohamad Zabidin memutuskan DS Anwar tidak bersalah meliwat Saiful. 

    Bagaimanapun pada 7 Mac lalu DS Anwar didapati bersalah selepas pihak pendakwa membawa kes ke Mahkamah Rayuan ~ Tinta Hijau DKB  Posted by 

    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Terkini!!! Liwat II: Panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan Keluarkan Penghakiman Bertulis 85 Muka Surat.. Jom Terjah!!!

sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 8 minutes ago
[image: Anwar Ibrahim] Anwar Ibrahim PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memutuskan adalah selamat untuk mahkamah sebelum ini mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya. Mahkamah berkata malah sekiranya diandaikan tiada bukti untuk menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan responden (Anwar). Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis 85 muka su... more »

Empat Tahun Rahsiakan Perkahwinan Kedua Dari Pengetahuan Isteri Pertama (Episod 2)

Mohd Khalil at USTAZ MOHD KHALIL (Kadi Kluang), Blog Peribadi Saya - 8 minutes ago
Empat tahun lamanya lelaki menjadi pelakon yang hebat. Hari bekerja Isnin hingga Jumaat dia di rumah isteri kedua. Petang Jumaat dia naik bas dan disambut oleh isteri pertama dan anak-anaknya. Petang Ahad pula naik bas lagi dan isteri pertama dia hantar. Dia kata dia duduk rumah bujang 4 orang untuk jimatkan kos. Sebenarnya lakonan ini supaya isteri dia tak datang kalau-kalau nak tengok rumah suaminya. Pernah juga isteri dan anak dia datang tapi masa itu dia sewakan hotel kerana katanya kawan-kawan bujang ada di rumah. Isteri yang pernah jadi janda yang penuh cabaran itu merekalan... more »

Sultan Brunei Pertahan Hudud, Mahathir Pertahan Sekular Halang Hudud

greenboc at KELAB GREENBOC - 9 minutes ago
Sultan Brunei jawap kritikan PBB atas pelaksanaan hukum hudud images (18)BRUNEI DARUSSALAM- Ketua negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah menangkis kritikan antarabangsa berhubung pelaksanaan hukum hudud di negaranya dan menafikan bahawa tindakan itu satu langkah ke belakang. Laman web, Mail Online melaporkan Mac lalu, Sultan Hassanal bertitah, semua bangsa perlu bersatu di bawah undang-undang syariah dan baginda menyifatkan kod panel baharu itu merupakan kejayaan besar Brunei. Hukum hudud yang memperuntukkan hukuman sebat dan rejam sehingga mati bagi kesalahan tertent... more »

Ini alasan lu org !!!

Pak Oncu at Kampung Bintongan - 41 minutes ago
Laundry is the only thing that should be separated by color. ~Author Unknown~ *PUTRAJAYA:* Mahkamah Rayuan di sini memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata. Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh. "Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datu... more »

Dalam Kes Halimatusaadiah, Siapa Yang Membela Beliau, Kalau Bukan Mendiang Karpal Singh.

atsixty at ZAKRI ALI - 42 minutes ago
[image: Photo: Minta geng2 umno CELIK SIKIT..jgn selama2nya jadi BUTA KRONIK..bkn main lg geng2 kamu KUTUK dan HINA karpal singh walaupun pada hari dia meninggal dunia..kamu KUTUK sbb geng2 kamu BUTA.. -Geng2 kamu yg PECAT wanita ini krana beliau memakai PURDAH semasa bertugas sbgai KERANI di Pej Undang2 Perak..tapi karpal singh yg kamu KUTUK dan HINA itulah yg MEMBELA WANITA yang DIZALIMI itu.. -siapa yg LEBIH BERJASA antara geng2 kamu yg memecat wanita tersebut dgn KARPAL SINGH yg MEMBELA wanita itu??] *Milo Kosong Koww* *Minta geng2 umno CELIK SIKIT..jgn selama2nya jadi BUTA KR... more »

Ratu Bintang filem porno tergamam lihat aksinya semula

Abu Luqman at Media Orang Kampung - 43 minutes ago
Bintang filem porno tergamam lihat aksinya semula BINTANG filem lucah seperti yang sedia maklum melakonkan adegan-adegan yang tidak sesuai langsung ditonton oleh penoton di bawah umur . Tapi percayakah anda bahawa ada pelakon-pelakonnya yang langsung tidak pernah menonton aksi mereka di kaca television? Itulah yang berlaku kepada seorang pelakon filem p00rn00 yang telah melakonkan hampir

" Dahlah Untung Bilion2. Naik Tarif Letrik, Ambik Pula Caj Tambahan. Cekik Darah Betul "

tikaq buloh at tikaqbuloh.blogspot.com - 43 minutes ago
Yang atas tuh bil umah aku. Mahu tak cekik darah, bil bulanan baru RM90-RM100 bulan-bulan tapi nak kena caj tambahan kepala bapak apa tak tau. Padahal deposit yang sedia ada RM110. Tak cukup dengan untung berbilion-bilion saban tahun sapu pula duit rakyat. Bil yang kedua tu adalah bil yang berlegar di laman sosial. Daripada komen-komen yang diberikan oleh pengguna alam maya memang banyak pengguna yang dikenakan caj tambahan oleh TNB. Macamlah orang tak bayar bil.

Gambar Pembedahan Mengeluarkan Bayi Batu Berusia 3 Tahun

Nas Rul at dairishare - 1 hour ago
Pesakit wanita Zaire 37 tahun yang tinggal di sebuah kampung Malongo di hulu Sungai Congo. Dia dikatakan terdedah dengan massa abdomen yang relatif asimptomatik besar. Beliau menyatakan telah mengandung selama kira-kira 28-32 minggu tetapi tidak melahirkan anak. Dia telah mempunyai lapan kehamilan sebelum ini dengan lima anak yang tinggal. Dan hasil dari pemeriksaan, doktor telah mendapati bahawa bayi itu menjadi batu di dalam rahim. Gambar di bawah menunjukkan bayi batu yang di keluarkan dari rahim ibu itu.

Saifuddin: Umno-BN berniat jelas ingin penjara Anwar

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
[image: Saifuddin-Nasution_small] *SHAH ALAM : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Safuddin Nasution Ismail menyifatkan Umno-BN kini tidak mampu lagi memikirkan hal negara, melainkan kepentingan diri mereka sahaja.* *Katanya, tidak menghairankan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat ancaman utama dan Umno-BN berniat jelas untuk memasukkan Ketua Umum PKR itu ke dalam penjara.* *“Umno ingin lawan Anwar tak larat. Dia reka fitnah, lepas itu kurung. Cara itu diharap rakyat akan tolak PKR.* *“Itulah sifir daripada Umno. Formula yang mereka buat dari zaman Tun Mahath...more »

'K'jaan mahu sorok maklumat kotak hitam?'

kerengga at KERENGGA - 2 hours ago
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sangsi dengan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang berkunjung ke UK untuk membincangkan mengenai hak menjaga kotak hitam pesawat MH370. “Mereka bimbang dengan penjagaan kotak hitam. Ini yang menarik... “Pada saya, dalam kes ini, sesiapa sahaja boleh membaca kotak hitam... Jadi anda boleh rasa (tindakan)

'Saya tak tahu itu Karpal'

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
* [image: 'Saya tak tahu itu Karpal'] * *IPOH - "Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.* *Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.* *Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.* *"Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah," katanya.* *Dalam kejadian itu, Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit... more »

Rakan Umno tentang hasrat Pas laksana hudud

mso.im at . - 2 hours ago
ULASAN SENJA *Empat* parti komponen BN yang menjadi rakan kepada Umno telah menyatakan sikap dan pendirian menolak hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu. Dalam kenyataan bersama membantah cadangan kerajaan Kelantan itu, empat parti itu, MCA, Gerakan, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Liberal Demokratik Parti (LDP) menyatakan mereka akan tentang hudud. Walaupun mereka adalah minoriti dalam parlimen, tetapi akan berusaha sedaya mungkin akan menentang pelaksanaan h... more »

Bila Pulak Giliran Saiful Akan Menerima Bala Dari Allah SWT ?

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
*Antara Karpal Singh,Saiful Bukhari Dan Hari Jumaat * *Disini aku nukilkan kembali sebahagian dari transkrip ketika Saiful disoal balas oleh mendiang Karpal dalam perbicaraan kes liwat II DS Anwar Ibrahim.Ketika itu Karpal merupakan peguambela DS Anwar.Jom baca :* *Karpal: Kenapa anda tidak sembahyang hari itu (26 Jun 2008)? * *Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah diliwat. * *Karpal: Ada sembahyang pada 27 Jun? * *Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat. * *Karpal: Ada mandi sebelum sembahyang? * *Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis. * *Karpal: Bila sembahyang, ... more »

HINA MAYAT MENDIANG YB KARPAL SINGH .... AHMAD SHABERY CHEEK PUN MELUAT DENGAN PERANGAI AHLI PARLIMEN LANGKAWI YANG TERLALU BIADAP.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 2 hours ago
*Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pengamal media sosial perlu berhenti menyebarkan gambar yang di muat naik oleh Ahli Parlimen Langkawi merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB Dato Ir Nawawi Ahmad kerana beliau bertindak melampau dan tidak bertamadun.Menyatakan kesedihan dan kekecewaan terhadap perkembangan budaya yang tidak diingini ini, beliau berkata tindakan ini adalah tidak beretika."Saya sedih apabila saya melihat gambar-gambar mayat disebarkan di media sosial . Ia adalah tidak beretika dan tidak bertamadun untuk memap... more »

Zulkifli Noordin belasah Khairy pula... Anwar juga yang jadi mangsa..

atsixty at ZAKRI ALI - 3 hours ago
*Selepas Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta Datuk Zulkifli Noordin untuk diam dari terus mencemuh kematian Karpal Singh, hari ini bekas naib presiden Perkasa itu menyelar Menteri Belia dan Sukan berkenaan.Zulkifli berkata beliau mengasihani kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta Khairy agar tidak cepat melatah."Kepada menantu Pak Lah: Tolong jangan menjadi ahli politik yang mudah melatah! Kita tidak perlukan Anwar lagi dalam negara ini! Ok yop?* *"Teman sebenarnya malas nak layan menantu Pak Lah ni kerana mengasihani Najib! Jadi teman akan jawab han... more »

Tiada ulasan: