Sabtu, 19 April 2014

4755. Mari kita selidik diri kita sendiri.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
Allah Maha Mengetahui. 

    • BUnge FieNa CIRI-CIRI PENENTANG ISLAM

      Assalamualaikum,

      Mari kita selidik diri kita sendiri adakah terdapat ciri-ciri berikut:

      1. Merasai putus asa dalam berdakwah, orang yang berputus asa terdiri daripada golongan kafir.

      2. Adakah anda kasihkan dunia, tetapi bencikan akhirat. Orang kafir sentiasa mahu kehidupan dan kemewahan di dunia, sentiasa melakukan kerja kefasikan dan kesesatan yang dilarang dalam Islam.

      3. Tidak beriman melainkan dengan kebendaan.

      4. Tidak mahu mendengar teguran yang berbentuk keIslaman dan ayat Al Quran rasa benci mendengarnya. Terutama sekali bila terkena ke atas dirinya sendiri.

      5. Tidak menghukum mengikut apa yang diturunkan Allah SWT.

      6. Selalu bermusuhan dengan pendakwah, jamaah Islam dan mana-mana kumpulan yang menyuarakan hukum Allah SWT termasuk Parti Islam, sesama mukmin, tetapi lebih senang membantu golongan kufar.

      7. Sanggup memikul dosa orang lain, menggalak melakukan kemungkaran dan kerja-kerja maksiat. Menganjur pelbagai program maksiat untuk tuntunan orang ramai.

      8. Memperolok-olok sunnah Nabi (janggut), Serban dan ayat-ayat Al Quran serta Hadis Nabi saw.

      9. Hati mereka sudah tertutup kepada kebenaran, apabila diajak melanksanakan hukum Hudud, tanpa sebarang alasan terus menetang.

      10 Berseronok atau bersukaria seperti binatang.

      11. Melantik pemimpin dikalangan Taghut, yang selalu mengajak mereka daripada cahaya kepada kegelapan.

      12. Menyuruh orang lain berbuat bakhil dan tidak perlu berderma atau memberi sumbagan kepada pejuang Islam atau untuk kebajikan Islam.

      13. Masalah murtad langsung buat tak kisah, malah digalakan supaya lebih ramai orang Islam menjadi mutrad.

      14. Tidak akan rela atau tidak akan suka selagi Umat Islam tidak masuk agama mereka.

      15. Tidak senang sekiranya orang Islam mendapat kebaikan dari Allah SWT.

      16. Selalu menyerang, memfitnah dan memburuk-buruk orang beriman, sehinga menjadi murtad.

      Sekiranya sifat-sifat tersebut tertanam di hati seseorang, ini bermakna menyerupai sifat orang-orang kafir. 

      Golongan ini selalu melancarkan peperangan fikiran dengan cara memburuk-buruk Islam. Oleh itu kita hendaklah berwaspada selalu. 

      Golongan ini akan menyerang golongan Ulamak dan mana-mana jamaah Islam, pertubuhan dan badan-badan politik Islam di seluruh dunia, tak ketinggalan di Malaysia. 

      Golongan yang digula-gula terlebih dahulu ialah Pemerintah, kaum bangsawan, pembesar dan raja-raja. Dengan cara sebegini memudahkan mereka untuk memurtadkan ummat Islam.


    VIDEO BERKAITAN Entry 4754. 


    Sumber: () 

    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: