Sabtu, 19 April 2014

4759. Inilah antara kelebihan dan keistimewaan Brunai Darussalam tidak menyertai gagasan Malaysia.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
In Syaa Allah tambah berkat dan dirahmati Allah SWT. Kekayaan Negara melimpah ruah dan perlaksanaan Hudud seiring dengan Perintah dan Larangan Allah SWT. 


Anonymous said...
ORANG ISLAM BUKAN PENCURI MACAM KAMU.
Anonymous said...
semakin terserlah kejahilan mahathir terhadap Islam


  • Sultan Brunei Pertahan Hudud, Mahathir Pertahan Sekular Halang Hudud

    Sultan Brunei jawab kritikan PBB atas pelaksanaan hukum hudud
    BRUNEI DARUSSALAM- Ketua negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah menangkis kritikan antarabangsa berhubung pelaksanaan hukum hudud di negaranya dan menafikan bahawa tindakan itu satu langkah ke belakang.

    Laman web, Mail Online melaporkan Mac lalu, Sultan Hassanal bertitah, semua bangsa perlu bersatu di bawah undang-undang syariah dan baginda menyifatkan kod panel baharu itu merupakan kejayaan besar Brunei.

    Hukum hudud yang memperuntukkan hukuman sebat dan rejam sehingga mati bagi kesalahan tertentu, mula dilaksanakan bulan ini.

    Sultan Hassanal turut bertitah, pihak luar perlu menghormati sebarang keputusan Brunei sama seperti negara ini menghormati keputusan pihak lain.

    Kelmarin, jurucakap Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rupert Colville mengkritik pelaksanaan hukum hudud oleh Brunei yang dianggap menyalahi undang-undang antarabangsa.

    Jelas Colville, pihaknya memandang serius pelaksanaan undang-undang Islam tersebut yang turut memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan seperti merogol, berzina dan meliwat.

    Colville berkata, negara Islam itu sepatutnya tidak melaksanakan langkah tersebut kerana undang-undang antarabangsa menyatakan hukuman rejam sehingga mati misalnya dikategorikan sebagai kejam dan penyeksaan serta tidak berperikemanusiaan, sekali gus diharamkan di bawah perjanjian-perjanjian hak asasi manusia.

    Brunei tidak melaksanakan hukuman mati sejak 1957 dan turut mengharamkan penjualan serta pengambilan minuman keras dalam kalangan penduduk Islam negara ini. -nmp


    SULTAN BRUNEI ISYTIHAR LAKSANA HUKUM HUDUD

    Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

    Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

    Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

    Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

    Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.

    “Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya. 


    Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.

    Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka.
     -SH



    Hasrat Kerajaan Kelantan Laksana Hudud Harus Difikir Secara Mendalam - Tun Mahathir

    KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu harus difikir secara mendalam kerana prinsip asas yang perlu ditekankan adalah keadilan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Beliau berkata kerajaan Kelantan dilihat sebagai lebih memberi penekanan kepada bentuk hukuman dalam percubaan mereka untuk mengamalkan undang-undang itu.

    "Dalam Islam, prinsip yang paling utama adalah keadilan dan terdapat 43 ayat Al-Quran yang menyebut jika menghukum, hukumlah dengan adil. Jika sesuatu itu tidak adil, kita tidak boleh menghukum.

    "Negara kita ada orang Islam dan bukan Islam. Jika mencuri, orang Islam kena potong tangan dan orang bukan Islam mencuri kena penjara, adil atau tidak?," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucap tama pada sesi meja bulat 'Managing Rising Costs In The Current Business Environment' di sini, Khamis.

    Sehubungan itu, Dr Mahathir berpendapat cara pelaksanaan undang-undang itu harus diteliti sebaik-baiknya dan tidak hanya dilakukan atas dasar 'keghairahan untuk menghukum'.

    "Islam agama yang adil dan bertimbang rasa. Saya tak fikir keghairahan untuk menghukum adalah apa yang dikehendaki Islam," kata Dr Mahathir.

    Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

    Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan itu dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan. 
    -petikan mstar



    Yang Hantar Surat Ugutan Halang Hudud Ialah Mahathir Bukan Karpal Singh

    KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menolak pelaksanaan hukuman hudud yang ingin dikuatkuasakan Kerajaan Kelantan.

    Sambil mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa pemilihan Pas, baru-baru ini, dimenangi secara tidak langsung Pengerusi DAP, Karpal Singh, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau mempunyai bukti kukuh Dr Mahathir yang menolak hasrat Pas untuk memartabatkan hukum Islam itu.

    “Seingat saya orang yang menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukannya Karpal Singh.

    “Barangkali orang yang bernama Dr Mahathir ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” katanya melalui laman Facebook.

    Sebelum ini, Dr Mahathir dalam nada sinis mendakwa, perjuangan Karpal supaya Pas menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dilihat berjaya apabila pemimpin baru parti itu tidak dikuasai ulama.

    Karpal antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Pas menubuhkan negara Islam termasuk hukum hudud dengan mengeluarkan kenyataan “langkah mayatnya dulu” sebelum mahu laksanakan.

    Untuk rekod, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun sehingga kini ia belum dilaksanakan. 
    -SH




    Sumber: (http://greenboc.blogspot.com/2014/04/sultan-brunei-pertahan-hudud-mahathir.html
    Blogger Home. 

    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Najib perlu jawab isu MH370, bukan putarbelit kenyataan saya – Anwar

atsixty at ZAKRI ALI - 7 minutes ago
[image: Photo: Friday, April 18, 2014. Najib perlu jawab isu MH370, bukan putarbelit kenyataan saya – Anwar (Lyn Nasir) #pray4MH370PETALING JAYA 16 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak yang memanipulasi kenyataan beliau menerusi teks asal yang diterjemahkan dalam akhbar China, Southern Weekly, 5 April lalu. Tegasnya lagi, Najib tidak seharusnya memutarbelitkan kenyataan, sebaliknya menjawab soalan utama berhubung kehilangan pesawat MH370 seperti radar Markoni yang tidak boleh mengenal pasti laluan pesawat. “... more »

Yang Kita Tunggu Menjelang Tiba.............

atsixty at ZAKRI ALI - 37 minutes ago
Isu Penahanan Kassim Ahmad Oleh Pihak Berkuasa Agama, Mahathir Macam Suruh Tangkap Dia Sekali ! *Penahanan Kassim calar imej negara Islam sederhana Malaysia, kata Dr Mahathir [gambar fail]* *Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tindakan pihak berkuasa agama yang menangkap dan membicarakan aktivis sosial, Dr Kassim Ahmad kerana tindakan tersebut mencalarkan identiti Malaysia sebagai negara Islam sederhana.Bekas perdana menteri itu berkata, dalam keadaan Kassim yang bertongkat dan tidak sihat, pegawai agama Islam dan dibantu po... more »

Salute to this old men !!!

Pak Oncu at Kampung Bintongan - 51 minutes ago
Laundry is the only thing that should be separated by color. ~Author Unknown~ Bersatu Kita Bersatu Dengan Setia Berganding Bahu Tipu Terus Menipu Kita Tipu Melayu Bersama Kita Bersama Mendukung Hasrat Semua Berjasa Pada Kroni Anak Isteri Dan 'Bini' Lambang Kita Yang Gagah Dipandang Keji Dan Haprak Bersatu Bersetia Khianat Cogan Katanya UMNO Terus Lara Rompak Rakyat Malaysia

Anwar: Salah seorang calon Presiden PKR bakal tarik diri

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
[image: anwar n azizah mumbai pic]*Oleh: AFIX REDZUAN.* *PETALING JAYA, 16 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan berkemungkinan salah seorang calon bakal menarik diri sebagai calon Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum pemilihan berlangsung.* *Anwar berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Pendaftar Persatuan (ROS) kini cuba mengekang beliau dan membayangkan hal itu adalah strategi yang bakal diambil.* *Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada bakal menarik daripada mencabar isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam pemilihan parti ketika... more »

Seorang lagi YB terlibat dengan kemalangan maut

kerengga at KERENGGA - 1 hour ago
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan kawasan Paloh, Datuk Nozula Mat Diah (gambar) mengalami cedera ringan manakala isterinya Datin Maziah Din maut dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di Ipoh hari ini.(Semalam) Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata anak lelaki pasangan itu berumur 20-an turut berada di dalam kenderaan yang dipandu

Terkini!!! Liwat II: Panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan Keluarkan Penghakiman Bertulis 85 Muka Surat.. Jom Terjah!!!

sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 2 hours ago
[image: Anwar Ibrahim] Anwar Ibrahim PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memutuskan adalah selamat untuk mahkamah sebelum ini mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya. Mahkamah berkata malah sekiranya diandaikan tiada bukti untuk menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan responden (Anwar). Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis 85 muka su... more »

Empat Tahun Rahsiakan Perkahwinan Kedua Dari Pengetahuan Isteri Pertama (Episod 2)

Mohd Khalil at USTAZ MOHD KHALIL (Kadi Kluang), Blog Peribadi Saya - 2 hours ago
Empat tahun lamanya lelaki menjadi pelakon yang hebat dan boleh dapat anugerah. Hari bekerja Isnin hingga Jumaat dia di rumah isteri kedua. Petang Jumaat dia naik bas dan disambut oleh isteri pertama dan anak-anaknya. Petang Ahad pula naik bas lagi dan isteri pertama dia hantar. Dia kata pada isteri pertama, dia duduk rumah bujang 4 orang untuk jimatkan kos. Sebenarnya rekaan cerita ini supaya isteri dia tak datang kalau-kalau nak tengok rumah suaminya. Pernah juga isteri dan anak dia datang tapi masa itu dia sewakan hotel kerana katanya kawan-kawan bujang ada di rumah. Isteri ya... more »

Sultan Brunei Pertahan Hudud, Mahathir Pertahan Sekular Halang Hudud

greenboc at KELAB GREENBOC - 2 hours ago
S*ultan Brunei jawab kritikan PBB atas pelaksanaan hukum hudud* BRUNEI DARUSSALAM- Ketua negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah menangkis kritikan antarabangsa berhubung pelaksanaan hukum hudud di negaranya dan menafikan bahawa tindakan itu satu langkah ke belakang. Laman web, Mail Online melaporkan Mac lalu, Sultan Hassanal bertitah, semua bangsa perlu bersatu di bawah undang-undang syariah dan baginda menyifatkan kod panel baharu itu merupakan kejayaan besar Brunei. Hukum hudud yang memperuntukkan hukuman sebat dan rejam sehingga mati bagi kesalahan tertentu, mula d...more »

Ini alasan lu org !!!

Pak Oncu at Kampung Bintongan - 2 hours ago
Laundry is the only thing that should be separated by color. ~Author Unknown~ *PUTRAJAYA:* Mahkamah Rayuan di sini memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata. Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh. "Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datu... more »

Dalam Kes Halimatusaadiah, Siapa Yang Membela Beliau, Kalau Bukan Mendiang Karpal Singh.

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
[image: Photo: Minta geng2 umno CELIK SIKIT..jgn selama2nya jadi BUTA KRONIK..bkn main lg geng2 kamu KUTUK dan HINA karpal singh walaupun pada hari dia meninggal dunia..kamu KUTUK sbb geng2 kamu BUTA.. -Geng2 kamu yg PECAT wanita ini krana beliau memakai PURDAH semasa bertugas sbgai KERANI di Pej Undang2 Perak..tapi karpal singh yg kamu KUTUK dan HINA itulah yg MEMBELA WANITA yang DIZALIMI itu.. -siapa yg LEBIH BERJASA antara geng2 kamu yg memecat wanita tersebut dgn KARPAL SINGH yg MEMBELA wanita itu??] *Milo Kosong Koww* *Minta geng2 umno CELIK SIKIT..jgn selama2nya jadi BUTA KR... more »

Ratu Bintang filem porno tergamam lihat aksinya semula

Abu Luqman at Media Orang Kampung - 2 hours ago
Bintang filem porno tergamam lihat aksinya semula BINTANG filem lucah seperti yang sedia maklum melakonkan adegan-adegan yang tidak sesuai langsung ditonton oleh penoton di bawah umur . Tapi percayakah anda bahawa ada pelakon-pelakonnya yang langsung tidak pernah menonton aksi mereka di kaca television? Itulah yang berlaku kepada seorang pelakon filem p00rn00 yang telah melakonkan hampir

" Dahlah Untung Bilion2. Naik Tarif Letrik, Ambik Pula Caj Tambahan. Cekik Darah Betul "

tikaq buloh at tikaqbuloh.blogspot.com - 2 hours ago
Yang atas tuh bil umah aku. Mahu tak cekik darah, bil bulanan baru RM90-RM100 bulan-bulan tapi nak kena caj tambahan kepala bapak apa tak tau. Padahal deposit yang sedia ada RM110. Tak cukup dengan untung berbilion-bilion saban tahun sapu pula duit rakyat. Bil yang kedua tu adalah bil yang berlegar di laman sosial. Daripada komen-komen yang diberikan oleh pengguna alam maya memang banyak pengguna yang dikenakan caj tambahan oleh TNB. Macamlah orang tak bayar bil.

Gambar Pembedahan Mengeluarkan Bayi Batu Berusia 3 Tahun

Nas Rul at dairishare - 3 hours ago
Pesakit wanita Zaire 37 tahun yang tinggal di sebuah kampung Malongo di hulu Sungai Congo. Dia dikatakan terdedah dengan massa abdomen yang relatif asimptomatik besar. Beliau menyatakan telah mengandung selama kira-kira 28-32 minggu tetapi tidak melahirkan anak. Dia telah mempunyai lapan kehamilan sebelum ini dengan lima anak yang tinggal. Dan hasil dari pemeriksaan, doktor telah mendapati bahawa bayi itu menjadi batu di dalam rahim. Gambar di bawah menunjukkan bayi batu yang di keluarkan dari rahim ibu itu.

Saifuddin: Umno-BN berniat jelas ingin penjara Anwar

atsixty at ZAKRI ALI - 3 hours ago
[image: Saifuddin-Nasution_small] *SHAH ALAM : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Safuddin Nasution Ismail menyifatkan Umno-BN kini tidak mampu lagi memikirkan hal negara, melainkan kepentingan diri mereka sahaja.* *Katanya, tidak menghairankan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat ancaman utama dan Umno-BN berniat jelas untuk memasukkan Ketua Umum PKR itu ke dalam penjara.* *“Umno ingin lawan Anwar tak larat. Dia reka fitnah, lepas itu kurung. Cara itu diharap rakyat akan tolak PKR.* *“Itulah sifir daripada Umno. Formula yang mereka buat dari zaman Tun Mahath...more »

Tiada ulasan: