Sabtu, 19 April 2014

4763. Tidak menggunakan prinsip ' habis hujah digunakan fitnah '

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
Inilah antara kesan dan akibat - Hujah lawan hujah serta tentunya berfakta. Akhirnya ada makhluk Allah SWT yang senting akalnya mengubah fokus penghujahan, kepada bentuk serangan peribadi. Atas nama hendak menang dengan cara cukup memalukan bagi manusia berakal normal yang mementingkan disiplin ilmu, yang bertunjangkan perentah dan larangan Allah SWT. Nauzubillahminzaliq. 
  • Kenyataan Rasmi berhubung isu Wardina dan Ustaz Don



    abuhafiz
    Mewakili Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ), beberapa pendirian ingin ditegaskan:

    1- Tindakan Puan Wardina Safiyyah menegur atau bertanyakan beberapa persoalan berkaitan ceramah Ust Don Daniyal bukanlah satu tindakan biadap. Ia adalah manifestasi semangat disiplin ilmu Islam yang mana sesiapa sahaja dibenarkan mengisi ruang pertanyaan dan perbincangan yang sihat di dalam Islam. 

    Tambahan itu, Puan Wardina Safiyyah dengan jelas dalam kenyataannya bertanya dengan maksud mendapatkan kepastian terhadap persoalan beliau dan itu tidak sepatutnya dianggap tidak beradab.
    2- Tuduhan sesetengah pihak yang cuba mengaitkan rujukan Puan Wardina sebagai radikal adalah cubaan yang amat berbahaya dan tidak akademik

    Sekiranya persoalan yang ditimbulkan punyai jawapan secara akademik, pihak terbabit tidak perlu membuat sangkaan jahat dan buruk. Ia amat memalukan.
    Kami menegaskan supaya mana-mana pihak tidak menggunakan prinsip: 'habis hujah digunakan fitnah' 
    3- Seperkara yang begitu menyedihkan ialah perbincangan yang berkisar mengenai kandungan ceramah agama Ust Don Daniyal telah diubah fokus secara tidak berdisiplin dengan mempersoalkan latar belakang dan sejarah silam Puan Wardina. 

    Persoalan ilmiah seharusnya dijawab dengan nilai ilmiah bukan dicemari serangan dan cemuhan peribadi. 
    4- Perbincangan ilmiah dan kebebasan memberikan pendapat adalah prinsip yang perlu diangkat dalam masyarakat. Adalah tidak wajar untuk melabel sesiapa yang mempunyai pandangan berbeza sebagai pemecah belah masyarakat dan berbagai gelaran yang tidak sepatutnya. 
    5- Sekatan terhadap hak bertanya sebegini dibimbangi akan menatijahkan kesan yang buruk iaitu sesiapa sahaja bebas bercakap tentang urusan agama tanpa perlu membawa bukti hujah al-Quran dan al-Sunnah yang thabit dan tidak boleh dipersoalkan. 

    Ini kerana pengamalan agama perlu didasari dengan keyakinan yang kukuh bersandarkan dua sumber utama tersebut. Pertanyaan dan meminta penjelasan adalah cara bagi mendapatkan keyakinan itu.
    Sekian. Terima kasih.
    Abu Hafiz Salleh Hudin
    Ketua Pemuda,
    Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ)
    Sumber: (http://al-qayyim.org/index.php
    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: