Sabtu, 19 April 2014

4766. Mengapa dengan Umno?.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  

Baca Juga: 

4708. Kamus Melayu Umno.

Mengapa dengan umno?. 

1- Memberi kerakyatan mudah kepada kaum China dan India - Tetapi akhirnya Umno cari hal dengan sentimen bangsa?. Lupa tentang kempen satu masa dulu "Muhibah" selepas tragedi 13 Mei 1969. Apa ertinya lagu "Warisan - Anak Kecil Main Api?(zaman PM 1)

2- Melepaskan Singapura 1965 - Dulu mengata "ahh! tanah sekakang kera tak mana majunya" Kini demi servival politik - nanti Malaysia jadi republik macam Singapura Azan tidak boleh berkumandang (Masjid Sultan Azan Available macam di Malaysia) Selama-lamanya Singapura tergadai dengan diiringi Pulau Batu Putih dan Penjualan Bersarat Track Keretapi Tanah Melayu (B) di Singapura. Bumi dipijak milik orang, sebab masa budak-budak suka main api?. (zaman PM 1)

3- Melepaskan Pulau Batu Putihlagi boleh kata win win. Keputusan penghakiman hanya diumumkan pada 23 Mei2008Milik siapa sebenarnya Pulau Batu Putih sebelum ditindih tuntut oleh Singapura?. Rujuk nota 2. (zaman PM 5)

4- Menjual Track KTMB di Singapura sehingga Stesion Keretapi Tanjung Pagar (tinggal sejarah sudah) Rujuk nota 2. (zaman PM 6)

5- Melepaskan 2 telaga minyak kepada Brunai Darussalam (zaman Pak Lah jadi PM

6- Membutakan pengetahuan sejarah di kalangan rakyat banyak. Apakah ada kaitan dengan Dasar Pelajaran/Pendidikan Negara?Alam dan Manusia menggantikan Ilmu Alam (Geografi) dan Tawarikh (Sejarah). Hasilnya berapa generasi buta Sejarah Malaysia dan Geografi Malaysia. Setelah beberapa generasi jadi buta sejarah dan geografi, barulah dimunculkan semula subjek tersebut. 

7- Dasar Penswastaan/Persyarikatan Malaysia - Hebat sangatkah keberhasilan dasar tersebut?. Tanya bekas PM 4 untuk dia menjawab sejujurnya kerana Allah SWT. Alhamdulillah jika dasar tersebut tiada pendustaan. 

8- Malaysia tidak pernah dijajahTahun 1957 haribulannya 31 Ogos. Kenapa di Malaysia ada menyambut Hari Kebangsaan saban tahun. Siap jerit MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! - sebelum ini jadi hamba sahya bangsa mana?. Pengisian Kemerdekaan lagi, jadi program. Oh patutlah Malaysia tidak pernah dijajah. Ya mereka yang buta sejarah bolehlah didustakan sedemikian rupa. Lihat sahaja sejarah Ketenteraan dan Kepolisian Malaysia, sudah berapa ratus tahun. Dikira dari zaman penjajah British lagi. Itu pun rakyat disogok dan diminta percaya dengan cara terang-terangan tentang sejarah palsu. Usia Malaysia baru berapa tahun?. Rujuk nota 6. 

9- Melebel orang yang bukan Umno sebagai pengkhianat bangsa, kononnya dialah pejuang?. - Tidak ada pemimpin Umno dilokapkan oleh British kerana kononnya memperjuangkan kemerdekaan. Kenapa? Carilah jawapannya. Yang tersurat dengan yang tersirat. Pengkhianat bangsa sebenarnya bermaksud mengkhianati bangsa penjajah British, mereka menentang penjajahan Tanah Melayu, tetapi dipesongkan kepada kononnya mengkhianati Melayu. Wadah perjuangan Islam disekat dan diharamkan di zaman penjajahan. Ramai pemimpin pro Islam dipenjarakan oleh British dan kemudian disambung penahanannya oleh Umno selaku Kerajaan selepas merdeka - Maka sebahagiannya berjuang bersama PKM tanpa mengenepikan akidah Islam masing-masing. Siapa pengkhianat bangsa Melayu era moden kini?. Tanyalah pemimpin Umno yang lebih layak menjawabnya secara amanah kerana Allah SWT. 

10- Falsafah Politik ala Freemason?. Mengkambing hitamkan pihak lain untuk menutup penentangan atau wajah sebenar Umno. Sekarang Umno kecoh memperjuangkan kalimah "Allah" sedangkan Allah SWT Maha Pencipta dan Maha Pemilik Alam Serta Sekelian Isinya. Ke mana Umno ketika perjuangan Akidah Natrah - Singapura 15 Disember 1950. Sedangkan sebelumnya pada 23 Februari 1950 bermati-matian Umno memperjuangkan sehingga sekarang polis zaman penjajah. Kisah Mufti Selangor Allahyarham Datuk Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) dipecat kerana bertindak terhadap Pertandingan Ratu Cantik (PM 4 dalam lawatan ke Jepun waktu itu). Berbeza dengan peristiwa Memali 1985 PM 4 ada di dalam negara ketika itu mengikut Bekas Timbalan PM Pertama/Empat. 

Hukum Hudud - Penentangan Non Muslim jadi batu loncatan Umno ke arah menggagalkan usaha melaksanakan Hukum Hudud. Maka watak-watak Non Muslim digunakan sebagai bahan propaganda. Yang sebenarnya merekalah pemimpin Umnolah yang menentangnya. Apa masalahnya kalau bukan Islam tidak bersetuju. Ini yang dakwa orang Islam tidak setuju malah menghinakannya lagi. 

Murtad - Ada pemimpin Umno ambil kisah?. Menariknya Hakim pun kena pecat akhirnya. Tanyalah PM 4 dia masih hidup dan In Syaa Allah boleh menjawabnya (kalau dia tidak tergolong di kalangan orang yang digambarkan seperti dalam bukunya "Melayu Mudah Lupa") dan sedia menjawab kerana takutkan azab api neraka Allah SWT. 

BERSAMBUNG. 

Tiada ulasan: