Berita Panas Dari TV Al-Hijrah
Seorang personaliti TV Al-Hijrah, saudara Amin Idris telah ditimpa fitnah besar, tak tahu apa puncanya tapi itu lah hakikat perjuangan, pasti akan ada cabaran yang menentang.

FITNAH BESAR MENIMPA SAYA
Saya telah ber'skype' dengan seseorang dari Filipina atas tujuan berbincang tentang tujuan dia ingin menjemput saya untuk mengendalikan program training untuk pekerja kilang disana. Kira-Kira 10 minit selepas berbincang, beliau henti dan logout. Saya hairan dan cuma tunggu untuk dihubungi.
Pada esok hari dia menghubungi saya di Skype dengan video yang sungguh "real" memaparkan:
1. Saya sedang minum arak
2. Saya berjoget di disko
3. Video ketiga dia kata surprise dan sangat aib serta tak mampu untuk saya ceritakan.
Saya terus terasa malu, lemah dan terkejut kerana ada yang sanggup mengaibkan saya sebegitu sekali. Dan dia ugut minta duit agar dia tak sebar video tersebut.
Saya takkan tunduk kepada mereka, tapi saya bimbang akan timbul fitnah yang luar biasa dan 'membunuh' saya dengan persepsi rakyat Malaysia. Justeru :
Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak pernah buat seperti yang ada dalam viedo tersebut.
Semoga Malaysia bersama saya.
Amin Idris
Kes seperti ini sebenarnya banyak berlaku samada dalam negara kita mahupun negara luar, kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini sebenarnya makin memudaratkan jika kita tersalah guna. teringat akan sebuah drama dari negara Hong Kong pernah membawa kisah berkenaan sindiket penipuan internet.
Modus operandi mereka adalah menggunakan peralatan komputer yang canggih untuk memerangkap mangsa yang dihubungi tanpa mangsa menyedari dirinya sebenarnya sedang diperangkap oleh sindiket ini dengan membuat video lucah. Dalam drama ala-ala penyiasatan nie, mangsa seterusnya diperas ugut dengan meminta wang supaya video lucah yang dibuat tadi tidak disebarkan.
Jadi disini, suka juga aku ingin mengingatkan kepada yang lain-lain supaya lebih berhati-hati dalam internet, gambar-gambar anda, lebih-lebih lagi wanita, yang konon cute miut yang diupload ke mukabuku atau sebagainya, awas! lebih baik beringat dari menyesal kemudian hari.
Apa yang menimpa saudara Amin kini merupakan satu ujian yang hebat bagi beliau, diharapkan beliau terus tabah dan berdoa supaya fitnah tersebut dapat dielak. Kami rakyat Malaysia juga akan turut sama mendoakan anda. Sabarlah. ~suarashiro.com
Sumber: (http://addindeen.blogspot.com/2014/04/personaliti-tv-al-hijrah-di-fitnah.html)
Popular Posts
KUALA LUMPUR - Selepas dikritik secara terbuka di laman Facebook oleh artis, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, penceramah bebas, Ustaz ...
Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Makkah adalah pusat bumi yang sebenar.“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terl...
Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?! Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua p...
Bekas Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin mempertahankan tindakan bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh ya...
Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu. T...
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
saya pun pernah ditimpa fitnah sehinggakan terpaksa meletakkan jawatan. Berlapang dada dan beranggapan hanyalah kifarah ke atas diri saya. Saya hanya mengadu kepada Allah S.W.T agar ada perancangan yang lebih baik kepada saya berbanding dengan apa yang saya kerjakan waktu itu.
Insyallah, masih terus bersabar meski semakin terhimpit oleh kekangan hidup sekaligus tempiasnya kena pada anak-anak dan isteri saya.
Semoga sipemfitnah dan saya akan berjumpa di Mahkamah Allah dengan hujah masing-masing