Isnin, 21 April 2014

4825. Sekejapan sahaja Allah SWT tunjukan betapa keadilan menjadi permainan sesetengah manusia yang tidak bermaruah, tidak amanah, pendusta, boros, sombong dan bongkak di alam ciptaan dan milik-Nya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
In Syaa Allah Allah SWT membukakan hati mereka bertindak adil dan saksama yang membuktikan mereka tidak melanggar perintah dan larangan Allah SWT. 



  • Jika yang dihina atau dikritik Najib atau Rosmah habis kecoh 1 Malaysia, maka NGO-NGO akan melalak berminggu-minggu, polis pula bertindak dengan cepat. UMNO sajalah yang suci tak pernah buat silap, dasar double standart. 

    Senangnya jadi ahli UMNO maki ulama, maki pemimpin PR ada orang jaga, takpa di dunia lepaslah korang. Hari pembalasan nanti korang terimalah.
    Umno hari ini berkata akan bertindak untuk menasihati Ahli Parlimen ‎Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad susulan daripada perbuatan pemimpin itu yang menghina kematian mendiang Karpal Singh di laman Facebook minggu lalu, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
    Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan displin akan dikenakan ke atas ahli Parlimen itu memandangkan Nawawi sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.
    "Saya sudah komen mengenai kes ini menerusi akaun Twitter saya. Dalam kes membabitkan penghinaan kepada mendiang Karpal, perbuatan seumpama itu memang kita tidak sokong.
    "Namun kita tidak akan ambil tindakan kerana ia dilakukan atas kapasiti peribadi dan saya percaya ia mungkin tidak disengajakan. Kita hanya akan menelefon dan memberi nasihat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program karnival remaja di Kuala Lumpur, hari ini.
    Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Umno itu juga tidak mewakil pendirian parti yang jelas bersimpati dan berduka dengan kehilangan ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
    Khamis lalu, Nawawi memuat naik gambar kemalangan Karpal dengan memaparkan keratan akhbar penentangan hukum hudud di laman Facebooknya.
    Bagaimanapun setelah mendapat kritikan ramai, tiga jam selepas itu, beliau bertindak memadamkan entrinya itu daripada laman Facebook.
    Sementara itu, Adnan yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan turut ditanya adakah BN akan menghantar calon bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang berikutan kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor selepas kematian Karpal.
    "Kita tunggu presiden parti Datuk Seri Najib Razak untuk putuskan. Saya juga sudah berbincang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang akan melihat dahulu situasi ini," katanya.
    Katanya, kerusi Parlimen Bukit Gelugor ditandingi oleh MCA sebelum ini.
    "Kerusi tersebut merupakan kerusi MCA kerana peratus bagi pengundi Melayu hanya 10%, India 11% dan Cina 70%. Jadi kita akan dengar apa pertimbangan MCA," katanya. TMI
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: