Selasa, 22 April 2014

4862. Mengapa ada yang tidak mahu Hudud terlaksana?. Apakah sememangnya mereka perompak, menghina atau memfitnah Nabi Muhammad SAW, menghina Al-Quran dan Hadis, kufur, mengisytihar diri seorang nabi atau keluar agama Islam serta membunuh.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  



  • PBB cuba halang Brunei melaksanakan hukuman rejam terhadap pengamal seks songsang

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangannya terhadap pelaksanaan pindaan undang-undang jenayah negara Brunei Darussalam yang akan dikuatkuasakan 22 April ini.

    Ia termasuk hukuman rejam sampai mati terhadap penjenayah bersifat seksual termasuk mereka yang melakukan hubungan sejenis dan liwat.

    Menurut jurucakap bagi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) Rupert Colville, penggunaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

    “Kami menggesa kerajaan Brunei untuk menangguhkan tarikh kuatkuasa kod jenayah tersebut dan mengendalikan satu kajian yang komprehensif bagi memastikan ianya bertepatan dengan piawaian antarabangsa berkaitan hak asasi manusia” katanya dalam satu sidang akhbar di Geneva.

    Post PicAntara lain, hukuman rejam sampai mati akan dilaksanakan untuk jenayah rogol, zina, sodomi, dan hubungan seks luar nikah untuk umat Islam.

    “Di bawah undang-undang antarabangsa, rejam sampai mati merupakan seksaan atau kezaliman yang tidak berperikemanusiaan adalah jelas dilarang” kata Colville.

    Beberapa kajian yang dijalankan PBB menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung dijatuhi hukuman rejam kerana diskriminasi yang bersifat stereotaip terhadap mereka, termasuk dikalangan penguatkuasa undang-undang dan pegawai - pegawai kehakiman.

    “Kanun keseksaan ke atas kod jenayah tersebut, akan meningkatkan kadar jenayah dan diskriminasi terhadap wanita dan orang lain berdasarkan orientasi seksual mereka” tegas Colville.

    Brunei turut menetapkan hukuman mati untuk pelbagai kesalahan termasuk merompak, menghina atau memfitnah Nabi Muhammad SAW, menghina Al-Quran dan Hadis, kufur, mengisytihar diri seorang nabi atau keluar agama Islam serta membunuh. Sumber



    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP


Tiada ulasan: