Rabu, 23 April 2014

4889. Makan Kamsen.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
  • Berapa Komisyen PLUS Daim Kaut & Berapa Banyak Kekayaannya Disimpan Di Tanzania?

    Daim mengaku miliki bank di Tanzania, nafi salahguna kuasa

    Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini mengakui beliau memiliki sebuah bank di Tanzania, seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

    Namun, Daim menafikan dakwaan beliau menyalahguna kuasa berhubung pemilikan bank itu, lapor Berita Harian hari ini.

    Daim mempersoalkan cubaan ketua pembangkang itu yang kononnya berunsur penyelewengan berkaitan dirinya memiliki perniagaan itu.

    “Ya... memang saya punyai bank di sana (Tanzania)... sudah lama. Anwar juga tahu sebab dia mengambil alih menteri kewangan daripada saya dulu.

    “Semasa Anwar jadi menteri kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa menangani rasuah (peringkat Kabinet)... mengapa pada waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya.

    “Saya sudah dua kali disiasat (tentang isu itu) pada 1999, tidak ada apa-apa pun (kesalahan),” katanya, seperti yang dilapor Berita Harian.

    Sehubungan itu, lapor akhbar itu, Daim mendesak ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengemukakan bukti kukuh kepada pihak berkuasa untuk membuktikan dakwaannya.

    “Anwar ini, cakap sahaja... bukti tiada pun,” katanya sambil memaklumkan keputusannya membuka bank di Tanzania adalah atas permintaan ketua negara berkenaan ketika itu yang inginkan beliau membuat pelaburan di sana.

    Sebelum ini, Anwar dalam beberapa siri ceramahnya menyatakan beliau ada bukti penyelewengan dan salahguna kuasa Daim, termasuk kaitan dengan pemilikan sebuah bank di Tanzania.

    Ketua Umum PKR itu mendakwa beliau mempunyai bukti penyelewengan besar bekas menteri kewangan itu.

    “Siapa Daim Zainuddin? Bekas menteri kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit).

    “Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tetapi ada siasatan?"
     kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai baru-baru ini, lapor Suara Keadilan (SK), lidah rasmi PKR.

    Kata Anwar, selain mengambil dana negara melalui pengambilan komisen projek secara melampau, beliau mempunyai bukti Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.

    Anwar mengesyaki kekayaan luar biasa Daim apabila gabenor bank negara menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di Tanzania.

    “Saya diundang semasa di Universiti George Town.

    “Saya pergi ke Tanzania kerana dijemput jumpa presiden, menteri kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.

    “Gabenor mengatakan Tun Daim punya bank di sini (Tanzania). (Gabenor) katakan Daim menyimpannya di International Bank of Malaysia.

    “Saya tanya (Daim), untuk apa? Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja.

    “Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank ‘istimewa’. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, adakah kamu tahu, ini bukan cara yang sepatutnya.

    “Duit daripada mana? Daim ambil daripada Malaysia dan simpan di sini,” kata Anwar, menceritakan kandungan pertemuannya, lapor Suara Keadilan.

    Kata Anwar, salahguna kuasa Daim terbukti apabila orang yang dipertanggungjawabkan menguruskan bank di negara tersebut ditahan di sebuah Lapangan Terbang Heathrow, London.

    “Saya bawa perkara ini kepada SPRM, tidak tanya pun saya. Daim pun tidak ditanya.

    “Kerana di Malaysia ini, kalau kamu pemimpin Umno, kamu kebal. Kamu curi banyak mana sekalipun, bagi bukti banyak mana pun,” kata Anwar sebagaimana dilaporkan SK. -TMI


    SPRM digesa mula siasatan keatas Daim Zainuddin

    Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar siasatan dapat dimulakan ke atas Tun Daim Zainuddin rentetan kekayaan luar biasa beliau, yang disyaki, mempunyai hubungkait dengan amalan korupsi dan rasuah.

    Terdahulu,pada 18 Mac 2014 yang lepas saya telah mengeluarkan kenyataan susulan pendedahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Tun Daim mempunyai wang berbillion-billion ringgit di dalam bank di Afrika dan Eropah Timur dengan menggunakan proksi bagi mengaburi salahlaku tersebut.

    Pendedahan Dato’ Seri Anwar ini konsisten dengan laporan polis yang telah beliau kemukakan pada 30 Jun 1999 [ruj:LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455/99 ]yang bukan sekadar mendedahkan perihal rasuah tersebut, tetapi juga turut mengemukakan bukti iaitu tiga pucuk surat yang masing-masing di tulis oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah.

    AMK juga telah mempersoalkan bagaimana Tun Daim, yang dikenali sebagai maha-billionaire tidak tersenarai langsung di dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia sebagaimana yang dikompilasikan oleh majalah Malaysian Business.

    Sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan susulan yang diambil oleh mana-mana pihak ke atas Tun Daim. Sehubungan dengan itu, AMK menggesa SPRM dapat bertindak hasil daripada laporan rasmi yang dikemukakan ini, bagi mengesah atau menafikan sebarang bentuk tuduhan yang dipalitkan ke atas Tun Daim.

    SPRM seharusnya mempamerkan citra ketelusan dan integriti tahap tertinggi dengan keseriusan menyiasat seterusnya membuat pendakwaan ke atas Tun Daim. Jerung jangan dibiar berenang bebas di saat ikan bilis dipukat rakus.

    Shamsul Iskandar Mohd Akin
    Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
    Ahli Parlimen Bukit Katil
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP
Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB:

Berapa Komisyen PLUS Daim Kaut & Berapa Banyak Kekayaannya Disimpan Di Tanzania? - (0 comments)
[BERGAMBAR] YB Norzula Patah 9 Tulang Rusuk, PJ PAS Perak Beri Rawatan Islam - (0 comments)
[BONGKAR] Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada - (5 comments)
Kes Khir Toyo Ditangguh, Sedangkan Kes Anwar Dipercepatkan... - (9 comments)
Siapa Orang Tua Yang Duduk Di Luar Pintu Ini? - (18 comments)
Tahniah Ahmad Maslan, "Blue Wave Army" Cadangannya Telah Mula Memfitnah - (13 comments)
Gejala Sosial Wechat,Whassup Ibubapa Sila Pantau Anak Anda!!! [8 Gambar] - (7 comments)
Utusan Hanya Menjaga Aib Pemimpin UMNO - (5 comments)
[VIDEO] Tayar MH192 Terbakar, Pesawat Mendarat Cemas, Semua Selamat - (5 comments)
[VIDEO] Aksi Ritual Bomoh 1Malaysia Di Gua Tempurung, Mana JAKIM, Mana Jabatan Agama? - (12 comments)
Hakim Tak Pertikai Saiful Jumpa Najib Dua Hari Sebelum ‘Kejadian’? - (7 comments)
Negeri Lain Catu Air Juga, Kenapa Noh Omar Mahu Demo Hanya Di S'ngor? - (16 comments)
Apa, Papagomo Mahu Langkah Mayat Karpal Singh Dan Sokong Hudud? - (15 comments)
Nawawee U-Turn Semula Selepas U-Turn, Kini Tuduh Karpal Sebagai Abu Jahal - (17 comments)
[MH370] Hampa lagi, Tompokan Minyak BUKAN Daripada Pesawat MH370 - (4 comments)
Sultan Brunei Pertahan Hudud, Mahathir Pertahan Sekular Halang Hudud - (13 comments)
Menteri Bidas Zul Noordin & Nawawi Ekoran Kenyataan Perlekeh Kematian Karpal Singh - (16 comments)
Keceluparan Md Alwi Terjawab, Rakannya ADUN Paloh Kemalangan - (16 comments)
Macai UMNO Memfitnah: Mohd Said Bukan Ahli PAS (5 comments)
Sisi Karpal Singh Yang Macai Singh Tidak Tahu - (8 comments)
SMS Fitnah Yang Kantoi, Dikatakan Dari KP PAS Sedangkan Suhaizan Kini Di Madinah - (7 comments)
Zulkifli Noordin Dihentam Kerana Politikkan Kematian Karpal Singh -updated - (15 comments)
Hina Gambar Mayat Karpal Singh Dedah Mentaliti & Akhlak Rendah MP UMNO BN - (15 comments)
[VIDEO & GAMBAR] Karpal Singh & Pembantu Terbunuh Dalam Kemalangan Jalanraya -updated - (13 comments)
Zahida Rafik Gagal Ketepikan Saman Bekas Pemandu Peribadi(3 comments)

Tiada ulasan: