Khamis, 24 April 2014

4897. Bila Orang Bukan Islam Tidak Termasuk Di kalangan Golongan Anti Hudud.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
Ada yang mengambil kesempatan mengadu dumba. Memang dalam dunia ini ada makhluk perosak seumpama parasit. 
  • 'Kalau saya anti-hudud, saya tak masuk PAS'
    Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw berkata bahawa beliau enggan memikul tanggungjawab untuk menjelaskan isu hudud kerana tidak cukup pengetahuan berhubung undang-undang Islam tersebut.
    Jelasnya lagi, beliau tidak bertindak demikian kerana menentang hudud, seperti didakwa oleh ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alani.

    "Kalau saya anti hudud takkan saya masuk PAS. DHPP tidak relevan untuk memberikan penerangan hukum hudud itu kepada bukan Islam.

    “Seperti di Kelantan, rakyat sudah memilih PAS dan bagi DHPP adalah wajar pucuk pimpinan dan wakil rakyat yang memainkan peranan itu," jelasnya.

    Beliau menjelaskan demikian melalui perbualan telefon dengan anggota jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad dalam satu sidang media hari ini.

    Perbualan tersebut dihebahkan melalui pembesar suara dalam sidang media tersebut.

    Beliau mengulas gesaan Rosli, seperti dilaporkan lidah parti Umno hari ini, agar beliau dipecat kerana enggan memainkan peranan bagi hu

    Menurut laporan itu, Hu enggan menjalan tugas tersebut kerana cadangan pelaksanaan hudud itu didakwa “diputuskan oleh PAS tanpa mengambil kira pandangan rakyat”.

    Hu dalam perbualan telefon hari ini berkata, beliau menerima kritikan Rosli itu dalam semangat demokrasi dalam PAS.

    "Saya fikir ia satu demokrasi beliau boleh tegur saya demikian saya boleh jawab," katanya dalam bahasa Inggeris.

    Dalam sidang media sama, Khalid berkata beliau menyokong pendapat Hu kerana tanggungjawab memberi pemahaman itu jatuh pada mereka yang berilmu dalam undang-undang hudud.

    "Dr Rosli sepatutnya mendengar dulu penjelasan Hu. Kalau saya cakap pasal Hudud pun orang akan pertikaikan sebab kata saya bukan Ustaz, apatah lagi dia (Hu)," katanya.

    Penjelasan berkenaan adalah berhubung usaha kerajaan Kelantan untuk mengemukakan dua rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat, melalui ahli parlimennya, bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan oleh DUN Kelantan dilaksanakan di negeri itu.

    Sumber: (http://www.malaysiakini.com/news/260845
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP


Tiada ulasan: