Jumaat, 25 April 2014

4922. Pertemuan antara Cinta yang terlalu dengan tidak lalu cinta.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
  • Bacalah citer ni sedihnya.. harap2 kita boleh ambil pengajaran...


    Sila ambil perhatian: 
    Kisah di bawah merupakan sebahagian koleksi email Yahoo! yang aku terima pada 19 Januari 2005 yang lalu. Penggunaan nama samaran dalam kisah ini adalah mewajarkan dan memadai untuk melindungi ketertiban kehidupan sebenar insan yang berkenaan. Oleh yang demikian penamaan watak-watak dalam cerita ini dipaksa palsukan. Terima kasih.

    PART I 

    Wazed. Satu nama yang cukup aku kenal satu ketika dahulu. Dia pernah menjadi suami aku. Suami yang bergelar hanya pada nama tapi tidak pernah memiliki sepenuhnya jiwa dan hati aku ketika itu. Perkahwinan yang  berlandaskan kertas putih dengan seribu perjanjian yang boleh menjatuhkan maruah seorang suami. 

    Aku tahu, Wazed tidak pernah mempersetujui dengan apa yang aku lakukan sebelum kami mengikat tali perhubungan yang suci. Namun, kerana sayang dan cintanya pada aku dia menerima niat aku tanpa sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Kenapa Azam tidak seperti Wazed? Sungguh berbeza nilai dan peribadi mereka antara satu sama lain. 

    Wazed terlalu baik tapi hati aku tidak dapat menerima cintanya. Kenapa? ...Dia cukup sempurna untuk menjadi seorang suami dan pemimpin yang boleh menjaga aku sehingga ke akhir hayat. Adakah aku yang terlalu bodoh untuk menolak cintanya yang tulus dan ikhlas menyayangi aku, atau keegoan aku yang menguasai diri. 

    "Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa tapi hati ini yang ikhlas mencintai awak. Saya tahu taraf awak dan saya berbeza ibarat langit dan bumi tetapi untuk membahagiakan awak, itu adalah jaminan saya sebagai bukti bahawa saya menyayangi awak. Walaupun kontrak kita hanya setahun tapi cinta saya sampai ke mati. 

    "Biarpun kita akan berpisah nanti, namun untuk menghilangkan ingatan saya terhadap awak adalah amat sukar. Sekali saya dah letakkan awak dalam hati saya bermakna awaklah gadis pertama dan terakhir yang saya cintai walau awak membenci saya seumur hidup awak.." Kata-kata itu masih aku ingat sampai sekarang. 

    Keegoan aku ketika itu mulai luntur tapi hati aku keras. Aku menolak cintanya mentah-mentah kerana bagi aku, lelaki mudah mengeluarkan kata-kata manis namun untuk membuktikannya adalah satu dalam sejuta. Aku tidak mempercayai Wazed.  

    Bagi aku, Azam lelaki pertama yang mencuri hati aku adalah terlalu sempurna untuk aku. Aku bertemu dengan Izham sewaktu kami menyambung pengajian di London. Azam bijak memainkan kata-katanya dengan rupa  parasnya yang kacak itu untuk menambat hati aku. Hanya dunia sahaja yang tahu bagaimana gembiranya hati aku ketika itu dapat berpasangan dengan Azam, seorang lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis lain diluar sana. 

    Hampir dua tahun hubungan kami terjalin. Tiada sebarang masalah di antara kami sepanjang perhubungan itu. Pertengkaran kecil adalah perkara biasa bagi kami. Seringkali juga kawan-kawan aku menasihatkan supaya berpisah dengan Azam kerana dia bukanlah seperti apa yang aku sangka. Dia adalah Romeo. 

    Banyak kali mereka terserempak dengan Azam bersama gadis-gadis lain. Aku yang bodoh kerana tidak pernah percaya dengan kata-kata mereka. Pada fikiran aku ketika itu, mereka terlalu cemburukan aku. Itulah sebabnya mereka memfitnah Azam supaya hubungan kami putus dan mereka boleh mengambil kesempatan memenangi hati Azam. 

    Sehinggakan aku hampir hilang kawan hanya semata-mata kerana terlalu mempercayai Azam. Selepas tamat pengajian, aku pulang ke Malaysia. Azam masih di London kerana tempoh pengajiannya ada lagi setahun. Ketika itulah detik hidup aku bersama Wazed bermula. Aku telah dijodohkan dengan Wazed oleh ayahku. 

    Entah mengapa, ayah terlalu sukakan Wazed sedangkan Wazed hanyalah pekerja bawahan ayah. Dia bukanlah dari keluarga yang senang dan setaraf dengan kami. Namun, ayah tidak mengambil kira itu semua. Kata ayah, Wazed mampu menjaga aku sebagaimana ayah dan ibu menjaga, mendidik dan membesarkan aku. 

    Dia percayakan Wazed sehinggakan dia pernah berkata segala hartanya termasuk aku akan diserahkan kepada Wazed andai satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya. Kepercayaan ayah terhadap Wazed memang tiada batasan, begitu juga dengan ibu. 

    Aku tahu, ayah ada penyakit yang kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Aku tak sanggup untuk menolak permintaan ayah. Mereka adalah segala-galanya untuk aku. Betapa perit dan payahnya mereka membesarkan aku. Ayah juga bukanlah dari keluarga yang senang tetapi berkat kerajinan dan semangat ayah yang tinggi serta dorongan ibu membuatkan aku dapat menikmati hidup ini dengan segala kemewahan yang tak dapat aku bayangkan.  

    Tetapi, aku juga inginkan kehidupan aku sendiri.  

    Berhari-hari aku memikirkan keputusan ayah samada untuk menerima atau sebaliknya. Kesihatan ayah tidak mengizinkan aku untuk berfikir lama. Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam diam-diam aku juga turut membuat perjanjian dengan Wazed lelaki yang tidak pernah aku temui. 

    Aku bencikan Wazed kerana aku menyangka Wazed bukanlah seperti apa yang ayah bayangkan. Dia mungkin mempunyai rancangan yang besar untuk merampas  kekayaan kami dengan mengahwini aku dan berpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu. 

    "Selepas kita bernikah, saya haramkan awak untuk menyentuh saya. Kita hanya berlakon di hadapan ayah dan ibu saya begitu juga dengan keluarga awak. Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini dah termaktub dalam perjanjian kita." 

    Aku tidak berani memandang wajah Wazed ketika kami berjumpa buat pertama kalinya di sebuah restoran. Aku akui, Wazed memang tampan orangnya malah lebih kacak daripada Azam. Sedikit sebanyak hati perempuan aku mulai cair namun aku pantas melarikan fikiranku pada perkara yang lain. 

    Wazed merenung aku tanpa berkelip mata. Aku gelabah. Langsung tidak dibaca perjanjian MOU yang aku letak di hadapannya. Sakit hati aku dibuatnya ketika itu. Aku kuatkan semangat untuk memandang Wazed dan berlagak serius. 

    "Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa yang ada di hadapan kita. Saya dah letakkan fail perjanjian kita di hadapan awak. Takkan awak tak tahu nak menggunakan mata awak tu untuk melihat apa yang patut?" Aku memerli Wazed. Dia cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap wajah aku. 

    Seluruh pelusuk wajahku dijajahnya. "Memang Tuhan anugerahkan mata untuk melihat. Sekarang, saya sedang melihat satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan kepada saya. Kecantikan yang tidak pernah saya bayangkan, tapi sekarang baru saya tahu bahawa sungguh indah alam ini dengan adanya wanita secantik awak,  Masturaini Bte Jabar..." Ungkapan pertama keluar dari mulut Wazed

    Aku tersedak, hampir tersembur fresh orange yang sedang ku minum. Pantas tanganku mencari tisu di dalam beg tangan. Harriz masih tersenyum. Merah padam muka aku menahan malu. Bijak sungguh Wazed bermain dengan kata-kata. Aku hampir terpedaya dengan pujiannya. Ahh.. Lelaki, semuanya sama... 

    "Tapi sayang, awak tidak menggunakan kecantikan awak itu untuk melambangkan hati awak. Buat pengetahuan awak, saya ini bukanlah seperti apa yang awak bayangkan. Niat saya ikhlas untuk memperisterikan Masturaini Bte Jabar. 

    Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah, awak takut saya akan  merampas semuanya itu dari tangan keluarga awak. Terus terang saya katakan, seandainya awak ini adalah gadis cacat yang kudung tangannya atau bisu mulutnya saya tetap akan mengahwini awak walau awak miskin sekalipun. 

    "Bagi saya, harta boleh dicari tapi cinta yang tulus suci hanyalah wujud sekali dalam hidup kita dan awak adalah wanita yang berada di dalam hati saya sekarang sehinggalah saya tidak bernafas lagi di atas bumi bertuah ini." Wazed tersenyum lagi. 

    Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh mengenali aku sejauh begitu. Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami pernah berjumpa. Tapi, aku rasa tidak kerana inilah kali pertama aku melihat wajahnya. Sungguh pelik orang ini. Wazed membuka fail biru itu. Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, dia mengambil pen dari poket bajunya lantas ditandatangani MOU tersebut. 

    "Awak tak berniat nak baca MOU itu sebelum awak sign?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Wazed.  
    Sekali lagi dia memandang aku dengan pandangan yang penuh bermakna baginya. 

    "Kalau saya baca, adakah niat awak itu akan berubah untuk menerima saya bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?" Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya. Entah kenapa di mana hilangnya marah aku dan semangat aku ketika itu. 

    Lelaki ini benar-benar lain. Tidakkk!!.. Aku bukan mudah untuk menerima dia. Cinta aku pada Azam masih kuat. Wazed bangun. Air minuman yang dipesan tidak disentuh, masih suci seperti mana aku. 

    Assalamualaikum" Itulah kata-kata terakhir yang diucapkannya sebelum meninggalkan restoran itu. Aku terpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini. Sebelum aku berjumpa dengan Wazed, terlalu banyak kemuskilan tentangnya yang berlegar-legar di dalam fikiran aku. 

    Kini pada pertemuan pertama kami, semakin bertambah kusut fikiran aku memikirkan tentangWazed. Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia mahu daripada aku? Atau adakah dia memang benar-benar tulus mencintai aku. Ahhhh... makin difikir, makin pening aku dibuatnya. 

    Kini, telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku cintai. Majlis perkahwinan yang diadakan amat meriah tetapi aku tidak merasai keseronokan itu. Mungkin Wazedjuga begitu. 

    Perhubungan aku dan Wazed memang terbatas. Itu adalah syarat aku sendiri sebelum Wazedmelafazkan akad nikah. Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan ibu dan ayah tetapi di sebalik tabir kehidupan kami, tidak wujud kemesraan tersebut. 

    Wazed benar-benar memberi kerjasama yang baik. Kadangkala simpati aku menjengah di hati kecilku. Pernah aku menasihati dia supaya melepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kami tapi Wazed bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu. 

    "Saya seorang yang menepati janji. Walau hati ini berat untuk berpisah dengan awak, saya tetap akan patuhi syarat awak bahawa kita hanya bercerai selepas tamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu bagaimana perasaan saya pada awak. 

    Tidak munasabah andai saya menceraikan awak sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir membuka pintu hati awak untuk menerima cinta saya dan menyayangi saya sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya terhadap awak." 

    Tiba-tiba Wazed memegang tangan kananku ketika aku sedang mengikat rambut lantas diciumnya perlahan seolah-olah aku ini bagaikan puteri yang sedang berhadapan dengan rakyat biasa. Berderau darahku ketika itu. Aku menjarakkan diri. Bulat mataku memandangnya. Tanpa segan renungan Wazed semakin tajam memandang ke arah aku. Aku gementar. Rasa marah dan geram wujud dalam diri ini. Wazed cuba untuk memperdayakan aku dengan kata-kata manisnya. 

    "Tolong jangan bersikap kurang ajar! Sudah cukup selama ini saya bertahan dengan sikap dan perangai awak!! Awak jangan umpan saya dengan kata-kata manis awak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak tetap kontrak. Biarpun setahun atau dua tahun atau selama-lamanya, saya tidak akan mencintai awak atau belajar untuk menyintai awak!! 

    "Cinta saya hanyalah untuk Azam. Awak tahu bukan? Azam lebih dahulu hadir dalam hidup saya tapi awak merosakkan segala-galanya dengan memperalatkan ayah dan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu sahaja yang awak perlu tahu!!" Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani.  

    Aku sendiri terkejut dengan tindakan aku. Dari mana aku dapat kekuatan untuk melawan perasaan aku? Aku memaling ke arah lain. Terasa semangat untuk mempertahankan diri wujud dalam diri ini. Mungkin kerana rindu aku pada Azam semakin kuat dan kesalahan aku pada Azam juga berat. 

    Wazed hanya diam. Sedikit sebanyak nampak juga perbezaan di raut wajahnya yang mungkin terkejut dengan kata-kata amarahku yang tiba-tiba. 

    "Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak ada niat untuk menyakitkan hati awak, Masturaini Saya harap kita masih boleh jadi kawan," ringkas sahaja kata-kata Wazed kali ini. Aku masih tidak memandang wajah Wazed

    "Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari, kita berjemaah," pelawa Wazed lembut. Aku memandang wajahnya. Dia tersenyum, "Saya tunggu di bilik." Wazed berlalu pergi meninggalkan aku di ruang tamu. Perasaan marahku sudah reda. Malu pun ada bila mengenangkan kembali kemarahan aku yang berapi-api itu. Nampaknya Wazed masih boleh buat muka selamba sedangkan sudah berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk di rumahku. 

    Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku mewujudkan rasa benci dalam diri Wazed supaya dia membenci aku. Kini, perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan. Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang keadaan kesihatan aku. Itu tidak lain dan tidak bukan mesti berkaitan dengan hal anak

    Bagaimana aku nak memberitahu mereka bahawa aku ini masih suci lagi. Wazed tidak pernah menyentuh aku walaupun dia berpeluang. Dia benar-benar mengikut segala kontrak yang ditulis oleh aku itu supaya tidak menjalinkan apa sahaja hubungan dengan aku. 

    Aku bertambah bingung. Segala apa yang aku lakukan semuanya tidak menjadi. Wazed masih lagi menyayangi dan menyintai aku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rindukan Azam di saat-saat begini. Aku kesunyian. Tanpa Azam aku rasa kehilangan. 

    Kadangkala aku nampak bayangan Azam dalam diri Wazed. Sampai bila aku mampu bertahan.Wazed terlalu baik terhadap aku. Hanya perempuan gila sahaja seperti aku yang tidak jatuh cinta padanya setelah pelbagai cara dia lakukan untuk menambat hati aku. Aku juga manusia biasa. Cinta akan datang dan pergi sesuka hati dalam hidup ini. Apakah perasaan aku terhadap Wazedsekarang? Aku semakin bingung dengan kehidupan yang aku lalui kini. 

    Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku tiba lewat di rumah. Tapi, bukan kerana banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja pulang lambat supaya Wazed menyangka aku perempuan yang selalu balik lewat malam kerana puas berseronok di luar.  

    Terjengket-jengket kaki aku melangkah masuk. Suasana gelap menyelubungi rumah banglo dua tingkat hadiah ayah sempena perkahwinan kami. Mujurlah hanya aku dan Wazed yang tinggal di sini. Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan terbongkar lebih awal. 

    Minta-minta Wazed akan memarahi aku kerana pulang lewat. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga tapi aku telah terlanggar sesuatu yang besar di hadapan. Hampir terjatuh aku dibuatnya namun, mujur ada seseorang yang sempat memaut pinggangku supaya tidak terjatuh. Berderau darah dibuatnya. Lampu ruang tamu dipasang... 

    Aku tergamam. Pinggangku masih lagi dipaut oleh Wazed. Mata bertentang mata. Hampir beberapa saat aku tidak bercakap. Tersedar dari lamunan, aku pantas menolak Wazed ke tepi. Wajahku mula berubah. Merah padam jadinya. Marah bercampur malu benar-benar ada dalam diri aku sekarang. 

    "Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib baik saya ni tak ada sakit jantung. Dah pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak tidur?" Aku memarahi Wazed

    "Saya tunggu awak...." "Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni bukannya budak kecik lagi. Saya tahu pukul berapa saya nak balik. Awak ni orang gaji saya ke?" 

    "Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk kegemaran awak, masak lemak cili api ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan sama, saya tak makan lagi ni." 

    Wazed mempelawa aku. Masak lemak cili api ikan keli? Terliur aku dibuatnya. Aku memang tengah lapar gila ni. Maklumlah, satu hari aku tak makan apa. Tengah hari tadi tak keluar pun sebab kerja banyak. Petang pula ada mesyuarat. 

    Bila dah habis kerja, aku pulak yang sengaja balik lewat hanya semata-mata nak nak sakitkan hatiWazed. Sampai pukul 1.30 pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir nak makan pun. Sekarang, dah lapar. Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju nak makan dengan dia. Habislah rancangan aku nak bagi dia marah. 

    "Awak ni pandai masak ke? Saya ni memilih orangnye. Takpelah saya dah kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak nak makan, awak makanlah sorang." 

    Aku pura-pura menguap di hadapannya "Ahh.. ngantuknya.." "Saya tahu awak belum makan lagi. Awak tentu lapar." Wazed terus menuju ke ruang makan. Dia membuka tudung saji dan menyendukkan nasi untuk aku dan dirinya sendiri. Beria-ia benar dia mengajak aku. Macam mana dia tahu aku tak makan? Aku masih lagi tercegat di antara ruang tamu dan ruang makan. 

    Sesekali aku menjeling ke arah Wazed yang sedang leka menyiapkan makan malam yang rasanya dah boleh jadi makan pagi. Sanggup dia tak makan kerana menunggu aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki ni? Jangan-jangan dah siap makan. Saja nak tarik perhatian aku supaya simpati kat dia. Aku pantas menaiki tangga meninggalkan Wazed

    "Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke, awak? Nanti, kalau awak jatuh sakitkan susah..." Wazedmenasihati aku. Langkahku terhenti. 

    "Awak tak faham bahasa Melayu? saya dah cakap, saya dah kenyang. Kalau awak nak makan, awak makanlah sorang. Saya nak naik atas, nak mandi dan tidur. Awak jangan ganggu saya!!" aku bentak keras. 

    "Tak pelah, saya makan dulu. Nanti, kalau awak rasa lapar, awak makanlah ye. Pergilah awak berehat," Wazed mengakhiri perbualan kami. Aku terus naik ke atas dengan perut yang benar-benar lapar. Rasa nak terbalik dunia ni.  

    Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan saja yang tahu. Kenapalah aku boleh bertindak bodoh. Dah ada orang siap masak, aku saja yang sombong tak bertempat. Sekarang, siapa yang merana? Bukankah aku...? 

    Itu baru satu keadaan di mana dia boleh bertahan dengan sikap aku. Tapi, kali ini aku pula yang tak tahan dengan keadaan kami apabila terpaksa berlakon di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan mereka ke rumah kami. 

    Dari berdiri jarak 50 meter kini dah rapat macam belangkas. Dari muka yang masam macam cuka kini aku terpaksa senyum meleret. Aku kena memainkan peranan sebagai isteri dan Wazed sebagai suami sedangkan gelaran itu memang ada pada kami. Terasa kaku aku pada permulaan watak tetapi Wazed bijak memainkan peranannya sebagai suami. 

    "Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di sini?" Aku mengajukan soalan sebaik sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu selepas kami menjamu selera tengah hari itu. Percaya atau tidak, semua masakan dimasak oleh Harriz tapi dia memberitahu ibu dan ayah yang aku memasaknya. Ibu tersenyum menggeleng. 

    "Aini... Aini... Mak dan ayah belum panas punggung lagi dah ditanya bila nak balik. Mak ni, rindukan anak mak. Salah ke mak melawat anak mak yang kini dah jadi isteri orang," balas ibu. Aku tertunduk malu. Yer tak yer jugak.. 

    "Aini ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balik awal. Duduklah 2-3 hari kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa. Kami pun berdua. Kalau ada mak dengan ayah, taklah sunyi kami ni.." Wazedmenyampuk. Aku menjeling pada Wazed

    Nampaknya, dia ni nak mengambil kesempatan. Ketika itu tangan kirinya sengaja memeluk pinggangku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak tolak

    "Yelah, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak pun tentu bosan duduk kat rumah, lagi pun ayah kerja." Aku terpaksa menipu. Kalau boleh nak saja aku menyuruh mak dan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak sukakan mereka, tapi aku tak mahu berlakon lagi. 

    "Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu kamu. Kami ni datang saja nak melepas rindu. Dua hari lagi kami baliklah." 

    Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nak menunggu mereka balik. Aku lihat Wazedtersenyum meleret. Makin erat dia memeluk pinggangku. Suhu di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja aku cekik-cekik Wazed sekarang. 

    Betul-betul mengambil kesempatan. Aku pantas bangun. Semua mata memandang ke arah aku. "Tak pelah, mak ayah. Aini ada hal sekarang ni. Pukul 2 petang Aini ada mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam baru Aini balik. Mak dan ayah tak payah tunggu Aini. Tak tahu pukul berapa Aini balik." 

    "Hari ni Ahad, Aini. Takkan bekerja jugak. Kesian kat Wazed ni. Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah kahwin, dah bersuami. Kamu kena jaga makan pakai si Wazed ni. KesianWazed." Berbakul-bakul ibu membela Wazed 

    Eeee... bertambah-tambah geram aku. Ayah hanya tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk campurlah tu. Pendek kata, apa saja yang ibu cakap ayah akan setuju. Betullah mereka ni satu kepala. Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggang jauh dari api. 

    "Aini memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh nak tolak. Pelanggan Aini tu dari Jepun. Dia tak boleh lama kat sini." Aku membalas kata-kata ibu dengan harapan Wazed akan membantu aku. 

    "Takpe, mak. Saya tak kisah, lagi pun selama ni tak pernah kurang kasih sayang Aini pada saya. Lagi pun saya kenal pelanggan Jepun tu. Dia kawan lama saya masa kursus kat Tokyo dulu." Wazedmenyokong aku. Lega rasanya di hati. 

    Aku memandang Wazed. Dia hanya tersenyum. Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya. Mahu tak mahu terpaksalah aku bersalam dan mencium tangan Wazed

    "Saya pergi dulu, bang.." Lembut aku bersuara meminta izin. Mak dan ayah tersenyum-senyum memandang gelagat kami berdua. Rasa senang di hati mereka melihatkan kemesraan aku danWazed yang sebenarnya dibuat-buat. 

    Bersambung... 
    Sumber: (http://zamzamrud.blogspot.com/2013/12/pertemuan-antara-cinta-yang-terlalu.html
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Umat Islam boleh melakukan maksiat tetapi dengan lima syarat sahaja.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
5 Syarat untuk melakukan maksiat Suatu hari seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. 'Wahai Aba Ishak! Saya selalu melakukan maksiat, tolong berikan aku nasihat'. Ibrahim berkata, 'Jika kamu mau menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh terus melakukan maksiat.' *1. Jangan makan rezeki Allah. * Lelaki itu seraya berkata, 'Aku mau makan dari mana? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? Ibrahim berkata, 'Kamu makan rezekiNya, tapi mahu melanggar larangan-Nya?' *2. Jangan tinggal di bumi Allah.* Apakah kau layak tinggal di bumi-Nya, sementara kamu melan... more »

Laman Tazkirah.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
Laman takzkirah: Popular Posts - Ciri-ciri Fahaman Wahabi * - Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin. - Mengatakan Allah ada di la... - Allah ada dimana ? * Jika ditanya Allah ada dimana ? Jawablah: Allah ADA TANPA bertempat, tiada bagi Allah Aina (di mana). Sumber: Al... - Bid'ah Hasanah * Link pilihan: Pengertian Bid'ah Hakikat Bid'ah Hasanah Di bahagian mana Imam Asy Syafie mengucapkan pembahagian bid&#... - Wahhabi * Link pilihan: Ancaman Wahhabi - Dr. Muhammad Uthman El... more »

Tabarruk.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
*Tabarruk ialah mengharapkan keberkatan daripada Allah dengan sesuatu yang mulia.* *Hukum tabarruk adalah HARUS (DIBENARKAN).* *Disebut dalam Musnad Imam Ahmad, mafhumnya : "Daripada Abdullah, maula Asma bin Abu Bakar berkata : Asma mengeluarkan kepadaku sehelai pakaian ada dua lubang yang berjahit. Lalu Asma berkata : Ini adalah pakaian Rasulullah SAW. Ia dahulu pernah disimpan oleh Aisyah, ketika Aisyah wafat, aku menyimpannya. Kami akan mencelupkannya ke dalam air untuk menjadi ubat kepada orang yang sakit di kalangan kami."* *Imam Khatib al-Baghdadi, dalam karya beliau yang m... more »

Cinta yang terlalu dengan tak lalu cinta. PART 2.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
Pearlnur1 To DKTM Jan 26, 2005 New Message on DKTM *Terlalu mencintai mu* From: Pearlnur1 Kisah sebelumnya Klik *AK**U*. sambungan citer...... *PART II* Aku terlalu rindukan Azam. Kenapa Azam tiba-tiba sahaja *menghilangkan diri.* Sudah lama dia tak menghubungi aku. Hampir 3 bulan aku tak mendengar suaranya. Azam masih lagi di London. Dahulu, di awal usia perkahwinan kami Azam sering menelefon aku. Suaranya benar-benar memberi aku semangat. Azam tahu mengenai masalah aku dan Wazed. Dia juga tahu rancangan aku mengenai 'perkahwinan kontrak' ini. Azam langsung tidak memarahi a... more »

Hope, Faith and Frailty.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
DKTM To DKTM Jan 23, 2005 New Message on DKTM *Hope, Faith and Frailty* From: _cheaky81001_ Of Hope, Faith, and Frailty Published: 4/1/2005 By: *Goenawan Mohamad* At the calendar‘s last page lies our primary question: is hope ever possible? Each December we surmise and make plan. We ask: Will 2005 be a dismal year? Will growth exceed 5 percent? Will there be new acts of terror? Statistics and astrology provide responses ready with possible faults. Each prognosis is a Delphic oracle. Yet we enter each New Year (with a thrilling party, paper trumpets blaring on the streets, or a lone p... more »

From Islam Online

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
To DKTM Jan 23, 2005 New Message on DKTM *Selamat Hari Raya Aidil Adha* From: _cheaky81001_ God Increases His Blessings on Those Who Are Grateful* Every person is in need of God at every instant of life. From the air one breathes to the food he eats, from the ability to use one’s hands to the faculty of speech, from being sheltered to being in a joyful spirit, one lives completely in need of what God creates and grants him. *Still, a vast majority of people do not perceive their weaknesses and that they are in need of God. *They suppose that things develop spontaneously or that the... more »

Benci itu apa.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
DKTM To DKTM Jan 20, 2005 New Message on DKTM *apa itu benci* From: _cheaky81001_ Cinta terkubur di nesan yang tak bertanda..... *Air mataku seorang perempuan* Airmataku seorang perempuan menggambarkan perasaan dalaman tidak mampu di luahkan dengan perkataan cukup sekadar jernihan yang berjuraian Airmataku seorang perempuan bisa mengungkap seribu harapan harapan kepada sebuah percintaan harapan kepada sebuah kehidupan harapan kepada dirimu tuan....... namun...... airmataku seorang perempuan telah kering di kelopak nan gersang kerana kini wahai tuan..... telah ti... more »

Sengal.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
DKTM To DKTM Jan 19, 2005 New Message on DKTM *Pekebun contoh* From: talqin Ada seorang wanita cantik yang memiliki sebidang kebun sayur-sayuran, dia teringin sangat melihat tomatonya merah dan besar, tapi walau sudah diberi bermacam-macam baja pun tomatonya tetap kecil dan agak kehijau-hijauan. Jirannya, seorang lelaki tua juga memiliki kebun dan menghasilkan tomato yang merah dan besar-besar, akhirnya si wanita cantik tersebut menanyakan ke lelaki tua itu apa rahasianya supaya tomato jadi besar dan merah. Lelaki tua menjelaskan, "oooo itu senang saja, sehari dua kali tiap pagi da... more »

Pertemuan antara Cinta yang terlalu dengan tidak lalu cinta.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
Sebagai hamba-Nya memohon perlindungan dari-Nya adalah sebaik-baik jalan menuju ke Syurga-Nya. Tetaplah Hati Di Jalan Nya... Ingatkan Aku ... To DKTM Jan 19, 2005 New Message on DKTM *Terlalu mencintai mu* From: Pearlnur1Bacalah citer ni sedihnya.. harap2 kita boleh ambil pengajaran... *Sila ambil perhatian: * Kisah di bawah merupakan sebahagian koleksi email Yahoo! yang aku terima pada 19 Januari 2005 yang lalu. Penggunaan nama samaran dalam kisah ini adalah mewajarkan dan memadai untuk melindungi ketertiban kehidupan sebenar insan yang berkenaan. Oleh yang demikian penamaan... more »

Cerpen MIN.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
DKTM To DKTM Jan 8, 2005 New Message on DKTM *cerpen* From: oshin Ketukan yang bertalu-talu mengejutkan Jasmin dari lamunan. Dia bangun membuka pintu. "Mama panggil kak long. Cepat sikit," ujar Hisham, adiknya yang nombor empat. Jasmin menganggukkan kepalanya menuju ke ruang tamu. Dia menjeling ke arah mamanya yang sedang mencuka. Eish...ni yang buat aku takut ni, bisik hati Jasmin. "Ha...Min.. mama tengok kain batik yang Min bawa balik tu kurang sehelai, hilangkan lagi ke?" Jasmin menjeling mamanya, "Min jemur kat ampaian asrama tapi.... bila nak ambil dari ampaian, kain dah hil... more »

How you can be a millionaire......

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
New Message on DKTM*how you can be a millionaire......* DKTM To DKTM From: neneklampir281 saorang tukang kasut bukan islam dari negara jerman shoemaker @ schumacher telah menderma 38juta kepada mangsa tsunami. ANDA BILA LAGI???? masing masing tunjuk simpati pandang saja..........huloq lahhhhh...

Penerbangan sehala.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
New Message on DKTM *1 penerbangan* From: amØi SATU PENERBANGAN... Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara. - Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang broswer penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith - Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah - Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita - Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf... more »

Asma Ul-Husna; Makna Dan Fadhilatnya.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.* *Assalamualaikum w.b.t/**ا**لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه* New Message on DKTM *Asma Ul-Husna; Makna Dan Kegunaannya* From: amØi 1. Allah 2. Ar-Rahman - Maha Pemurah 3. Ar-Rahim - Maha Penyayang 4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah 5. Al-Quddus - Maha Suci 6... more »

New Message on DKTM (Daa jadi old message) - Terserempak lembaga di bawah rumah.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
New Message on DKTM *Terserempak lembaga di bawah rumah.* From: SoUr_Lem0n_ Terserempak lembaga di bawah rumahPetikan dari majalah mingguan wanita. 1103.'o4. “Kamu dengar pengumuman lepas sembahyang Subuh pagi tadi, Som? Mak Limah meninggallah,” beritahu Kiah pada jirannya Som. "Dengar. Kesian ye, orang tua tu mati sorang-sorang aje kat rumah,” balas Som yang sedang sibuk menyidai baju. Dia mahu menyiapkan kerja rumahnya segera kerana mahu pergi menziarahi arwah Mak Limah. Siapalah yang tidak kenal dengan arwah Mak Limah. Wanita yang merupakan satu-satunya bidan kampung yang ada d... more »

Kod Rahsia.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
New Message on DKTM *kod rahsia* From: amØi Al Kisah berlaku pada sepasang suami isteri yang tinggal di satu kawasan perumahan. Si suami yang bekerja tidak tentu masa sebagai seorang pemandu lori jarang sekali dapat bertemu dan bermesra dengan isterinya. Manakala isterinya yang tidak bekerja itu setiap hari banyak menghabiskan masa bersembang dengan jiran-jiran perempuan yang sama-sama tidak ada kerja. Apa yang istimewanya pada pasangan ini ialah mereka membuat satu kod rahsia sekiranya mereka hendak melakukan hubungan suami isteri iaitu dengan istilah "mesin taip"Apabila si suami...more »

Kacang Tanah Bantu Mencegah Pelbagai Penyakit.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
New Message on DKTM *Kacang Tanah Bantu Mencegah Pelbagai Penyakit.* From: kangkUng_nUtTes heheh..bean memang sodap!!! >From: "DKTM" >Reply-To: "DKTM" >To: "DKTM" >Subject: Kacang Tanah Bantu Mencegah Pelbagai Penyakit. >Date: Wed, 29 Dec 2004 08:24:42 -0800 > >We attempted to deliver this message to you with HTML formatting. However, >your e-mail program does not support HTML-enhanced messages. Please go to >your E-mail Settings for this group and change your E-mail Preference to >"Text only". >http://groups.msn.com/dktm... more »

The Magic...

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
New Message on DKTM From: _cheaky81001_ *Check this out, very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention: * >Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an that mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women. Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the word man appears in the Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24. *Upon further anal... more »

Embun I lap U....Percaya laa.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
From: Embun_Ina ADUAHIIIIIIIIIIIIIIIII KANDA KU JET.........BETAPA BERTUAHNYEE EMBUN ..KERANA DIRIMU BEGITU MENCINTAI DIRI KU...... WALAUPUNNNNNNNNNNN RUPA MU BAK KELAM MALAM..TATAPIIIIIIIIII.. LUBANG HIDUNGGGGGGGG MU TATAP JADI PUJAAAN HATI KU.. WAHAI JET KUS... WALAUPONNNN....WAJAH MU SEBENARR DI LIDUNGI OLEH SPESIS YANG TAK AKU TAU DARI MANE DATANGNYE.....MUNGKIN TERHANYUT OLEH..OMBAK TUNAMI DARI CEYLON..NAMUN......AKU TETAP BERBANGGA KERANA DIRI MU BEGITU MENGHARGAI DIRI KU YG MEMANG DAH CUNNNNNNNN AND SEKSI GILER NI... WAKAKAKAKA((((((((((((((((((((JET KANDA KUS...AKHIRNYE KAU ... more »

Sampaikan termenung 2004 pun ada. Tahun depan cukup 10 tahun usia email nie.

Istiqamah - 4 months ago
*New Message on DKTM - *** Niee pun dah jadi old message dah. Kalau budak tahun depan dah naik darjah 4 kah. kah. kah. * *BERMENUNG LAGI??* From: _nisygmu_ *TERMENUNG '2004* Hmmmm....hmmm....... mengapa harus ku bermenung... apakah harus ku termenung..... Hmmmm....hmmmm...... sampai bila ... hingga bila... atau bilakah...hmmm..... kenangan ...2004... terlalu pilu untuk di kenangkan... amat sakit di ingatkan.... Sembilu....???!!!! seperti pernah ku dengar..tapi dimana ya!!! Tahun berlalu sepi... tiada ghairah lagi hanya doa selamat dan bacaan yassin mengakhirinya mengangkat kedua belah ta... more »

Cerita melampau.

Zam Zamrud at Istiqamah - 4 months ago
Email sejak 2004 uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!. Gambar pun dah ilang. Group pun entah dah x de agaknya derr. From: _Jetfm2_ Hahahahahaha baca cerita melampau 18sx nie...dont worry aku bukan nak kenakan u all, just share laughter,ok Pada satu hari seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah datang berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat analisis kandungan jumlah sperma yang ada di dalam air maninya. Kemudian doktor itu pun memberikan botol sambil berkata "Pakcik ambil botol ini dan esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik di dalam botol ini ye." Pada keesokan ... more »

Tiada ulasan: