Selasa, 8 April 2014

Cinta tidak kenal darah. 4462


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com  .

Cinta tidak kenal siapa - Utusan 2004

Norizan dan Sultan Perak:

Kisah cinta paling klasik di kalangan artis tempatan dan golongan bangsawan barangkali ada kaitannya dengan bintang filem Melayu, Allahyarham Norizan dengan Almarhum Sultan Perak, Sultan Yusof pada tahun 50-an.

Norizan disunting oleh Sultan Yusof bagi menyerikan istana baginda setelah terpesona dengan baik budi dan kejelitaan wanita berwajah Melayu klasik ini.

Bagaimanapun, tidak pula dicatatkan berapa tahun Norizan bertahan sebagai permaisuri Perak sebelum pasangan diraja itu bercerai.

Sebentuk cincin biru yang kini disimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Sultan Yusof kepada Norizan ketika kasih mereka bertaut.

Selepas berpisah dengan Sultan Perak, Norizan disunting menjadi isteri kepada seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Rumah tangga yang dibina itu juga tidak bertahan lama.

Ketika bersama Norizan, P. Ramlee mencipta lagu Tidurlah Wahai Permaisuri. Norizan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 1992.

Maria Menado dan Sultan Abu Bakar:

Pada 1963, primadona filem Melayu, Maria Menado dilamar oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Seniwati yang berasal dari daerah bernama Menado di Indonesia itu memilih untuk bersara dari dunia seni dan menetap di bandar diraja, Pekan, Pahang selepas mendirikan rumah tangga dengan Sultan Abu Bakar.

`Saya tidak pernah menyesal dengan apa juga yang terjadi kerana semua ini ketentuan Allah. Malah saya rasa cukup bahagia ditemukan jodoh dengan almarhum, seorang suami yang penyayang dan pandai menjaga hati saya,'' ujar Maria dalam satu temu bual pada September 1996.

Perkahwinan kedua Maria dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Tengku Norashikin, Tengku Idris dan Tengku Baharuddin.

Cinta Sultan Abu Bakar kepada Maria dibawa sehingga ke penghujung hayat baginda. Semenjak kemangkatan Sultan Abu Bakar, Maria hidup bersendirian bertemankan anak-anak sebelum bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Dr. Mohd. Husain Yusof pada 1978.

Rafeah Buang dan Tengku Asmawi:

Kisah kerabat diraja berkahwin dengan artis tidak berakhir dengan kemangkatan Sultan Abu Bakar. Catatan bahagia artis dan kerabat diteruskan dengan perkahwinan artis jelita angkatan 60-an, Rafeah Buang dengan kerabat diraja Pahang, Datuk Tengku Asmawi Tengku Hussain.

Selepas melalui musim-musim cinta, Rafeah dan suaminya memilih untuk menoktahkan kisah cinta mereka ke gerbang perkahwinan pada 1971. Cinta pasangan ini juga hanya berakhir dengan kematian. Rafeah menghembuskan nafas terakhirnya pada 24 Julai 2002 kerana serangan kanser buah dada.

Selain lemak merdu suaranya mengalunkan lagu Udang Sama Udang dan Kenangan Di Rantau Abang, Rafeah juga dikenang sebagai isteri yang sangat setia dan tidak pernah bersikap meninggi diri biarpun hidup diselimuti kemewahan dan kebahagiaan.

Zuriat yang ditinggalkan oleh Allahyarham hasil perkahwinan ini ialah Tengku Ahmad Ashraff, Tengku Khairil Ashraf dan Tengku Amirul Ashraf serta seorang anak angkat, Nurul Iman Saleha.

Tengku Amirul Ashraf bagaimanapun meninggal dunia pada 1993 ketika berusia 11 tahun akibat kemalangan jalan raya.

Mazuin Hamzah dan Pengiran Sufri:

Sinar gemilang dan kilau-kemilau majlis perkahwinan artis popular 80-an, Mazuin Hamzah dengan adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah sehingga ke hari ini terus bermain di mata dan fikiran sesetengah peminat.

Bekas anggota kumpulan Quinnary M yang popular dengan lagu Cinta Palsu itu menggemparkan seluruh negara apabila dia dilamar putera diraja paling kaya di dunia itu.

Selain kisah cinta Mazuin dan Sufri mendapat liputan meluas di media, majlis pernikahan pasangan berkenaan yang diadakan di Istana Brunei juga diperkatakan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Pihak media yang berpeluang membuat liputan perkahwinan pasangan ini sudah tentu menganggap ia sebagai sebahagian daripada sejarah penting dalam kerjaya mereka.

Bagaimanapun, selepas berkahwin sukar untuk menjejaki pasangan ini. Tidak pernah ada sebarang berita dari istana mereka tersiar di mana-mana media, sehinggalah Suruhanjaya Tinggi Brunei di Kuala Lumpur baru-baru ini mengesahkan mereka sudah bercerai.

Sufri dan Mazuin disahkan bercerai pada Disember tahun lalu dan Mazuin kini hanya dikenali sebagai Hajah Mazuin Hamzah.

Azreen dan Tengku Kamaruzzaman:

Sejarah mencatat bahawa artis Malaysia paling muda yang berkahwin dengan kerabat diraja ialah Azreen. 

Azreen berkahwin dengan Datuk Tengku Kamaruzzaman ketika usianya mencecah 16 tahun.

Tengku Kamaruzzaman sebelum ini merupakan bekas suami kepada pelakon dan penyanyi bersuara lunak manja, Noreen Noor.

Paula Malai Ali dan Tunku Azudin:

SEBAGAI celebrity, Sharifah Paula Malai Ali atau lebih dikenali sebagai Paula Malai Ali tidak dapat menghindarkan dirinya daripada menjadi perhatian ramai.

Justeru, pernikahannya dengan kerabat diraja Kedah, Tunku Azudin Shah Tunku Anuar pada 23 September 2002 diumumkannya secara rasmi pada satu sidang media yang diadakan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur beberapa hari sebelum upacara pernikahan dijalankan.

Paula terpikat pada kesederhanaan Azudin yang pada pandangannya sangat merendah diri dan tidak pernah memandang tinggi pada statusnya sebagai kerabat diraja negeri Kedah.

Gosip artis dengan kerabat diraja:

Dunia hiburan pernah dihiasi dengan gosip percintaan bintang filem terkenal, Fauziah Datuk Ahmad Daud dengan salah seorang kerabat diraja pada pertengahan tahun 80-an.

Berdasarkan apa yang dilaporkan dalam majalah-majalah hiburan ketika itu, kisah cinta Fauziah atau Ogy dengan salah seorang kerabat diraja yang cukup popular, kacak dan bergaya itu cukup hangat dan sensasi.

Bagaimanapun cinta yang dibina tidak berakhir ke jenjang pelamin. Pancaindera difahamkan juga filem Suara Kekasih lakonan Ogy dengan Azmil merupakan filem yang menterjemahkan kisah cinta aktres tersebut dan lagu Kisah Cinta juga dikatakan sedikit sebanyak mempunyai pertalian dengan kekecewaan cinta antara dua hati. Namun, sejauh mana kebenaran cinta beliau dengan golongan bangsawan itu, hanya Ogy yang mengetahuinya.

Pelakon berwajah kacukan pan-Asia, Julia Rais pula turut disunting oleh kerabat diraja Pahang. Khabarnya, Julia memilih untuk menetap di kota London sebaik sahaja sah menjadi isteri kedua kerabat diraja berkenaan.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman sebelum mengahwini Julita Aishah Abdul Latiff, bekas pramugari Singapore Airlines dalam satu sidang media pada 1999 pula mendedahkan kepada media mengenai hubungannya dengan pelakon wanita terkenal, Lydiawati. Putera bongsu Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah itu memberitahu, hubungan mereka terjalin selama lapan tahun sebelum baginda membuat keputusan untuk menarik diri dan memberi tumpuan kepada kehidupan barunya.

Beberapa tahun lalu, pelakon Kavita Kaur juga diheret sama ke gosip berhubung hubungannya dengan orang istana. Kavita yang juga seorang peragawati ternama tanah air dilihat sering menghadiri beberapa majlis formal dan tidak formal di istana. Dalam satu temu bual Kavita pernah memberitahu media, dia tidak menafikan mempunyai hubungan baik dengan kerabat diraja.

Peragawati dan pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Zahnita Hussein Wilson, 19, telah melangsungkan pertunangannya dengan kerabat diraja Perak, Raja Razman Idris, 33, awal minggu ini. 

Percintaan mereka terjalin semenjak dua tahun lalu dan dijangka bersatu di jenjang pelamin pada penghujung tahun ini.

Sumber: (http://mizteryjw.blogspot.com/2013/06/cinta-tidak-kenal-siapa-utusan-2004.html

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)

Tiada ulasan: